Rabu, 11 Disember 2013

BAB 14 JANGAN TINGGALKAN AKU



Abdul Fatah tergamam apabila melihat kelibat Khuzairi sedang menyentuh ubun-ubun Kyra di luar biliknya. Dia membentak marah. Nampaknya Khuzairi tidak putus asa menunggu Kyra di syarikat milik ibunya. Segera dia melangkah keluar dari bilik dengan hati yang walang.
Don’t touch her, Khuzairi. She’s mine!” jerkah Abdul Fatah.
Kyra menyorok di belakang badan Khuzairi. Dia kelihatan sangat takut. “ Tolong Kyra, Khuzairi.” Lirih sahaja suara Kyra.
Who said so? She’s not yours!” Timbul sedikit keberanian untuk Khuzairi berlawan kata dengan Abdul Fatah.
Mahu tersembul mata Abdul Fatah ketika Khuzairi berkata begitu namun Khuzairi langsung tidak berasa takut.
“ Aku akan kahwin dengan Kyra. Dia milik aku.” Ditekankan perkataan ‘milik aku’ supaya Abdul Fatah jelas dan faham. Kyra diam sahaja.
“ Bukan. Bukan…dia bukan milik kau!” Abdul Fatah mengelengkan kepala. Tidak sanggup rasanya dia membiarkan Kyra diapit bersebelahan Khuzairi. Dia cemburu!
“ Kau kena terima hakikat, Abdul Fatah yang dia bukan milik kau. Dia milik aku.” tekan Khuzairi.
“ Khuzairi, jom kita keluar dari sini. Kyra dah tak sanggup nak tanggung semua ni lagi.” rayu Kyra sambil memegang bahu Khuzairi. Makin pening kepalanya jika dia terus berada disini. Khuzairi yang faham memusingkan badannya ke belakang lalu dia berjalan keluar bersama Kyra.
Abdul Fatah tidak puas hati. Kyra dah nak balik. Ini tak boleh jadi. Dengusnya dalam diam. “ Kyra, Fat suka dan cintakan Kyra. Fat sudah ulang banyak kali untuk buktikan pada Kyra yang Fat cintakan Kyra sangat-sangat.”
Kyra menepis airmatanya. Dia tidak boleh tahan lagi. Abdul Fatah suka mendesak dirinya dengan kata-kata manisnya. Dia berpusing ke belakang lalu merenung Abdul Fatah dengan tajam.
Khuzairi yang berada disebelah Kyra sedikit terkejut. Rupanya perbualan mereka tidak tamat begitu sahaja. Dia mengeluh berat. Terpaksalah dia mendengar perbualan di antara Kyra dan Abdul Fatah.
“ Asyik-asyik suka, asyik-asyik cinta! Tak penat ke mulut kau ungkapkan perkataan tu? Telinga aku dah muak tau tak!” Kyra memarahi Abdul Fatah di depan Khuzairi. 
Abdul Fatah pula yang terdiam. Kepalanya ditundukkan. Malu pada pekerja-pekerjanya bawahannya yang memerhatikan tingkah lakunya. Kyra tidak ubah seperti majikan yang memarahi pekerja. Kedua belah tangannya dikepal erat. Menahan marah yang terkumpul di hati.
 Khuzairi pula sudah tersengih-sengih di belakang Kyra tatkala wanita kesayangannya itu menghamburkan kemarahan kepada Abdul Fatah. Dia seronok melihat Abdul Fatah dimarahi Kyra.
 “ Kenapa tunduk muka? Malu depan pekerja kau?!” marah Kyra lagi. Dia rasa puas! Rasa tidak percaya pula dia dapat melepaskan kemarahan yang terbuku di hatinya.
   “ Kyra…” bibir Abdul Fatah menggeletar sebelum kepalanya diangkat tegak. “ Fat tak nak cakap banyak buat masa ni. Fat tak nak marah Kyra depan pekerja Fat. Biarlah Kyra saja yang marah Fat. Cuma satu aje pesanan Fat.” Ditenung anak mata garang Kyra.
“ Kita tetap akan kahwin minggu depan! No more arguments!” Abdul Fatah bertegas.
Kyra terpaku sebelum meneruskan kata. “ Kau gila, gila dan gila! Dah berapa kali aku cakap aku akan kahwin dengan Khuzairi tapi kau tetap tak nak dengar. Cara macam mana lagi yang aku boleh fahamkan kau, hah?!” marah sungguh Kyra ketika ini.
Khuzairi menarik nafas panjang tatkala Kyra menghamburkan marahnya kepada Abdul Fatah. Terselit juga rasa bangga kerana Kyra berkata begitu tetapi nampaknya Abdul Fatah amat bersungguh-sungguh sekali untuk mengahwini Kyra. Masih tidak putus-putus semangat lelaki ini untuk mengambil Kyra sebagai isteri.
