Muhd
Khuzairi datang ke syarikat Slim World bagi memulakan program kuruskan badan
setelah seminggu dia tidak hadir. Dia sudah berfikir masak-masak. Kali ini dia
mahu kurus dan mahu menambat hati Kyra.
Tengah
hari ini dia masuk ke dalam satu bilik kecil dan memulakan rawatan BCS Program yang memang disediakan buat
ahli-ahli Slim World bagi membakar
lemak yang ada didalam badan. Mujur yang merawat badannya adalah seorang lelaki.
Di dalam bilik itulah
dia dapat menenangkan fikirannya yang kusut dengan berbaring. Sambil berbaring,
sambil itu jugalah dia terfikirkan Kyra.
Setengah
jam kemudian, pekerja yang bertungkus-lumus membakar lemak dalam badannya
mengarahkan dia bangun. Mata Muhd Khuzairi terkebil-kebil. Terlalu asyik
melelapkan mata hingga tidak sedar masa yang diberikan pihak Slim World sudah pun sampai ke
penghujungnya. Dia bangun lalu menukar baju asalnya.
“
Encik Khuzairi, jika ada peluang eloklah Encik ke gym supaya berat badan Encik akan turun sedikit demi sedikit.
Disamping Encik ke Slim World
menggunakan alatan teknolongi yang kami tawarkan, Encik juga boleh lakukan
senaman setiap hari agar lemak dalam badan Encik akan berkurangan sedikit demi
sedikit.” terang pekerja Slim World
itu panjang lebar.
Muhd
Khuzairi mengangguk. Dia faham apa yang diterangkan pekerja itu sebelum dia
keluar dari bilik itu. Sebelum ini, ada juga yang menasihatkannya tentang
kesihatan diri di Slim World ini.
Mungkin pekerja itu sekadar mengingatkan dirinya sahaja.
Sewaktu
dia sampai di kaunter pertanyaan, Betty sudah berdiri tegak mengadapnya. Dia
tersenyum nipis. “ Saya nak pergi dulu. Mungkin hari Sabtu nanti saya datang
lagi untuk buat rawatan.”
Betty
mengangguk sebelum dia membalas senyuman pelanggannya. “ Terima kasih Encik
Khuzairi kerana sudi membuat rawatan di syarikat kami. Kami menanti kedatangan
Encik Khuzairi ke syarikat kami nanti.”
Ketika
Betty mahu duduk semula ditempatnya, Muhd Khuzairi memanggilnya semula. Dia
mengerutkan dahi sebelum dia bangun dan tersenyum seperti biasa. “ Ada apa yang
boleh saya bantu, Encik Khuzairi?”
“
Boleh saya tahu duta Slim World ada
kat mana sekarang?”
Betty
terkedu. Lain yang ditanya, lain soalan pula yang keluar. “ Maksud Encik, Cik
Kyra?”
“
Ya. Cik Kyra yang cantik jelita tu.” Muhd Khuzairi senyum lebar. “ Awak mesti tahu
dia kat mana kan?”
“
Dia tak datang hari ni. Dia tak sihat.” Itu sahajalah jawapan selamat yang
boleh diberi. Majikannya, Abdul Fatah dari awal-awal lagi sudah memaklumkan
padanya supaya tidak memberitahu orang ramai tentang perkahwinannya di pejabat
agama.
“
Tak sihat? Ya Allah! Kenapa tak maklumkan pada saya awal-awal?!” Muhd Khuzairi
sedikit marah hingga Betty jadi tidak tentu arah. Dalam keadaan tergesa-gesa,
dia meninggalkan Betty keseorangan dan keluar dari syarikat Slim World. Risaunya pada Kyra hanya
Tuhan sahaja yang tahu. Dia pasti Kyra sedang berehat dirumahnya. Telefon Kyra
cuba didail banyak kali namun bekas isterinya tidak juga diangkat. Kerisauannya
makin bertambah-tambah.
Hanya
satu rumah sahaja yang berlegar difikirannya kini. Rumah Kyra!
