Selasa, 17 Disember 2013

BAB 16 JANGAN TINGGALKAN AKU


“ Ibu ingat Fatah boleh ke kurus dalam masa empat bulan? Dengan badan Fatah yang tembam ni bukan senang tau nak jadi kurus macam tu aje.” Abdul Fatah merengus.
“ Nak seribu daya, tak nak seribu dalih, Fatah! Kalau betul kamu nak secocok berpasangan dengan Kyra lepas kahwin nanti bukan empat bulan aje Fatah boleh kurus, tak sampai tiga bulan pun boleh tau. Fatah aje yang banyak alasan!” Puan Faridah menjeling dengan ekor matanya. Dia yakin jika Abdul Fatah melakukan banyak senaman dan pergi ke gym setiap hari, pasti anaknya itu akan mendapat bentu badan yang ideal.
“ Ibu yakin Fatah mampu kurus?”
“ Mestilah sayang. Tapi Fatah tak bolehlah duduk tanpa berbuat apa-apa. Fatah kenalah bersenam, pergi ke gym untuk dapatkan tubuh badan yang ideal. Biar terkejut Cik Kyra tengok Fatah jadi kurus nanti.”
“ Gym mana yang best ya, ibu? Ikutkan hati Fatah, saat ini juga Fatah nak kuruskan badan.” Kerana cintakan Kyra, dia sanggup mengurangkan berat badannya. Tapi mampukah dia untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal dalam masa empat bulan?
“ Fatah guna ajelah produk terbaru yang kita buat tu. Tak silap ibu Reshape programme. Boleh kempiskan perut buncit dan paha yang menggeleber Fatah tu.” ujar Puan Faridah.
Abdul Fatah pula yang rasa malu. Tidak sangka ibunya dalam diam meneliti tubuh badannya ketika dia tidak berpakaian. Dia sebenarnya jarang memperlihatkan tubuh badannya di khalayak ramai. Apabila di rumah sahaja dia mempamerkan badannya yang tembam ini. Mungkin ibu tengok masa aku keluar dari bilik air kut. omelnya dalam hati.
“ Ibu tahu Fatah malu bila ibu cakap pasal tubuh badan Fatah. Tak apa. Lepas Fatah kurus nanti, ibu yakin Fatah akan slim macam Cik Kyra.” Puan Faridah cuba memberi kata-kata semangat kepada anaknya yang masih lagi kurang yakin untuk menguruskan badan dalam masa empat bulan.
“ Kalau macam tu, Fatah akan sahut cabaran ibu untuk kuruskan badan dalam masa tiga bulan.” Puan Faridah bersyukur. Akhirnya permintaannya ditunaikan juga. Tidak sabar untuk dia melihat penampilan terbaru anaknya selepas empat bulan dari sekarang.
“ Sekejap lagi ibu akan telefon pekerja lelaki dari branch lain untuk buat rawatan Reshape tu. Esok Fatah dah boleh mula semuanya dan ibu akan aturkan pertemuan Fatah dengan jurulatih Body Fitness yang baru ibu kenal, Arif Tuah.”
Wow! Secepat itu ibu membuat aturan untuknya. Dia jadi kagum. Mungkin ibu mengenali jurulatih itu ketika dia sedang sibuk bekerja didalam bilik ini. Dia bukannya suka keluar berjumpa pelanggan. Pelanggan yang datang berjumpanya.
“ Err… macam mana pula dengan cadangan ibu tadi? Dah boleh laksanakan ke?”
Puan Faridah tersenyum. “ Ibu tahu Fatah tak sabar nak kahwin.” Abdul Fatah ketap bibir. Malu masih bertamu dalam hatinya. “ Itu semua ibu akan lakukan tapi bila dah siap semuanya Fatah kena datang sendiri kat rumah Cik Kyra. Fatah pernah hantar Cik Kyra balik rumah dua hari lepas kan?” Abdul Fatah mengangguk. “ Nanti ibu akan suruh Hanip dan Syawal intip Cik Kyra tu ada kat mana minggu depan. Bila dia dah keluar dari rumah atau pergi jalan-jalan, baru ibu akan laksanakan sepenuhnya.”
“ Fatah hargai apa yang ibu buat tu.” Abdul Fatah pantas memeluk tubuh ibunya yang sedikit montel itu. Puan Faridah menepuk belakang anaknya dengan penuh kasih. “ Anak ibu kan seorang aje. Demi kebahagiaan Fatah, ibu akan berikan segala-galanya.”
