Pagi
menjelma , Abdul Fatah mula memasang nekad. Apa nak jadi dengan hidup Kyra dalam
masa tiga bulan ini, dia takkan ambil kesah lagi! Dia mahu wanita itu rasa
bagaimana seksanya jiwa apabila ditinggalkan seseorang dan paling penting, dia
mahu Kyra turunkan egonya yang tinggi melangit itu.
Sepanjang perjalanan ke rumah Kyra malam
semalam bersama ibu kandungnya, Puan Faridah dia ada menceritakan pengalamannya
selepas berkahwin bersama Kyra. Ternyata ibunya mengeluh kesah dengan sikap
Kyra yang tidak menghormati dirinya.
Sebenarnya dia malas mahu membuka pekung di
dada tentang perkahwinannya di hadapan ibu namun hati yang sudah lama sakit
dengan sikap Kyra tidak mampu dibendung lagi. Selama tiga puluh tahun dia hidup
di dunia ini, hanya ibu sahajalah yang memahami dirinya. Ayahnya sebelum meninggal dunia seorang yang kuat
bekerja, jadi susah untuk mereka berbual bersama.
Ibunya ada berpesan, satu-satunya cara jika
mahu menurunkan ego dan mengubah sikap Kyra yang tidak menghormati dirinya itu
adalah kuruskan badan! Apabila dirinya kurus, dia pasti Kyra akan menyesal
kerana mengejek dirinya gemuk dan mamat tembam!
Abdul Fatah masih ingat lagi kata-kata ibunya
sewaktu di dalam kereta.
“ Tidak
semua perempuan di Malaysia ini yang sukakan lelaki yang gemuk macam Fatah. Ibu
ambil contoh Kyra. Kyra tu dulu gemuk, tapi apabila dia bertubuh langsing dan kurus, dia mengambil
insiatif mahu mencari lelaki yang sepadan dengan dia. Tapi sekarang, dia
berkahwin dengan lelaki yang … sorry ya ibu cakap, lelaki gemuk macam Fatah.Itu
sebab dia masih tak boleh terima Fatah. Jadi, langkah terbaik… Fatah kena kurus
macam dia!”
Ketika itu juga dia membuat keputusan yang
bakal merubah seratus peratus kehidupannya. Ternyata ibu gembira dan tidak
sabar-sabar mahu melihatnya kurus!
Abdul Fatah bersyukur dikurniakan ibu kandung
dan ibu mertua yang tidak henti-henti menyokong dan memberi cadangan
semata-mata ingin melihat dia dan Kyra bersatu seperti pasangan lain.
Kerana itulah, dia berhasrat untuk terbang ke
Singapura dan menyambung aktivitinya yang sering dibuat di Fitness Centre. Memang brilliant idea ibu kandungnya kerana membuat
satu lagi syarikat pelangsingan badan di luar negara. Tidaklah dia kalut sangat
untuk memberi kejutan kepada Kyra selepas tiga bulan nanti.
Awal pagi lagi sebelum Abdul Fatah pulang ke
rumahnya, dia sudah bangun tanpa
mengejut Kyra bangun dan berbincang seketika dengan ibu mertuanya yang baru
sahaja selesai sembahyang subuh tentang rancangannya untuk memberi kejutan pada
Kyra selepas tiga bulan nanti. Mujur ibu mertuanya memahami dirinya dan terus bersetuju tanpa sebarang alasan.
Kini, impiannya hanya satu. Pergi ke Singapura
dan mula kuruskan badan!
****
Kyra menangis teresak-esak di dalam biliknya
kerana tidur dengan nyenyak semalam.
Sedikit pun dia tidak perasan Abdul Fatah sudah pergi meninggalkan dirinya.
Penyesalan mula menghimpit diri.
Terlalu egokah dirinya sehingga Abdul Fatah
merajuk membawa diri ke Singapura? Rasanya ya kut. Mengingatkan hari-hari yang
lepas makin membuatkan jiwanya nanar. Dia seringkali sakitkan hati Abdul Fatah.
Kalau boleh hampir setiap masa dia kritik suaminya itu. Kritikannya lebih
kepada tubuh badan Abdul Fatah tetapi suaminya
tetap bersabar dengan sikapnya.
Sepatutnya dia bersyukur kerana dikurniakan
suami sebegitu tetapi entah kenapa hatinya keras mahu menidakkan Abdul Fatah
sebagai suaminya yang sah.
