Isnin, 2 Disember 2013

BAB 10 JANGAN TINGGALKAN AKU


Kyra hanya memandang ke luar tingkap. Tiada hati untuk memandang Abdul Fatah yang khusyuk memandu. Teringatkan kejadian di luar lobi utama tadi membuatkan dia makin menyampah dengan lelaki itu.
Abdul Fatah pula, dalam keasyikannya memandu kereta kancil milik Hanip, dia sempat mengerling sekilas ke arah Kyra yang langsung tidak mahu memandanya. Dia tahu Kyra pasti geram dengannya gara-gara kejadian tadi namun apa boleh dia buat, idea itu sahajalah yang boleh mengenakan Kyra.
“ Awak pandang apa kat luar tu, Cik Kyra? Dah gelap ni. Nampak ke apa yang ada kat luar tu?” Abdul Fatah sengaja memulakan perbualan. Bila berada di samping Kyra sahaja, entah kenapa dia sukar untuk menghentikan mulutnya daripada bercakap. Ada sahaja perkataan yang keluar dari mulutnya.
“ Awak jangan sibuklah! Pandu aje kereta tu elok-elok.” Kyra menjeling tajam. Geramnya pada Abdul Fatah belum pudar lagi.
Abdul Fatah tersentak. Dia cakap baik-baik, Kyra balas dengan kata-kata kasar pula. “ Saya tahu awak tak puas hati dengan saya, Cik Kyra.”
“ Dah tahu kenapa tanya?” Kyra menjeling lagi.
Abdul Fatah kemam bibir. Dia nak berbual mesra dengan Kyra namun sayang, Kyra nampaknya tidak berpuas hati dengannya. Terpaksalah dia menjalankan rancangan lain.
Sambil dia membawa kereta, sambil itulah Abdul Fatah memikirkan idea bagaimana caranya untuk mengenakan Kyra sekali lagi.
Kyra di sebelah sudah menunjukkan muka masam. Tahu pula lelaki itu tak nak balas kata dengannya. Mungkin dia tahu aku marah kut, tu yang tak nak jawab soalan aku tu. desisnya dalam hati. Dia kembali merenung ke luar tingkap.
Hai katil, bilalah kita dapat bertemu. Kyra menghela nafas perlahan sambil matanya terpejam rapat. Kepalanya disandarkan ke tingkap.
***
Abdul Fatah tersenyum senang tatkala Kyra memejamkan mata. Dia tahu Kyra tidak mahu melihat wajahnya. Lantaklah! Janji malam ini dia dapat melunaskan apa yang dirancangnya.
“ Cik Kyra!”
“ Apa dia…” mendatar sahaja suara Kyra. Dia langsung tidak memandang Abdul Fatah yang memanggilnya sebaliknya dia pejamkan mata.
“ Pandanglah sini. Saya lagi suka kalau Cik Kyra pandang muka saya.” Dalam hati Abdul Fatah mahu sahaja memuntahkan ayat yang dituturkan itu.
            “ Awak nak apa ni? Saya nak rehat kejap pun tak bolehlah! Hesy! ” suara Kyra tetap seperti tadi cuma nadanya sedikit kasar.
            Abdul Fatah mengerutkan dahi. “ Cik Kyra, saya sakit perut lagilah. Tak henti-henti memulas ni.  Saya nak pergi tandas kat hujung sana ya. Cik Kyra tunggu sini, jangan pergi mana-mana tau.” Abdul Fatah memegang perutnya. Setelah itu, dia mematikan enjin dan mengambil kunci kereta dan terus meluru keluar ke tandas lelaki yang tidak jauh dari kereta kancil itu.
Kyra panas hati. Tahulah sakit perut, yang nak matikan enjin tu kenapa? Aku kat sini panas membahang, dia pula matikan enjin. Hesy! Kyra mengipas-gipas dirinya dengan tangan. Sudahlah malam ini dia memakai gaun hitam yang berenda-renda pula tu. Makin berpeluhlah badannya jika duduk di dalam kereta ini terlalu lama dengan berpakaian sebegitu.
Mahu membuka tingkap, Kyra segan kerana ramai lelaki di situ. Dia takut.
Di sebalik dinding tandas lelaki yang Abdul Fatah masuk, dia terkekeh-kekeh ketawa seperti orang yang tidak siuman. Rasanya malam ini amat istimewa baginya kerana dapat mengenakan wanita yang cantik jelita seperti Kyra.
Rasakan! Kau suka berbalas kata dengan aku kan? Itu ‘hadiah’ aku buat kau, Cik Kyra! Biar kau berpanas sampai kau rasa lemas nak duduk dalam kereta Hanip tu. Abdul Fatah monolong sendirian.
