Hati Kyra berdebar-debar apabila kereta kancil
yang dibawa Abdul Fatah mula memasuki sebuah rumah yang seperti istana. Adakah
ini rumah Abdul Fatah yang sebenar? Bukan main besar rumahnya ini. Siap ada
pengawal keselamatan di sebalik pagar yang tinggi melangit itu. Dalam diam dia
rasa bangga kerana mengahwini lelaki yang kaya seperti Abdul Fatah.
Memang dia kagum dengan ciri-ciri rumah tiga
tingkat ini. Rumah ini berkonsepkan ala Arabian.
Bumbungnya berwarna biru gelap dan terdapat
swimming pool di tengah-tengah rumah
ini. Sekali lihat, memang sebiji macam istana.
Abdul Fatah terasa ingin ketawa apabila melihat
keterujaan Kyra ketika keluar dari kereta. Haa, baru tahu rumah aku macam mana.
“ Betul ke ini rumah kau?” Rasa teruja Kyra
tidak hilang lagi. Teringin sekali untuk dia meneroka sekeliling rumah Abdul
Fatah tetapi dipendamkan dahulu. Sikap egonya masih menggunung tinggi.
“ Betullah. Tapi bukan abang yang bayar. Bapa
kandung abang yang tolong bayarkan.” Abdul Fatah tersengih. Bapa kandungnya,
Abdul Farid telah meninggal dunia sewaktu usianya menginjak dua puluh tiga
tahun akibat penyakit strok. Kini, rumah ini diwarisi oleh ibunya, Puan
Faridah.
Kyra mencebik. Main-main pula mamat ni! Orang
tanya serius, dia jawab main-main pula.
“ Rumah kau macam istana tapi kenapa kereta kau
tak sehebat istana? Kereta versi lama juga yang kau pakai.” Kyra mula
menyakitkan hati Abdul Fatah. Dia mahu menguji sejauh mana kesabaran Abdul
Fatah menangani dirinya.
Abdul Fatah mendekati Kyra. Kyra yang mula
perasan lelaki itu mendekatinya mengundur sedikit ke belakang namun dia tidak
boleh berundur terlalu jauh kerana dibelakangnya ada kereta kancil.
“ Masuk jom!” Abdul Fatah tidak menjawab soalan
Kyra sebaliknya dia menghulurkan tangan untuk memimpin Kyra masuk ke dalam.
Kyra buat tak tahu. Dia memalingkan wajah ke
tempat lain. Abdul Fatah mengangkat kening. Tak nak sambut ya? Tunggulah abang
nak buat apa selepas ni!
“ Jomlah masuk!” Abdul Fatah dengan selambanya
mengangkat tubuh Kyra yang langsing itu. Terbuntang mata Kyra apabila dia
dipapah sebegitu. Menjerit-jerit Kyra minta dilepaskan namun sedikit pun Abdul
Fatah tidak ambil peduli. Makin berkobar-kobar semangatnya untuk membawa Kyra
masuk ke dalam biliknya. Tubuhnya yang sedikit tembam itu memudahkan dirinya
untuk mengangkat Kyra.
Pengawal keselamatan yang berada di tepi pagar
tersengih-sengih dengan lagak Abdul Fatah. Jauh di sudut hatinya, dia senang
melihat majikannya itu gembira. Dia kembali menyambung kerjanya menjaga kawasan
luar.
***
Abdul Fatah cepat-cepat menutup pintu bilik
setelah dia menghempaskan tubuh Kyra di atas katilnya. Dia berbangga dengan
dirinya kerana dapat membawa Kyra masuk ke sini.
Beberapa pekerja yang selama ini bekerja di
dalam rumahnya diarahkan bercuti separuh hari kerana ingin berdua-duaan dengan
isterinya. Inilah peluangnya untuk memikat hati Kyra. Jika dipujuk dengan
lembut, pasti hati isterinya akan cair juga akhirnya.
