Selasa, 14 Januari 2014

BAB 27 JANGAN TINGGALKAN AKU


 Hari-hari terakhir sebelum ibu dan Atuk balik ke kampung, Kyra duduk di rumah seperti biasa bersama ibu dan Atuknya. Banyak yang dibualkan sehingga nama Abdul Fatah dikaitkan sekali dalam perbualan mereka. Kyra tidak berapa suka apabila nama itu meniti di bibir ibu dan Atuk namun dia cepat-cepat menukar topik perbualan. Jika disebut nama Abdul Fatah sahaja, hatinya makin sakit!
Puan Azlina sudah  merasa ada sesuatu yang tidak kena  pada Kyra apabila nama anak menantunya disebut ketika mereka sedang berbual dalam  keadaan santai.Rasanya waktu ini yang paling untuk dia  meneruskan rancangannya!
Dia pegang betis bapanya yang berlapik dengan kain pelekat. “ Ayah, sebelum kita balik rumah esok, apa kata kita ajak Fatah dan  besan Lina  makan malam  sama-sama  nak?” Kyra disebelah atuknya sudah terkejut besar.
“ Bagus juga tu. Lagi ramai lagi bagus. Kalau  tiga orang tak meriah sangat.” jawab Atuk. Dia lagi suka jika makan beramai-ramai.
“ Ibu, Fatah ada banyak kerja nak kena buat kat pejabat. Ibu  mertua Kyra pergi  Singapura. Rasanya dua hari lagi baru balik kut.” celah Kyra. Dia perlu mengagalkan  rancangan ibu untuk mengajak mereka berdua.
Puan Azlina mengangkat kening. Nampaknya Kyra seperti tidak mahu Abdul Fatah makan bersama mereka. Abdul Fatah ada  menelefonnya  tadi  di dalam bilik dan memaklumkan dirinya kini berada di pusat pelangsingan badan dan bercuti selama beberapa hari. Besannya pula, Puan Faridah  rasanya sudah balik dari Malaysia.“ Pandai betul kamu  nak menipu  ya Kyra.Fatah bagi tahu ibu yang ibu dia dah balik Malaysia. Ingat ibu tak tahu  ibu mertua kamu dah balik? ” Puan Azlina merenung sinis kearahnya.
Kyra sudah cemas. Wah, nampaknya ibu dan Abdul Fatah sudah  boleh berkongsi rahsia. ‘ Ibu  ni macam tahu-tahu aje yang aku tak suka dengan dia orang.’
“ Mana adalah ibu. Mereka berdua kan  antara orang yang terpenting dalam  hidup Kyra. Takkanlah Kyra nak tipu pula…” mendatar sahaja suara Kyra.
Puan Azlina sudah bangun dan bersedia untuk ke dapur. “ Kalau dah tahu Fatah dengan ibu mertua kamu tu orang terpenting dalam hidup Kyra, malam ni ajak mereka berdua datang sini. Ibu tahu mereka tak datang, malam ni juga ibu dengan Atuk balik Penang!”
Puan Azlina berpaling kearah dapur dengan sebuah cebikan. ‘ Jangan  ingat ego kau sorang aje  tinggi Kyra. Ego ibu ni setinggi Gunung Everest tau!’ katanya dalam hati.
“ Ikut ajelah, Kyra. Ibu tu kalau merajuk memang payah nak pujuk. Apa yang ibu kata tu buat aje. Jangan sekali-kali bantah.” Atuk pula yang berdiri. Dia tidak betah untuk duduk terlalu lama di atas sofa tiga berangkai ini. Takut badannya sakit.
Kyra mula merasa tertekan. Kenapalah  ibu buat aku macam ni? Argh, bencinya Fatah dengan Puan Faridah!!
****
Kyra terpaksa menelefon Abdul Fatah semula. Janganlah suaminya  perasan yang dia telefon kerana rindu!
Abdul Fatah  yang sedang leka menonton  Maya membuat senaman poco-poco di hadapnnya terganggu apabila telefon bimbitnya berbunyi. Dia melihat skrin telefonnya.
“ Kyra? Kenapa telefon aku waktu macam ni? Nak cari gaduh dengan aku ke?” kata Abdul Fatah sendiri dengan kerutan di dahi.
