Selepas solat maghrib, Marina bersama dua teman
rapatnya, Lyna dan Salma singgah sebentar di Mines Shopping Complex bagi menenangkan fikirannya yang sedikit
serabut. Mereka bertiga duduk bersantai di restoran KFC sambil menikmati hidangan
yang menyelerakan.
“ Makanlah puas-puas ya. Aku belanja korang
berdua hari ni.” pelawa Marina. Bibirnya mengukir senyuman nipis pada dua
rakannya itu walaupun dirinya sedikit tertekan.
“ Tak pasal-pasal kau belanja kita orang makan
malam ni, mesti ada sesuatu kau nak kongsikan pada aku dan Salma kan, Marina?
Kalau tak, kau tak paksa kita berdua keluar malam ni.” kata Lyna. Agak pelik
baginya kerana Marina memang jarang keluar rumah pada waktu malam selepas tamat
pengajian dua bulan yang lepas.
Marina menghirup air pepsi yang di order
sebentar tadi. Telinganya mendengar sahaja rakannya berbicara. Sepatah kata pun
dia tidak membalas.
“ Aah lah Marina. Aku pun pelik juga bila kau
tiba-tiba aje ajak kita berdua makan kat sini. Lagi pula aku tengok muka kau
macam ada masalah aje. Kongsilah kat kita orang.” Dari raut wajah Marina yang
tidak begitu ceria itu Salma sudah mengagak Marina pasti ada sesuatu yang
dipendamkan.
Marina pandang sekeliling restoran KFC.
Kata-kata Lyna dan Salma tidak dihiraukan. Waktu malam ini masih ramai yang
datang ke restoran ini. Kebanyakan orang cina yang datang ke restoran ini.
“ Hoi! Kita orang cakap dengan kau ni Marina.
Jawablah…” Lyna tepuk lembut tangan Marina. Salma pula tersengih-sengih dengan
tingkah Marina. Salma pasti, Marina buat-buat diam itu pasti tersembunyi
masalah. Selama Salma belajar universiti yang sama dengan Marina dan Lyna,
pelbagai pengetahuan yang diperolehi berkaitan psikologi manusia.
Riak wajah Marina berubah keruh. Lyna dan Salma
saling berpandangan sesama sendiri sebelum Lyna meneruskan bicaranya dengan
wajah tegang. “ Kau ni baik tak payah bawa kita orang makan kat sini kalau
malas nak berbual. Aku dengan Salma cakap baik-baik, kau diam aje. Kalau kau
tak nak kongsi apa masalah kau, makanan yang kau belanja ni bungkus bawa balik
rumah. Lagi selesa aku nak makan.” ucap Lyna. Salma di sebelahnya hanya
mengangguk setuju.
“ Ala, ala. Korang ni aku diam pun nak marah.”
Marina buat mulut muncung. “ Aku bukan sengaja berdiam diri.”
“ Dah kau tak nak cakap, aku marahlah.” Lyna
bersandar dikerusi yang dia duduk.
“ Kau cakaplah apa yang kau nak cakap. Kita kan
kawan sepanjang hayat.” Sampuk Salma. Mereka memang kawan sejak dari sekolah
rendah lagi. Apa yang dibuat semuanya dilakukan bersama-sama.
Marina menunduk sedikit. Jari-jemarinya diramas
perlahan sebelum dia mengangkat wajahnya semula. Kedua-dua wajah rakannya
dipandang. “ Aku melamar Zaim kat taman perumahan dia tadi.”
Lyna dan Salma kembali berpandangan sesama sendiri
kemudian kedua-duanya bersorak gembira. “ Laa.. itu ke yang kau bimbangkan? Aku
ingatkan kau putus cinta dengan Zaim tadi.” Selamba sahaja kata-kata Lyna.
Salma sudah ketawa. Ingatkan apa yang menganggu fikiran Marina tadi.
“ Okeylah tu. Nak tunggu Zaim bagi ‘sign’ dulu
memang lambatlah. Baguslah tu kau melamar dia. Itu tandanya kau sungguh-sungguh
tak nak lepaskan si Zaim tu.” sampuk Salma.
Lyna mengangguk. Setuju dengan kata-kata Salma.
Marina tersenyum senang. Mukanya berubah ceria.
