Hati Marina berbunga riang apabila terpandangkan
hayunan langkah insan yang amat dikasihinya itu menghampirinya. Dadanya
berdegup kencang. Hampir setengah jam dia duduk keseorangan di taman permainan
Kampung Malaysia Raya ini memerhatikan kanak-kanak ligat bermain tetapi kini
dia tidak keseorangan lagi.
Senyumannya melebar tatkala lelaki yang
bernama Zaim Irsyad itu duduk di sebelahnya walaupun tidak terlalu rapat.
Sebagai kekasih yang belum berkahwin lagi, mereka perlu menjaga tingkah laku
agar tidak mengundang pandangan sinis orang sekeliling.
Sudah beberapa hari mereka tidak
berjumpa. Entah Zaim Irsyad rindukan dirinya atau tidak. Marina merenung Zaim
Irsyad yang sedang bermain dengan kedua belah kakinya. Dia sedih kerana Zaim
Irsyad langsung tidak memandang kearahnya. Ingatkan lelaki ini akan terus
berbual dengannya apabila duduk disebelahnya. Sedih, memang sedih apabila
diperlakukan sebegini. Adakah Zaim Irsyad tidak menyukainya lagi? Marina tidak
mahu memikirkan pasal itu lagi. Apa yang penting sekarang ini, dia mahu berbual
dengan Zaim Irsyad.
“ Awak…” Marina memulakan perbualan.
Suaranya lebih menggoda ketika ini. Mahu mengambil hati kekasihnya yang
langsung tidak mahu memandangnya.
“ Apa? ” suara Zaim Irsyad mendatar
sahaja. Rambut panjang paras bahunya disapa angin. Matanya lebih tertumpu
kepada kanak-kanak yang riang bermain. Wajah Marina langsung tidak ditatap. Hatinya
sakit.
“ Kenapa awak macam ni? Tak best lah…” Marina buat mulut muncung.
Sedikit terasa dengan balasan kata kekasihnya itu.
“ Saya tak boleh berlama kat sini.
Cakaplah apa awak nak.” Gaya bahasa yang ditonjolkan Zaim Irsyad sedikit kasar.
Marina jadi tidak tentu arah. Kenapa
dengan lelaki ini? Rasanya dia tidak buat salah pun. “ Awak marah ke kita jumpa
kat sini? Saya minta maaf.” Marina rasa bersalah. Dia tahu Zaim Irsyad tidak
suka mereka berbual dalam keadaan riuh-rendah.
“ Dah tahu saya tak suka berbual dalam
keadaan macam ni kenapa masih awak buat juga? Awak memang suka buat saya marah
kan?” marah Zaim Irsyad tiba-tiba. Sudahlah dia tiada mood petang ini. Bapanya,
Haji Talib suka benar membebel apabila dia kerap terperap di biliknya. Suka
benar bapanya ungkitkan tentang kerja. Salahkah dia berehat setelah habis belajar?
Tiga tahun dia berhempas-pulas untuk mendapatkan Diploma IT & Engineering di Universiti Teknologi PETRONAS, rasanya
memang tidak salah dia berehat buat sementara waktu. Lepas sebulan nanti,
tahulah dia mahu mencari kerja.
Zaim Irsyad datang ke taman ini pun
semata-mata mahu mengurangkan tekanannya tetapi apabila dia melihat suara
riuh-rendah kanak-kanak di sini bermain makin menambahkan tekanannya. Sebab
itulah dia marah pada Marina.
“ Awak janganlah marah saya. Saya
sayangkan awak… jangan marah ya?” pujuk Marina sungguh-sungguh. Marina tahu batasnya
sebagai seorang muslimah. Jika gadis yang jahil agamanya pasti akan memujuk
sambil memeluk tubuh kekasih atau membisikkan kata-kata romantis ditelinga.
Marina bukan gadis sebegitu. Biarpun Marina merupakan anak orang berada, Marina
tetap menjaga maruahnya sebagai muslimah.
“ Awak baliklah. Rumah awak kan jauh.”
Zaim Irsyad mula bangun. Zaim Irsyad tidak marah cuma suaranya sahaja yang
mendatar. Zaim Irsyad tiada mood petang ini melayan Marina.
Marina tercengang. Tidak sampai satu jam
dia datang ke Kampung Malaysia Raya, Zaim Irsyad menyuruhnya balik ke rumah?
Penat dia datang ke sini semata-mata mahu bersua muka dan berbual dengan
kekasih hatinya ini, lelaki itu senang-senang sahaja berkata begitu. “ Awak tak
suka jumpa saya ke? Saya betul-betul rindukan awak.” Selalunya lelaki yang akan
menuturkan ayat tersebut kepada orang tersayang tetapi ini terbalik pula.
“ Nanti saya telefon. Awak balik ajelah.
Saya rindukan awak juga tapi mood saya betul-betul tak ada hari ni nak berbual
dengan awak. Bila saya ada kredit nanti saya telefon awak. Saya janji.” Zaim
Irsyad tidak begitu pasti apa yang diperkatakannya itu betul atau tidak.
Sudahlah dia tiada duit untuk membeli barang-barang keperluannya. Harapkan duit
ayah dan ibunya, Puan Hamidah sahaja.
