Selasa, 3 Disember 2013

BAB 11 JANGAN TINGGALKAN AKU



Kyra datang ke pejabat Slim World tepat pukul sembilan pagi. Sengaja dia datang awal untuk mengelakkan diri daripada bertembung dengan Abdul Fatah. Moga-moga agreement dan cek yang disediakan Puan Faridah sudah siap sedia di kaunter receptionist dan dia boleh balik dengan senang hati tanpa bertemu dengan lelaki itu lagi.
“ Assalamualaikum, selamat pagi. Encik Abdul Fatah ada berikan cek dan surat perjanjian pada awak tak? Saya perlukan kedua-duanya.”
Receptionist itu bangun tatkala Kyra berbicara dengannya. “ Walaikumsalam, Cik Kyra. Err… tak ada, Cik Kyra. Actually, Encik Fatah ada kat dalam bilik. Cik Kyra bolehlah jumpa dia sekarang.”
“ Dia datang? Awalnya!” Kyra sedikit terkejut. Biasanya orang yang berpangkat tinggi ni selalu datang lepas pukul sembilan setengah.
“ Encik Fatah datang sebelum Slim World dibuka lagi, Cik Kyra.” Kyra terkejut lagi. Awal betul lelaki itu sampai ke pejabat. Apa yang lelaki itu buat dalam bilik dia tu?
Kyra mendongkol geram. Semalam dah pesan dekat Abdul Fatah bagi kat receptionist, lelaki itu buat-buat tak dengar. Hesy, mamat tu memang suka buat aku menyampah dengan sikap dia. omel Kyra dalam hati. Sudahlah dia tidak mahu bertemu lagi dengan Abdul Fatah. Lelaki itu memang suka menyakitkan hatinya.
“ Saya masuk dululah. Hurm…” mendatar sahaja suara Kyra. Kakinya terasa malas untuk melangkah masuk ke bilik Abdul Fatah namun apakan daya, dia terpaksa melangkah masuk ke bilik Abdul Fatah.
Malam semalam, tidurnya tidak lena mengenangkan kata-kata ‘keramat’ Abdul Fatah sewaktu mereka berdua di luar perkarangan rumah. Apabila dia akan bertemu dengan lelaki itu hari ini, dirinya jadi tidak menentu. Dadanya seringkali berdegup kencang.
Itulah sebab dia mahu menjauhkan diri daripada Abdul Fatah. Jika dia tidak bertemu dengan lelaki itu dua hari yang lalu pasti mereka tidak akan bertemu seperti sekarang.
Tok, tok!
Ketukan pintu kedengaran berapa kali. Kyra mengetuk pintu bilik abdul Fatah dengan terpaksa. Hai Kyra… kenapa kau lemah sangat hari ni? Takut nak jumpa mamat tu ke?
“ Please come in, Cik Kyra!” laung Abdul Fatah dari dalam. Walaupun suara lelaki itu tidak berapa kuat tetapi Kyra masih boleh mendengarnya. Dia masuk dengan langkah teragak-agak. Hari ini dia cuma bernampilan ringkas sahaja. Baju chiffon funky blouse yang berwarna coklat berbelang serta seluar jeans putih sahaja. Rambutnya yang paras dada dilepaskan begitu sahaja. Menambahkan keserian pada wajah Kyra pagi ini.
“ Err… hai.” Lemah sahaja suara Kyra.
“ Hai, Cik Kyra. Kenapa Cik Kyra lambat datang? Saya dah lama tunggu Cik Kyra datang. Come, duduklah sini.” jemput Abdul Fatah penuh berhemah. Dalam hati dia begitu gembira dengan kedatangan Kyra. Sudah berapa jam dia menanti duta Slim World itu. Cantiknya dia pagi ni. puji Abdul Fatah dalam hati.
Kyra mengerutkan dahi. Apa kena dengan lelaki ni? Cakap pun dengan nada lembut. Dah tu, berlagak ceria dengan aku. Ganjil pulak aku tengok sikap dia ni. desisnya dalam hati.
“ Cik Kyra nak air apa? Saya boleh suruh tea lady buatkan.”  Hati Kyra mula tidak tenteram. Ya Allah, mana pergi sikap serius lelaki ni? Aku lagi suka sikap dia yang dulu. Sikap dia yang sekarang mengelikan hati aku lah. Kyra terasa ingin menjerit sekuat hatinya. Biar semua orang tahu yang dia tidak suka untuk berlama di sini.
“ Tak apalah, Encik Abdul Fatah. Saya datang sini untuk sign agreement dengan ambil cheque aje. Mana perjanjiannya? Boleh saya sign sekarang?” Kyra bersikap formal. Muka Abdul fatah dipandang ala kadar sahaja.
Abdul Fatah tarik muka. Entah kenapa suara Kyra agak berlainan daripada semalam. Dia tidak suka suara Kyra yang ini.
Semalam dia sudah bertekad untuk mengambil hati Kyra. Dia tahu Kyra mampu memberikan dia kasih sayang dan cinta yang dia inginkan. Sudah dua tahun dia tidak ada peluang untuk bercinta. Bila Kyra muncul dalam hidupnya, dia yakin Kyra adalah wanita yang layak untuk menjadi suri hidupnya.
Rasanya tidak salahkan orang yang berbadan tembam sepertinya mencintai wanita yang kurus seperti Kyra?