Abdul Fatah memaniskan wajahnya sebelum dia menjawab panggilan Kyra. Nak cakap dengan Kyra kenalah bersuara lembut. Kalau tidak, bergaduh lagilah mereka berdua.
“ Fatah, jomlah join sekali!”  suara Maya di belakang sudah memkasanya membuat senaman poco-poco. Dia mengelengkan kepala sambil menunjuk telefon bimbit, tanda ada orang sedang menelefon dirinya.
“Aku dengar suara perempuan kat belakang kau, Fatah. Siapa tu?” Kyra rasa tidak sedap hati. Siapakah perempuan itu? Rasanya Abdul Fatah tidak suka bergaul dengan perempuan dan pekerja-pekerja di Slim World. Hatinya mula berdetak cemburu.

“ Haa?” Abdul Fatah melihat Maya di belakang yang sedang melakukan poco-poco sambil menyanyi. Patutlah Kyra boleh dengar suara Maya kat belakang. “ Itu pelanggan Slim World yang baru. Dia nak mohon pendaftaran sebagai ahli Slim World.” Abdul Fatah terpaksa menipu. Mana ada dia kerja hari ini.
Kyra mencebik dihujung talian. “ Tak sangka nak mendaftar sebagai ahli Slim World pun kena menyanyi. Aku pun nak mendaftar sebagai ahli jugalah. Boleh menyanyi sekali.” perlinya. Kenapalah hati aku rasa tak sedap bila ada perempuan lain kat belakang Abdul Fatah?
Takkan aku dah jatuh cinta kat mamat tembam tu kut?
“ Aku tak nak berborak lama dengan kau. Malam ni aku nak kau ajak Puan Faridah makan malam kat rumah aku. Kau pula jangan tak datang! Tak pasal-pasal ibu merajuk dengan aku.” Mulut Kyra memuncung di tepi telefon bimbitnya.
Abdul Fatah teruja dihujung talian. Makan malam ? Wah, ini perkara baik! Pasti ini salah satu rancangan ibu mertuaku. Terbaiklah!
“ Semestinya abang  akan pergi dengan ibu abang. Kyra jaga diri ya. Malam ni abang datang rumah Kyra. Assalamualaikum!” Kali ini Abdul Fatah yang mematikan  talian terlebih dahulu.
Kyra terpana. “ Hmm…  aku  tak habis cakap lagi, kau dah  tutup telefon.” Dia merenung skrin telefon bimbitnya dengan satu keluhan panjang.
“ Tadi cakap tak suka berborak dengan suami sendiri, laa ni kenapa mengeluh pula?  Takkan dah mula suka kat suami sendiri kut?” Satu suara yang tidak dikenali mengusik Kyra.
“ Hesy! Jangan nak memandai okey!” Kyra pantas  mengelengkan kepala lalu dia turun ke bawah menolong ibu di dapur.
****
              Puan Faridah dan Abdul Fatah tiba di rumah Kyra selepas azan solat isyak. Kesemua yang berada di rumah Kyra masing-masing menyempurnakan solat isyak secara berjemaah yang diketuai Abdul Fatah di ruang tamu rumah Kyra.
Usai melaksanakan solat isyak dan berdoa, masing-masing bersalam. Abdul Fatah menghulurkan tangan kepada Kyra. Kyra memandang ke kiri dan kanan. Rata-ratanya sedang melihat dirinya. Akhirnya dalam rela dan terpaksa, Kyra menyambut huluran tersebut.
Abdul Fatah senang hati. Walaupun Kyra nampaknya teragak-agak mahu menyalami dirinya tetapi dia tetap gembira kerana Kyra sudi menyambut hulurannya.
Puan Azlina mempelawa kesemua sekali duduk di meja makan. Sempat mulutnya terkumat-kamit dengan Abdul Fatah yang berdiri di meja bahagian kanan. Kyra pula tanpa mempelawa sesiapa, terus mengambil nasi dan lauk-pauk yang dihidangkan ibunya dengan selamba. Puan Azlina yang masih berdiri itu terjengil matanya.
“ Kyra, ya pun ajaklah ibu mertua dengan suami kamu duduk sekali. Janganlah nak makan sorang aje.” Puan Azlina sempat memperli Kyra. Tertunduk malu Kyra di situ.
