“ Jangan kacau hidup aku lagi, Muhd Khuzairi.
Aku dah tak ada kena-mengena dengan kau lagi. Pergi blah!” tengking Kyra.
Terluah ayat kasar di bibirnya. Hanip di sebelahnya sudah terpinga-pinga dengan
kelakuan Kyra.
“ Kenapa dengan lelaki ini, Puan? Dia selalu
menganggu hidup Puan ya?” soal Hanip sekilas sebelum kepalanya menjengah kearah
Muhd Khuzairi yang masih tercegat di pintu pagar rumah Kyra.
Khuzairi melihat lelaki yang berdamping dengan
Kyra dengan rasa sakit hati. Huh, ada hati lagi nak buat-buat selamba depan
aku. Kalau dah curang dengan isteri orang, mengaku sajalah. Tak payah nak
sorok-sorok! cebik Muhd Khuzairi dalam hati.
“ Memang dia selalu menganggu hidup saya,
Hanip. Lelaki tak sedar diri memang macam tu.” Kyra masih menggunakan nada yang
sama. Muhd Khuzairi sudah seperti mabuk dienggang lalu, orang tak sudi, dia
masih hendak lagi. Hesy, tak faham betul dengan mamat sengal ni!
Hanip merenung Muhd Khuzairi dari atas ke
bawah. Bentuk badan lelaki ini lebih kurang seperti Abdul Fatah cuma wajah
lelaki itu tampak sedikit cengkung dari jauh.
Muhd Khuzairi segera mendekati dua insan di
hadapannya itu. Jari telunjuknya tepat kearah Kyra yang bereaksi cemas itu.
“ Siapa tak sedar diri sekarang, Kyra? Kau ke
aku? Aku sampai sekarang tak kacau mana-mana perempuan selain kau. Sebab apa?
Sebab aku masih sayangkan kau. Huh, kalau Fatah nampak apa yang korang berdua
ada kat sini, memang kena cerailah kau sekali lagi Kyra!” angkuh sekali
kata-kata Muhd Khuzairi.
Berani lelaki ini mengungkapkan kata-kata
sebegitu pada isteri majikannya. Hanip memang tidak boleh bersabar lagi. Lelaki
ini patut diajar! “ Berani kau cakap macam tu dengan Puan Kyra? Haa… rasakan
penumbuk sulung aku kat muka kau.” Dush! Satu tumbukan padu mengena bibir nipis
Muhd Khuzairi sekilas lalu.
Tumbukan itu memberi kesan pada bibir Muhd
Khuzairi selepas dia terjelepok jatuh di atas lantai. Mengalir darah di celah
gusinya. Kyra terkaku di muka pintu. Timbul rasa kagum pada lelaki yang bernama
Hanip ini.
“ Awak baliklah dulu Hanip, kunci dah ada kan?
Balik dulu. Nanti keadaan bertambah kecoh. Balik ya.” arah Kyra dengan suara
yang begitu cemas. Biarlah dia dan Muhd Khuzairi sahaja yang berada di sini.
Dia tidak mahu jiran sekeliling nampak akan pertengkaran yang berlaku.
“ Tak apa ke Puan Kyra? Saya takut lelaki ni
mengapa-apakan Puan.” Sememangnya Hanip tidak berapa berkenan dengan Muhd
Khuzairi. Pertama kali dia bertemu empat mata dengan lelaki itu, dia sudah
mengagak ada sesuatu yang tidak kena pada lelaki yang bernama Muhd Khuzairi
ini. Matanya merenung tajam wajah Muhd Khuzairi.
“ Tak apa. Awak balik aje. balik ya.” Kyra
merayu.
“ Tapi…” Hanip tidak berasa sedap hati. Lelaki
seperti Muhd Khuzairi memang tidak boleh dipercayai.
“ Please?
” suara Kyra sedikit meninggi. Marah. Hanip tersentak. Nampaknya dia tidak
mampu membantah kata-kata Kyra. Terpaksalah dia berlalu pergi dari perkarangan
rumah ini.
“ Kalau begitu, saya pergi dululah.” Hanip
keluar dari perkarangan rumah Kyra dalam keadaan tergesa-gesa. Jika Kyra tidak
berapa senang dia berada di situ, dia perlu pergi.
Kyra mengeluh panjang. Kesian Hanip, tak
pasal-pasal kena marah dengan dia. Wajah cemberut Muhd Khuzairi dipandang
tajam. Lelaki itu masih tidak mahu bangun dari situ. Dia jadi bengang.
