Malam
itu, Abdul Fatah mengambil peluang dengan merenung isterinya yang sedang
nyenyak tidur sepuas hatinya. Lampu kecil yang berada di sebelah isterinya
sengaja diterangkan. Meskipun ada dua bantal peluk di tengah-tengah mereka
sebagai penghadang, dia tetap mahu melihat isterinya tidur.
Kyra meletakkan dua syarat yang perlu
dipatuhi sebelum mereka tidur bersama. Siap tulis lagi dua syarat itu! Masih
Abdul Fatah ingat lagi syarat itu. Terpaksalah dia penuhi walaupun dia tidak suka
akan syarat-syarat tersebut.
2.
Jangan sentuh badan aku masa tidur. Aku
tak suka! And one more thing. Dilarang sentuh beg tangan aku. Aku tahu kau usik
sikit, siap kau!
Syarat yang kedua itulah yang paling dia
tidak suka. Jika syarat yang pertama dia tidak kesah sangat sebab bila dah Kyra
sudah tidur nyenyak, dia boleh alihkan bantal peluk tersebut dan merapatkan
diri kepada Kyra.
Jangan sentuh badan? Kejam betul syarat
Kyra yang kedua itu. Tapi tak mengapa Fat, tak sentuh badan, sentuh muka boleh
kan? Abdul Fatah tersengih sendiri. Dia kembali merenung isterinya yang tidur
itu. Bila tidur pun, Kyra tetap cantik. Wajah isterinya dielus perlahan-lahan.
Bermula dari dahi dan beralih pula ke hidung yang mancung kemudian pipi
isterinya diusap sayang.
Beg tangan isterinya tak disentuh pun tak
apa. Dia bukannya kebulur sangat nak tengok isi kandungan dalam beg itu.
Yang terakhir, bibir isterinya pula
direnung sayang. Ingin sekali dia mencium bibir itu tetapi dia sedar dia sudah
berjanji dengan Kyra untuk tidak melakukan perkara yang menyakitkan hati
isterinya lagi.
“ Susah betul nak dapat cinta Kyra. Mungkin
abang dah kurus baru Kyra suka kat abang kut.” Tadi Abdul Fatah tersengih kini
dia ketawa pula. Kalau Kyra tahu apa yang dikatakan sekarang ini, pasti dirinya
sudah dimaki-hamun.
“ Abang nak pergi sembahyang dulu. Tidur
puas-puas ya.” Perlahan-lahan bibirnya melekap di pipi mulus Kyra. Kyra
mengelat sedikit. Pantas Abdul Fatah turun dari katil. Dia tidak mahu Kyra tahu
apa yang dia buat pada Kyra tadi.
Sempat dia menutup lampu di sebelah
isterinya. Biliknya berubah menjadi gelap. Pintu biliknya dibuka. Dipandang ke
arah katil. “ Selamat malam, sayang… Kejap lagi abang masuk balik. Kita tidur
sama-sama.” ucap Abdul Fatah dalam hati sebelum dia keluar dari biliknya dan
menunaikan solat di tingkat bawah.
*****
Waktu ramai orang sedang berehat bersama
keluarga di rumah setelah seharian bekerja, Muhd Khuzairi masih lagi di pusat
gymnasium. Sudah berulang kali jurulatih mengarahkan dia untuk pulang ke rumah
tapi dia tetap meneruskan aktivitinya sehinggakan jurulatihnya itu sudah tdak
berdaya untuk berbuat apa-apa. Hari ini dia mencuba kesemua mesin yang
disediakan Fitness Centre semata-mata
mahu membunuh kalori yang terkumpul di dalam badannya. Dia mahu cepat-cepat
kurus dan bertekad untuk merampas semula Kyra daripada Abdul Fatah.
“ 150, 151, 152…” Muhd Khuzairi berlari
di atas mesin treadmill tanpa
berhenti. Sekali-sekala mineral water
diteguk bagi memberikan tenaga dalam badannya.