Kyra resah dan gelisah. Dia jadi tidak tentu
hala. Kini dia berada di bilik Abdul Fatah, apa yang suaminya mahu lakukan
padanya? Adakah suaminya mahu melakukan hubungan intin bersamanya? Ah, tidak!
Ini tidak boleh terjadi! Dia tidak akan membiarkan perkara sebegitu terjadi.
Apa yang tertumpu difikirannya sekarang ini
adalah mahu balik semula ke rumah. Dia tidak sanggup untuk berdua-duaan dengan
Abdul Fatah. Kyra mula turun dari katil. Dia mahu keluar dari bilik ini.
“ Aku nak balik!” Kyra menjerit bagai orang
gila. Tetapi sayang Abdul Fatah bertindak bijak. Dia menghadang kedua-dua
tangannya di sebalik pintu agar Kyra tidak berjaya keluar dari biliknya.
“ Tak boleh Kyra sayang. Hari ini kan hari
perkahwinan kita. Jadi rasanya tak salah kan kalau Kyra tunaikan permintaan
abang?” Abdul Fatah menjongketkan kening.
“ Tak boleh!” Kyra menjerit lagi. “ Kau nak
lakukan hubungan intin dengan aku kan? Aku takkan serahkan tubuh badan aku pada
kau!” Kyra bertindak mendekati Abdul Fatah dan berusaha menarik tubuh badan
Abdul Fatah tetapi sayangnya berat badannya tidak dapat menandingi tubuh badan
Abdul Fatah yang agak tembam itu.
“ Kyra ni degil sangatlah sayang…” Abdul Fatah
dalam hati mahu mengekek ketawa kerana Kyra berfikir sejauh itu. Dia takkan
lakukan hubungan intim selagi Kyra tidak bersetuju dan rela hati untuk
melakukan perkara itu.
Abdul Fatah mengangkat semula Kyra dan
dibawanya ke katil. Kali ini dia membaringkan Kyra perlahan-lahan. Kedua-dua tangan Kyra dilapangkan dan dia
mula mendekati wajah Kyra. Dia bukan mahu mencium wajah Kyra. Dia cuma mahu
melihat wajah mulus Kyra secara dekat.
Kyra apa lagi, terus meludah wajah Abdul Fatah
tanpa sedikit pun perasaan bersalah. Abdul Fatah tergamam. Terhenti
perbuatannya untuk meneliti raut wajah Kyra yang bersih tanpa sebarang noda
itu.
“ Aku benci kau!!” Kyra memukul dada tembam
Abdul Fatah sekuat hatinya sebelum dia turun semula ke katil untuk keluar. Dia
harus balik! Dia tidak betah untuk terus berada di sini lagi.
“ Kyra sayang…” Abdul Fatah tidak berputus asa.
Tangan Kyra ditarik kemudian dibawa ke tubuhnya. Badan Kyra dipeluk erat.
“ Lepaskan aku. Lepaskan!” Kyra menjerit sekuat
hati.
“ Sabar Kyra sayang…sabar.” Abdul Fatah
mengusap belakang Kyra dengan penuh kasih sayang.
“ Aku nak balik. Lepaskan aku!” Tiba-tiba Kyra
menangis. Dia jadi lemah ketika ini. Abdul Fatah terkejut. Dia meleraikan pelukan.
“ Sayang, kenapa menangis ni? Abang kan cakap
elok-elok.”
“ Aku tak nak bersama kau. Kau tolonglah
lepaskan aku.” Rintih Kyra.
“ Abang tetap akan bersama Kyra, walau apa jua
yang berlaku.” Sungguh-sungguh kata-kata Abdul Fatah. Inilah padahnya bila dah
sayangkan isteri. Apa jua kata-kata cacian yang dilemparkan kepadanya, semuanya
ditolak ketepi.
Air ludah yang hinggap di wajah Abdul Fatah
dilap dengan tuala kecil yang ada di poket baju melayunya.
