Khamis, 5 Disember 2013

BAB 12 JANGAN TINGGALKAN AKU


“ Err… Encik Abdul Fatah. Kyra minta maaf.”
Kyra berdiri di depan meja Abdul Fatah dengan rasa bersalah yang amat sangat. Dia tahu lelaki itu marahkannya. Jika dapat diputarkan masa setengah jam yang lalu, dia akan berbual dengan Abdul Fatah dengan nada yang lembut sahaja.
Bukan mudah untuk memujuk lelaki serius seperti Abdul Fatah. Rakannya, Asmah yang sudah berapa bulan tidak berjumpa turut sama mengalami sikap yang serius seperti lelaki itu tetapi sikap serius rakannya itu hanya ditunjukkan pada lelaki yang berada disekelilingnya. Itulah sebab Asmah sampai sekarang tidak berkahwin lagi.
“ Fat… dengarlah Kyra cakap ni.” suara Kyra berubah nada. Suaranya sedikit manja. Kali ini dia memanggil nama manja Abdul Fatah supaya lelaki itu tidak lagi memarahinya seperti tadi.
“ Baca ajelah agreement tu. Yang kau sibuk nak minta maaf pada aku buat apa?” Abdul Fatah tidak memandang Kyra sebaliknya dia leka dengan komputer MACnya. Suara Abdul Fatah tetap kasar seperti tadi. Dia sengaja menduga kesabaran Kyra.
Dalam hati, Abdul Fatah mula terbuai dengan suara menggoda Kyra. Nama Fat yang meniti di bibir mungil Kyra terasa mendayu-dayu sahaja ditelinganya.
Muncung mulut Kyra apabila mendengar kata-kata kasar itu. Nampaknya Abdul Fatah tidak terbuai dengan suara mengodanya. “ Kalau Fat tak nak terima maaf Kyra, Kyra balik dululah. Saya dah signed agreement tu.  Apa yang pihak Slim World tu dah tetapkan syarat untuk saya, saya setuju untuk lakukannya.” ucap Kyra. Dia sudah lelah dengan lelaki ini. Apa yang diucapkan dibibirnya, semua tidak diambil peduli. Lebih baik dia balik dan menjalani kehidupan seperti biasa.
Setelah dia berjaya meletakkan agreement yang perlu dia tandangani berserta salinan yang diberikan Abdul Fatah setengah jam yang tadi betul-betul di tengah meja lelaki itu, Kyra berpaling ke muka pintu dengan rasa sakit hati yang amat sangat. Jika Abdul Fatah tidak suka untuk berbicara dengannya, lagi bagus dia keluar dari bilik ini.
“ Selamat tinggal, Fat.”
Abdul Fatah di kerusi ofisnya sudah tidak keruan melihat Kyra sudah mula mengatur gerak ke muka pintu. Dia jadi resah. Takkan Kyra sudah mengalah dalam memujuknya? Agreement yang berada di atas mejanya di pegang kemas manakala salinan yang dibuat untuk diberikan pada peguam ibu petang ini.
Do not get out of this room, Kyra. We need to talk!” Abdul Fatah mula bersuara setelah dia bangun dari tempat duduknya.
Kyra menghentikan langkah. Matanya mengerling ke kanan. “ There is nothing that needs to discussed again, Encik Abdul Fatah.” Sinis sahaja kata-katanya.
Look at me, Kyra.” Serius nada Abdul Fatah.
Looked at you for what? For breaking my heart?!” Masih lagi sinis kata-kata Kyra. Tubuhnya langsung tidak dialihkan ke wajah Abdul Fatah.
Abdul Fatah mengetap bibir sebelum dia mengutum senyuman manis. Walaupun dia sedikit terasa dengan kata-kata Kyra tapi itu tidak mematahkan semangat untuk memilik Kyra.  Hampir sahaja agreement ditangannya direnyukkan. “ Fat takkan hancurkan hati Kyra lagi setelah Kyra signed agreement ni. Kyra pandanglah muka Fat. Fat rasa susah hati kalau Kyra bermasam muka dengan Fat.” Luahnya dengan penuh perasaan.
“ Saya dah cakap tadi, tak ada apa yang perlu dibincangkan lagi. Awak tak faham ke, Encik Abdul Fatah?” Kyra menekan nama penuh lelaki itu.
“ Fat tak faham.” Suara Abdul Fatah kedengaran serius. “ Kyra dah baca betul-betul agreement yang pihak Slim World sediakan?”
Kyra kembali mengadap Abdul Fatah dengan muka yang cemberut. “ Saya takkan signed kalau saya tak baca betul-betul, Encik Abdul Fatah.” Kyra berpeluk tubuh. Mendatar sahaja suaranya. Malas nak bercakaplah katakan.
“ Berlagaknya kata-kata Kyra tu.” Abdul Fatah tersenyum sinis. Dia menunjukkan agreement itu di depan mata Kyra. “ Kyra mesti tak perasan ada syarat tambahan yang Fat buat untuk Kyra.” Dia mula mengendurkan suara.
Kyra mengerutkan dahi. “ Syarat apa yang awak buat ni, Encik Abdul Fatah? Tunjukkan pada saya.”
Abdul Fatah mengutum senyuman. Inilah peluangnya untuk meluahkan perasaan pada Kyra. Biarlah Kyra marah sekalipun, janji syarat yang dibuat khas untuk Kyra sudah pun ditandangani oleh duta Slim World itu.
Kyra jadi seram. Syarat apa yang lelaki ini buat? Jangan syarat yang mengarut sudah.
Abdul Fatah mula mempamerkan surat perjanjian itu di muka surat dua. “ Dekat ayat paling bawah sekali, Fat ada tulis ‘please note’.”
“ Saya tak perasan pulak ada ayat tu.” Kyra mula berdebar-debar.
“ Itu sebablah Fat cakap Kyra tak baca betul-betul.” Abdul Fatah menegur Kyra.
“ Apa yang awak taip kat situ?” Dada Kyra mula berdebar.
Abdul Fatah menelan air liur sebelum meneruskan bicara. “ We are getting married next week.” Sedikit kuat suaranya. Dia mahu Kyra dengar dan fahami betul-betul apa yang diungkapkannya.
What?!” Kyra menjerit. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya.   “ Jangan nak buat lawak bodoh kat sini, Encik Abdul Fatah.” Dia cuba untuk tidak mempercayainya.
“ Percayalah, sayangku Kyra.” Bergetar bibir Kyra mendengarnya. Abdul Fatah tidak henti-henti mempamerkan senyumannya. Dia rasa sungguh gembira saat ini. “ Fat dah fikir masak-masak dan Fat dah buat keputusan untuk jadikan Kyra isteri Fat. Fat rasa…”
Stop it, Abdul Fatah!” lantang Kyra bersuara. Abdul Fatah terkejut. Nampaknya Kyra begitu beremosi apabila mendapat tahu yang dia bakal berkahwin minggu depan. Sesuatu perkara yang tidak terjangka olehnya! Jika ibunya tahu, pasti ibu akan terkejut sepertinya juga.
“ Jangan harap saya akan mengahwini awak. Nampaknya silap saya sebab tak teliti ayat yang ada dalam agreement tu. Saya akan maklumkan pada Puan Faridah nanti untuk buatkan agreement baru. Agreement yang saya signed tu akan terbatal serta-merta.” Nadanya masih lagi marah. Mukanya merah membahang.

