Hari-hari terakhir sebelum ibu dan Atuk balik
ke kampung, Kyra duduk di rumah seperti biasa bersama ibu dan Atuknya. Banyak
yang dibualkan sehingga nama Abdul Fatah dikaitkan sekali dalam perbualan
mereka. Kyra tidak berapa suka apabila nama itu meniti di bibir ibu dan Atuk
namun dia cepat-cepat menukar topik perbualan. Jika disebut nama Abdul Fatah
sahaja, hatinya makin sakit!
Puan
Azlina sudah merasa ada sesuatu yang
tidak kena pada Kyra apabila nama anak
menantunya disebut ketika mereka sedang berbual dalam keadaan santai.Rasanya waktu ini yang paling untuk
dia meneruskan rancangannya!
Dia
pegang betis bapanya yang berlapik dengan kain pelekat. “ Ayah, sebelum kita
balik rumah esok, apa kata kita ajak Fatah dan
besan Lina makan malam sama-sama nak?” Kyra disebelah atuknya sudah terkejut
besar.
“
Bagus juga tu. Lagi ramai lagi bagus. Kalau tiga orang tak meriah sangat.” jawab Atuk. Dia
lagi suka jika makan beramai-ramai.
“
Ibu, Fatah ada banyak kerja nak kena buat kat pejabat. Ibu mertua Kyra pergi Singapura. Rasanya dua hari lagi baru balik
kut.” celah Kyra. Dia perlu mengagalkan rancangan ibu untuk mengajak mereka berdua.
Puan
Azlina mengangkat kening. Nampaknya Kyra seperti tidak mahu Abdul Fatah makan
bersama mereka. Abdul Fatah ada menelefonnya tadi di
dalam bilik dan memaklumkan dirinya kini berada di pusat pelangsingan badan dan
bercuti selama beberapa hari. Besannya pula, Puan Faridah rasanya sudah balik dari Malaysia.“ Pandai
betul kamu nak menipu ya Kyra.Fatah bagi tahu ibu yang ibu dia dah
balik Malaysia. Ingat ibu tak tahu ibu
mertua kamu dah balik? ” Puan Azlina merenung sinis kearahnya.
Kyra
sudah cemas. Wah, nampaknya ibu dan Abdul Fatah sudah boleh berkongsi rahsia. ‘ Ibu ni macam tahu-tahu aje yang aku tak suka
dengan dia orang.’
“
Mana adalah ibu. Mereka berdua kan antara
orang yang terpenting dalam hidup Kyra.
Takkanlah Kyra nak tipu pula…” mendatar sahaja suara Kyra.
Puan
Azlina sudah bangun dan bersedia untuk ke dapur. “ Kalau dah tahu Fatah dengan
ibu mertua kamu tu orang terpenting dalam hidup Kyra, malam ni ajak mereka
berdua datang sini. Ibu tahu mereka tak datang, malam ni juga ibu dengan Atuk
balik Penang!”
Puan
Azlina berpaling kearah dapur dengan sebuah cebikan. ‘ Jangan ingat ego kau sorang aje tinggi Kyra. Ego ibu ni setinggi Gunung Everest
tau!’ katanya dalam hati.
“
Ikut ajelah, Kyra. Ibu tu kalau merajuk memang payah nak pujuk. Apa yang ibu
kata tu buat aje. Jangan sekali-kali bantah.” Atuk pula yang berdiri. Dia tidak
betah untuk duduk terlalu lama di atas sofa tiga berangkai ini. Takut badannya
sakit.
Kyra
mula merasa tertekan. Kenapalah ibu buat
aku macam ni? Argh, bencinya Fatah dengan Puan Faridah!!
****
Kyra
terpaksa menelefon Abdul Fatah semula. Janganlah suaminya perasan yang dia telefon kerana rindu!
Abdul
Fatah yang sedang leka menonton Maya membuat senaman poco-poco di hadapnnya terganggu
apabila telefon bimbitnya berbunyi. Dia melihat skrin telefonnya.
“
Kyra? Kenapa telefon aku waktu macam ni? Nak cari gaduh dengan aku ke?” kata
Abdul Fatah sendiri dengan kerutan di dahi.