“ Kau tengok, dia nak kahwin dengan aku. Maknanya Kyra cintakan aku. Kau? Apa yang kau boleh buat? Dah tak ada gunanya lagi kau nak terhegeh-hegeh kat perempuan kesayangan aku ni. Dia milik aku, selamanya!” Khuzairi mendekatkan mukanya ke arah Abdul Fatah yang berubah kelat itu.
Kyra terdiam sahaja di sebelah Khuzairi.
Mata Abdul Fatah tidak lekang memandang seraut wajah Kyra yang masam mencuka. Walaupun Kyra memarahi dirinya, keserian yang ada pada wajah Kyra tetap menyerlah. Tekadnya, selagi Kyra belum menjadi milik yang mutlak buat Khuzairi selagi itulah dia akan merampas Kyra daripada lelaki itu.
“ Kenapa kau pandang bakal isteri aku?” Khuzairi segera menarik tangan Kyra dan membawanya ke belakang badannya.
  Tuhan dah bagi aku mata untuk tengok, aku tengok ajelah. Kyra kan cantik, jadi aku rasa tak salah aku pandang dia berkali-kali.” Abdul Fatah menjeling Khuzairi dengan tajam.
Khuzairi mengetap bibir menahan geram manakala Kyra pula sudah mula panas hati. Kyra memandang Khuzairi. “ Awak, kita keluar dari sini. Saya dah tak larat untuk terus berada di sini.” suaranya perlahan. Kepalanya masih ada rasa pening. Dia perlu balik. Dirinya perlukan rehat yang cukup.
Sure.” Khuzairi mengiakan. Terselit rasa bahagia di hatinya kerana berpeluang untuk berjalan bersama-sama dengan Kyra. Ah, tak sabarnya rasa nak kahwin semula dengan Kyra. katanya dalam hati. “ Jom, kita keluar.” senyum Khuzairi melebar sehingga menampakkan giginya. Kyra mengangguk perlahan.
“ Oh ya, Encik Abdul Fatah.” Abdul Fatah tersentak tatkala Kyra memanggil nama penuhnya setelah dia mula berpaling ke biliknya. Wanita itu menghulurkan tangan kanannya. Abdul Fatah mengerutkan dahi.
“ Kenapa?”
“ Aku nak cek lima puluh ribu tu. Bak sini balik.” penuh riak Kyra meminta tanpa sedikit pun memandang wajah Abdul Fatah. Khuzairi sudah membeliakkan mata disebelahnya kerana mendengar wang sebanyak itu. Dia tahu lelaki itu mesti tidak percaya dia akan dapat wang sebanyak itu.
“ Fat takkan bagi. Takkan sekali-kali. Orang dah kasi, takkan nak ambil balik kan?” Kyra segera merenung Abdul Fatah dengan penuh kebencian. Kenapalah lelaki ni hidup di atas muka bumi ni? keluhnya dalam dia.
Okay, fine! Aku takkan ambil balik. Lepas ni tak payahlah aku nak jejak kat sini lagi. Hurm…bagus, bagus.” Kyra menjeling tajam sekaligus mengarahkan Khuzairi berjalan bersamanya. Khuzairi tersenyum sinis.
“ Tak apa, sayang. Nanti abang bagi kat sayang duit sebanyak tu. Tak payah ambil pun tak apa.” riak betul kata-kata Khuzairi sambil merenung tepat mata Abdul Fatah.
Kyra terdiam. Jauh di sudut hatinya, dia berasa amat sedih kerana cek yang mengandungi lima puluh ribu itu bukan miliknya lagi. Baru dia hendak merasa memegang duit sebanyak itu tapi nampak gayanya bukan rezeki dia untuk memegang cek itu.
Abdul Fatah tersenyum sinis. Nampaknya Khuzairi tidak mahu mengaku kalah kepadanya. “ Kaya juga kau ni, Khuzairi. Patutlah Kyra tak kesah untuk ambil kau sebagai suami walaupun badan kau macam beruang.” Abdul Fatah menekankan perkataan beruang sekaligus tersengih.
Tersirap darah Khuzairi mendengarnya. Hampir-hampir sahaja dia menumbuk Abdul Fatah di depan pekerja-pekerja yang berada di lobi utama itu namun pantas ditahan Kyra.
Calm down, Khuzairi. Jangan bazirkan masa kita kat sini lagi. Jom kita keluar. Kyra merenung penampilan Khuzairi dari atas ke bawah sebelum dia menarik pergelangan tangan kanan Khuzairi. “ You’re sucks! Menyesal aku bertemu dengan kau!” kritik Kyra tanpa sedikit pun menghiraukan reaksi wajah Abdul Fatah.
Nampaknya Kyra dah ditakdirkan untuk aku. Kau simpan ajelah niat kau untuk jadikan dia isteri.” Khuzairi tersenyum sinis. Suka hatinya dapat berlawan kata dengan lelaki ini. Dia ingat dia hebat sangatlah tu?!