Abdul Fatah tetap tidak mahu mengaku kalah. Dia akan cuba untuk memujuk Kyra bersetuju untuk berkahwin dengannya minggu depan walau apapun yang terjadi. “ Salah ke Fat buat macam tu? Kyra dah tandatangan agreement tu jadi Kyra dah tak boleh buat apa lagi. Minggu depan Fat nak Kyra bersiap sedia untuk menjadi isteri Fat.”
“ Kepala otak kau! Kau ingat bila aku dah signed agreement ni, aku akan turuti kemahuan kau? Jangan nak beranganlah, Encik Abdul Fatah!” bidas Kyra dengan suara yang masih lagi lantang. Tiada lagi perkataan sopan yang meniti di bibir mungil Kyra.
“ Kalau Kyra tak setuju, Fat akan ambil cek lima puluh ribu yang ibu bagi tadi.” Abdul Fatah mula menghampiri Kyra untuk mengambil semula cek yang diberikan ibunya. Jika Kyra tidak mahu bersetuju dengan agreement yang dibuatnya, baik dia ambil semula cek itu.
“  Cek ini hak aku bukan hak kau!” Kyra mengorak langkah ke belakang. Abdul Fatah semakin mendekat, dia jadi tidak tentu arah. Dia pantas menolak tubuh badan lelaki itu sedaya yang mampu hingga terdorong lelaki itu hingga ke meja kerjanya.
“ Ini duit aku sebagai duta Slim World! Tak ada kaitan dengan kau langsung. Kau jangan berkhayal lebih untuk semua itu!” Kyra bertindak memasukkan cek lima puluh ribu itu ke dalam bajunya. Itu langkah selamat untuknya agar Abdul Fatah tidak mengambil cek itu darinya.
 Abdul Fatah menahan nafas. Tidak sangka Kyra akan bertindak sebegitu.  “ Hidup tak selalunya indah, Kyra sayang dan apa yang Fat lakukan ini bukan khayalan. Khayalan yang Fat buat inilah yang akan menjadi realiti. Fat harap Kyra akan faham maksud Fat. Fat yakin Kyra memang jodoh Fat.” Bersungguh-sungguh Abdul Fatah berkata. Dia mahu Kyra percaya yang dia memang cintakan perempuan itu sepenuh hatinya.
“ Aku nak balik. Aku dah tak nak dengar semua ni!” Kyra tidak betah untuk terus berada di sini. Dia berlari anak meninggalkan Abdul Fatah yang termangu-mangu di situ.
****
“ Betty, saya nak balik dulu. Awak cakap dengan Puan Faridah, nanti saya akan call dia pasal agreement yang management sediakan untuk saya.” laju sahaja Kyra berbicara pada salah seorang receptionist yang berada di lobi utama syarikat Slim World.
“ Cik Kyra, ada seorang pelanggan Slim World yang baru mendaftar hari ini nak jumpa Cik Kyra.” Terang Betty.
“ Pelanggan baru? Mana dia? Saya tak nampak pun.” Mata Kyra memandang sekeliling. Nampaknya dia tidak jadi balik. Sebagai duta baru Slim World, dia bertanggungjawab untuk menceritakan pengalamannya sewaktu dia mempunyai badan yang besar dulu. Baru pelanggan akan bertambah yakin untuk membuat rawatan kuruskan badan di syarikat Slim World.
“ Dia pergi toilet sekejap. Kejap lagi dia akan datang balik.” ujar Betty sambil memandang jam di dinding. Rasanya sudah berapa minit pelanggan baru itu berada di tandas. Takkan pelanggan baru itu sakit perut kut?
“ Oh ya ke? Hurm… tak apalah. Saya duduk kat sana dulu. Kalau Encik Abdul Fatah cari saya. Cakap saya dah balik ya.”