Marina mengeluh sedikit. Zaim Isyad
seringkali memberi alasan sebegitu. Dulu dia ada beri cadangan pada kekasihnya
itu untuk membayar bil telefon setiap bulan tetapi lelaki itu pantas membantah
sekeras-kerasnya. Katanya tidak selesa. “ Jangan macam ni. Saya nak kita selalu
bersama. Saya sanggup bayar bil telefon awak asalkan awak sentiasa bercakap
dengan saya.” Sayang sungguh Marina pada Zaim Irsyad. Sanggup buat apa saja
asalkan lelaki itu dekat dengannya. Papa dan mamanya, Haji Khaleed dan Puan Yati
langsung tidak tahu hubungan mereka berdua. Hanya ibu bapa Zaim Irsyad sahaja
yang mengetahui hubungan mereka berdua.
Tiga tahun Marina merahsiakan hubungan
ini. Papa dan mamanya ada berpesan supaya mencari lelaki yang boleh dijadikan
inspirasi dan menjaga empayar syarikat mereka. Jika diteliti pada perwatakan
dan ilmu pengetahuan yang ada pada lelaki yang bernama Zaim Irsyad ini, lelaki
itu sebenarnya mampu menjaga empayar syarikat mereka cuma untuk dijadikan
inspirasi itu dia kena fikir dua kali.
Zaim Irsyad merengus. Fikirannya jadi
kusut semula. “ Saya cakap tak payah, tak payahlah!” Zaim Irsyad kembali marah.
Terkedu Marina dibuatnya. “ Dahlah, saya nak balik dulu. Ayah saya nak pergi
masjid lepas ni. Karang saya balik lambat nanti dia membebel pula sebab guna
motor dia. Saya pun sayang awak juga. Assalamualaikum.” Marah-marah Zaim Irsyad
pun, lelaki itu sempat mengucap sayang kepada Marina.
Zaim Irsyad sudah melangkah meninggalkan
Marina yang masih berdiri tegak di tempat yang mereka duduk tadi dan mula
menuju ke motor Modenas milik ayahnya yang terletak di dewan seberguna
bersebalahan taman ini. Azan asar akan berkumandang berapa minit lagi jadi dia
tidak boleh melengahkan masa. Lambat nanti tak pasal-pasal kena membebel lagi.
Mujur rumahnya tidak jauh dari taman ini.
“ Waalaikumsalam.” ucap Marina perlahan. Kepalanya
ditundukkan buat seketika. Keadaan riuh-rendah di kawasan taman permainan ini
langsung tidak menarik minatnya. Apa yang berlegar difikirannya sekarang ini
hanyalah Zaim Irsyad dan kata-kata yang diucapkan lelaki itu sebentar tadi.
Kata-kata itu membuatkan Marina
berkobar-kobar mendapatkan Zaim Irsyad yang mula menghidupkan enjin motor
Modenas pak cik Talib. “ Awak, tunggu!” jerit Marina.
Zaim Irsyad tergamam. Marina mahu apalagi
dengannya? Bukan ke dia sudah kata dia mahu cepat balik. Hurm…
gadis ni kadangkala buat aku sakit hati aje dengan perangai dia. gumamnya dalam
hati. Sebahagian orang sekeliling
yang berada di kawasan Kampung Malaysia Raya sudah berpaling kearah mereka
berdua.
Marina dalam keadaan termengah-mengah
ketika dia berjaya bertemu Zaim Irsyad semula.
Zaim Irsyad sudah mencerlung mata. Marah.
“ Awak nak apalagi ni? Kan saya dah cakap nanti kita cakap lagi. Awak ni suka
buat saya benganglah.” Selamba sahaja Zaim Irsyad menuturkan ayat tersebut.
Tiba-tiba azan asar berkumandang. Zaim
Irsyad dan Marina terkejut. Kedua-duanya berpaling kearah masjid yang
berhampiran taman permainan. Laungan azan begitu kuat memaksa Marina sedaya
upaya menguatkan sedikit suaranya.
Azan yang berkumandang itu sedikit
sebanyak memberikan Marina semangat untuk meneruskan kata. “ Awak, saya nak
melamar awak jadi suami saya. Kita kahwin. Saya tak sanggup tengok awak macam
ni.” Lancar tutur kata Marina. Apabila berjauhan begini, dia rasa dia perlu
meluahkan apa yang terbuku dihatinya.
Zaim Irsyad terperanjat besar sekaligus
dia terlopong dengan kata-kata Marina. “ Are you kidding?!”
Pertama kali dalam sejarah hidup Zaim
Irsyad, dia mendengar seorang gadis melamar kekasih menjadi pasangan hidup. Dia
benar-benar tidak percaya dengan apa yang didengarinya sekarang ini. Jika zaman
Rasullulah SAW, wanita yang banyak berjasa dalam islam telah melakukannya,
siapa lagi kalau bukan Khadijah radhiAllahu `anha Binti Khuwailid yang tanpa
segan-silu melamar Rasullulah SAW untuk dijadikan pasangan hidupnya. Adakah
Marina juga turut sama mengikuti apa yang wanita kesayangan Rasullulah SAW itu
lakukan pada zaman moden ini? Zaim buntu.
Tanpa membalas kata-kata Marina, Zaim
Irsyad terus mengerakkan motor Modenas ayahnya.
Marina tergamam. Balik macam itu saja
tanpa membalas apa-apa? How could you,
Zaim Irsyad!
6 ulasan:
best.mm
alhamdulilah...tqvm sbb sudi kte best...
jln citer yg menarik....x sbr nk tggu nxt n3... - jumay jue
alhamdulilah...tqvm kak jumay syg..
insyallah eya akn teruskan jln citer yg menarik, khas utk semua pembaca!
apa ke hal mamat ni? sewel ke?
x sewel tp dia tgh tertekan, thanusya...hehe
Catat Ulasan