Kyra terpaksa menadah telinga mendengar
ibu membebel tentang sikapnya yang bangun lambat. Hmm… bosannya!
“ Semenjak ibu tinggal dengan Atuk ni,
memang perangai kamu suka bangun lambat ya? Dah ada suami pun tak reti nak
jalankan tanggungjawab kamu sebagai isteri?” bebel Puan Azlina. Dia cukup
pantang jika wanita muda seperti Kyra bangun lambat.
Kyra berpeluk tubuh di tepi pintu. Memang
dia sukar bangun awal semenjak dia berpisah dengan Muhd Khuzairi tiga bulan
yang lepas. Lagipun bukannya ada sesiapa pun yang ada kat rumah ini. Dia
seorang saja. Itulah yang buatkan dia sukar bangun awal.
“ Kyra terbangun lambat. Maaflah…” Suara
Kyra mendatar. “ Lepas ni Kyra tak buat lagi.” Hesy!
Kalau aku tidur kat rumah Abdul Fatah kan bagus. Tak adalah aku dengar bebelan
ibu. Ni tak pasal-pasal pagi-pagi dah kena membebel. gumam Kyra.
“ Mana Fatah? Awal pagi lagi ibu tengok
kelibat Fatah dah tak ada. Kamu tahu tak Fatah pergi mana?”
Kyra pantas menggelengkan kepala. “ Tak
tahulah, ibu. Bila Kyra bangun aje, tengok-tengok Fatah dah tak ada kat sebelah
Kyra. Dia pergi kerjalah tu.”
“ Apa punya isterilah kamu ni Kyra! Suami
keluar pun kamu tak tahu? Kamu ikhlas ke tidak berkahwin dengan Fatah ni? Ibu
nampak kamu ni macam tak ikhlas aje nak bersatu dengan dia.”
Gulp! Tekak Kyra seperti tersekat di
kerongkong apabila ibu mula bertanyakan pasal hubungan mereka. Apa aku nak
jawab ni? Kyra sudah mula keluh-kesah. “ Ikhlaslah ibu. Kalau tak ikhlas,
hubungan kami takkan sampai ke tahap ini.” Masih lagi Kyra menggunakan nada
yang sama. Dia sebenarnya teragak-agak mahu membongkar status sebenar hubungan
mereka pada ibu. Biarlah hubungan mereka yang agak ‘ribut’ itu disimpan sebaik
mungkin.
“ Cuba kamu telefon dia. Tanya dia kat
mana.” Dalam hati Puan Azlina mahu tergelak terbahak-bahak namun hasratnya itu
terpendam sahaja. Dia tidak mahu Kyra tahu yang dia sedang membuat satu
rancangan bersama menantunya bagi menurunkan ego Kyra yang setinggi KLCC itu!
Sebenarnya dia sudah tahu Abdul Fatah di
mana sebenarnya cuma dia sengaja buat-buat tidak tahu. Apa salahnya kenakan
Kyra sekali-sekala? Dia bukannya duduk lama di rumah ini pun. Esok dah kena
balik kampung dengan bapanya. Bukan selalu dia datang ke Selangor ini.
“ Nantilah Kyra telefon Fatah. Dia busy kut sekarang ni.” Kyra bagi
alasan. Walhal dia sebenarnya malas menelefon suaminya itu!
“ Ibu cakap telefon, telefon! Kamu memang
suka kan bagi ibu merajuk? Tak cium bau syurga nanti kalau ibu merajuk dengan
kamu, Kyra!” Puan Azlina mencekak pinggang. Sengaja memberi tekanan kepada
Kyra.
Kyra buat muka masam. Alahai, dah cakap
pasal syurgalah pula! Ibu ni memang suka buat Kyra tertekanlah! bentak Kyra
dalam hati.
“ Yalah, yalah. Kyra telefon Fatah
sekarang.” Kyra buat muka masam. Beg yang terdampar di atas katil diambil
dengan terpaksa. Telefon bimbitnya diseluk dengan jelingan mata.
