Isnin, 23 Disember 2013

BAB 19 JANGAN TINGGALKAN AKU


Kyra berjalan mundar-mandir di belakang sofanya sambil memegang telefon bimbit. Geramnya dia pada lelaki yang bernama Abdul Fatah semakin membuak-buak. Sudahlah esok petang majlis persandingan mereka akan berlangsung, kelibat Abdul Fatah pula bukan main susah nak nampak. Sabar sajalah ada bakal suami yang pemalas ini!
“ Dahlah minggu ni nak kahwin tapi batang hidung dia pun aku tak nampak. Dahlah banyak barang perkahwinan kat rumah aku ni. Bukannya nak tolong mamat tu. Dasar lelaki pemalas. Macam manalah badan tu nak kurus kalau asyik suruh orang aje bawa barang-barang kat rumah aku ni.” Kyra mendengus geram.
Dalam dua hari berturut-turut, ada saja barang perkahwinan yang datang ke rumahnya. Sehinggakan kepalanya berserabut tak tahu nak letak barang kahwin kat mana lagi. Ikutkan hati, mahu dia luku sahaja kepala mamat tembam itu dengan batu simen, biar berdarah masuk hospital! Kejam kan?
Kyra tekad, dia harus telefon lelaki itu. Sudahnya, dia menelefon Betty, receptionist Slim World dan mengarahkan panggilannya di sambung kepada Abdul Fatah.
“ Hello, janda Slim World…” Abdul Fatah tersengih di hujung talian.
Kyra mengetap bibir menahan marah yang amat sangat. Lelaki itu benar-benar menaikkan kemarahannya di pagi yang indah ini. “ Assalamualaikum, Encik Fatah. Dah tak reti-reti nak tolong pekerja awak kat sini ke? Awak duduk relaks aje kat ofis tapi pekerja awak kat sini bukan main bersungguh-sungguh nak siapkan majlis perkahwinan kita.” Sinis kata-kata Kyra. Suaranya dikuatkan sedikit tanda dia benar-benar marah dan geram.
“ Opss… sorry, janda Slim World. Lupa nak ucap salam. Waalaikumsalam…” sengih Abdul Fatah lagi.
Makin berangin Kyra dibuatnya. “ Kau boleh tak jangan sebut gelaran tu? Aku sensitif tau tak?! Aku nak kau datang sini dan bantu apa yang patut. Selalunya pengantin tak payah bantu buat kerja-kerja persiapan ni, aku nak kau yang tolong. Biar kurus sikit badan kau tu. Aku tak nak rasa malu bila bersanding dengan kau esok.”
Abdul Fatah diam. Mengapalah saat dia sedang ceria, Kyra suka memberikan kata-kata yang tidak sedap didengar? Apa, salahkah orang seperti aku bersanding dengan orang yang kurus? Tidak kan? Kenapa Kyra mesti mengutuk dan mencemuh aku di saat aku ceria?
Dia bukan manusia pemalas. Bukan dia tidak mahu meringankan beban pekerjanya di rumah Kyra cuma dia tidak mahu bakal isterinya itu tertekan jika melihat wajahnya. Sebab itulah, dia duduk di pejabat sahaja. Tak pun pergi ke gym
“ Tak elok Kyra cakap macam tu. Sudah-sudahlah kritik tubuh badan Fat. Fat tengah cuba berusaha untuk kurus ni.” Dia cuba untuk menengking Kyra dalam keadaan begini. Hati Kyra harus dijaga. Wanita itu bakal isterinya.
“ Tak ada maknanya kau cuba kuruskan badan, Fat. Aku tak nampak pun kesungguhan kau nak kuruskan badan. Cubalah banyak bersenam untuk turunkan berat badan kau. Jangan asyik duduk aje!” kata-kata itu menghiris kalbu Abdul Fatah yang sedari tadi berwajah ceria.
Abdul Fatah menghela nafas panjang. Kyra dapat mendengar helaan nafas itu di hujung talian. Dia tahu lelaki itu kecewa dengan kata-katanya. Memang dia suka pun buat lelaki itu kecewa.
“ Datang cepat. Kalau nak berdampingan dengan aku, tunjukkan pada orang ramai yang kau tu rajin! Duduk jadi pengurus buat apa kalau badan tu tak kurus-kurus.” Tanpa menunggu balasan Abdul Fatah, Kyra cepat-cepat mematikan talian. Dia menghempaskan tubuhnya di atas sofa berwarna merah biru gelap itu sambil berpeluk tubuh. Kakinya disilangkan. Dia benar-benar marah dengan lelaki itu.
Abdul Fatah terkedu apabila Kyra tiba-tiba mematikan panggilannya. Dia kecewa lagi. Kecewa kerana Kyra tidak pernah memberinya peluang untuk bercakap. Apa yang ditanya atau dikata, pasti wanita itu akan membalasnya dengan kata-kata kasar.
Dia menongkat dagu sambil memandang komputernya yang tidak berusik sejak dari tadi. Tetikusnya digerakkan agak cahaya komputer muncul semula. Latar belakang komputer direnung penuh khusyuk. Wajah Kyra yang diambil jurugambar ketika malam Annual Dinner Slim World ditenung dengan penuh rasa cinta yang membuak-buak. Tidak dapat bercakap secara berdepan, cakap depan komputer pun dah cukup.
