Jumaat, 6 Disember 2013

BAB 13 JANGAN TINGGALKAN AKU


“ Berani Kyra tampar Fat depan Khuzairi dan Betty?” mencerlung mata Abdul Fatah setelah Kyra menampar mukanya. “ Fat marah Khuzairi tapi Fat pula yang kena tampar?” Abdul Fatah memegang pipinya yang terasa perit.
Kyra merengus kuat. “ Aku dah lama pendam sejak dari dalam bilik kau tadi. Kau lelaki tak guna, Fat. Aku benci kau.” Kyra dengan selambanya menolak tubuh Abdul Fatah. Dari sinar matanya dapat dilihat dengan jelas kemarahan yang membuak-buak terhadap lelaki itu.
Khuzairi terpinga-pinga di ruang kaunter pertanyaan itu. Tidak sangka bekas isterinya itu membenci Abdul Fatah. Tapi sebab apa Kyra jadi begitu? Dia mula berfikir.
“ Tolonglah berikan Fat peluang. Fat sayang Kyra.” rayu Abdul Fatah.
Khuzairi tergamam dengan ayat yang terluah dibibir lelaki itu. Nampaknya dia sudah ada persaingan dan persaingannya tidak lain tidak bukan Abdul Fatah! Ah, aku tak boleh biarkan Kyra bersama dia. getus hatinya.
“ Ah!” tiba-tiba Kyra menjerit kuat. Kepalanya berpinar-pinar. Pandangannya kabur sahaja. “ Kenapa kepala aku rasa pening ni?” keadaan sekelilingnya seperti berputar tiga ratus enam puluh darjah.
“ Kyra.” Khuzairi sudah mula risau. Begitu juga dengan Abdul Fatah yang sudah tidak tentu arah melihat Kyra. Riak risaunya terserlah.
“ Hurm…” Kyra jatuh tersembam di dada Abdul Fatah.
Abdul Fatah apa lagi, terus memeluk Kyra dengan erat. Dia membawa Kyra bersandar dibahunya. Khuzairi tercengang. Betty yang berada di kaunter receptionist terpegun melihat duta Slim World itu pengsan di depan lobi utama.
“ Kyra.” panggil Khuzairi lagi. Dia menuju ke arah Abdul Fatah untuk mengambil Kyra daripada dipapah Abdul Fatah namun lelaki itu bertindak pantas dengan mencempung tubuh Kyra
“ Kau jangan sibuk. Biar aku yang papah dia.” Abdul Fatah menolak sedikit tubuh Khuzairi. “ Betty, jangan benarkan Encik ni masuk bilik saya. Kalau dia masuk juga, saya akan call polis, faham!” Tajam sahaja jelingan Abdul Fatah. Berubah riak wajah Khuzairi. Betty hanya mengangguk sahaja.
Selepas itu dia membawa Kyra masuk ke dalam biliknya dan membaringkan Kyra di atas sofa tiga berangkai yang Kyra duduk tadi.
***
            “ Kyra, bangun sayang.” Abdul Fatah menepuk perlahan pipi mulus Kyra. Sudah hampir setengah jam dia duduk di atas cadar dan hampir setengah jam jugaklah dia
            Dia rasa bersalah yang amat sangat pada Kyra. Mungkin Kyra pengsan akibat desakan dan tekanan yang diberikan olehnya sehingga dia jadi begini.