Tiba-tiba lampu di ruang utama menjadi
malap. Muhd Khuzairi terpana. Terhenti lariannya. Dia memandang sekeliling
dengan rasa tidak puas hati. Siapa yang buat lampu jadi begini? Tak tahu ke ada
orang kat dalam ni nak bersenam kejap? Muhd Khuzairi mencari-cari suis utama
lampu itu. Mana tahu ada orang di tempat suis itu. Matanya dikecilkan.
“ Tolong keluar, Encik. Muhd Khuzairi.
Masa untuk buat senaman dah tamat.” Muhd Khuzairi tersentak. Dia berpaling ke
belakang. Perempuan rupanya!
“ Saya bayar lebih untuk kuruskan badan
saya. Awak tak ada hak nak halau saya keluar.” Muhd Khuzairi sedikit marah. Dia
peduli apa! Duit yang dia berikan pada pengurus Fitness Centre tadi terlebih cukup! Perempuan ini tidak layak untuk
menghalangnya melakukan apa yang diingini. “ Jangan ganggu saya. Awak pergi
balik!”
Khayreen merupakan salah seorang pekerja di Fitness Centre ini tidak boleh bersabar lagi. Salah seorang
jurulatih di gymnasium ini ada mengatakan tentang kedegilan Muhd Khuzairi yang
tidak mahu pulang ke rumah. Jadi dia sebagai salah seorang pekerja di sini
bertindak membawa dua pegawal keselamatan yang berjaga pada waktu malam di Fitness Centre bagi mengeluarkan Muhd
Khuzairi dari tempat ini.
“ Bawa dia keluar. Gunakan kekuatan kamu
berdua sebagai pegawal keselamatan. Cepat!” arah Khayreen dengan tegas.
Lagaknya seperti seorang bos yang mengarahkan pekerja bawahannya.
Dua pengawal keselamatan yang bertubuh besar seperti Muhd
Khuzairi bertindak menangkap kedua-dua pergelangan tangan Muhd Khuzairi dan
mengheret lelaki itu terus keluar dari tempat ini.
Khayreena lega. Akhirnya tempat ini kembali sunyi seperti hari-hari yang
lepas. Tiada pelanggan yang balik sehingga lewat malam. Mineral water kepunyaan Muhd Khuzairi dibuang ke dalam tong sampah.
Dia mengunci pintu utama Fitness Centre
ini dan terus pulang ke rumah melalui lif yang disediakan khas buat
pekerja-pekerja di sini.******
Selepas sembahyang isyak, Abdul Fatah
terfikirkan sesuatu. Ibu mertuanya! Pasti ibu mertuanya risau dengan keadaan
Kyra. Sudahlah mereka berjanji untuk pulang malam ini. Baru hendak menikmati
tidur malam pertama bersama Kyra, fikirannya terganggu memikirkan ibu mertua
dan Atuk di rumah.
“ Nombor telefon ibu mertua pula aku tak
ada? Macam mana nak informed kat ibu
ni?” kata Abdul Fatah sendiri sambil menggaru kepala. Dia rasa resah jika tidak
memaklumkan kepada ibu mertuanya. Rambutnya yang basah dari tadi diusap kasar.
Hendak ambil telefon Kyra, isterinya
sudah menegah untuk tidak memberinya keizinan untuk menyentuh sedikit pun beg
tangan jenama Guess isterinya itu.
Abdul Fatah jalan mundar-mandir di depan
katil. Sambil memikirkan cara bagaimana mahu mendapatkan nombor telefon ibu
mertuanya, sambill itu juga dia merenung beg tangan isterinya yang tergantung
di bucu katil.
“ Hurm… apa yang aku perlu buat supaya
ibu tak susah hati ya?” Jarinya menari-nari di dagu. Runsing.
Kepalanya didongakkan ke atas siling
pula. Tidak tahu cara apa lagi yang sesuai agar dia dapat menyenangkan hati
kedua-dua insan yang disayangi Kyra itu.
Rasanya, cara terbaik yang perlu
dilakukan olehnya… hantar Kyra semula ke rumah! Mungkin malam pertamanya
bersama Kyra tidak sehebat seperti pasangan pengantin lain, tetapi itu tidak
menjadi masalah buatnya.