Lepas dua puluh minit menunggu, Kyra mula berasa bosan. Gaun hitamnya sudah dibasahi peluh. Lama betul Abdul Fatah dalam tandas. Takkan Abdul Fatah tidur kut dalam tandas lelaki tu? Kyra tertanya-tanya sendiri. Bukan main lama lelaki tu kat dalam tandas.
“ Cepatlah Abdul Fatah oii. Aku nak balik ni!” Kyra resah sambil mengipas gaun hitamnya supaya peluh di tubuhnya berkurangan. Mujur rambutnya sudah disanggul kemas selepas dia keluar dari bilik air di Hotel Grand Hyatt tadi. Jika tidak pasti rambutnya dibasahi peluh juga.
Sepuluh minit selepas itu, Abdul Fatah masih tidak masuk ke dalam kereta. Kyra mula berangin. Abdul Fatah memang dah melampau! Mamat tu memang sengaja nak kenakan dia ke?
Ini tak boleh jadi ni! Aku mesti balik. Kyra sudah bertekad untuk balik naik teksi. Dia mula membuka pintu kereta lalu keluar dari situ. Tidak sanggup rasanya untuk terus berada di dalam kereta kecil ini. Boleh sesak nafasnya dengan bau-bauan yang kurang menyenangkan dalam kereta ini.
Mujur orang ramai di kawasan Brickfileds malam ini tidak terlalu ramai. Dia lega. Dapatlah dia balik dengan senang hati. Matanya mengerling ke kiri dan kanan. Mengharapkan ada teksi yang akan lalu di sini.
Jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam. Walaupun dia sedikit takut dengan suasana yang sunyi di sini namun dia terpaksa cekalkan hati.
“ Hai Cik adik manis. Sorang aje ke? Boleh kenal?” Kyra mula berasa cemas dengan suara yang tidak dikenalinya. Dia tahu suara itu suara lelaki. Dia mula menjarakkan diri tetapi malangnya lelaki itu bertindak merenungnya tanpa berkelip.
“ Pergilah tempat lain. Menyibuk aje.”
“ Cik adik manis ni tunggu siapa? Tunggu pelanggan datang ke? Kalau tak ada pelanggan malam ini, abang boleh jadi pelanggan Cik adik manis.” Lelaki itu masih tidak berkelip memandang Kyra. Kyra gelisah tidak menentu.
Mata Kyra membuntang mendengarnya. Lelaki ini pasti sudah salah anggap! “ Saya bukan pelacur. Ke tepilah!” suara Kyra sedikit tinggi.
“ Macam tak percaya aje. Kalau Cik adik manis bukan pelacur, kenapa berdiri kat depan rumah tumpangan ni? Bapak ayam suruh Cik adik manis tunggu kat luar ya?”
“Apa yang awak merepek ni? Saya tunggu teksilah! Awak jangan cakap yang bukan-bukan pasal saya ya!” tempelak Kyra. Geram betul bila lelaki ni tidak percaya yang dia bukan pelacur. Hesy, kalau Abdul Fatah ada di depan mata dia sekarang ini, memang lelaki itu akan ditampar laju-laju.
“ Ala, Cik adik manis ni nak menafikan pula. Mehlah ikut abang naik tingkat atas. Abang bayar seratus ringgit malam ni.” pujuk lelaki itu dengan menawarkan harga yang lumayan. Biasanya rumah tumpangan ini paling tinggi pun empat puluh ringgit untuk satu malam.
Kyra mahu sahaja menampar lelaki tak sedar diri itu. Dia anggap tubuh badan aku ni seratus ringgit? Memang kurang ajar betullah!
Sebuah teksi melalui kawasan itu. Kyra tekad untuk menahan teksi itu tanpa memandang sedikit pun lelaki itu. Apa yang lelaki itu katakan padanya, dia tidak kesah lagi. Badannya sudah tidak larat untuk terus berada disini. Dia penat.
“ Cik adik manis, janganlah tinggalkan abang. Abang janji, abang akan puaskan hati adik malam ni.” Lelaki itu tidak puas memujuk Kyra.
Kyra mahu jadi gila mendengarnya. Ya Allah, selamatkanlah diriku. Pintanya berkali-kali dalam hati. Teksi yang lalu didepannya tidak perasan langsung akan kehadirannya.
“ Kurang ajar kau!” Abdul Fatah tanpa menunggu lagi terus menumbuk lelaki yang menganggu Kyra. Lelaki itu tergamam. Melihat tubuh badan Abdul Fatah lebih besar daripadanya, dia segera beredar dari situ.