            “ Kyra, bangunlah. Fat susah hatilah kalau Kyra tak bangun-bangun lagi.” Suara Abdul Fatah seakan mahu menangis.
            Kyra mula mengelat. Suara Abdul Fatah kedengaran di telinganya. Dia mula membuka matanya. Memang betul suara Abdul Fatah. “ Fat…” ucapnya dengan nada tersekat-sekat.
            “ Ya sayang. Fat kat sini.” Abdul Fatah bersyukur Kyra masih bersuara lembut dengannya. Dia merenung Kyra penuh kasih.
            “ Aku tak nak kahwin dengan kau. Kau tolong jangan buat aku macam ni.” rintih Kyra. Dia harus luahkan apa yang terbuku dihatinya dan dia harap Abdul Fatah dapat memahaminya.
Abdul Fatah mengerutkan dahi. Baru tadi dia terbuai dengan panggilan Fat di bibir Kyra tetapi kenapa Kyra masih menyebut kau dan aku apabila berbicara? Dia mula rasa sedih.
“ Kyra tak boleh buat  Fat macam ni. Kyra dah signed agreement tu dan Kyra kena jadi juga isteri Fat.”
“ Kau boleh tak jangan cakap pasal agreement lagi? Kau suka kan buat aku tertekan dengan sikap kau. Aku pengsan ni sebab kau tahu tak?! Kau tolonglah jangan nak buat aku pengsan lagi.” Kyra bangkit perlahan-lahan. Kepalanya masih terasa berat namun dia gagahkan juga untuk bangun.
Abdul Fatah terdiam membisu. Sukarnya hendak lembutkan hati Kyra. Sudah pelbagai kata dan cara dia gunakan untuk menambat hati Kyra namun semuanya tidak menjadi. Ya Allah… berikanlah aku peluang untuk menjadi suami dia. doanya dalam hati.
Apabila Kyra lihat Abdul Fatah membisu selepas mendengar kata-katanya, dia bertindak untuk meneruskan bicaranya. “ Aku dah nekad. Aku tak nak jadi duta Slim World lagi. Nah, ambil cek ni balik. Cakap dengan Puan Faridah, mulai hari ini aku tak nak ada kaitan apa-apa lagi dengan syarikat ni. Aku dah letih dengan semua ni.”
“ Kyra buat semua ni sebab nak jauhkan diri daripada Fat kan?”
“ Kalau dah tahu, kenapa mesti tanya lagi? Aku dah tak nak ada kaitan dengan kau lagi. Pasal kau kepala aku jadi pusing!” tempelak Kyra.
Abdul Fatah terasa mahu meraung di dalam bilik ini. Sampai hati Kyra mahu meninggalkan dirinya setelah dia membuat perancangan dengan Kyra untuk berkahwin minggu depan. Tidak layakkah untuk dia mendapat cinta dari duta Slim World itu? Sudah terang lagi bersuluh dia sayangkan Kyra.
“ Mungkin Kyra nak jauhkan diri daripada Fat sekarang tapi minggu depan Fat tetap berkahwin dengan Kyra. Bila Fat dah berjanji untuk mengahwini Kyra, Fat takkan sesekali memungkiri janji itu. Cubalah Kyra jauh daripada Fat. Fat akan tetap mencari Kyra sehingga ke lubang cacing!” memang bersungguh-sungguh betul kata Abdul Fatah.