Kyra menangis dan terus menangis sehinggalah ibunya
masuk ke biliknya. Dia sedikit terperanjat.
“ Ada apa ibu? Kyra tak sedap badanlah.” Kyra
buat-buat tidak sihat di depan ibunya.
Tanpa menutup pintu, Puan Azlina berdiri di
muka pintubilik anaknya.
“ Fatah dah berangkat ke Singapura pagi tadi.
Lepas ni senanglah hati dan hidup kamu kan Kyra, sebab suami kamu tu tak ada
dalam hidup kamu selama tiga bulan ni.” beritahu Puan Azlina dengan selamba .
Sebelum dia pulang ke Penang petang nanti, dia bertekad untuk menasihati Kyra.
Makin hari makin ego sikap anaknya itu sampai Abdul Fatah merajuk membawa diri
ke Singapura.
Kyra mengelap air mata yang membasahi pipinya
sebelum dia merenung wajah ibunya yang tampak muram itu. “ Ibu jangan merepek
ya. Bila masa Kyra senang hati? Ibu tak nampak Kyra tengah bersedih? Isteri
mana yang gembira bila suami tinggalkan isteri sorang-sorang kat sini?
Puan Azlina menghampiri Kyra yang berteleku di
atas katil lalu menjengilkan mata. Mulutnya dicebikkan. “ Kamu jangan nak temberang ibu lah, Kyra. Ingat ibu
tak tahu apa yang kamu buat pada menantu ibu tu? Memang patutlah Fatah pergi
Singapura berbulan-bulan. Ego kamu tu tinggi sangat! Eii… geramnya ibu dengan
kamu, Kyra.”
Puan Azlina tanpa menunggu lagi pantas menarik
telinga kanan Kyra lalu dipiat sepuas hatinya. Terjerit Kyra di situ. Hilang
sedihnya, timbul rasa sakit di telinganya.
Hebat betul ibu mempiat telinganya! “ Sakitlah ibu.” Kyra mengaduh sakit. Sudah
lama ibu tidak piat telinganya. Kali terakhir dia dipiat telinga pun ketika dia
darjah lima kerana nakal di sekolah.
“ Tau pun sakit. Kamu buat suami kamu sakit
hati dengan kata-kata kamu tak adalah pula
nak rasa menyesal.” Kyra terdiam. Puan Azlina menyambung ayat seterusnya. “ Ibu tak tahu nak jadi apa dengan kamu ni.
Dulu kahwin dengan Khuzairi, pandai pula nak ikut cakap lelaki tak guna tu.
Lepas dah kahwin dengan Fatah, sikap kamu bertukar pula. Kamu jangan jadi
isteri derhaka Kyra, nanti tak pasal-pasal kamu masuk neraka!”
Kyra menunduk. Terbit rasa bersalah di dalam
hatinya kerana seringkali menyakiti hati suaminya. Nasihat ibu dijadikan
iktibar. Dia bercadang untuk mengembalikan
sikapnya yang asal, ketika dia mula-mula menjadi isteri kepada Muhd Khuzairi. Sikapnya yang lemah-lembut dan
mendengar kata.
“ Kyra tahu Kyra salah.” Kyra angkat muka
semula. “ Macam mana ibu tahu kami
berdua ada masalah komunikasi? Fatah yang beritahu ke?” Jika Abdul Fatah yang membongkar sikap sebenar dirinya pada ibunya,
memang lelaki itu akan dipiat telinganya pula!
“ Memang Fatah yang beritahu ibu. Haa… kenapa?
Kamu nak tengking dia ke kalau dia bagi tahu ibu?” Puan Azlina menjengilkan mata.
Kyra langsung terdiam. Kalau dah namanya ibu
kandung, semua yang dia kata pasti ibu akan dapat rasakan. “ Hurm… kalau ibu
tahu, ibu jangan bagi tahu Atuk pula. Nanti tak pasal-pasal Atuk dapat sakit jantung.”
Puan Azlina lekas-lekas duduk di depan Kyra. “
Kalau kamu tak nak Atuk dapat sakit jantung, kamu kena belajar terima suami
kamu tu. Jangan asyik nak sakitkan hati dia aje. Jadi isteri yang solehah.”
Kyra lantas memegang tangan ibunya. “ Kyra janji akan belajar cintakan
Fatah. Fatah tak nak jadi macam dulu
lagi. Lepas tiga bulan nanti, Kyra akan tanam tekad untuk menjadi isteri yang
solehah.”