             “ Aku takkan simpan niat aku tu, Khuzairi dan aku akan pastikan dia adalah jodoh aku dunia dan akhirat. Jodoh bukan siapa cepat dia dapat tapi jodoh adalah bila ALLAH dan tetapkan pasti akan dapat.” ucap Abdul Fatah.

             Sambungnya lagi sambil merenung dalam anak mata Kyra. “ Menyesal atau tidak, itu hak Kyra tapi bagi Fat, Fat tak akan sekali-kali merasakan penyesalan kerana dihujung penyesalan itu akan ada kebahagiaan untuk kita berdua. Fat masuk dalam bilik dulu. Selamat tinggal.” Dengan wajah hampa Abdul Fatah berlari anak masuk ke dalam biliknya semula setelah nombor password security ditekan di tepi dinding.
Kyra terduduk di atas lantai jubin putih sambil mengelamun seketika. Nampaknya kata-katanya tidak berbekas langsung dihati Abdul Fatah. Lelaki itu betul-betul mencintainya. Degupan jantungnya dirasakan amat kuat ketika ini. Adakah hatinya sudah terpikat dengan kata-kata Abdul Fatah sehingga dia jadi begini?
Khuzairi terkejut dengan tingkah Kyra. Lalu dia membongkokkan sedikit badannya lalu memapah Kyra untuk bangun. “ Jom sayang, kita keluar dari sini.” Lembut sahaja suaranya.  Kyra berdiri lalu dia mengorak langkah bersama-sama Khuzairi. Dia masih dalam keadaan mengelamun.
Sampai sahaja di luar perkarangan lobi utama, Khuzairi meluahkan rasa. “ Abang tak sabar nak kahwin dengan sayang. Terima kasih sayang sebab terima abang balik. Abang bahagia sangat.” senyumnya melebar.
Kyra yang asyik mengelamun saja merenung tepat anak mata Khuzairi yang ceria itu. “ Khuzairi, saya nak minta maaf. Apa yang saya katakan dalam pejabat Abdul Fatah tadi semuanya dusta belaka. Saya takkan kahwin dengan awak. Maafkan saya.” Kyra menundukkan wajahnya. Kali ini biarlah Khuzairi mahu mengherdiknya, dia tidak kesah.
“Apa?!” bergema suara Khuzairi di situ. Kyra sudah siap sedia tahan telinga.

6 ulasan:

Unknown berkata...

yessss...inilah yang dinantikan...kahkah..padan muka kau kucai

Unknown berkata...

(Y) komen akk...
mmg padan muka daun kucai...rsekan! hehe

Unknown berkata...

Hahahahahahhahahahaha ! Kesiaannn DAUN KUCAI .. :p

Unknown berkata...

tau x pe kak...daun kucai tu jgn nk tunjuk riak sgtlah kan? hehe

Unknown berkata...

hang jgn dok perasan ler kucai,xde mknanya kyra nk kat hang blk....
mesti de sbb kyra wat cegini kat Fat..xpe fat nti awok slim,mesti kyra bulat mato...hehehe

Nana Mohd Yasin berkata...

yesssss
ngeri sungguh baca dr mula tadi
ada ke nk kawin balik ngan si patah
no no no no no no
never......

x pe....kita tunggu tuan tanah
perah otak buat sambungan
ngeh3......