“ Err, ibu… err aa…abang, jemputlah makan sekali. Duduklah.” Tergagap-gagap Kyra berkata. Malunya dia Ya Allah! Ibu ni pun satu. Suka malukan dia depan orang ramai.
“ Hmm, ingatkan Kyra dah tak perasan kita berdua ada kat sini. Yalah, siapalah kita ni kan?” Puan Faridah mengambil peluang menyakitkan hati Kyra. Rasa sakit hatinya pada Kyra masih berbekas di hati gara-gara menantunya itu tidak setuju dikahwinkan dengan Abdul Fatah.
Puan Faridah pergi ke Singapura memang mahu mempromosikan syarikatnya. Tetapi disebalik itu, dia pergi ke sana juga kerana tidak mahu melihat wajah murung Kyra ketika Abdul Fatah melafazkan akad nikah di Pejabat Agama Daerah.
“ Duduklah kak Faridah, Fatah. Jangan malu-malu ya.” Puan Azlina mempelawa mereka berdua sekali lagi. “ Fatah, kamu duduklah sebelah Kyra. Tak manislah kalau sorang duduk sini, sorang duduk sana. Tak gitu, kak Faridah?” kata puan Azlina. Sempat lagi dia melirik mata dengan Abdul Fatah.
‘Apa kenalah dengan ibu aku malam ni?! Kenapa ‘mesra’ sangat kat dia orang ni? Argh, bencinya!’ bentak Kyra dalam hati.
Abdul Fatah yang faham dengan lirikan mata ibu mertuanya terus duduk disebelah Kyra yang kosong itu. Dia sudah agak, pasti wajah Kyra tidak ceria dengan kehadirannya di sebelah. Dia buat muka selamba.
Kyra memandang Abdul Fatah sekilas dengan senyuman sungging dibibirnya sebelum dia pantas menyuap nasi yang sudah tersedia di dalam pinggangnya. Lebih baik dia makan dulu daripada tengok muka orang-orang yang menyakitkan hatinya!
“ Ya pun hidangkanlah nasi untuk ibu mertua dengan suami kamu dulu, Kyra. Apalah kamu ni!” tegur Puan Azlina ketika dia sedang menyenduk nasi untuk bapanya yang duduk di kerusi utama.
‘Ya Allah! Apa kena dengan ibu aku ni? Argh!!’
Dengan berat-seberat hatinya, Kyra menurut juga permintaan ibu yang mahukan dia menyenduk nasi untuk kedua-duanya.
****
Selepas setengah jam mereka berlima duduk di ruang makan, Puan Faridah mula meminta diri untuk pulang ke rumah. Atuk Kyra pula meminta diri untuk naik ke bilik.
Di dalam hati Kyra, sudah gembira tidak terkata. Jika ibu mertuanya mahu pulang ke rumah, pasti Abdul Fatah akan ikut sekali!
“ Dah lewat sangat ni, saya rasa pemandu peribadi saya dah tunggu lama kat luar tu. Saya minta diri dululah ya, Azlina.” Puan Faridah sudah menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Puan Azlina. Tidak sampai dua jam mereka berkenalan, dia sudah mula berasa senang dengan besannya itu. Tidak seperti Kyra, harapkan muka saja lawa, tapi perangai hodoh!
Puan Azlina menyambut huluran itu. Dia gembira kerana hari ini merupakan hari yang bermakna buat dirinya. Dapat juga dia bertemu Puan Faridah yang tidak dapat hadir semasa akad nikah di antara Abdul Fatah dan anaknya berlangsung di Pejabat Agama Daerah.
“ Jalan baik-baik kak Faridah. Datanglah sini lagi kalau kak Faridah tak sibuk.” ucap Puan Azlina dengan nada gembira.
“ Semestinya  Lina. Kita kan dah berbesan. Kenalah saling kunjung-mengunjungi dan paling penting kenalah eratkan silaturrahim . Tak gitu, Kyra?” Dihujung ayat itu tertumpu kepada Kyra. Kyra apalagi, tersentaplah jawabnya.
‘ Sabar Kyra. Depan ibu kau tak boleh tunjuk sikap sebenar kau.’ Kyra buat-buat senyum pada Puan Faridah padahal dalam hati hanya Tuhan yang tahu.