Abdul
Fatah memaniskan wajahnya sebelum dia menjawab panggilan Kyra. Nak cakap dengan
Kyra kenalah bersuara lembut. Kalau tidak, bergaduh lagilah mereka berdua.
“
Fatah, jomlah join sekali!” suara Maya di belakang sudah memkasanya
membuat senaman poco-poco. Dia mengelengkan kepala sambil menunjuk telefon
bimbit, tanda ada orang sedang menelefon dirinya.
“Aku
dengar suara perempuan kat belakang kau, Fatah. Siapa tu?” Kyra rasa tidak
sedap hati. Siapakah perempuan itu? Rasanya Abdul Fatah tidak suka bergaul
dengan perempuan dan pekerja-pekerja di Slim World. Hatinya mula berdetak
cemburu.
“
Haa?” Abdul Fatah melihat Maya di belakang yang sedang melakukan poco-poco
sambil menyanyi. Patutlah Kyra boleh dengar suara Maya kat belakang. “ Itu
pelanggan Slim World yang baru. Dia
nak mohon pendaftaran sebagai ahli Slim
World.” Abdul Fatah terpaksa menipu. Mana ada dia kerja hari ini.
Kyra
mencebik dihujung talian. “ Tak sangka nak mendaftar sebagai ahli Slim World pun kena menyanyi. Aku pun
nak mendaftar sebagai ahli jugalah. Boleh menyanyi sekali.” perlinya. Kenapalah
hati aku rasa tak sedap bila ada perempuan lain kat belakang Abdul Fatah?
Takkan
aku dah jatuh cinta kat mamat tembam tu kut?
“
Aku tak nak berborak lama dengan kau. Malam ni aku nak kau ajak Puan Faridah
makan malam kat rumah aku. Kau pula jangan tak datang! Tak pasal-pasal ibu
merajuk dengan aku.” Mulut Kyra memuncung di tepi telefon bimbitnya.
Abdul
Fatah teruja dihujung talian. Makan malam ? Wah, ini perkara baik! Pasti ini
salah satu rancangan ibu mertuaku. Terbaiklah!
“
Semestinya abang akan pergi dengan ibu
abang. Kyra jaga diri ya. Malam ni abang datang rumah Kyra. Assalamualaikum!” Kali
ini Abdul Fatah yang mematikan talian
terlebih dahulu.
Kyra
terpana. “ Hmm… aku tak habis cakap lagi, kau dah tutup telefon.” Dia merenung skrin telefon
bimbitnya dengan satu keluhan panjang.
“
Tadi cakap tak suka berborak dengan suami sendiri, laa ni kenapa mengeluh pula?
Takkan dah mula suka kat suami sendiri
kut?” Satu suara yang tidak dikenali mengusik Kyra.
“
Hesy! Jangan nak memandai okey!” Kyra pantas mengelengkan kepala lalu dia turun ke bawah
menolong ibu di dapur.
****Puan Faridah dan Abdul Fatah tiba di rumah Kyra selepas azan solat isyak. Kesemua yang berada di rumah Kyra masing-masing menyempurnakan solat isyak secara berjemaah yang diketuai Abdul Fatah di ruang tamu rumah Kyra.
Usai
melaksanakan solat isyak dan berdoa, masing-masing bersalam. Abdul Fatah
menghulurkan tangan kepada Kyra. Kyra memandang ke kiri dan kanan. Rata-ratanya
sedang melihat dirinya. Akhirnya dalam rela dan terpaksa, Kyra menyambut
huluran tersebut.
Abdul
Fatah senang hati. Walaupun Kyra nampaknya teragak-agak mahu menyalami dirinya
tetapi dia tetap gembira kerana Kyra sudi menyambut hulurannya.
Puan
Azlina mempelawa kesemua sekali duduk di meja makan. Sempat mulutnya
terkumat-kamit dengan Abdul Fatah yang berdiri di meja bahagian kanan. Kyra
pula tanpa mempelawa sesiapa, terus mengambil nasi dan lauk-pauk yang
dihidangkan ibunya dengan selamba. Puan Azlina yang masih berdiri itu terjengil
matanya.