“ Korang setuju ke aku melamar dia? Aku ingat korang membantah tadi apa yang
aku buat tu.” Marina berasa lega. Nampaknya Lyna dan Salma suka dia memulakan
lamaran itu. Benar kata Salma, Zaim Irsyad memang susah untuk mengungkapkan
kata cinta. Ayat ‘saya sayang awak’ seringkali meniti di bibir lelaki itu namun
ayat ‘saya cintakan awak’ agak jarang didengarinya. Marina tidak tahu samada
Zaim Irsyad sayang atau cintakan dia. Perkataan sayang dan cinta memang
mempunyai maksud yang berlainan.
“ Setujulah. Betul tak Lyna?” tanya Salma pada
Lyna. Bertambah ceria raut wajah Marina.
Lyna mencemik. “ Setujulah. Kalau tak setuju,
dari tiga tahun lepas kita orang boikot korang bercinta tau.” Marina sudah
tersengih-sengih. Salma mengangguk setuju.
“
Okeylah tu kau ambil inspirasi daripada wanita ahli syurga, Khadijah radhia’allahuanhu.
Jarang tau gadis macam kita ni melamar lelaki dulu jadi teman hidup. Kaulah
orang pertama yang aku nampak betul-betul semangat buat macam apa yang Khadijah
lakukan. Respect aku kat kau.”
sambung Lyna lagi.
Marina bermain-main dengan straw di dalam cawan
yang berisi air pepsi itu. “ Tapi tulah, Zaim macam tak sudi aje bila aku cakap
dengan dia tadi. Bila aku terus-terang kat dia pasal nak jadikan dia suami aku,
dia terus balik rumah. Ya pun balaslah kata-kata aku dulu. Ini tak, terus aje
balik rumah. Sabar ajelah dapat kekasih macam Zaim Irsyad tu.” Marina sedikit
mengeluh dihujung ayatnya.
Salma yang perasan keluhan itu cepat-cepat
menyampuk. “ Kau ni, think postive
okey! Dia tak layan lamaran kau tu mungkin bersebab. Tak pun dia terkejut masa
kau cakap macam tu. Tu yang tak pasal-pasal dia terus balik.”
Marina pandang Salma. “ Aku tak boleh nak fikir
positif Salma. Seriously, aku memang
tertekan bila dia tak jawab lamaran aku tu. Dia tak cintakan aku ke selama ni?”
“ Kau gelojoh sangat kot. Itu yang dia tak
dapat jawab lamaran kau tu.” sampuk Lyna. “ Dahlah, tak payah nak rungsingkan
fikiran kau buat masa ni. Aku nak makan. Perut dah lapar tahap kronik ni.
Biasanya waktu macam ni kat rumah aku ibu aku dah sediakan makan malam.” Lyna
selamba sahaja mengunyah ayam spicy
di dalam mulutnya.
Salma dan Marina geleng kepala melihat tingkah
laku Lyna yang selamba. Bagi Marina, selama dia mengenali dua rakannya itu, dia
dapati Lyna lebih selamba berkata-kata manakala Salma pula akan berfikir dulu
sebelum berkata-kata. Kedua-duanya mempunyai perwatakan yang berbeza dan itu
juga salah satu sebab mereka sehingga kini masih berkawan rapat.
“ Okey, okey. Korang makanlah dulu. Aku tak
beli macam apa yang korang makan ni. Makan cepat-cepat ya. Lepas ni kita balik.”
Marina mula mengalah. Betul kata Lyna, dia membawa rakan-rakannya itu untuk
mengurangkan tekanannya terhadap Zaim Irsyad. Bukan menambahkan tekanan.
“ Buka mulut kau, aaa…” Salma menyuakan Marina
seketul ayam spicy yang ada di dalam pinggannya. Marina sedikit mengelak dan
terus menggelengkan kepala.
“ Kau nak suapkan aku seketul ni? Kau nak bagi
aku bermalam kat hospital ke?” perli Marina. Lyna dan Salma sama-sama ketawa.
“ Mana adalah. Merepek aje kau ni. Ambillah.
Kau belanja kita orang makan tapi kau tak makan. Makanlah.” Salma
Marina tersenyum. Ingatkan nak suapkan terus
dalam mulutnya. Dengan senang hati Marina mengambil ayam itu ditangan Salma
lalu diletak pada satu kotak kecil yang terbuka. Dia meratah perlahan-lahan
dengan senyuman menawan. Baik sungguh hati Salma kerana memberikan dia makanan
itu.