Hampir menitis airmata lelakinya kerana ibu berkata begitu. Dia sangat bertuah kerana memiliki ibu yang memberi sokongan yang tidak berbelah bagi.
 Ibu… terima kasih. Hanya Allah yang mampu membalas pengorbanan ibu. Doanya dalam hati.
***
Berapa hari selepas Kyra tidur di rumah ibu kandungnya di Bandar Tun Razak, ibunya meminta dia untuk pulang ke rumah. Sudah bermacam alasan yang diberikan kepada ibunya agar tidak pulang ke Mutiara Damansara namun ibu tetap memaksanya untuk balik.
“ Ibu ni macam tak suka aje Kyra tidur kat sini. Kyra malaslah nak balik sana. Bukannya ada apa-apa pun.” Luah Kyra dengan nada malas. Baju yang dia pakai ketika datang ke pejabat Abdul Fatah dipakai semula setelah dia keluar dari bilik air.
Hesy, kenapalah aku mesti sebut nama dia! Kyra mengetuk kepalanya sendiri.
Ibunya, Puan Azlina Hamzah menjeling dengan ekor mata. Dia tahu ibu tidak puas hati bila dia cakap macam itu. Dah nak buat macam mana, dah dia malas nak balik sana dalam beberapa hari ni, janganlah dipaksa-paksa!
“ Baik kamu jual aje rumah tu lagi bagus kalau malas nak duduk sana.” sindir Puan Azlina Hamzah. Muncung sedepa Kyra bila ibunya berkata begitu.
“ Ibu ni… Kyra datang sini sebab rindukan ibu. Bagilah Kyra peluang untuk tidur lagi seminggu. Boleh kan?” Kyra buat muka ceria.
“ Jangan nak mengada, Kyra! Ibu kata balik, balik! Lagi lama kamu tinggalkan rumah tu, lagi senang pencuri masuk. Kamu nak ke?” marah Puan Azlina.
“ Tak baik tau ibu cakap macam tu. Yalah, yalah Kyra balik. Tapi nanti Kyra datang sini balik. Rindulah nak rasa masakan asam pedas ikan parang ibu yang sedap tu. Ibu masakkan untuk Kyra sebelum Kyra balik boleh? Kyra nak bekal asam pedas ibu tu balik sana. Masak banyak-banyak ya.” Kyra selamba sahaja mencuit pipi ibunya namun ditepis Puan Azlina Hamzah.
“ Hurm… yalah. Pergilah depan tengok TV dulu. Ibu nak masak kejap.”
Kyra tersengih lalu dia menganggukkan kepala. Laju sahaja dia melangkah ke ruang tamu untuk menonton TV.
***
Melihatkan tambang teksi yang melebihi seratus dua puluh ringgit ketika sampai di Mutiara Damansara, Kyra bernekad untuk turun di depan pondok keselamatan yang mempunyai palang hitam putih. Mujur dia balik ke sini hanya membawa beg tangan dan lauk asam pedas sahaja.
“ Terima kasih, Pak Cik.” Kyra menghulurkan duit berupa dua keping not lima puluh dan dua not sepuluh ringgit kepada pemandu teksi yang berusia itu.
“ Lah nak, kenapa berhenti kat sini aje. Tak jauh ke kaki kamu tu nak berjalan?” Pemandu teksi itu berpaling ke belakang dan merenung Kyra yang sedang menutup zip beg tangannya.
Kyra tersenyum nipis. “ Tak apalah, Pak Cik. Jimat kos sikit. Lagipun bagus juga kalau exercise. Boleh sihatkan tubuh.” Dalihnya.
“ Kamu ni, dahlah. Biar Pak Cik hantar kamu balik sampai depan rumah. Rumah kamu kat mana?” pintas pemandu teksi itu.
“ Tapi Pak Cik, saya…” Kyra teragak-agak untuk meneruskan bicara.
“ Ala, Pak Cik bagi free aje. Cakaplah. Rumah kamu kat mana?”
Akhirnya Kyra akur. Dia menutup pintu teksi semula. Nampaknya Pak Cik ni baik betul nak hantarkan dia sampai depan rumah. Alang-alang dia dah bagi aku free duduk dalam teksi ni, duduk ajelah. Tak payah nak bersusah payah berjalan dari sini sampai ke rumah. Monolongnya dalam hati.
“ Terus ya Pak Cik kemudian belok kiri.” Kyra mula menunjuk jalan rumahnya kepada pemandu teksi tersebut.