Dia yakin, sekarang Kyra membencinya dan
tidak mencintai dirinya namun dia pasti Allah S.W.T akan membuka ruang di dalam
hati Kyra untuk mereka menjalinkan cinta suatu hari nanti, insyallah.
Kaki Abdul Fatah mengorak langkah
mendekati isterinya yang sedang enak dibuai mimpi. Dengan tangan yang sedikit
menggeletar, dia mengambil beg kepunyaan isterinya lalu digalas di bahu
kanannya. Rasanya ini masa yang sesuai untuk dia pergi ke rumah Kyra. Ada
peluang, boleh dia tidur sana sekali kan? Abdul Fatah mula berangan.
Langkah pertama yang perlu diambil untuk
membawa Kyra masuk ke dalam keretanya secara senyap adalah membuka kesemua
pintu yang menghala ke laluan keretanya termasuk pagar utama rumahnya. Senang
kerjanya. Tak adalah Kyra mengamuk kerana dia sesuka hati memegang tubuh badan
isterinya itu. Sudahlah mereka baru berbaik.
Setelah dia puas hati dan yakin
kesemuanya sudah dibuka, dia menghampiri isterinya semula. Sewaktu dia
mengangkat tubuh isterinya, matanya dipejam erat kerana takut isterinya terjaga
tiba-tiba. Janganlah dia sedar aku kendong dia Ya Allah. Pohonnya dalam hati.
Abdul Fatah berjaya mengimbangi Kyra.
Jaraknya dengan isterinya yang tidur nyenyak itu dijauhkan sedikit kerana dia
tidak mahu Kyra terhidu haruman badannya.
Turun satu persatu anak tangga adalah
cabaran utama Abdul Fatah ketika mengendong Kyra. Sekali tapak kakinya memijak
tangga, sekali itulah gerakan tubuh badan Kyra bergerak. Bukan main resah dia
ketika ini.
Alhamdulilah, berkat kesabarannya
mengendong Kyra dari biliknya tadi, Abdul Fatah berjaya juga membaringkan Kyra
di bahagian belakang kereta Mercedes CLK200nya. Sehelai kain hitam menutupi
muka isterinya yang tidur mati itu sebelum dia senyap-senyap menutup pintu
kereta belakang dan terus membawa kereta.
Abdul Fatah berpakaian ringkas malam ini.
Dia tidak perlu berpakaian korporat untuk pergi ke rumah Kyra. Malam ini dia
hanya mengenakan kain pelekat beserta baju t-shirt kosong berlengan pendek.
Saat dia tiba di pagar utama rumahnya,
dia menurunkan tingkap kereta lalu menyapa pengawal keselamatan yang bertugas
menjaga rumahnya di malam hari.
“ Ahmad, saya nak keluar dengan isteri
saya. Mungkin esok baru saya balik macam biasa. Awak jaga rumah ni baik-baik
ya. Kalau Hanip datang nak ambil kereta dia, bagi dia masuk. Orang yang memang
awak tak kenali jangan biarkan mereka masuk, ada faham?” bisik Abdul Fatah
dengan nada yang cukup perlahan namun ada sedikit ketegasan di hujungnya.
Ahmad mengangguk faham. Dia hanya mengikut
sahaja arahan Abdul Fatah. Sebagai pekerja, dia tidak akan ingkar arahan
majikannya itu.
Pagar utama dibuka seluasnya selepas
butang remote automatic ditekan
Ahmad. Abdul Fatah lega kerana pagar sudah mengangkat tangan tanda mahu beredar dari situ.
***
Sebaik sahaja sampai di rumah Kyra, Abdul
Fatah memberanikan diri berjumpa ibu mertuanya, Puan Azlina . Memang diakui
salahnya kerana terburu-buru membawa Kyra ke rumahnya. Sepatutnya hari ini
malam pertama mereka di rumah Kyra.Silapnya juga kerana tidak menyuruh Hanip
mengambil nombor telefon ibu mertuanya ketika lelaki itu tiba di rumah Kyra
bagi membawa bahan-bahan untuk memasak sup tulang.