“ Maaf Cik Kyra. Agreement tu dah siap cuma saya tak buat salinan lagi. Cik Kyra kena tunggu saya siapkan agreement  tu dulu baru Cik Kyra boleh balik. Cek lima puluh ribu tu ada kat ibu saya. Saya suruh dia pegang dulu.” Raut wajah Abdul Fatah tegang sekali. Merajuklah katakan!
Kyra bengang. Ingatkan cek lima puluh ribu itu ada di tangan Abdul Fatah tapi nampaknya dia silap! Terpaksalah dia ambil di tangan Puan Faridah selepas ini. Hurm. Dia mengeluh dalam diam.
“ Kalau macam tu, saya balik dululah. Saya datang bila Encik Abdul Fatah dah siapkan. Cek tu saya ambil sendiri kat Puan Faridah.” Ada baiknya Kyra beredar dari sini. Buat apa dia duduk di bilik ini jika surat perjanjian itu tidak siap lagi.Cek untuknya pula tidak ada di sini. Baik dia keluar lagi bagus! Dia mula bangun dari sofa berangkai tiga yang tidak berapa jauh dari pintu utama bilik Abdul Fatah.
“ Kyra! Fat cakap tunggu, tunggulah! Jangan balik lagi.” Abdul Fatah mula mengelarkan dirinya Fat.
Kyra terlopong. “ Encik Abdul Fatah panggil apa tadi? Fat?” berkerut dahinya mendengar nama itu.
“ Fat tu nama istimewa saya. Ada seseorang yang istimewa berikan nama itu pada Fat. Hari ini baru Fat munculkan nama itu semula. Selepas ni Kyra panggillah nama Fat aje. Fat suka Kyra panggil Fat.” terang Abdul Fatah. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.
Kyra senyum mengejek. Orang istimewa? Takkan Abdul Fatah ada girlfriend dulu kut? Badan fat macam ni, ada orang nak ke? “ Memang sesuailah nama itu dengan tubuh badan awak, Fat!” Kyra menjulur lidah. Biarkan lelaki itu sakit hati dengannya.
Abdul Fatah mendekati Kyra. Pandangannya pada Kyra begitu redup sekali. “ Fat tak kisah kalau Kyra kutuk nama panggilan Fat. Fat hargai kutukan Kyra pada Fat sebab Fat tahu kalau Kyra asyik sebut nama Fat bermakna nama Fat selalu meniti di bibir Kyra.”
Kyra terpaku tanpa kata. Ya Allah! Jiwang betul Abdul Fatah ni.
“ Fat janji Fat takkan ambil masa yang lama untuk buat salinan tu. Kyra tunggu ya. Duduk kat sofa tu dulu.” Abdul Fatah tergesa-gesa duduk semula di depan MAC miliknya. Masa yang ada ini harus digunakan dengan sebaiknya. Mesin printer sudah ada di tepinya. Dapatlah dia mempercepatkan kerjanya.
“ Argh!” Kyra mula membentak. Baru dia nak balik, ‘Fat’ ni pula yang terhegeh-hegeh suruh dia tunggu. Sabar sajalah wahai hati.
Kyra melabuhkan punggung ke sofa tiga berangkai yang dia duduk tadi. Ikutkan hati, sudah lama dia beredar dari bilik ini dan berjumpa Puan Faridah di tingkat atas untuk mengambil cek.
“ Cepat sikit. Saya nak balik ni.” suara Kyra tegas sekali.
Di depan komputer MAC, Abdul Fatah tidak putus-putus senyum. Ideanya tiba-tiba muncul tatkala Kyra bertegas untuk balik ke rumah. Ada seseorang yang boleh membantunya supaya Kyra akan duduk bersamanya di bilik ini. Siapa lagi kalau bukan ibunya, Puan Faridah!
Abdul Fatah cepat-cepat  membuka email company lalu menaip message dan menghantar kepada ibunya.
Ibu, datang blk Fatah cepat. Kyra datang nak collect cheque. Ibu kalau dtg, jgn lupa cakap pasal agreement tau. Fatah tak nak dia balik lagi. Please ya, ibu!
 Ini sahajalah cara yang dia ada agar Kyra tidak pulang ke rumah.
Dua minit kemudian, Abdul Fatah tersenyum apabila ibunya masuk ke dalam biliknya. Tidak sangka secepat itu ibunya datang.
“ Puan Faridah!” Kyra tergamam di sofa. Dia bingkas bangun apabila Puan Faridah masuk ke bilik Abdul Fatah. Dalam hati dia hairan juga, macam mana chairman Slim World ini boleh tahu kedatangannya ke sini? Rasanya dia tidak maklumkan pada sesiapa kecuali receptionist di luar dan Abdul Fatah.
“ Kyra. Maafkan saya sebab lupa nak nak informed awak pagi ini yang cek ni ada pada saya. Ini bayaran awak sebagai duta syarikat kami untuk setahun.” Puan Faridah menghulurkan cek yang diberikan pihak kewangan Slim World pagi tadi sebelum kedatangan duta syarikatnya itu.
“ Terima kasih, Puan.” Menggigil tangan Kyra apabila menerima cek itu. Tidak sangka hari ini dia diberi peluang untuk memegang cek yang mengandungi lima puluh ribu ringgit. Dia rasa bersyukur sangat. Tidak sia-sia dia menerima tawaran daripada Slim World untuk menjadi duta syarikat itu.