“
Kyra, ya pun ajaklah ibu mertua dengan suami kamu duduk sekali. Janganlah nak
makan sorang aje.” Puan Azlina sempat memperli Kyra. Tertunduk malu Kyra di
situ.
“
Err, ibu… err aa…abang, jemputlah makan sekali. Duduklah.” Tergagap-gagap Kyra
berkata. Malunya dia Ya Allah! Ibu ni pun satu. Suka malukan dia depan orang
ramai.
“
Hmm, ingatkan Kyra dah tak perasan kita berdua ada kat sini. Yalah, siapalah
kita ni kan?” Puan Faridah mengambil peluang menyakitkan hati Kyra. Rasa sakit
hatinya pada Kyra masih berbekas di hati gara-gara menantunya itu tidak setuju
dikahwinkan dengan Abdul Fatah.
Puan
Faridah pergi ke Singapura memang mahu mempromosikan syarikatnya. Tetapi
disebalik itu, dia pergi ke sana juga kerana tidak mahu melihat wajah murung
Kyra ketika Abdul Fatah melafazkan akad nikah di Pejabat Agama Daerah.
“
Duduklah kak Faridah, Fatah. Jangan malu-malu ya.” Puan Azlina mempelawa mereka
berdua sekali lagi. “ Fatah, kamu duduklah sebelah Kyra. Tak manislah kalau
sorang duduk sini, sorang duduk sana. Tak gitu, kak Faridah?” kata puan Azlina.
Sempat lagi dia melirik mata dengan Abdul Fatah.
‘Apa
kenalah dengan ibu aku malam ni?! Kenapa ‘mesra’ sangat kat dia orang ni? Argh,
bencinya!’ bentak Kyra dalam hati.
Abdul
Fatah yang faham dengan lirikan mata ibu mertuanya terus duduk disebelah Kyra
yang kosong itu. Dia sudah agak, pasti wajah Kyra tidak ceria dengan
kehadirannya di sebelah. Dia buat muka selamba.
Kyra
memandang Abdul Fatah sekilas dengan senyuman sungging dibibirnya sebelum dia
pantas menyuap nasi yang sudah tersedia di dalam pinggangnya. Lebih baik dia
makan dulu daripada tengok muka orang-orang yang menyakitkan hatinya!
“
Ya pun hidangkanlah nasi untuk ibu mertua dengan suami kamu dulu, Kyra. Apalah
kamu ni!” tegur Puan Azlina ketika dia sedang menyenduk nasi untuk bapanya yang
duduk di kerusi utama.
‘Ya
Allah! Apa kena dengan ibu aku ni? Argh!!’
Dengan
berat-seberat hatinya, Kyra menurut juga permintaan ibu yang mahukan dia
menyenduk nasi untuk kedua-duanya.
****
Selepas
setengah jam mereka berlima duduk di ruang makan, Puan Faridah mula meminta
diri untuk pulang ke rumah. Atuk Kyra pula meminta diri untuk naik ke bilik.
Di
dalam hati Kyra, sudah gembira tidak terkata. Jika ibu mertuanya mahu pulang ke
rumah, pasti Abdul Fatah akan ikut sekali!
“
Dah lewat sangat ni, saya rasa pemandu peribadi saya dah tunggu lama kat luar
tu. Saya minta diri dululah ya, Azlina.” Puan Faridah sudah menghulurkan
tangannya untuk bersalam dengan Puan Azlina. Tidak sampai dua jam mereka
berkenalan, dia sudah mula berasa senang dengan besannya itu. Tidak seperti
Kyra, harapkan muka saja lawa, tapi perangai hodoh!
Puan
Azlina menyambut huluran itu. Dia gembira kerana hari ini merupakan hari yang
bermakna buat dirinya. Dapat juga dia bertemu Puan Faridah yang tidak dapat
hadir semasa akad nikah di antara Abdul Fatah dan anaknya berlangsung di
Pejabat Agama Daerah.