Puan Azlina yang mahu mengunci pintu
pagar rumah tidak jadi meneruskan perbuatannya itu apabila melihat sebuah
kereta mewah di hadapan rumah anaknya. Kereta mewah siapa pula ni?
Seorang lelaki keluar dari perut kereta
mewah tersebut dan berlari anak ke arahnya. Puan Azlina terkejut besar. Abdul
Fatah rupanya! Ingatkan siapa tadi. Bukan ke tadi menantunya itu bawa kereta
kancil sahaja? Apesal pula kali ini
Abdul Fatah pakai kereta lain pula? Takkanlah menantunya ini dari golongan
berada? tanya Puan Azlina dalam hati.
“ Kamu datang pakai kain pelekat aje,
Fatah? Bukan ke rumah kamu jauh kat Puchong tu?” Puan Azlina menggelengkan
kepala melihat tingkah laku menantunya yang datang secara tiba-tiba. Dia ingatkan
Abdul Fatah dan Kyra tidur di rumah besannya hari ini. Rupanya tidak.
“ Shh… ibu. Jangan bising-bising! Kyra
ada kat dalam kereta tu tengah tidur.” Jari Abdul Fatah pantas diletak ke
bibir. Puan Azlina terlopong. Ooo… patutlah suruh jangan bising. Kyra tidur
rupanya. Kyra kalau tidur, orang sekeliling pun dia tak kesah.
“ Ibu tolong buka pintu bilik Kyra. Fat
nak baringkan dia kat atas katil.” arah Abdul Fatah. “ Sorry sebab susahkan ibu.” Dalam nada cemasnya, dia sempat meminta
maaf kerana menyusahkan ibu mertuanya.
Puan Azlina tidak membantah sebaliknya
dia cepat-cepat berlari anak masuk ke dalam dan naik ke bilik Kyra. Pintu bilik
anaknya dibuka seluas-luasnya sebelum dia turun semula mendekati menantunya.
Abdul Fatah sudah mengendong Kyra.
Gayanya masih seperti di rumahnya tadi. Mengendong sambil menjarakkan sedikit
tubuhnya dari tubuh Kyra.
Sampai di bilik Kyra, Abdul Fatah
membaringkan Kyra semula di atas katil. Dia bersyukur kepada Allah kerana Kyra
masih lagi nyenyak tidur. Tidaklah dia kena maki-hamun malam ini.
Bilik Kyra mujur tidak terlalu bercahaya.
Dapatlah Kyra tidur dengan tenang dan lena.
Puan Azlina memerhatikan sahaja gelagat
Abdul Fatah yang tidak henti-henti merenung Kyra yang sedang tidur di tepi
pintu bilik anaknya. Bertuah Kyra, ada suami sebaik Abdul Fatah.
“ Apesal
tak tidur rumah kamu aje, Fatah? Esok boleh hantar Kyra balik sini.” sampuk
Puan Azlina. Abdul Fatah tersentak. Dia berpaling ke arah ibunya.
“ Ibu, hurm… Fatah nak cakap sikit dengan
ibu boleh?”
“ Nak cakap apa, Fatah? Penting ke?” Puan
Azlina mengerutkan dahi. Dia pelik.
Abdul Fatah menarik tangan ibunya. “ Penting,
ibu. Mari, kita cakap kat luar.” bisiknya perlahan.
Puan Azlina akur. Mungkin perkara yang
hendak disampaikan Abdul Fatah ada kaitan dengan Kyra.
***
Cahaya matahari yang menerobos masuk
menerusi tingkap buat Kyra terjaga. Terkebil-kebil matanya menahan silau.
“ Asal terang sangat tempat ni? Bukan ke
rumah mamat tu malap aje semalam?” Kyra mengosok-gosok matanya supaya dapat
melihat keadaan sekeliling seperti biasa.
Memang dia nyenyak betul malam semalam.