“ Sama-sama.” Puan Faridah tersenyum memandang Kyra sebelum pandangannya beralih pada Abdul Fatah yang berdiri di meja kerjanya. Anaknya itu terkumat-kamit menyuruhnya melakukan apa yang disuruh melalui email yang diterima tadi.
“ Kyra…”
“ Ya, Puan. Ada apa yang boleh saya bantu?” Kyra bersuara lembut. Biasalah dah dapat duit banyak daripada Chairman Slim World, mestilah kena cakap baik-baik! Karang tak pasal-pasal lucut jawatan aku sebagai duta syarikat ni. gumamnya dalam hati.
“ Anak saya ada buat agreement untuk Cik Kyra. Saya nak Cik Kyra teliti surat perjanjian yang anak saya buatkan untuk Cik Kyra dalam bilik anak saya ini. Perjanjian tu tak boleh bawa balik sebab lawyer saya perlukannya petang nanti.”
Abdul Fatah bukan main gembira di meja kerjanya. Ibu memang the best lah!
Kyra menunduk sedikit kepalanya sambil mengetap bibir. Bila Puan Faridah sudah berkata begitu, terpaksalah dia akur. Ingatkan perjanjian itu boleh dibaca di rumah tapi nampaknya tidak boleh.
“ Boleh aje, Puan.” Kyra terpaksa bersetuju dengan suara tersekat-sekat.. Nampaknya lagi lamalah dia di bilik ini bersama Abdul Fatah. Ah, bencinya!!
***
“ Khusyuknya baca agreement tu. Kyra tak nak pandang Fat ke?” Abdul Fatah cuba untuk mengalih perhatian daripada Kyra. Dia rasa sunyi apabila suara Kyra tidak bergema di dalam biliknya. Dia rindu untuk berbalas kata dengan Kyra.
Kyra tidak melayan, sebaliknya dia khusyuk membaca perjanjian yang dibuat untuknya. Dia tidak mahu berbual terlalu ‘mesra’ dengan Abdul Fatah. Biarlah mereka dalam keadaan begini.
“ Kyra… pandanglah Fat.” Suara Abdul Fatah kedengaran manja di telinga Kyra. Dia rasa geli hati. Kenapa dengan Abdul Fatah pagi ni? Dah mereng ke apa? bisiknya dalam hati.
“ Hmm…” itu sahaja jawapan Kyra.
“ Tak nak kawan Cik Kyra.” Abdul Fatah mula merajuk. Sememangnya dia perlukan perhatian Kyra. Kyra tidak mengeluarkan sebarang perkataan, dia rasa teramat sunyi di dalam bilik ini.
“ Ada saya kesah?” Kyra menjeling maut. Dia lagi suka jika mereka tidak ada sebarang hubungan persahabatan mahupun persaudaraan.
“ Kyra baca betul-betul tau. Kalau Kyra tak faham, Kyra bagi aje tahu Fat. Fat akan jelaskan pada Kyra.” Tidak puas-puas Abdul Fatah merenung Kyra. Kebosanannya hilag begitu sahaja tatkala memandang wajah duta Slim World itu.
“ Awak diam boleh tak? Saya nak fokus ni!” tiba-tiba Kyra menempelak Abdul Fatah. Surat perjanjian yang diberikan Abdul Fatah berapa minit yang lalu di hempas ke atas pahanya dengan sedikir kasar.
Tersentak Abdul Fatah dibuatnya. Dia bangun lalu duduk di satu sofa lembut yang tidak jauh daripada Kyra.
“ Kyra janganlah marah. Tak cantik muka Kyra kalau asyik marah aje. Fat janji Fat takkan ganggu Kyra baca agreement tu. Bacalah ya.” kata Abdul Fatah dengan nada takut-takut. Oh, Kyra… kenapalah hatimu sekeras kerikil? Soalnya dalam hati.
 “ Dah tahu diri tu fat, tetap juga nak gelarkan nama tu Fat. Hesy!” Kyra mencemuh. Matanya ralit memerhatikan setiap isi kandungan yang ditaip di dalam agreement itu.
Turun naik nafas Abdul Fatah ketika ini. Sudah puas dia mencuba mengambil hati Kyra namun Kyra tetap melayaninya dengan kasar. Ada baiknya, dia kembali seperti semalam. Yang kasar dan serius sahaja wajahnya. Jika itu yang terbaik agar Kyra sentiasa berlawan kata dengannya.
“ Itu nama aku. Suka hati akulah!” Kyra mula terpinga-pinga dengan kata-kata  Abdul Fatah yang tiba-tiba marah itu. Dia pula yang jadi takut.
“ Kau pernah jadi perempuan gemuk kan? Jangan nak berlagaklah bila kau dah kurus! Kau boleh cemuh dan kritik orang gemuk macam aku. Aku gemuk tapi darjat aku lebih tinggi daripada kau. Level kau dan aku tak sama. Kau cuma duta syarikat ni dan aku adalah anak chairman syarikat ni! It's okay to be a fat man, It's prestige and power and all of that. Remember that, Cik Amylia Nur Kyra!”
Kyra terpana dengan ayat itu. Timbul rasa bersalah dihatinya kerana mengkritik lelaki itu.
Abdul Fatah, maafkan Kyra! Luahnya dalam hati.