“ Itulah siapa suruh cakap macam tu lagi, kan
dah kena tumbuk!” Kyra menjeling sekaligus dia berpeluk tubuh. Memang dia suka
pun Muhd Khuzairi kena tumbuk. Baru dia sedar dengan kata-kata dia itu! Cakap
tak serupa bikin, ada hati nak berlagak pula. Kyra sempat lagi mengata Muhd
Khuzairi dalam hati.
“ Kau tak nak tolong bangunkan aku ke? Aku kan
sakit…” Muhd Khuzairi menghulurkan tangan kanannya kepada Kyra. Mana tahu Kyra
mahu menolongnya bangun semula.
“ Bangunlah sendiri. Kita bukan mahram!” Kyra
menyedarkan Muhd Khuzairi dengan ayat sinisnya. Kata-kata ibu sudah ditanam
dikepala. Sebagai isteri dia perlu menjaga maruah diri dan suami.
Muhd Khuzairi membuat muka kesian. “ Sampai
hati kau tak nak tolong aku. Kau dah berubah, Kyra.” perlahan suaranya. Jika
diperhatikan dari segi penampilan Kyra yang bertudung sehingga menutup dada
membuktikan bahawa wanita dihadapannya ini sudah berubah. Tidak seperti masa
mereka masih sebagai suami isteri dahulu. Rambut ditunjuk pada orang
sekeliling. Nampaknya peluang untuk memiliki Kyra semula tidak kesampaian.
“Aku memang dah berubah. Kau tak nampak aku pakai tudung ni? Ke mata kau nampak aku masih
berambut lagi?” perli Kyra. Sakit hati dengan setiap ayat yang terkeluar dari
mulut lelaki itu. Dari dulu sampailah sekarang, ada sahaja ayat Muhd Khuzairi
yang kurang menyenangkan hatinya.
“ Sayang aku lepaskan kau dulu tapi tak apalah,
perkara tu dah lama.”
Bila Muhd Khuzairi mengungkapkan perkataan ‘ lepaskan’
itu, dadanya mula rasa sebak yang teramat sangat. Kerana bayi yang dikandung
hilang dalam perutnya secara tiba-tiba, lelaki ini terus menceraikannya dengan
talak satu. Tiba-tiba dia jadi rindu pada anak di dalam perutnya. “ Baliklah,
Khuzairi. Tolonglah jangan datang dalam hidup aku lagi. Aku lelah dengan sikap
kau. Pergilah.” rayu Kyra dengan nada hiba. Air matanya jatuh mengalir di celah
pipinya. Serta-merta wajahnya menunduk agar tidak nampak terlalu ketara air
matanya.
Muhd Khuzairi mula dihimpit rasa bersalah. “
Maafkan aku Kyra. Tujuan aku datang sini bukan untuk menyakitkan hati kau lagi.
Sebenarnya aku datang sini untuk menjadi kawan baik kau. Aku pasrah dan redha jika kau bukan milik
aku lagi. Mungkin Allah dah tetapkan kita bukan untuk bersama. Tak salah kan
kalau kita jadi kawan?” cadangnya.
Kyra pantas mengangkat muka. Dia tergamam.
Lidahnya seakan kelu untuk berkata-kata.
Tidak percaya Muhd Khuzairi meluahkan hasrat untuk menjadi kawannya. Perlukah
dia bersetuju dengan cadangan tersebut.?
“ Boleh. Seribu kali aku sudi kawan dengan kau
Khuzairi, tapi cukuplah sekadar kawan yang tak bertemu empat mata. Aku rayu
pada kau buat kali kedua, tolonglah keluar dari sini. Jangan muncul depan aku
lagi.” Kyra merintih.
Muhd Khuzairi rasa terhina. Sekadar kawan tanpa
bertemu empat mata? Hurm, apa lagi yang perlu dia buat jika itu kehendak Kyra. “
Baiklah… jika itu permintaan kau, aku terima. Terima kasih sebab sudi berkawan
dengan aku. Semoga kau dah Abdul Fatah gembira.” ucap Muhd Khuzairi perlahan.
Tiada lagi terbit kata-kata yang menyakitkan hati lagi. “ Assalamualaikum…” Dia
mula berpaling ke belakang dan mengorak langkah
menuju ke kereta Camry miliknya.
Cukuplah sampai di sini sahaja pertemuan mereka
berdua.
“ Waalaikumsalam…” Akhirnya Kyra pula yang
terjelepok ke atas lantai. Air mata yang turun di pipinya tadi makin lebat
mengalir hingga menitik di tudung sarungnya. Kini, semua orang yang disayangi
telah tinggalkan dirinya.
“ I
missed you, Abdul Fatah…” monolong Kyra sendiri.