Tapi mana pula Abdul Fatah ni? Semalam kata nak tidur bersama? Kyra mula rasa
tidak sedap hati. Dia memerhatikan dirinya. Mujur pakaian yang dipakai semalam
masih lagi dalam keadaan baik. Fuh semangat, nasib baik mamat tu ikut
syarat-syarat aku. Kyra lega.
“ Assalamualaikum!!” sapa Puan Azlina
dari luar pintu bilik Kyra.
Kyra terperanjat. Siapa pula tu? Dia
turun dari katil sebelum dia menuju kearah pintu. Matanya masih terkebil-kebil
seperti tadi.
“ Waalaikumsalam.” Kyra bersuara perlahan
sambil menggelengkan kepala. Matanya kembali segar. Eh, ini pintu bilik aku.
Kenapa aku ada kat sini? Omel Kyra sendiri. Dibelakang pintu biliknya terdapat
sepucuk surat. Untuk aku ke? Kyra pantas menarik sekilas sekeping surat yang
ditampal sealing tape itu.
Buat isteriku,
Kyra...
Don't expect me to look like CALVIN KLEIN MODELS if you don't look like VICTORIA SECRET ANGELS…
AND THE MOST important thing...
BE NICE TO FAT PEOPLE, One day they might SAVE YOUR LIFE!
Yang tidak dapat mencintaimu,
ABDUL FATAH.
Don't expect me to look like CALVIN KLEIN MODELS if you don't look like VICTORIA SECRET ANGELS…
AND THE MOST important thing...
BE NICE TO FAT PEOPLE, One day they might SAVE YOUR LIFE!
Yang tidak dapat mencintaimu,
ABDUL FATAH.
Terbeliak mata
Kyra apabila membaca satu-persatu ayat yang tertera di dalam surat ini. “ Sengal betullah Fat ni. Sengajalah tu
nak buat aku malu. Eii… kalau mamat tu ada kat depan aku, memang aku sekeh dia
cukup-cukup!” Diamati sepucuk surat yang Abdul Fatah berikan padanya. Setiap
kali dia sakitkan hati suaminya, ada sajalah kata-kata yang tidak sedap di
dengar untuknya.
Sabar sajalah wahai Kyra, dapat suami
yang suka memalukan isteri! Nasib baik ibu dan Atuk tidak nampak tulisan tangan
Abdul Fatah. Kalau tidak, memang malu aku!
“ Fat,
I’m gonna burn you. I promise!” Itu tekad Kyra.
Kyra membuka pintu biliknya dengan nafas
yang menderu perlahan. Dia tahu yang mengetuk pintu biliknya pasti ibu.
“ Ibu… hurm, nak apa?” Kyra buat-buat
tidak bermaya. Dia berpaling ke katilnya semula.
“ Ibu nak cakap sesuatu dengan kamu,
Amylia Nur Kyra!” Serius sahaja wajah Puan Azlina. Terangkat bahu Kyra
dibuatnya.
Kyra sudah lain macam. Hatinya sudah
berdebar tidak tentu hala. Kenapa dengan ibu ni? Rasanya semalam ceria sahaja
wajah ibu?
Pasti ada yang tak kena ni!
9 ulasan:
degilnya lah si khuzairi tu...confident je yg bl dia kurus, kyra nak blk kt dia.....mcm lah si fat tu seng2 je nak lps kn kyra......eeeiiii bl lah si kyra ni nak sedar ye...... - jumay jue
haha...lawak komen akk ;)
eya x rse pn kyra akn blik smula kt khuzairi...jgn hrap eya akn bg d kembali pd khuzairi
Mmg smgt kuat sbb nk ambil perhatian isteri tercinta..l likeeee. .untungnya jd isteri sifatah..apakan daya Allah mahu menguji umatnya..
Bukan snang nak dpt suami sebaik ABDUL FATAH ;)
alahai..tido mati kyra..fat wat pe pun mmg xsedar ni...kucai toksah berangan ler...
btul tu kak!
kucai mmg x kn dpt kyra pnya!!hehe
kyra milik fatah!! ;)
BEST NAK LAGI.
alhamdulilah...insyallah eya akn up en3 seterusnya!!
Nak lgi dear...
Catat Ulasan