My dear Kyra…” Khuzairi terpukau melihat Kyra dihadapannya. Kyra begitu cantik sekali dengan pakaian ringkas berwarna coklat itu. Memang dia sangat bertuah kerana dapat melihat kecantikan Kyra pada pagi yang indah ini.
“ Khuzairi?” terkedip-kedip mata Kyra melihat batang tubuh Khuzairi. Macam mana pula Khuzairi tahu dia datang ke syarikat ini? Rasanya dia tidak maklumkan pada sesiapa yang dia akan datang ke sini.
“ Cik Kyra, inilah pelanggan baru yang saya cakapkan tu.” Betty menerangkan
“ Apa?!” Kyra terlopong besar. Sudah kali kedua dia terkejut sebegini.
Khuzairi tersengih-sengih di situ. Dia tahu Kyra pasti terkejut dia menjadi pelanggan Slim World. Dia buat begitu pun kerana Kyra juga. Dia mahu menjadi kurus sama seperti bekas isterinya itu. Manalah tahu Kyra berminat untuk menjadi isterinya semula.
Mujur Abdul Fatah tidak ada bersama mereka. Jika tidak, pasti mukanya akan dilayangkan penumbuk buat kali kedua. Sengaja dia katakan pada receptionist yang bernama Betty itu supaya tidak memberitahu tentang permohonanya sebagai ahli baru Slim World.
“ Saya tak percaya awak jadi ahli baru Slim World. Saya tak percaya.” Kyra mengelengkan kepala, tanda tidak percaya.
“ Kyra kena percaya, sayang. Abang buat semua ini kerana abang nak buktikan yang abang mampu bergandingan dengan Kyra. Itu sebab abang nak kuruskan badan abang.” kata Khuzairi dengan jujur.
Abang lagi? Sayang? Aduhai… rasanya lelaki ni tak malu lagi untuk memanggilnya sayang. Malu dia pada Betty yang sudah tersenyum-senyum memandang mereka berdua.
“ Jangan sebab saya awak buat semua ni, Khuzairi. Just be yourself.” Kyra sedaya upaya memujuk Khuzairi agar tidak memaksa diri untuk menguruskan badan.
“ Abang tetap nak kurus juga. “ Because of you, I didn’t give up, Kyra.” Khuzairi sudah memulakan ayat romantiknya. Makin malu dia pada Betty.
Please Khuzairi, ini bukan tempat untuk berjiwang.”
“ Apa abang-abang ni?!” Abdul Fatah muncul dari belakang Kyra. Kyra terasa denyutan jantungnya bagai terhenti apabila mendengar suara lelaki itu muncul dari belakangnya. Fat, kenapalah kau masih muncul di dalam hati aku. Kyra mengeluh berat.
“ Apa kau buat kat sini, Encik Khuzairi? Aku kan dah cakap jangan jumpa dia lagi.” Abdul Fatah mencekak pinggang. Marah sungguh dia ketika ini.
Betty di kaunter pertanyaan sudah kelam-kabut menyambung kembali tugasnya apabila anak kepada Chairman Slim World datang menjengah lobi utama.
“ Pergilah sambung kerja awak, Encik Abdul Fatah. Ini perbualan di antara kami berdua. Encik Abdul Fatah tak ada kaitan dalam hal ini.” Kyra sudah muak untuk memandang Abdul Fatah lagi. Kerana sebuah agreement, dia semakin menyampah dan benci pada lagi itu.
Khuzairi gembira kerana Kyra menyebelahinya. Makin dia bersemangat untuk menawan hati Kyra.
“ Kau dengar sini Khuzairi… selangkah kau mendekati dia, selangkah itulah tumbukan aku akan hinggap di pipi kau, Encik Khuzairi.” Abdul Fatah betul-betul mengamuk. Cemburunya bukan kepalang melihat Kyra berbual dengan Khuzairi.
Pap!
Kyra terus menampar pipi Abdul Fatah yang tembam itu tanpa berfikir lagi.
Abdul Fatah terkedu di situ. Kyra menamparnya di depan Khuzairi?