Makin bertambah sayang Marina pada
rakan-rakannya.
‘Terima kasih Lyna dan Salma sebab berjaya
ceriakan hati aku semula.’desis Marina dalam hati.
***
Malam yang hening, Zaim Irsyad duduk berteleku
diatas sofa sambil menonton filem inggeris di Tv3. Matanya melekat saja di kaca
televisyen itu. Ibunya menyuruh makan pun dia langsung tidak endahkan. Moodnya
yang tidak begitu stabil sejak dari petang tadi membawa hingga ke malam ini.
Lamaran Marina sampai ke waktu ini Zaim Irsyad
tidak henti-henti memikirkannya. Begitu berterus-terang sekali Marina mahu
melamarnya. Sepatutnya dia sebagai lelaki yang melamar gadis itu terlebih
dahulu. Ini sudah terbalik pula.
Bukan dia tidak mahu menerima lamaran daripada
Marina. Dia tahu gadis itu sungguh-sungguh sayangkan dirinya dan dia juga turut
begitu namun bila difikirkan semula, apa yang dia mampu berikan pada Marina
selepas mereka berkahwin nanti? Dia bukannya bekerja lagi. Hanya duduk dirumah
menghabiskan duit ibu dan ayahnya sahaja. Jika dia mempunyai harta yang
melimpah-ruah seperti keluarga Marina, dia tidak kesah untuk menerima lamaran
gadis itu.
Filem The
Mask yang berunsur komedi itu langsung tidak menarik minatnya selepas
lamaran Marina datang menjengah fikirannya semula. Ah, aku memang buntu
sekarang ini!
“ Zaim, dari petang tadi kamu tak makan nasi.
Ibu masakkan lauk yang sedap-sedap kamu Zaim langsung tak nak jamah apa yang
ibu masak. Zaim ada masalah ke?” tanya Puan Hamidah disudut meja makan .
Lauk-pauk yang dipanaskan tadi sudah terletak elok diatas meja makan. Sekarang
ini dia hanya menantikan suaminya pulang dari masjid sahaja.
“ Zaim tak ada selera nak makan, ibu.” jawab
Zaim Irsyad dengan nada acuh tak acuh. Fikirannya yang buntu memaksanya
bersuara sebegitu.
Sebagai ibu, Puan Hamidah risaukan kesihatan
anaknya. Anak tunggalnya ini dari petang tadi asyik mengelamun sahaja sampaikan
dia mahu berbual dengan Zaim Irsyad, anaknya itu pantas masuk ke dalam bilik.
Adakah Zim Irsyad berubah sikap disebabkan kata-kata suaminya yang tidak
henti-henti membebel dan suka marah itu?
“ Makanlah sikit. Ke kamu nak makan dengan ayah
kamu sekali bila dia balik nanti?” duga Puan Hamidah. Dia tahu Zaim Irsyad
tidak gemar makan bersama dengan suaminya. Suaminya kalau makan, pasti akan
selitkan kata-kata nasihat atau teguran. Mungkin itu sebab sampai sekarang Zaim
Irsyad tidak makan sekali dengan suaminya.
“ Zaim memang tak ada seleralah ibu.” Zaim
Irsyad mula bangun dari tempat duduknya. “ Zaim masuk bilik dululah.” Suaranya
kekal mendatar seperti tadi. Dengan langkah longlai, Zaim Irsyad masuk ke
biliknya.
Puan Hamidah mengeluh berat. Nampaknya mood
Zaim Irsyad benar-benar tidak baik hari ini. Filem yang ditonton anaknya tadi
tidak ditonton. Remote diatas meja
kecil bersaiz empat segi diambil dan ditukar ke siaran lain. Sambil menanti
kepulangan suaminya, dia menonton TV terlebih dahulu.
***
Marina bernasib baik kerana papa dan mamanya
tidak memarahi dirinya kerana pulang lebih pukul sembilan malam. Walaupun dia
sudah berumur dua puluh tiga tahun, papa dan mamanya tetap mengambil berat akan
dirinya.
Usai membersihkan diri dan menukar pakaiannya
ke baju tidur, Marina berehat diatas katil. Telefon bimbitnya yang tidak
dihidupkan selepas dia bertemu Zaim Irsyad tadi segera dibuka semula. Mana tahu
selepas lamarannya tadi, Zaim Irsyad ada telefonnya. Marina tersenyum seorang.