“ Jom Cik Kyra, balik dengan saya.”
Jika Abdul Fatah menampar lelaki itu, Kyra pula tanpa segan-silu menampar Abdul Fatah di depan orang ramai yang lalu-lalang.
Abdul Fatah terkaku. Pipi kanannya disentuh. Kyra menampar dirinya?
“ Awak tampar saya, Cik Kyra? Saya yang selamatkan Cik Kyra daripada lelaki tak guna tu, Cik Kyra tampar saya?!” tempelak Abdul Fatah tidak puas hati.
“ Memang itu yang sesuai untuk awak, Abdul Fatah! Awak tinggalkan saya berpuluh minit dalam kereta kancil buruk awak tu, lepas tu biarkan saya kepanasan kat dalam tu, awak ingat hati saya tak panas?!” Kyra menjerit.
“ Kau ikut aku sekarang, kau ikut aku!” marah Abdul Fatah sambil menarik kasar tangan Kyra. Perempuan ini benar-benar menguji kesabarannya. Berani betul Kyra menamparnya di depan orang awam. Sudahnya, kata ganti nama pun sudah bertukar menjadi kau aku.
Kyra menggigil badannya. Nampaknya Abdul Fatah sudah marah. Patutnya dia tidak ikutkan perasaan dengan menampar muka lelaki itu.
“ Masuk!” paksa Abdul Fatah setelah membukakan pintu kereta kancil itu dengan kasar. Kyra rasa berdebar. Nampaknya lelaki itu benar-benar marahkannya.
Abdul Fatah masuk ke dalam perut kereta dengan muka serius. Kyra jadi tidak tentu arah. Perasaan bersalahnya mula bermukim di hati.
“ Abdul Fatah, maafkan saya sebab tampar awak tadi. Saya tak sengaja.” Kyra bermain-main dengan jari-jemarinya.
“ Tak sengaja kau kata?” Abdul Fatah menarik nafas sambil memandang tajam wajah Kyra. “ Aku tolong selamatkan kau dari digoda lelaki itu, kau boleh tampar aku sesuka hati kau? Kau siapa nak tampar aku?” herdik Abdul Fatah. Bergema suara lelaki itu di dalam kereta kancil ini.
“ Awak, maafkanlah saya.” Kyra merayu bagaikan seorang budak kecil yang meminta maaf kepada ayahnya.
“ Diam!” jerit Abdul Fatah. Enjin kereta dipanaskan sebentar sebelum lelaki itu menarik gear untuk meneruskan perjalanan.
Kyra rasa panas hati. Dia yang sepatutnya marah lelaki itu, kenapa lelaki itu yang beria-ria marahkannya? “ Awak dah kenapa, Encik Abdul Fatah? Saya tampar awak tak adalah teruk sangat. Yang awak beria-ria nak marahkan saya pasal apa?” kali ini Kyra pula yang marah Abdul Fatah.
Abdul Fatah menekan hon kereta lama. Kyra tekup telinga. “ Please stop it, Fatah! Ini jalanraya. Bukan tempat untuk membuat bising.” Kyra berani melawan kata dengan lelaki itu.
You better stop talking, Cik Kyra!” Kyra terpaku tanpa kata.
“ Kalau kau bercakap masa aku tengah bawa kereta ni, aku berhentikan kau kat jalanraya yang sunyi sepi ni. Jangan cari pasal dengan aku!” ugut Abdul Fatah.
Berdegup jantung Kyra mendengarnya. Dia terpaksa mengalah saat ini.
“ Rumah saya dekat Mutiara Damansara. Awak hantar saya dekat perhentian bas makhamah tu.” kata Kyra dengan wajah menunduk. Dia takut kalau-kalau lelaki itu akan memarahinya lagi sekali.
Abdul Fatah memandang wajah Kyra yang sedang menunduk ke bawah. Tahu takut! Dia meneruskan perjalanannya sampai ke tempat yang Kyra katakan. Tidak sangka kyra sanggup menghabiskan duit dengan menaiki teksi semata-mata untuk sampai ke Hotel Grand Hyatt di Jalan Pinang. Mau makan berpuluh ringgit juga untuk sampai ke hotel mewah itu.
Mereka senyap sahaja sepanjang perjalanan. Belum masanya untuk berbual mesra di antara mereka berdua.
Berapa puluh minit kemudian, mereka sampai di Mutiara Damansara. Kyra dengan nada perlahan menunjukkan jalan ke rumahnya. Abdul Fatah hanya mendiamkan diri. Tanpa banyak soal, Abdul Fatah mengikut sahaja apa yang Kyra katakan.