Kyra bertambah bingung. Apabila Abdul Fatah mengungkapkan kata-kata yang bisa mendebarkan jantungnya, Kyra rasa sangat takut. Entah mengapa dia jadi gementar dan tidak tentu arah apabila lelaki itu berkata dengan penuh kesungguhan.

***
 

Kyra menangkup muka di atas sofa tiga berangkai itu setelah kasut tingginya diletak di atas carpet. Tanpa mempedulikan Abdul Fatah yang duduk bersila didepannya, Kyra menangis sepuas hatinya. Dia cukup tertekan dengan lelaki ini. Makin dibantah, makin dipaksanya juga untuk berkahwin dengannya. Dia betul-betul bingung. Bagaimanalah agaknya penerimaan ibu yang kini berada di kampung jika Abdul Fatah menjadi suaminya. Dia pasti ibu akan terkejut.
“ Kyra, tolonglah jangan menangis. Fat janji Fat akan berusaha untuk membahagiakan Kyra lepas kahwin nanti. Please, Kyra. Percaya cakap Fat.” Mohon Abdul Fatah berkali-kali.
Kyra masih tidak memandang wajah Abdul Fatah. Dia tidak sanggup hendak memandang wajah yang tembam itu. Lelaki ini betul-betul mencabar nalurinya sebagai seorang wanita yang bergelar janda. Diakui memang ramai wanita akan tersentuh hati jika dilamar oleh seorang lelaki. Begitu juga dirinya.
“ Kyra, Fat tak suka kalau Kyra berdiam macam ni. Kita perlu berbincang.”
“ Aku tak nak berbincang dengan kau pun. Aku tak nak! Kau lelaki yang suka memaksa aku. Aku benci kau!” kepala Kyra masih tidak diangkat. Dia tetap begitu.
“ Kyra, when I say I love you, please believe it’s true.”
Kyra makin tertekan mendengarnya. Abdul Fatah seperti sengaja mahu menambahkan tekanannya. Dia cukup muak. Dulu sebelum kahwin, dia juga seringkali mendengar ayat-ayat romantis daripada Khuzairi namun setelah mereka bercerai, dia seakan fobia untuk mendengarnya lagi.
“ Aku nak keluar. Everything’s over! I don’t want to see your faced again.” Kyra bertindak menurunkan kakinya dari sofa tiga berangkai itu. Kasut tingginya dipakai dengan tergesa-gesa lalu dia mula menapak ke muka pintu.
Abdul Fatah sudah mula kelam-kabut. Cek yang terdampar di atas carpet diambil semula lalu dimasukkan ke dalam poket seluar slack hitamnya.
“ Kenapa tak boleh buka ni?” Kyra cuba menolak pintu berkaca itu sekuat hatinya namun
“ Kyra tak boleh keluar dari sini, sayang. Pintu ni ada security system. Fat baru aje locked system tu lepas Fat angkat Kyra masuk dalam bilik ni.” Abdul Fatah tersenyum puas hati. Nampaknya dia berjaya mengawal kyra daripada keluar dari biliknya.
Kyra berpaling ke arah Abdul Fatah dengan wajah tidak puas hati. Apa?! Kenapa kau pasang benda ni? Kau buka pintu ni sekarang. Aku nak keluar!” nyaring suara Kyra berkumandang. Tahap tekanannya sudah mencapai tahap kronik.
Abdul Fatah mengelengkan kepala. “ Tak boleh Kyra. Kyra tak boleh keluar dari bilik ni selagi Kyra tak bersetuju kahwin dengan Fat minggu depan.”
“ Aku takkan kahwin dengan kau, kau faham ke tidak hah?!” jerit Kyra buat sekian kalinya.
Abdul Fatah tekup telinga. “ Tak nak! Fat tak nak dengar jawapan tu. Fat tak nak dengar!” dia bagaikan orang hilang siuman. Kyra menggeletar di depan pintu.
Dum! Dum! Dum!
Kyra mengetuk cermin pintu kaca itu dengan kuat sekali. Berharap akan ada pekerja yang datang ke bilik Abdul Fatah.
Khuzairi yang berjalan mundar-mandir di depan kaunter receptionist itu terperanjat besar apabila mendengar bunyi ketukan dari bilik Abdul Fatah. Segera dia berlari anak ke bilik Abdul Fatah. Sudah hampir setengah jam dia duduk dan berdiri di sekitar kaunter yang diduduki Betty dan dia rasa betul-betul risau jika berlaku sesuatu pada Kyra di dalam bilik lelaki itu.