****
Kyra menelefon ibunya yang kini sedang berada
di rumah Atuk belah bapanya di Teluk Intan, Perak. Dia harus segera memaklumkan
pada ibunya tentang perkahwinannya yang bakal berlangsung dalam sehari lagi
setelah diluluskan Pejabat Agama. Dia tidak boleh berlengah masa lagi. Perkahwinan
harus dipercepatkan.
“
Ibu tak halang Kyra kahwin lagi?” kata Kyra dengan suara tersekat-sekat.
“
Apa pula ibu nak halangnya. Kahwin ajelah.” Puan Azlina langsung tidak marahkan
anaknya sebaliknya dia sukakan lagi adalah. Dia harap Kyra akan berbahagia
dengan suami barunya nanti.
Dia
agak terkejut Kyra mahu berkahwin lagi selepas diceraikan bekas menantunya
namun mungkin itu sudah jodoh anaknya dan dia tidak akan menghalang sekalipun
Kyra berkahwin lagi. Asalkan lelaki itu mampu membimbing Kyra ke jalan yang
benar dan boleh jadi suami yang baik.
“
Betul ni?” Kyra inginkan kepastian daripada ibunya. Dia sedikit lega. Mana tahu
ibunya menentang keputusannya berkahwin dalam masa terdekat.
“
Ibu tak halang pun. Kahwin ajelah. Harap bakal suami kamu tu tak mengongkong
macam Khuzairi dulu. Kamu dah telefon atuk ke pasal perkahwinan kamu tu? Kang
tak nikah pula kamu kalau tak ada wali. Janda macam kamu ni pun kena ada wali
juga tau.”
Kyra
tepuk dahi. Dia lupa! Semasa dia kahwin dengan Muhd Khuzairi dulu, Atuk sebelah
bapanya menjadi wali bagi pernikahan mereka. Bapanya sudah lama meninggal
dunia. Kini dia telah menjadi janda dan dia masih perlukan wali untuk menjadi
saksi kepada perkahwinannya dan Abdul Fatah.
“
Ibu, nanti ibu bawa Atuk pergi rumah Kyra ya. Tak pun bakal suami Kyra bawa ibu
dengan Atuk datang sini. Nak tak?” Dihujung talian Kyra sudah jelir lidah
apabila menyebut panggilan ‘bakal suami’. Rasa nak termuntah pun ada.
“
Tak payahlah. Esok kami datang sana dengan Pak Ngah Harun. Anak ibu mesti tak
sabar nak kahwin dengan lelaki tercinta kan? Lagi cepat ibu dan Atuk datang,
lagi cepatlah korang kahwin.” Puan Azlina sudah tergelak dihujung talian. Kyra
mengetap bibir.
‘
Sabar, Kyra. Kau kena buat selamba aje bila cakap depan ibu. Jangan tunjukkan
yang kau tak suka pada Abdul Fatah.’ Kyra cuba buat muka manis walaupun hatinya
terpaksa berbuat begitu.
“
Okey, ibu. Jangan lupa bawa Atuk dengan Pak Ngah Harun datang ya. Lagi cepat
Atuk datang, lagi cepat perkahwinan ini berlangsung.” Kyra cuba buat-buat
gembira.
“
Tapi Kyra, bakal suami kamu tak kesah ke kamu ada title janda?”
Kyra
menelan airliur sedalam-dalamnya. “ Tak kesah pun. Sebab dia cintakan Kyra
sepenuh hati.” Cinta sepenuh hati? Entahlah. Dia tidak memahami sepenuhnya isi
hati Abdul Fatah, jadi dia sukar untuk mengetahui samada lelaki itu cintakannya
atau cuma kesiankan dirinya.
“
Kalau macam tu baguslah. Tak adalah ibu
susah hati sangat. Jangan dia kahwin dengan kamu sebab kamu cantik aje. Bakal
suami kamu tu kaya tak macam Khuzairi tu?”
“
Entahlah, ibu. Kyra tak tahu sangat pasal latar belakang keluarga dia.” Itu
sahaja yang mampu Kyra jawab. Dia jika boleh tidak mahu tahu langsung tentang
kekayaan lelaki itu. Dia kahwin dengan lelaki itu pun sebab tidak mahu membayar
duit sejuta.