***
“ Ini rumah saya, Encik Abdul Fatah. Hurm… terima kasih Encik Abdul Fatah sebab sudi hantarkan saya sampai ke depan rumah walaupun hari dah lewat malam. Maafkan saya sebab tampar muka awak tadi. Saya masuk dalam dulu. Assalamualaikum.” ucap Kyra sebelum dia bertindak keluar dari kereta kancil itu. Sengaja dia berkata hormat dengan lelaki itu. Mana tahu lelaki itu akan bercakap dengannya semula.
Baru sahaja Kyra hendak membuka pintu pagar rumah dua tingkatnya, Abdul Fatah memanggilnya. Dia berpaling ke belakang.
“ Ada apa, Encik Abdul Fatah?”
Sorry…” kata Abdul Fatah dengan suara yang amat perlahan.
Kyra tergamam. Err… Abdul Fatah minta maaf pada dia? “ Encik Fatah cakap apa tadi, saya tak dengarlah.” Dia tidak jadi untuk masuk ke dalam rumah sebaliknya dia merenung wajah lelaki serius itu.
“ Saya tak suka nak ulang banyak kali.” Serius sahaja kata-kata Abdul Fatah.
Kyra mencemik. Ego juga lelaki ni. “ Tak sangka dari riak wajah Encik Abdul Fatah yang serius, terselit ego yang sangat tinggi. Saya masuk dalam dululah. Badan saya dah teramat letih ni. Esok awak bagilah cek lima puluh ribu dengan salinan agreement yang Puan Faridah cakap tu kat kaunter receptionist. Saya harap sangat kita takkan berjumpa lagi.” Jika Abdul Fatah bersikap ego terhadapnya, dia pun akan bersikap begitu juga.
Kyra kembali ke muka pintu pagar. Dia mula membuka pintu itu tanpa sedikit pun memandang Abdul Fatah. Selepas ini dia mengharapkan untuk tidak bertemu dengan lelaki itu lagi. Cukuplah sampai di sini sahaja pertemuan mereka.
Abdul Fatah yang mendengar terasa pilu. Sampai hati Kyra tidak mahu berjumpanya lagi. “ Cik Kyra, I’m sorry. Saya betul-betul minta maaf sebab marahkan Cik Kyra lagi. Saya janji lepas ni saya takkan marah Cik Kyra teruk-teruk. Saya janji.” Begitu bersungguh-sungguh Abdul Fatah mengungkapkan ayat itu. Egonya diketepikan. Tidak sanggup rasanya jikalau Kyra menjauhkan diri daripada.
Kyra terpana. Matanya tidak berkelip merenung Abdul Fatah yang berada didepannya. “ Baik Encik Abdul Fatah balik, dah lewat malam ni. Saya tak nak orang sekeliling cakap macam-macam pasal kita berdua.” jawabnya dengan suara yang mendatar.
“ Saya lagi suka kalau orang sekeliling gosip pasal kita berdua.” Abdul Fatah tenung mata Kyra.
Kyra mula jadi gelisah tidak menentu dengan pandangan itu. “ Are you out of mind, Encik Abdul Fatah? Baliklah. Tidur lagi bagus daripada cakap yang merepek-repek malam ni.” Kyra mengelengkan kepala. Kenapalah mamat ni cakap perkara yang tak masuk dek akal malam-malam ni? Sengaja buat hati aku tak tenteram, hesy!
“ Cik Kyra tak sudi ke kalau bergandingan dengan orang yang tembam macam saya ni?” uji Abdul Fatah.
“ Tolonglah, Encik Abdul Fatah. Saya dah mengantuk sangat-sangat ni. Saya dah tak larat nak layan karenah Encik Abdul Fatah malam-malam ni. Tolonglah balik!” Kyra merayu bersungguh-sungguh.
Abdul Fatah makin mendekati Kyra. Kyra jadi tidak menentu. Apa kena dengan mamat ni? Tiba-tiba aje nak dekat-dekat. gumamnya dalam hati.
“ Cik Kyra, sebelum saya balik ni hurm…” tangan Abdul Fatah melekap di pintu pagar. Wajah Kyra begitu hampir dengannya.
 Kyra pantas mengelak. “ Awak ni kenapa?” bergetar suaranya. Jangan cakap Abdul Fatah nak cium dia malam ni? Simpang malaikat empat puluh empatlah!
Abdul Fatah merenung dalam anak mata Kyra sebelum lelaki itu berbisik di telinganya.
Thin people like you are beautiful, but fat people like me are adorable. Selamat tinggal, sayang…” pantas Abdul Fatah mengucapkan selamat tinggal dan tergesa-gesa masuk ke dalam kereta kancil.
Kyra tergamam. Dia jadi lemah di situ. Apa maksud Abdul Fatah sebelum lelaki itu meninggalkannya di sini? Adakah lelaki itu mula menyukainya dirinya? Kyra jadi buntu memikirkannya.