Puan Azlina sudah bersorak gembira. Tapi
dalam hati sajalah. Kalau Kyra nampak tak ke haru?
“ Kamu tak telefon, siap kamu!” marah
Puan Azlina.
‘ Ibu ni main ugut-ugut pula.’ Kyra
mendekatkan telefon bimbitnya ke telinga. Mujur nombor telefon Abdul Fatah ada
di dalam contacts. Jika tidak, memang
kena tadah telinga dengan bebelan ibu sekali lagi!
Berapa saat kemudian, talian bersambung.
Kyra lega. Mujur Abdul Fatah angkat telefon. “ Assalamualaikum…err Fatah, Kyra
ni.” Di depan ibu, Kyra kenalah bersuara lembut. Mana boleh cakap kasar-kasar.
Kang tak pasal-pasal kena piat telinga dengan ibu!
“ Waalaikumsalam, Kyra. Kenapa telefon
abang pagi-pagi ni? Ada apa-apa ke?” Hambar suara Abdul Fatah dihujung talian.
Kyra memandang Puan Azlina sekilas. Ibunya masih lagi kekal di depan pintu
biliknya.
‘ Kenapa dia tanya? Kau memang buat aku
betul-betul marah tau tak!’ Kata-kata itu hanya terluah dihati. Disebabkan
Abdul Fatah lah, ibunya membebel!
Dia pantas menutup audio di skrin telefon
bimbitnya lalu direnung ibu semula. “ Ibu, Fatah nak
cakap sesuatu. Ibu err… boleh keluar dari bilik Kyra?” pohon Kyra dengan cara
baik.
Puan Azlina tersenyum sinis. Tahu yang
anaknya itu tidak mahu diganggu. “ Yalah, yalah. Ibu keluar. Lepas kamu cakap
dengan Fatah, jangan duduk bersenang-lenang kat dalam bilik ni. Pergi mandi,
sarapan pagi kat bawah!” Sempat lagi puan Azlina menegur Kyra sebelum dia
menutup pintu bilik anaknya dengan rapat.
Kyra lega. Akhirnya ibu keluar juga dari
bilik. “ Hurm, Fatah. Asal kau hantar aku kat rumah aku ni? Kau sengaja nak
sakitkan hati aku kan?” Kyra mula mengamuk.
“ Tak boleh ke hantar Kyra balik ke sana?
Rasa tak salah kan abang hantar Kyra kat situ?”
“ Jadi kau memang tak tidur dengan aku
semalam?” Kyra tidak puas hati.
“ Tak. Ada perkara lain nak kena
uruskan.” Abdul Fatah jawab dengan nada hambar.
“ Patutlah kau tak ada masa aku bangun
tadi.” Kyra mencekak pinggang. Marah. “ Lepas ni kau jangan tidur dengan
aku. Aku bagi kau peluang tidur dengan aku, kau lepaskan peluang tu.”
“ Tak apa. Fat tak kesah pun.” Abdul
Fatah masih mengekalkan nada yang sama. Hambar dan mendatar.
“ Apa kau cakap? Tak kesah?” Mata Kyra
mencerlung lagi. Dia ingatkan Abdul Fatah akan merayu untuk tidur bersama
dengannya, rupanya jauh menyimpang fikirannya. Tiba-tiba dia rasa menyesal
dengan sikapnya yang lalu. Mungkin sikapnya yang keras kepala dan tidak
bersopan-santun yang membuatkan Abdul Fatah dingin dengannya.
“ Kyra nak tahu sesuatu tak?”
“ Apa dia?” Kali ini suara Kyra pula yang
terasa hambar.
Abdul Fatah mengeluh. Susah benar mereka
mahu berkomunikasi secara elok. “ Kadang-kadang
mungkin Kyra tak sedar, dengan sepotong ayat mampu buat orang terluka. Seperti
abang juga. Setiap kali Kyra berbicara dengan abang, pasti akan keluar
kata-kata yang menyakitkan. Tak baik Kyra cakap macam tu dengan suami.