“
Assalamualaikum Kyra, buka pagar ni!” jerit Muhd Khuzairi sambil mengoyangkan
pagar itu sedikit kuat agar Kyra yang berada didalam rumah dapat mendengarnya.
Kyra
bangun dari sofa dan tergesa-gesa tutup telefon bimbitnya. Dia terkejut. Suara
itu seperti suara Muhd Khuzairi. Dia ke belakang muka pintu dengan tubuh badan
yang mengiggil. Muhd Khuzairi datang ke sini buat apa? Takkan mahu mengajaknya
kahwin semula kut? Dia tiba-tiba jadi seram sejuk.
“
Aku kata buka pintu ni, buka!” jerit Muhd Khuzairi dengan lantang. Suasana yang
harmoni tadi menjadi bising dengan suara pekikan lelaki itu.
“
Tolong perlahankan suara, Encik Khuzairi.” Abdul Fatah menepuk bahu kanan Muhd
Khuzairi namun lelaki itu pantas menepis tangannya. Muhd Khuzairi tersentak
lalu berpaling ke belakang.
“
Kau buat apa datang sini?” Muhd Khuzairi memandang Abdul Fatah dari atas ke
bawah. “ Kalau kau nak kacau Kyra lagi,
langkah mayat aku dulu.” Dia membulatkan mata supaya Abdul Fatah takut dengannya.
Abdul
Fatah ketawa kecil sebelum dia membuat muka serius. “ Kyra isteri aku. Jadi tak
salah kan aku datang sini?” Dia memulakan lakonannya.
Dada
Muhd Khuzairi berombak ganas. Isteri? Tidak, ini tidak boleh berlaku! Kyra
tidak boleh menjadi isteri Abdul Fatah. Dirinya mula tertekan. “Aku takkan percaya
dari mulut kau. Aku takkan percaya!” Dia menekup kedua-dua telinganya lalu
menjerit sekuat hatinya bagai orang gila.
Kyra
didalam rumah cepat-cepat meluru keluar dan membuka pagar yang dikunci rapat
itu. Dia tidak mahu rumahnya menjadi perhatian umum. “ Balik Khuzairi. Jangan
ganggu rumahtangga kami yang baru mula.” Arah Kyra dalam keadaan marah. Biarlah
dia berkeadaan begitu agar Muhd Khuzairi sedar yang dia tidak lagi diperlukan
lagi dalam hidupnya.
Abdul
Fatah sudah mula tersenyum gembira. Rasa gembira menyelinap dihatinya kerana
Kyra sudi menyebut ‘rumahtangga kami’. Makin tidak sabar untuknya menjadi suami
kepada Kyra.
Muhd
Khuzairi berlari anak masuk ke dalam keretadan bergerak meninggalkan Kyra dan
Abdul Fatah didepan pagar yang berwarna maroon
itu. Airmata yang tidak pernah keluar selepas dia bercerai dengan Kyra akhirnya
tumpah jua. Dia tidak sanggup untuk terus berada disitu. Hatinya sakit.
Abdul
Fatah pula tidak lekang dengan senyumannya. Sejak Muhd Khuzairi meninggalkan
dirinya, wajah Kyra ditatap tanpa jemu. Kyra jadi tidak tentu arah. Dia
penasaran apabila dipandang begitu. Dia mula kembali pada sikap asalnya, yang
suka marah.
“
Tadi tu hanya lakonan. Aku cuma tak nak terlalu menaruh harapan kat aku.”
Abdul
Fatah tetap tersenyum. “ Tapi Fat suka ayat ‘’rumahtangga kita’’ tu. Rasa macam
kita dah kahwin sekarang.”
“
Jangan nak berangan, Encik Abdul Fatah. Kita tak kahwin lagi. Wali saya ada kat
Perak. Esok atau dua hari lagi baru wali saya tu sampai.”
“
Kalau macam tu, jomlah.” Abdul Fatah mula mengajak.
“
Jom apa?” Kyra berpeluk tubuh. Dadanya berombak besar.
“
Kita pergi Perak . Ambil wali awak dan kita kahwin hari ni.” sungguh-sungguh
Abdul Fatah berbicara.
“
Apa?!” Kyra tercengang.