** ALHAMDULILAH, tq ALLAH sebab bagi peluang kat Eya siapkan en3 ni.
Kalau sudi, komenlah ya! ;)
** Pada yang nak berkenalan dengan eya, boleh join / add eya di :
  Grup : karyanurdaeya
Facebook : Nur Daeya



7 ulasan:

Unknown berkata...

Hahahahaha .. Kyra .. Kyra .. Klakarlaa .. Fatah pon .. Soo sweet .. ;) :) ..

Unknown berkata...

hehe...diaorang mmg sweet kak damia...tqvm ya sbb jd pembaca yg komen pertama dlm bab ni hehe ;)

Hanae berkata...

yeah! fatah dh berterus terang .. yahoo hehe best >.< x sbr nk tau smbungan ^_^

Nana Mohd Yasin berkata...

apa kena ini dua orang
kejap I hate U
kejap I love U
aisssssshhhhh........
last2 I yg konpius....
ish3.....

mmg kna la dorang ni
cute n adorable
lama2 jadi aur n tebing
tp dorang mmg sweet

apa agknya akan jadi esk hari????

kita tunggu....
tuan tanah ; next n3 plzzz

Tanpa Nama berkata...

hehe...adik ain...
hri ni akk bg en3 lg ya...insyallah ;)

Tanpa Nama berkata...

kak nana yg ku sygi
hehe... diorang kjp suka kjp benci..
insyallah diorang akn bersatu dlm brapa bab lg ;)

Unknown berkata...

ekekekeke....sweet sgt bila fatah berkata2 sebelum dia balik...