Berdosa.”
Kyra mengetap bibir. Apa hal tiba-tiba
saja mamat ni cakap macam tu? Bukan ke semalam mereka dah berjanji untuk
menjadi sahabat? Takkan Abdul Fatah dah lupa kut?
“ Menyesal aku cakap dengan kau pagi-pagi
ni. Dahlah, aku nak tutup telefon. Huh!” Kyra merengus sesaat sebelum dia
mematikan talian. Abdul Fatah tersentak seketika sebelum dia tersenyum nipis.
“ Baru tahu sikap aku macam mana, Kyra.”
Abdul Fatah tergelak kecil. Dia tidak tertekan sebaliknya dia gembira kerana
berjaya membuat Kyra sakit hati dengannya.
Abdul Fatah melakukan senaman di mesin treadmill setelah di arahkan jurulatih peribadinya di Slim World. Sudah berapa hari dia tidak berkunjung ke pusat perlangsingan badan yang merupakan anak syarikat Slim World.
Hari ini dia tidak masuk pejabat.
Kesemua urusannya diambil alih oleh pihak pengurusan, jadi dia sedikit relaks dan
tidak tertekan dengan masalah di pejabat.
Sehingga ke tengah hari ini, masih segar
diingatannya perbincangan yang berlaku di antara dia dan ibu mertuanya, Puan
Azlina semalam, selepas dia membaringkan Kyra diatas katil. Agak hangat
perbincangan mereka sehingga ibu mertuanya itu menempelak kepadanya buat kali
pertama di ruang tamu. Walaupun perbincangan agak hangat, Abdul Fatah berjaya
memujuk hati ibu mertuanya supaya faham akan situasi mereka sekarang ini.
“ Apa yang penting sangat yang kamu nak
ceritakan, Fatah?”
Abdul Fatah kemam bibir. Dia tidak tahu
bagaimana mahu memulakannya. Pandangannya tertumpu pada anak mata ibu
mertuanya.
“ Cakaplah. Ini mesti pasal Kyra kan?” Puan
Azlina teruja ingin tahu.
Abdul Fatah menunduk sambil mengetap bibir. Dia
benar-benar resah saat ini. Perlukah dia bongkarkan semuanya tentang hubungan
mereka berdua pada ibu mertuanya?
“ Cakaplah, Fatah! Kenapa diam ni?”
Abdul Fatah angkat muka. “ Ibu, err… sebenarnya
Fatah dengan Kyra tak pernah jalinkan hubungan cinta. Fatah kahwin dengan dia
bersebab.” jelasnya.
Puan Azlina berdiri tegak. Matanya tajam
merenung menantunya. “ Maknanya tak pernah bercinta lah ni?!” Puan Azlina panas
hati. Mujur dia tidak mengalami sakit jantung seperti bapanya. Jika tidak,
pasti dia sudah dimasukkan ke hospital malam ini.
Jadi selama ini, dia dan bapanya ditipu
hidup-hidup oleh Abdul Fatah dan Kyra! Waktu di telefon dulu bukan main Kyra
berkata mahu berkahwin dengan lelaki yang dicintai. Dia gembira kerana ada juga
lelaki yang mahu mengahwini Kyra yang telah bergelar janda. Bukan senang lelaki
bujang sekarang ini mahu menerima status janda.
Abdul Fatah menunduk semula. “ Benar ibu. Kami
tak pernah bercinta. Tapi Fatah betul-betul ikhlas mengahwini Kyra.”
“ Sebab apa kamu bersetuju nak kahwin dengan
dia? Sebab dia cantik?” Mahu sahaja Puan Azlina menengking Abdul Fatah tetapi
dia sedar kyra dan bapanya sedang enak dibuai mimpi. Dia tidak mahu kerana
tengkingannya, mereka berdua bangun.