Kyra tidak jadi keluar dari bilik. Dia terduduk
di atas katil king size milik
suaminya sambil meraup muka.
Timbul rasa bersalah di hati Abdul Fatah kerana
membuat Kyra menangis. Dia duduk di sebelah isterinya. Bahu Kyra dipaut sayang.
“ Abang minta maaf sebab buat Kyra menangis.
Abang tak ada niat nak sakitkan hati sayang.” Abdul Fatah mula memujuk
Kyra.
“ Habis tu, apa motif kau bawa aku masuk bilik
kau ni? Apa tujuan kau sebenarnya?!” Dalam tangisan Kyra, dia sempat memarahi
Abdul Fatah. Sebenarnya dia lemah jika duduk atau berdiri di sebelah lelaki.
Dek kerana traumanya berpisah dengan Muhd Khuzairi, dia jadi takut untuk
mencintai lelaki seperti Abdul Fatah. Itu sebablah egonya setinggi langit
apabila berhadapan dengan Abdul Fatah.
“ Abang cuma nak tunjukkan Kyra bilik kita
lepas kahwin. Abang tak ada niat pun nak lakukan hubungan intim bersama
sayang.” Perlahan sahaja suara Abdul Fatah.
“ Tak boleh nak ajak baik-baik? Kau paksa aku,
dukung aku sampai masuk sini kau sampai aku dah terfikir kau nak ambil kesempatan
terhadap aku! Manusia jenis apa kau ni, Abdul Fatah?!” Tempelak Kyra. Masih
tidak berhenti tangisannya.
“ Abang dah tak ada cara lain Kyra. Cara ini
sajalah yang abang dapat buat untuk tutup mulut Kyra yang suka kritik abang.”
Kyra terdiam.
Abdul Fatah mula berdiri di depan Kyra dan
memandang isterinya lama sebelum dia mengambil sesuatu di dalam almarinya yang
tidak jauh dari katilnya.
Kyra mengerutkan dahi. Apa yang Abdul Fatah
ambil itu? Dia tertanya-tanya di dalam hati. Dadanya mula berdebar.
Abdul Fatah merenung wajah cantik isterinya
sekilas sebelum dia berpatah semula mengadap isterinya.
Kyra jadi tidak tentu arah. Air matanya yang
merembes laju tadi segera ditepis. Dia mengalihkan wajahnya ke kanan.
Abdul Fatah tersenyum. Dia tahu dalam marah-marah
Kyra padanya, isterinya masih mempunyai perasaan malu-malu untuk melihat
wajahnya.
“ Tak nak pandang abang?”
“ Buat apa aku nak pandang kau yang gemuk tu?”
Kyra masih dengan kata-kata kesatnya. Langsung dia tidak menoleh ke arah Abdul
Fatah.
Abdul Fatah tersenyum lagi. Kyra memanggilnya
gemuk lagi. Hmm… tak mengapalah. Gemuk pun gemuklah. Janji dapat tawan hati
Kyra dengan kata-kata yang diberikan dan hadiah yang akan diserahkan kepada
Kyra tersayang.
Abdul Fatah bertindak menolak wajah Kyra yang
menoleh ke kanan mengadapnya. Dia duduk di depan Kyra. Kyra terkedu.
“ Kyra sayang, terimalah pemberian abang yang
tak seberapa ini.” Dua bekas berlainan saiz diunjurkan kepada Kyra.
Mulut Kyra terbuka luas. Tidak sangka Abdul
Fatah memberinya dua bekas yang mengandungi dua bentuk cincin dan satu lagi train key yang tidak diketahui jenama
kereta apa. “ Apa makna semua ni? Untuk apa
kau serahkan pada aku?” Bertubi-tubi soalan yang terkeluar dari mulut
Kyra. Kali ini suaranya berubah nada. Tidak terlalu garang dan tegas.