Tidak jauh daripada bilik Abdul Fatah, Khuzairi menyembunyikan diri di tepi dinding. Dia mengarahkan Betty agar tidak bersuara supaya rancangannya untuk mendapatkan Kyra berjaya.
Kyra pula di dalam masih tidak henti-henti mengetuk pintu cermin kaca itu. Abdul Fatah dibelakangnya sudah cemas tidak menentu. Dia takut ibunya akan muncul jika terdengar bunyi jeritan Kyra.
Cepat-cepat dia menarik tubuh badan Kyra supaya mengadapnya. Kyra tersentak hebat! “ Tolong, tolong keluarkan aku dari bilik ni. Tolong!” Kyra memekik pula ditelinga Abdul Fatah. Dia cuba melepaskan diri dari dipegang lelaki itu namun tubuh badan Abdul Fatah yang sedikit gempal menyukarkan dirinya untuk melepaskan diri.
“ Fat akan lepaskan Kyra tapi Kyra kena ingat! Kyra tetap akan jadi milik Fat. Selama-lamanya.” Bisik Abdul Fatah penuh syahdu.
Terbeliak mata Kyra apabila mendengarnya. Sungguh, emosi Abdul Fatah memang sukar dikawal ketika ini. Sebelum ini, Abdul Fatah tidak pernah membuat aksi romantik dengannya. Tapi kenapa lelaki ini berlainan sikapnya? Adakah Abdul Fatah begitu terdesak untuk memperisterikannya?
Untuk melepaskan diri. Kyra berani membalas kata-kata Abdul Fatah. Biarlah! Asalkan dia dapat keluar dari bilik ini!
“ Kyra janji… Kyra akan kahwin dengan err… Fat.” Terketar-ketar mulutnya menjawab.
Abdul Fatah mula mengukirkan senyuman. Akhirnya, dapat juga dia mendengar jawapan yang diperolehi dari mulut mungil Kyra.
“ Silakan sayang.” Abdul Fatah mula menekan password security system itu sebelum pintu itu terbuka selepas ditolak. Tidak henti-henti tersenyum dari tadi.
Kyra berasa lega yang amat sangat. Akhirnya dapat juga dia keluar dari bilik ini.
“ Err… terima kasih.”
“ Sama-sama sayang. Jangan lupa minggu depan kita kahwin ya. Fat akan suruh ibu sediakan segala-galanya.” pesan Abdul Fatah.
Kyra terasa ingin menangis di situ juga. Ya Allah, apakah benar diriku akan berkahwin dengan lelaki yang kurang siuman ini? Ah, aku tak mahu!
Tatkala kakinya menapak keluar dari bilik Abdul Fatah, tubuh badannya ditarik ke tepi dinding. Kyra tergamam! Khuzairi?
“ Khuzairi, tolong Kyra.” pinta Kyra sepuas hati. Airmatanya mengalir deras.
“ Abang dah nampak apa yang Abdul Fatah buat kat Kyra tadi. Kyra jangan takut. Abang ada di sisi Kyra.” pujuk Khuzairi.
“ Tolong kahwin dengan Kyra semula. Kyra tak nak kahwin dengan Abdul Fatah. Kyra takut.”
Khuzairi terlopong besar. Kahwin dengan Kyra? Bekas isterinya semula? Ya Allah. Akhirnya doaku dimakbulkan juga.
Terima kasih Allah!



7 ulasan:

Unknown berkata...

Amboi Fat ! Relax laa , lau da jdoh xkmna .. Bg Kyra msa .. ;)

Unknown berkata...

hehe...FAT tu mcm x d mse aje!! x sabo2 sgt nk kahwin! haha

Leny Mimi berkata...

Fat,,awat jadi lagu tu? Alahai...
Setia betul Kucai tunggu Kyra..

Unknown berkata...

What ! Kawin balik dgn DAUN KUCAI ?? Owhh ! Nooooo ! Hahahahaha .. P lau da tercatat diluh mahfuz .. Ap2 kemungkin psti akn brlaku .. ;)

Unknown berkata...

best....haha..law sy pon baik kawen bekas suami blik hahahaa...

Nana Mohd Yasin berkata...

adoyaiiiiii
apa pasal Kayra minta kawen
balik dgn pencacai???????

kenapa si patah gelojoh sgt???

kenapa Kayra takut sgt???
adakah Kayra mcm pencacai
pandang paras rupa???

jgn biakan hidup anda
diselubungi misteriiii...

jawab tuan tanah...
ngeh3....... :)

Unknown berkata...

kenapa kena kawin semula dgn daun kuca?!Aduhhhh ni yg ai susah hati nih....Eya plzzzz