“ Cantik tu memang salah satu sebab Fatah
kahwin dengan Kyra.” Abdul Fatah berdiri pula. “ Ibu tak boleh marahkan Fatah
seorang. Kyra pun bersalah juga. Syarikat Fatah tawarkan kerja pada Kyra
sebagai duta Slim World selama
setahun dan dia terima tawaran tersebut dengan tandatangan sekali syarat-syarat
yang syarikat Fatah buat. Berapa hari lepas tu, dia ubah fikiran tolak tawaran
tu. Ibu Fatah suruh Kyra bayar duit sejuta tu tapi Kyra tak nak. Kalau dia tak
nak, dia kenalah kahwin dengan Fatah.”
“ Kyra tolak tawaran syarikat kamu? Budak
bertuah tu!” Suara Puan Azlina kembali kendur. Kyra yang mulakan semua ni?
Masya Allah! Apa kenalah Kyra ni. Bukan senang orang nak tawarkan jadi duta
syarikat, yang dia pergi tolak tawaran tu kenapa? Bentaknya dalam hati. Dia
mula kesal dengan sikap Kyra.
Puan Azlina merenung dalam anak mata Abdul
Fatah. “ Maafkan ibu sebab marah Fatah. Tak patut Kyra buat macam tu. Sebab
penolakan tawaran sebagai duta tu, Fatah terpaksa berkahwin dengan Kyra.”
Memang dia rasa sedih dengan sikap Kyra.
Abdul Fatah memaut bahu ibu mertuanya dengan
rasa sayang. “ Ibu tak perlu minta maaf pada saya. Fatah ikhlas kahwin dengan
Kyra dan Fatah akui Fatah cintakan dia.” kata Abdul Fatah dengan wajah yang
merah padam. Bab perasaan ini memang dia malu sedikit.
“ Betul Fatah cintakan Kyra? Alhamdulilah.”
Puan Azlina bersyukur kerana Abdul Fatah mempunyai perasaan terhadap Kyra. Tak
adalah dia risau jika hubungan mereka berantakan selepas ini.
“ Fatah betul-betul cintakan Kyra tapi Kyra tak
pernah cintakan Fatah.” Abdul Fatah kemam bibir. “ Itu sebab Fatah hantar
semula Kyra kat sini sebab Fatah tak nak kami bertengkar. Fatah cadang nak
tidur dengan Kyra hari ni tapi dia letak syarat, Fatah tak jadilah nak tidur
sekali.
Puan Azlina mengangguk-angguk. Dia mengerti
perasaan Abdul Fatah. Suami mana yang suka jika isteri meletakkan syarat jika
mahu tidur bersama? Jika dia sebagai Abdul Fatah pun dia akan berasa sedih
juga.
“ Kesian menantu ibu ni.” Bahu Abdul Fatah
ditepuk-tepuk. “ Ibu bangga dengan Fatah sebab masih sudi terima Kyra yang ada
status janda. Insyallah, suatu hari nanti ibu pasti Kyra dapat terima Fatah
juga.”
Abdul Fatah tergelak kecil. “ Rasa macam tak
aje ibu. Fatah tengok bukan main keras kepala Kyra tu. Apa yang Kyra cakap
mesti dia mengamuk. Kadang-kadang Fatah terasa menyesal juga cintakan orang
yang keras kepala macam Kyra ni. Tapi Fatah tahu, itu bukan sikap sebenar dia.”
“ Janganlah menyesal, Fatah. Kamu sebagai suami
kena sabar kalau nak dapatkan cinta dari isteri yang keras kepala ni. Ibu yakin
Fatah dapat tawan cinta Kyra nanti. Percayalah cakap ibu!” Puan Azlina cuba
menaikkan semangat Abdul Fatah.