Puan Azlina pandang wajah anaknya dengan penuh
rasa sayang. Rambut Kyra dielus lembut. Sudah lama dia tidak menyentuh rambut
anaknya. “ Nak jadi isteri solehah senang aje. Jaga aurat kamu, Kyra. Rambut
kamu yang cantik ni patutnya ditutup. Hanya Abdul Fatah yang dapat melihat seluruh badanmu lepas
berkahwin ni.”
“ Kyra belum bersedia lagi, ibu…” perlahan
suara Kyra menjawab.
“ Kamu sedar tak apa yang kamu katakan tu? Sampai bila kamu nak bersedia, cuba
cakap dengan ibu. Umur kamu makin meningkat, mana tahu kamu meninggal dunia dalam masa yang muda? Kamu
tak takut dengan azab Allah ke?” soal Puan Azlina bertubi-tubi. Dia bukan mahu
memarahi Kyra, dia mahu Kyra sedar selepas menjadi seorang isteri, maruah perlu
dijaga dengan sebaik-baiknya.
Kyra kemam bibir. “ Takut…”
“ Kalau takut, kenapa tak nak pakai? Seronok
sangat ke tayang rambut kamu yang paras bahu ni?” Puan Azlina memegang rambut
Kyra lalu ditunjukkan betul-betul di depan wajah anaknya. Jika berkaitan dengan
agama, dia memang ambil berat yang amat sangat.
Kyra bermain dengan jarinya. Rasa bersalah mencengkam hatinya. “ Lepas ni Kyra akan cuba pakai
tudung.”
“ Pakai tudung bukan kerana ibu yang suruh tapi
buatlah kerana Allah S.W.T… faham tak Kyra?” Puan Azlina bersuara tegas.
“ Faham ibu.”
Kyra mengangguk lantas dia memeluk ibunya. Puan Azlina terkedu disitu. “ Terima
kasih ibu sebab sudi sedarkan Kyra tentang aurat. Kyra akan berusaha menjadi
isteri yang baik dan akan belajar mencintai suami Kyra sendiri.” Itu janji
Kyra. Dia mahu berubah. Berubah kearah yang lebih baik.
“ Macam itulah
anak ibu.” Puan Azlina bersyukur. Akhirnya Kyra mahu juga bertudung. Tidak
adalah dia tanggung dosa di akhirat kelak kerana tidak menyaran dan menasihati
anaknya memakai tudung.
Belum puas Kyra memeluk ibunya, Atuk tiba-tiba
masuk ke biliknya dengan wajah cemberut. Kyra dan Puan Azlina mengerutkan dahi.
“ Kenapa ayah?” Puan Azlina turun dari katil
dan menghampiri bapanya manakala Kyra pula setia diatas katilnya.
Haji Adnan memandang tajam kearah Kyra. “ Tadi ada dua orang dari syarikat Slim
World datang sini jumpa kamu, Kyra. Atuk nak jerit nama kamu tapi Atuk tak
ada daya nak laung nama kamu kuat-kuat. Jadi Atuk suruh lah mereka tinggalkan
pesanan. Kamu tahu apa yang mereka kata pada Atuk?”
“ Pesanan? Rasanya dah lama Kyra tak pergi Slim World tu Atuk. Kyra banyak habiskan
masa Kyra duduk kat rumah aje. Mereka cakap apa Atuk?” Kyra sudah rasa
berdebar.
“ Kontrak setahun kamu bersama Slim World dibatalkan serta-merta! Kamu dilarang ke sana selepas
ini.”
“ Apa?!” Kyra dan Puan Azlina terjerit
serentak.
3 ulasan:
akak rasa ..apa yg di buat oleh fatah mmg satu tindakan yg bijak..kita lihat bagaimana diri kyra lepas ni..adakah penyesalan akan mengetuk hatinya dengan sikap yg pada pandangan akak mmg kurang ajar dan sungguh tidak berhemah.. memalukan seorg suami yg hanya tidak sedikit montel..sedangkan dirinya dulu pun apam kurangnya..perlukah dihina sebegitu rupa keadaan fizikal seseorg itu... dia sepatutnya tahu apakah perasaan itu krn dia pernah menghadapinya..kan..perlukah sejarah berulang sekali lagi.. bila mana fatah pula akan meninggalkannya bila dia kurus dan macho..sepatutnya dia menyedari sedari dulu lagi..yg dia bukan lah sesiapa..kan..
GO FATAH GO!!!
Padan dgn muka Kyra.....go Fatah go...I likeee..
Catat Ulasan