****
Tidak jauh dari beberapa rumah Kyra, Abdul
Fatah ligat memerhatikan Kyra dan Muhd Khuzairi yang berdiri di hadapan
perkarangan rumah dua tingkat itu membuatkan. Cemburunya menjulang tinggi.
Sakit hatinya melihat dua insan itu sedang membalas kata dan merenung mata.
Syawal membawanya datang ke rumah Kyra setengah
jam sebelum Atuk dan ibu mertuanya berangkat ke Penang tanpa pengetahuan Hanip.
Sanggup dia bersama pemandunya, Syawal tunggu tidak jauh dari rumah Kyra kerana
mahu melihat wajah isterinya sebelum dia berangkat ke Singapura.
Paling membuatkan hatinya sakit, Kyra menangis
dimuka pintu selepas Muhd Khuzairi meninggalkan perkarangan rumah itu.
“ Syawal, kita gerak sekarang.” arah Abdul
Fatah. Wajahnya tegang sahaja. Sekali pandang, Abdul Fatah sudah macam Hulk yang sedang berkerut menahan marah.
“ Tak nak jumpa Puan Kyra sebelum pergi KLIA
dulu bos?” Syawal teragak-agak menyoal majikannya. Marah benar nampaknya
majikannya ini.
“ I said
now, now! Jangan banyak soal boleh tak?!” marah benar Abdul Fatah saat ini.
Fikirannya berkecamuk. Kerana pertemuan diantara Muhd Khuzairi dan Kyra fikirannya
jadi kacau-bilau.
Syawal akur. Tanpa membuang masa lagi, Syawal
mula meneruskan perjalanan mengikut laluan kawasan rumah isteri majikannya.KeretaMercedes
Benz CLK dibawa laju tanpa sedikit pun berhenti di depan rumah Kyra.
Kyra yang mahu menutup pintu rumahnya mengecilkan
mata. Bunyi deruman kereta mewah yang lalu di kawasan rumahnya mematikan
niatnya untuk menutup pintu. Rasa dia kenal dengan kereta itu. Takkanlah.. Kyra
jadi tidak tentu arah.
Dia berlari keluar dari rumahnya. Matanya masih
dikecilkan. Benar, kereta itu memang dikenalinya. Adakah Abdul Fatah melihat ‘drama
sebabak’ mereka berdua tadi? Ya Allah, apa yang perlu aku buat ni? Kyra
benar-benar rasa cemas.
“ Abdul Fatah… jangan tinggalkan Kyra!!” jerit
Kyra kuat. Dia benar-benar rindukan Abdul Fatah. Ya Allah, maafkan aku… Kyra
menangis dan terus menangis.
11 ulasan:
Ada sambungan lgi ke?
Cian kyra....
Dah tak ada sambungan lepas ni...
slmt tinggal kyra & fatah! hehe
pergh..satu tindakan yg amat tidak cerdik yg dilakukan oleh kyra bila menyuruh org suruhan fatah berlalu pergi meninggalkannya..kan dah timbul fitnah ..dimata fatah..isterinya curang.. apalah salahnya sekiranya kyra menalipon suaminya atau mengikuti jejak suaminya ke KLIA..kan.. meleraikan apa yg tersemat dihati suaminya..kan..sebab syurganya pada fatah..
eya napa wat hubby kak cam tu x nak kawan eya dah huhuhuhuhu sakit nye hati fat tp fat x thu cerita sbnar nye jgan lah fat tgal kn kyra
kak ida,
mmg satu tindakan yang kurang bijak kerana Fatah pergi begitu sahaja tanpa berjumpa Kyra untuk berbincang tentang apa yang telah berlaku tadi. Kesian Kyra, tak pasal-pasal dia ditinggalkan Fatah. hurm...BTW, TQVM sbb sudi KOMEN cerita ni secara emotional! eya sgt menghargainya... ;)
kak siti syg,
Akk jgnlah mrah eya...bukan eya saja2 nk buat jln citer mcm tu...hehe.
nnt en3 seterusnya (dlm manuskrip) insyallah Fatah pasti akan menyesal terhadap perbuatannya... ;)
**TQVM ya kak sbb sudi bg komen buat kli pertama kt blog eya!! haha... luv u always...
Hu hu bila boleh peluk ketat2 ni...xsabar la...
insyallah tahun ni jgk eya hntr manuskrip penuh ni k syarikt penerbitn ya
Sis novel nie da kuar ke?
sy lbh ska sis atr kt ikip..
smga dprmdhkn ye sis..
-kyra-
Nk tnye novel nie dh kuar kt pasaran lom
Jln cerita mcm tk berapa lengkap je...ada sambungan lgi kot,klau ada smbungan mesti habis...tu luahan saya ja,tk bermaksud nk mengata pon
Catat Ulasan