“
Jalan baik-baik kak Faridah. Datanglah sini lagi kalau kak Faridah tak sibuk.”
ucap Puan Azlina dengan nada gembira.
“
Semestinya Lina. Kita kan dah berbesan.
Kenalah saling kunjung-mengunjungi dan paling penting kenalah eratkan
silaturrahim . Tak gitu, Kyra?” Dihujung ayat itu tertumpu kepada Kyra. Kyra
apalagi, tersentaplah jawabnya.
‘
Sabar Kyra. Depan ibu kau tak boleh tunjuk sikap sebenar kau.’ Kyra buat-buat
senyum pada Puan Faridah padahal dalam hati hanya Tuhan yang tahu.
Abdul
Fatah dan Puan Azlina sudah tersengih bagaikan kerang busuk apabila Puan
Faridah berkata begitu.
“
Ibu dan Fatah dah nak balik kan? Baliklah cepat. Nanti lambat, jalan jammed.” Akhirnya terluah juga kata-kata
di bibir Kyra. Sejak sejam yang lepas, dia hanya diam dan tersenyum sahaja,
kali ini peluangnya untuk berkata-kata pula.
Abdul
Fatah perasan riak wajah Kyra yang tidak puas hati dengan ibunya. “ Abang tak
balik, Kyra. Malam ni abang tidur sini dengan Kyra.”
Kyra
terkejut besar. Abdul Fatah tidur sini malam ni?
Tekanan
mula dirasakan dalam diri Kyra. Habislah! Orang yang dibenci mahu tidur sebilik
dengannya. Tak sukanya!!
***
Kyra
dan Abdul Fatah mula naik ke bilik setelah Puan Faridah pulang ke rumah. Puan
Azlina dan Atuk masing-masing merehatkan diri di dalam bilik.
Mimik
muka Kyra masam sahaja. Abdul Fatah sudah jangka akan ketidakpuashatian Kyra
terhadap dirinya.
Lagi
berapa langkah Abdul Fatah mahu masuk ke bilik, Kyra menghadang dirinya dengan
kedua-dua tangan di depan pintu. Tergamam Abdul Fatah di situ sekaligus dia
tersengih.
“
Kyra macam tak suka aje abang masuk bilik. Kalau tak suka abang boleh tidur kat
ruang tamu atau kat bilik belakang.”
Kyra
menurunkan tangannya. Dia mencebik. “ Kau komplot dengan ibu ya nak kenakan
aku?”
Riak
wajah Abdul Fatah berubah. Bagaimana Kyra boleh kesan rancangan mereka berdua
untuk menurunkan ego wanita itu? Rasanya dia sedikit pun tidak pernah membongkar
apatah lagi mahu merapatkan diri pada
isterinya. “ Apa Kyra cakap ni? Bila masa abang komplot dengan ibu mertua
abang? Abang bukannya rapat sangat dengan ibu mertua abang.” Abdul Fatah cuba
berdalih.
Kyra
mencebik lagi sebelum dia membuka pintu bilik. “ Yalah tu. Kau ni bukan boleh percaya sangat. Dalam diam ubi
berisi.” Kyra menjeling. Abdul Fatah terkaku di depan pintu bilik.
“
Masuklah. Yang tercegat kat situ lagi buat apa? Nak tidur luar ke?” kata Kyra
dengan nada sinis.
“
Haa?” Abdul Fatah sedikit terpinga-pinga. Alhamdulilah, Kyra bagi juga dia
masuk ke dalam bilik.
Abdul
Fatah menutup pintu. Kyra sudah baring
di atas katil sambil memeluk bantal peluknya. Lampu yang terang tadi berubah
menjadi malap. Abdul Fatah sudah bersedia untuk baring ke sebelah Kyra namun
tanpa disangka-sangka Kyra bangun semula dan menunding jari kearahnya. Abdul
Fatah terkedu.
“
Kau tidur depan pintu. Katil ini bukan tempat kau. Aku dah pesan dalam telefon
semalam jangan tidur dengan aku lagi kan? Kau tak ingat janji tu hah?” marah
Kyra.