8 ulasan:

Thanusya Shanmuganathan berkata...

nak lagi... siapa pilihan kyra? fatah or khuzairi...

Unknown berkata...

hehe...siapa pilihan kyra?
smuanya ad kt grup eya...hehe

Nana Mohd Yasin berkata...

aduhhhhhh...
sakitnya.....
kontroversi betullah Kayra ni

kejutan 1,
patah nk kawen ngan Kyra?
mmg terkejzutt..
biar betul ni....??????
hahahaha...

kejutan 2,
pencacai nk kuruskan badan???
alahai....sian org yg x berapa
nk kurus, x de yg nk....
(eya.....ni perli dlm senyap ke
apa ni....masih aku terasa ni.)

kejutan 3,
alamak patah kena lempang....
tambah berangin lah dia ngan Kyra
bertambah2 lg lah dendamnya...
OMG OMG OMG

ish3....
sape agaknya best man win..

tuan tanah,
jgn bagi saspen bnyk sgt ye
migrain ni...
sila2.... sambung....

Tanpa Nama berkata...

kak nana syg!!!
aduhai...pnjangnya komenmu!! hahaha...tp terbaiik!!!

kejutan 1
akk kne percaya yg patah mmg nk kahwin ngn KYRA

kejutan 2
akk jnglah terasa...ini hanyalah cerita...sorry sangat2 klao akk terasa!ini hanyalah imaginasi eya sahaja ;)

kejutan 3
hehe...bkn bertambah berangin Fatah, tp bertambah semangat PATAH nk kahwin ngn KYRA...HEHE

**eya CIK TANAH ya...hahaha

Leny Mimi berkata...

Eya, jgn bg Kyra hanyut ngan Kucai ye. =)

Tanpa Nama berkata...

haha...
insyallah KYRA x kn hnyut ngn kata2 CINTA daun KUCAI! kehkeh

Unknown berkata...

Ouch ! Ksian Fatah .. Taak baik tw Kyra .. Eeeee .. Jgn benci sgt .. Nati jtuh cinta .. Hahahahaha ..

Unknown berkata...

hehe..skrg ni rmai yg kesiankan FATAH kak...eya pn sme jgk kesiankan dia tp x pe...INSYALLAH KYRA akn BERSATU jugak dgn FATAH