***
“ Kamu semua kalau penat, rehat dulu. Nanti sambung kemudian ya.” kata Abdul Fatah ketika dia memerhatikan beberapa pekerja yang sedang memasang khemah berwarna ungu putih didepan rumah Kyra.
“ Baik. Tuan.” Akur dengan arahan Abdul Fatah, kesemua pekerja itu berehat buat seketika. Mereka semua berehat di pokok-pokok yang tidak berapa jauh dari rumah Kyra.
Badan Abdul Fatah berpeluh. Abdul Fatah duduk seketika di salah sebuah kerusi yang terletak elok di kanan dan kiri meja sambil mengesat peluh.
Hari ini, tergerak hatinya untuk datang ke sini setelah beberapa hari dia duduk di dalam pejabat membuat kerjanya. Apabila Syawal dan Hanip memberitahunya yang Kyra tiada dirumah, dia jadi buntu. Takkanlah Kyra tidak tinggal di rumah dua tingkat ini lagi?
Agak panjang khemah yang ditempah ibunya, Puan Faridah sehingga melepasi tiga rumah yang berada disebelah rumah Kyra. Menggeleng panjang dirinya tatkala beberapa buah lori yang mengandungi peralatan memasang khemah serta meja dan kerusi sebagai pelengkap kenduri kahwinnya minggu ini.
Abdul Fatah yakin Kyra pasti akan terkejut besar jika dia pulang ke rumah nanti.
Harapannya nanti, Kyra akan pulang sebelum empat hari lagi majlis perkahwinan mereka. Dia tidak mahu khemah yang ditempah ibu ini sia-sia sahaja.
Dalam keasyikannya mengelap peluh di leher dan tubuhnya, suara dentuman pintu kereta dari luar khemah mengejutkannya. Kyra! Dia cepat-cepat bangun. Mukanya sengaja diceriakan sebelum dia melangkah mendekati Kyra yang sudah berkerut seribu.
Kyra di luar teksi sudah tidak tertanggung marahnya. Lauk asam pedas ibunya tertinggal begitu sahaja di dalam teksi.
“ Apa semua ni?!” Kyra menjerit sekuat hatinya. Dia tidak sangka, apabila balik ke rumahnya, dia diberikan kejutan yang tidak terduga olehnya! Abdul Fatah memang lelaki gila!
“ Kyra… I can explain.” Jelas Abdul Fatah.
Pang! Kyra menampar pipi tembam Abdul Fatah sekuat hatinya. Jika sudah marah, apa lagi yang dia boleh buat selain menampar lelaki itu.
“ Kenapa Kyra suka tampar Fat? Fat rasa Fat cakap perkara yang elok. Fat cuma nak kita bersama. Itu aje.” Nada suaranya cuba dikawal agar tidak terlalu marah.
“ Aku nak bagi kau sedar yang aku dan kau tak SERASI! Tolonglah Encik Abdul Fatah. Carilah gadis yang sesuai dan sama besar dengan kau. Aku kurus, kau gemuk! Kita tak sepadan.” Tempelak Kyra.
“ Bentuk badan bukan penghalang untuk kita bersama, Kyra. Tolong jangan hampakan permintaan Fat.” rayu Abdul Fatah.
“ Sudahlah, Fat. Kalau dah nama tu Fat, kekalkanlah berat badan tu jadi fat! Jangan berangan nak cari yang kurus. Baik kau arahkan pekerja kau untuk turunkan khemah ni. Kalau tidak, aku akan report polis!” jerit Kyra lagi.
Abdul Fatah terasa hati. Kata-kata itu mengingatkannya pada Nur Alia. Tidak sangka sikap Kyra seakan-akan sama dengan Nur Alia. Jika dia tahu sikap Kyra suka mengutuk bentuk badan orang, tidak mahu dia jadikan Kyra suri hidupnya namun kini dia tidak boleh berundur ke belakang lagi. Rancangan ibunya yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi perlu diteruskan. Dia tetap dengan pendiriannya untuk menjadikan Kyra sebagai isterinya.
“ Cik Amylia Nur Kyra!” jerit seseorang dari belakangnya.
Kyra tergamam. Dia berpaling ke belakang.
Ya Allah, Apa dia buat ada kat sini? Tubuh badan Kyra mula rasa menggigil.

1 ulasan:

Unknown berkata...

erk....siapakah???/adakah mak fat????