Abdul
Fatah mengetap bibir. Argh, dia lupa apa
yang Kyra katakan padanya semalam. Dek
kerana asyik melakukan senaman di mesin treadmill
dan melakukan senaman lain di Fitness
Centre, dia jadi lupa perbualan di antara mereka.
“
Takkan tidur depan pintu kut? Sakit belakang abang nanti. Kyra tak kesian kata
bang ke?” Abdul Fatah minta simpati.
“
Argh, tak ada… tak ada. Tidur depan pintu. Ambil bantal ni. Tidur sana.” marah Kyra
sekali lagi. Dia membaling dua bantal empat segi kepada Abdul Fatah. Tanpa rasa
belas kasihan, dia kembali melelapkan mata. Dia mahu Abdul Fatah rasa bagaimana
sakit hatinya apabila ditegur ibunya sebentar tadi.
Abdul
Fatah menahan rasa sebak di dada.
Ingatkan Kyra akan berbaik dengannya. Rupanya jauh panggang dari api! Rasanya mala
mini dia perlu meneruskan rancangan yang dia buat bersama ibu mertuanya. Kali
ini dia yakin rancangannya pasti berjaya dan dia amat yakin rancangan yang
difikirkan ibu mertuanya seratus peratus menjadi!
Bantal
yang diberikan Kyra dibawa ke muka pintu bilik. Dia duduk bertentangan
menghadap katil Kyra. Dia tidak akan tidur selagi tidak menjayakan
rancangannya.
Kyra
yang perasan Abdul Fatah sudah beralih
tempat mula mengangkat sedikit kepala. Dia mencebik dalam diam. Padan muka kau,
Fatah!
“
Kyra… hurm, sebelum abang tidur ni abang nak cakap sikit. Kyra tak pandang muka
abang pun tak apalah. Abang terima…” terhenti kata-kata Abdul Fatah di situ.
Kyra
mengerutkan dahi. Dia mengeratkan bantal peluknya sambil telinganya mendengar
kata-kata yang bakal diucapkan Abdul Fatah.
“
Mungkin dalam tiga bulan kita tak akan jumpa kut sebab abang sibuk nak uruskan
syarikat yang baru beroperasi kat Singapura.
Tapi abang tetap bagi nafkah zahir pada
Kyra setiap bulan. Kyra mesti suka kita tak berjumpa kan?” Abdul Fatah tergelak
kecil sebelum dia meneruskan ayatnya. “
Mulai esok abang akan tinggalkan Kyra. Terima kasih sebab sudi kahwin dengan
abang. Abang akan ingat apa yang Kyra
dah buat pada abang sebelum ni dan hari
ni. Abang takkan lupa sampai bila-sampai. Selamat tinggal Kyra.” ucapnya
sebelum dia baring di atas jubin itu.
Abdul
Fatah puas. Dia puas kerana dapat menghabiskan kata-katanya dengan sempurna.
Selepas ini dia akan keluar dari rumah ini dan mulakan hidup baru dan yang
paling penting, dia akan kurus seperti Kyra selepas tiga bulan nanti,
insyallah!
Bibir
Kyra menggeletar sebelum air matanya
menitik ke pipi apabila Abdul Fatah
mengungkapkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Dia benar-benar terpana dengan
ayat suaminya itu. Selamat tinggal?
‘Fatah.
Jangan tinggalkan aku!’ Kyra melaung dalam hati.
6 ulasan:
eeiiii....egonya si kyra ni...nsb baik mak si kyra ni baik, syg menantu.... - jumay jue
ego d thap kronik kak...tp nsib baik mak menantu backup Fatah! hehe
fatah yang sweet... kyra tolonglah cpt trima fatah,, :)
jom click ni..
http://stayreward.com/index.php?share=17126
Br padan muka kyra.....fatah, tinggalkn je kyr tu sethn...biarkn dia rasa...ego sgt...tau plak tu nk sedih2.... - jumay jue
lyna,
insyallah kyra akn cpt trima fatah ;)
kak Jumay,
mmg padan pn muka Kyra! bkn stahun aje kut! selama2nya mungkin! haha
Catat Ulasan