“ Tapi macam mana ibu? Kyra tu dahlah degil,
ego dia tinggi pula tu! Susah betul Fatah nak tawan hati dia.” rengek Abdul
Fatah. Dia mula berasa selesa bercakap dengan ibu mertuanya. Tidak sia-sia dia
berkahwin dengan Kyra. Ibu mertuanya memang baik!
Puan Azlina mundar-mandir di depan Abdul Fatah.
Memikirkan cara atau idea yang terbaik untuk membuat Kyra dapat terima Abdul
Fatah sebagai suami.
Abdul Fatah menunggu balasan dari ibu
mertuanya. Harap-harap ibu mertuanya dapat memberikan idea atau cadangan yang
bernas untuk satukan dia dan Kyra.
Puan Azlina masih memikirkan cara untuk menyatukan
Abdul Fatah dan anaknya. Dia merenung seluruh tubuh badan Abdul Fatah yang agak
berisi itu. Adakah tubuh badan menantunya ini yang menyebabkan Kyra tidak mahu
belajar mencintai Abdul Fatah? Rasanya ya kut! Kyra sudah kurus sekarang dan
mungkin Kyra lebih sukakan lelaki yang bertubuh kurus sekarang. Mahu sepadanlah
katakan!
“ Kalau ibu suruh Fatah buat sesuatu, Fatah
akan lakukan tak?” Puan Azlina berdiri tegak di depan menantunya itu.
“ Buat apa tu?” Abdul Fatah menjongketkan
kening. Jika ibu mertuanya menyuruh dia berbuat perkara yang elok, dia akan
setuju sahaja tanpa sebarang bantahan.
“ Macam ni…” Puan Azlina menjelaskan apa yang
berada dibenaknya tadi. Dia rasa dengan cara ini dapat membantu menawan semula
hati Kyra yang keras seperti batu itu.
“ Ehem, ehem. Senyum sorang-sorang sambil
bersenam ni, tak nak kongsi dengan saya ke?” sampuk seorang perempuan yang
sedang berlari menggunakan mesin treadmill
sepertinya. Abdul Fatah tersedar dari lamunan. Fuh, lamanya aku mengelamun!
Dia tersengih sendiri.
Abdul Fatah memandang wanita yang berada
disebelah sambil tersenyum. Sempat dia meneliti bentuk badan perempuan di
sebelahnya ini. Badan perempuan ini sama sepertinya , cuma ketinggian perempuan
ini paras bahunya. “ Oh, tak ada
apa-apalah.”
“ Yalah tu tak ada apa-apa.” Perempuan itu
mencebik. “ Baru ke kat sini? Tak pernah nampak pun.” tanya perempuan itu
sambil kakinya bergerak mengikut kepantasan masa di mesin itu.
“ Saya pun tak pernah nampak awak kat sini. Biasanya pelanggan yang ada kat sini
semuanya saya kenal.” kata Abdul Fatah . Dia melakukan perkara yang sama
seperti perempuan itu.
Perempuan itu tiba-tiba turun dari mesin itu
dan mengelap tengkuknya yang dibasahi peluh itu dengan tuala kecil. “ Saya
Maya. Pelanggan baru kat sini.” Maya
mula memperkenalkan diri.
Abdul Fatah
mula memperlahankan gerakannya. Perempuan di sebelahnya sudah mula memperkenalkan
diri. “ Saya Abdul Fatah. Pelanggan lama.”
Maya menjongketkan kening. Dia tertarik dengan
suara lelaki di hadapannya ini. Lembut dan tidak terlalu tegas dalam berbicara.
5 ulasan:
Nmpaknya Kyra sudah ad PESAING .. Hehehehe ..
hehe...best kn dh ada pesaing? haha
Best best best .. Bru tw si Kyra .. Gemukkz2 pon ad peminat .. Hehehehehe
hehe...btul2! jgn ingt org gemuk x d pminat tau! haha
wah...nampaknya Kyra dah ada pesaing skrg! Kyra kalau kau tak berubah nampaknya Fatah akan beralih arah kepada Maya lah....
Catat Ulasan