“ Kyra, berilah Fat peluang untuk cintakan Kyra. Biarpun Fat bukan lelaki pilihan Kyra tapi yakinlah akan ketulusan Fat kerana mencintai Kyra adalah kebahagiaan Fat.” Sebak hatinya bila berkata begitu. Inilah dia sebenarnya, Abdul Fatah yang serius ketika bekerja namun jiwang di dalam hati.
Interkomnya berbunyi lagi. Abdul Fatah tersentak. Lemah sahaja dia menekan butang interkom tersebut. “ Kenapa Betty?” mendatar sahaja suaranya.
“ Encik Fatah, dua pekerja yang bawa katil ke rumah Cik Kyra nak jumpa. Encik Fatah benarkan mereka masuk tak?” Betty bertanya sambil matanya terarah pada dua lelaki bertubuh sasa dan tinggi itu di hadapannya. Kedua lelaki itu tersenyum sahaja ke arahnya.
Mata Abdul Fatah mula bersinar semula. Wajahnya kembali ceria. Dia duduk seperti biasa. Sebagai majikan dia perlu tampak smart di depan pekerjanya walaupun tubuh badannya tembam. “ Suruh mereka masuk, Betty.” Suaranya sengaja diseriuskan. Apabila berkaitan Kyra, dia jadi bersemangat. Butang interkom dimatikan.
“ Baik, Encik Fatah.” Betty akur sebelum dia membawa kedua-duanya ke bilik majikannya.
Din dan pemandu lori yang bernama Karim itu ikut sahaja. Mereka berdua datang ke sini kerana ingin menjelaskan tentang apa yang berlaku ketika mereka menghantar hadiah pemberian Abdul Fatah ke rumah Kyra.
Betty mengetuk pintu bilik Abdul Fatah sebelum dia mempelawa Din dan Karim masuk ke dalam. Setelah itu, dia menyambung semula kerjanya di kaunter pertanyaan.
Di dalam bilik Abdul Fatah, Din dan Karim berdiri di depan meja majikannya.
Abdul Fatah mencantumkan kedua tangannya sebelum merenung tajam kedua-dua pekerjanya itu. “ Dah bagi Kyra barang-barang kahwin? Reaksi dia macam mana?”
“ Dia marah kami, Tuan. Apa yang Tuan bagi semuanya tak kena kat mata dia. Barang-barang yang Tuan bagi Cik Kyra semuanya letak kat bilik belakang.” Karim mula meluahkan rasa.
“ Betul tu, Tuan. Apa yang Tuan bagi semuanya kat bilik belakang. Sampaikan almari dan katil king size tu pun ada kat situ.” Sampuk Din pula.
Abdul Fatah meraup rambutnya ke belakang.Dia kecewa lagi. Kesemua barang yang dia bagi ada di bilik belakang? Hina sangat ke pemberiannya itu di mata Kyra? Susah payah dia dan ibu menempah barang-barang itu. Apabila hantar ke rumah Kyra, lain pula jadinya.
Din dan Karim saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka simpati dengan majikannya itu. Kyra memang wanita tak hargai pemberian orang!
“ Minta maaf ya Tuan sebab bagi tahu pasal barang-barang yang Cik Kyra simpan kat bilik belakang. Kami terpaksa bagi tahu perkara sebenar pasal apa yang berlaku bila barang-barang tu sampai kat rumah Cik Kyra. Harap Tuan jangan marah kami berdua.” Din berkata jujur.
Tiba-tiba Abdul Fatah bangun. Dengan muka masamnya, dia mendekati dua lelaki bertubuh sasa itu. “ Saya nak kamu berdua pergi rumah Kyra semula.” Serius sahaja nada suaranya.
“ Tuan nak kami berdua pergi sana?” Din tidak puas hati. Karim di sebelahnya pula sudah mula mengeluh. “ Tuan, kami dah tak tahan dengan sikap Cik Kyra. Harapkan muka aje cantik tapi perangainya teruk!”
“ Saya kata pergi, pergi! Jangan banyak songeh boleh tak?” Din dan Karim tersentak bersama tatkala majikannya bersuara tegas. Terpaksalah mereka berdua pergi akur dengan arahan Abdul Fatah. Lelaki itu memberikan mereka gaji dua kali ganda setelah kerja mereka siap. Mana boleh mereka membantah! 
“ Esok saya dah nak kahwin, awak tolong ambil semua barang-barang perkahwinan, katil dan pulangkan semula khemah yang ada kat luar perkarangan rumah Cik Kyra. Saya harap semuanya selesai hari ini. Tolong keluar sekarang.” Abdul Fatah duduk semula ke kerusinya sambil meraup wajahnya yang kecewa.

Din dan Karim terlopong besar sekaligus terkejut dengan kata-kata Abdul Fatah. Ambil semua barang-barang yang ada kat rumah Kyra? Adakah majikannya sudah mula marahkan wanita cantik itu?

6 ulasan:

najwa anuar berkata...

kenapa marah...... cepatlah sambung D:

Unknown berkata...

hehe... najwa, Fatah marah sebab dia kecewa...

Tanpa Nama berkata...

jdi kawin ke tidak?? degilnye kyra

Unknown berkata...

BEST....

Unknown berkata...

Kesian Fat .. Smpai hti Kyra kn .. Eeeee .. Sakit pulakk hati nie .. ;)

Unknown berkata...

Kyra ni melampau la pulak. Bila Fatah dah cuba berubah dan tunjukkan kasuh sygnya dia masih nak kutuk dan angkuh. Sakit pula hati kita dgn Kyra ni.