Namun dia hampa, Zaim Irsyad langsung tidak
menghubunginya. Takkan Zaim Irsyad tak ada kredit langsung nak telefon dia kut?
Marina mengeluh berat. Skrin telefon dipandang dingin. Nampaknya Zaim Irsyad
tidak suka akan lamarannya itu. Moodnya yang ceria ketika bersama Lyna dan
Salma merundum terus apabila melihat tiada satu panggilan atau pesanan ringkas
yang muncul di skrin telefon bimbitnya.
Marina cepat-cepat mendail nombor Zaim Irsyad.
Sebal dengan sikap Zaim Irsyad yang seperti endah tak endah dengan lamarannya.
Zaim Irsyad yang sedang bermain game angry birds di telefon bimbitnya diatas
katil bujangnya terpana apabila ada panggilan masuk di skrin telefon bimbitnya.
Marina! Zaim Irsyad mengeluh panjang. Pasti gadis itu mahu cakap pasal lamaran
petang tadi.
“ Assalamualaikum awak… awak tengah buat apa
tu?” suara Marina ceria sahaja. Dia mahu mengembalikan mood Zaim Irsyad kepada
yang asal.
“ Waalaikumsalam… tak ada buat apa pun.” Acuh
tak acuh sahaja jawapan Zaim Irsyad. Moodnya masih terbang melayang.
“ Awak
ada mood tak malam ni?”
“ Tak…”
Suara Zaim Irsyad mendatar sahaja. Mood yang hilang petang tadi dibawa ke
malam. Mahu bercakap dengan Marina pun dia acuh tak acuh saja.
“ Boleh
saya kembalikan mood awak tu?” suara Marina menggoda dihujung talian.
Zaim
Irsyad berdebar-debar. “ Lain macam aje awak ni. Mood saya, saya boleh kawal
sendiri. Awak pergi ajelah tidur. Dah pukul berapa ni.” Zaim Irsyad sudah
berasa tidak selesa untuk terus berbual dengan Marina. Dia takut dia akan
hanyut dengan suara yang menggoda itu.
“ Terima
lamaran saya, Zaim. Lepas ni saya akan kembalikan mood awak seperti biasa.”
Marina berterus-terang.
Zaim
Irsyad terkedu dihujung talian. Dari suara Marina, Zaim Irsyad agak gadis itu
nampaknya bersungguh-sungguh mahu menjadikan dirinya sebagai suami. Marahnya
mula menggelegak.
“Awak
tak fikir ke saya belum bekerja lagi. Awak tak fikir ke?!” suara Zaim Irsyad
sedikit kuat.
“ Saya
fikir…” perlahan suara Marina. Sebak rasanya apabila Zaim Irsyad memarahinya dalam
talian. Salah ke dia buat perkara yang elok? Tak salah kan?
“ Dah
tu, tak boleh tunggu lepas saya bekerja nanti ke?” Zaim Irsyad marah lagi. “ Tunggulah dalam beberapa tahun lagi bila
saya dah kumpul duit baru saya melamar
awak. Ini tidak, lepas dua bulan tamat pengajian awak pula yang melamar saya.
Saya rasa baik awak tak payah cakap pasal lamaran tu lagi. Baik awak fikir
tentang kerjaya awak aje.”
Marina
seperti mahu mengalirkan air mata apabila Zaim Irsyad memberi kenyataan
sebegitu. Dia sayangkan Zaim Irsyad. Dia kalau boleh tidak mahu kehilangan
lelaki itu.
“ Saya
sanggup tanggung kehidupan awak kalau awak terima lamaran saya. Saya sanggup!
Asalkan awak sentiasa berada di sisi saya. Saya anak orang kaya, saya tak kesah
awak tak ada duit pun. Saya sanggup tanggung. Please, Zaim sayang… marry me?”
Bersungguh-sungguh kata-kata Marina.
Zaim
Irsyad terkedu sekali lagi dengan ayat yang diucapkan Marina. Ya Allah, Marina memang
menduga kesabaranku sebagai seorang lelaki sejati!
2 ulasan:
Wow...best2 nk lgi...
tqvm ina...hope boleh truskan membaca karya2 eya kt dlm blog ni...
Catat Ulasan