** ALHAMDULILAH… akhirnya siap juga en3 ni…Sorry kalau bab kali ni biasa2 aje. Ini aje yang eya mampu buat…
Pada kawan baru yang baca blog eya, kalau terasa nak jadi kawan eya kat facebook / group, jomlah join eya di :
Grup : karyanurdaeya

Facebook : Nur Daeya

5 ulasan:

Unknown berkata...

Ayo ! Xtw .. Kyra .. ! Daa uat Fatah marah .. Ayo ! Xtw .. Hahahaha .. Btol to Fatah .. Xbel tw nk hina owg comel nie .. Mntg2 laa dy da cntik .. Xpe Fatah .. Relax2 je .. Eya ! Akk enjoy .. Hehehehe ..

Tanpa Nama berkata...

hehe...padan muka kyra. kang dh kne marah!
alhamdulilah kak...tq ya sebab sudi enjoy ngn karya eya ni! hope akk terus mmbaca karya2 eya lg...hehe

Tanpa Nama berkata...

Jahatnya Fat :( . Kesian kat Kyra.Tapi Kyra memang berlagak pun.Padam muka :P.Bwahahahaha

Tanpa Nama berkata...

haha...pdn muka kyra!
org dh ckp lmbut2 pn x nk balas baik2~ ;) kesudahnya fat yg marah d balik!

Nana Mohd Yasin berkata...

ayoyo
gaduh lagi....
mmg merpati dua sejoli sungguh
dorang ni...

budak fatah ni pun sengal
dh tau dia fat,
buat gelaran diri fat plak
adoyai......lawak2.....

si kyra ni plak lupa diri
dulu dia beruang kutub
nnti bila si fat jadi
the hensem guy......
haaaa.....
terpanah arjuna.....
hihihihi

mmg best eya...
silalah sambung lg

idea yg manis
dtg dari wajah yg manis
so adik manis.....
senyum2 selalu
gu luck