Salah satu cincin dikeluarkan dari bekas kecil
berwarna biru gelap. Tangan kanan Kyra diambil kemudian disarungkan cincin
tersebut yang berukir nama Kyra itu.
Kyra terpaku tanpa kata. Dia seakan merelakan
perbuatan Abdul Fatah terhadapnya. Adakah aku sudah mula menerima lelaki ini
sebagai suami?
“ Mungkin Kyra belum bersedia menerima abang
sebagai suami tapi abang harap Kyra dapat terima nafkah zahir yang pertama dari
abang. Nafkah batin tu tak bagi buat masa ni tak apalah. Abang tak paksa Kyra
untuk serahkan segala-galanya kepada abang.”
“ Kau memang tak pernah berputus asa kan? Aku
cakap kasar pun kau tetap tak mengaku kalah. Tolong jangan buat aku
bertambah-tambah benci pada kau, Fat. Hati aku memang susah untuk terima cinta
kau. Jangan berharap pada aku lagi.” Walaupun perlahan nada suara Kyra namun
cukup menikam hati Abdul Fatah yang setia di depannya.
Abdul Fatah mengeluh. Susahnya hendak lenturkan
hati Kyra yang keras seperti kerikil ini. Dia berdiri semula. “ Hmm... kalau
Kyra dah cakap macam tu, nampaknya abang kena kurangkan rasa cinta dan sayang
abang untuk Kyra.” Kyra terkedu. Abdul Fatah merajuk dengannya ke?
“ Eh, bukan.” Abdul Fatah mengelengkan kepala. “
Abang akan belajar untuk tidak mencintai Kyra selepas ini.” Semakin terkedu
Kyra dibuatnya. Nampaknya suaminya sudah mengaku kalah untuk tawan hatinya.
Kyra sedikit sebak apabila Abdul Fatah berkata
begitu namun dia harus kuat. Dia yang memulakan dulu jadi dia yang perlu mengakhiri semua ini.“ Baguslah kalau
kau faham. Kita boleh jadi sahabat kan?”
Kyra menghulurkan tangan ke arah suaminya. Suaranya tidak sekasar tadi.
“ Sahabat?” Abdul Fatah terasa ingin menangis
di situ juga. Kyra mahu ‘ bersahabat’ dengannya? Mungkin
ini permulaan yang baik bagi mereka berdua. Terima sajalah.
“ Yup. Sahabat. Aku janji aku takkan lukakan
hati kau lagi kalau kau dah berniat untuk tidak mencintai aku selepas ini.”
Oh, Kyra. Sampai hati kau lukakan perasaan
suami yang baik ini.
Abdul Fatah memandang tangan Kyra. Nampaknya
dia harus terima huluran salam persahabatan dari isterinya. Walaupun separuh
rela, dia menyambut sahaja huluran itu. “ Abang terima.”
Kyra gembira. Akhirnya mereka menjadi sahabat
jua akhirnya. Tak adalah pertengkaran yang akan berlaku di antara mereka berdua
selepas ini.
Tangan mereka bergabung erat. Abdul Fatah
seakan tidak mahu melepaskan pegangan itu. Kyra yang perasaan segera mahu
meleraikan pegangan itu tetapi kudratnya tidak kuat.
“ Boleh lepaskan tak?” Anak mata Kyra menunjuk
ke tangannya.
“ Oh…” Abdul Fatah melepaskan genggamannya.
Kyra berasa lega. Tetapi itu hanya seketika. Abdul Fatah menarik semula tangan
Kyra dan mengusapnya.
Kyra jadi tidak tentu arah.
“ Sebagai tanda kita bersahabat hari ini, boleh
tunaikan permintaan abang tak?”
“ Err…
apa dia?” Kyra mula kalut. Abdul Fatah makin ligat mengusap tangannya. Dia jadi
takut.
“ Tidur dengan abang.”
“ Haa?” Mulut Kyra ternganga luas mendengarnya.
2 ulasan:
BEST.
tqvm awak sbb sudi komen...
Catat Ulasan