Abdul Fatah dan Puan Azlina sudah tersengih bagaikan kerang busuk apabila Puan Faridah berkata begitu.
“ Ibu dan Fatah dah nak balik kan? Baliklah cepat. Nanti lambat, jalan jammed.” Akhirnya terluah juga kata-kata di bibir Kyra. Sejak sejam yang lepas, dia hanya diam dan tersenyum sahaja, kali ini peluangnya untuk berkata-kata pula.
Abdul Fatah perasan riak wajah Kyra yang tidak puas hati dengan ibunya. “ Abang tak balik, Kyra. Malam ni abang tidur sini dengan Kyra.”
Kyra terkejut besar. Abdul Fatah tidur sini malam ni?
Tekanan mula dirasakan dalam diri Kyra. Habislah! Orang yang dibenci mahu tidur sebilik dengannya. Tak sukanya!!
***
Kyra dan Abdul Fatah mula naik ke bilik setelah Puan Faridah pulang ke rumah. Puan Azlina dan Atuk masing-masing merehatkan diri di dalam bilik.
Mimik muka Kyra masam sahaja. Abdul Fatah sudah jangka akan ketidakpuashatian Kyra terhadap dirinya.
Lagi berapa langkah Abdul Fatah mahu masuk ke bilik, Kyra menghadang dirinya dengan kedua-dua tangan di depan pintu. Tergamam Abdul Fatah di situ sekaligus dia tersengih.
“ Kyra macam tak suka aje abang masuk bilik. Kalau tak suka abang boleh tidur kat ruang tamu atau kat bilik belakang.”
Kyra menurunkan tangannya. Dia mencebik. “ Kau komplot dengan ibu ya nak kenakan aku?”
Riak wajah Abdul Fatah berubah. Bagaimana Kyra boleh kesan rancangan mereka berdua untuk menurunkan ego wanita itu? Rasanya dia sedikit pun tidak pernah membongkar apatah lagi mahu  merapatkan diri pada isterinya. “ Apa Kyra cakap ni? Bila masa abang komplot dengan ibu mertua abang? Abang bukannya rapat sangat dengan ibu mertua abang.” Abdul Fatah cuba berdalih.
Kyra mencebik lagi sebelum dia membuka pintu bilik. “ Yalah tu. Kau  ni bukan boleh percaya sangat. Dalam diam ubi berisi.” Kyra menjeling. Abdul Fatah terkaku di depan pintu bilik.
“ Masuklah. Yang tercegat kat situ lagi buat apa? Nak tidur luar ke?” kata Kyra dengan nada sinis.
“ Haa?” Abdul Fatah sedikit terpinga-pinga. Alhamdulilah, Kyra bagi juga dia masuk ke dalam bilik.
Abdul Fatah menutup pintu. Kyra sudah  baring di atas katil sambil memeluk bantal peluknya. Lampu yang terang tadi berubah menjadi malap. Abdul Fatah sudah bersedia untuk baring ke sebelah Kyra namun tanpa disangka-sangka Kyra bangun semula dan menunding jari kearahnya. Abdul Fatah terkedu.
“ Kau tidur depan pintu. Katil ini bukan tempat kau. Aku dah pesan dalam telefon semalam jangan tidur dengan aku lagi kan? Kau tak ingat janji tu hah?” marah Kyra.
Abdul Fatah mengetap bibir.  Argh, dia lupa apa yang Kyra katakan  padanya semalam. Dek kerana asyik melakukan senaman di mesin treadmill dan melakukan senaman lain di Fitness Centre, dia jadi lupa perbualan di antara mereka.
“ Takkan tidur depan pintu kut? Sakit belakang abang nanti. Kyra tak kesian kata bang ke?” Abdul Fatah minta simpati.
“ Argh, tak ada… tak ada. Tidur depan pintu. Ambil bantal ni. Tidur sana.” marah Kyra sekali lagi. Dia membaling dua bantal empat segi kepada Abdul Fatah. Tanpa rasa belas kasihan, dia kembali melelapkan mata. Dia mahu Abdul Fatah rasa bagaimana sakit hatinya apabila ditegur ibunya sebentar tadi.
Abdul Fatah  menahan rasa sebak di dada. Ingatkan Kyra akan berbaik dengannya. Rupanya jauh panggang dari api! Rasanya mala mini dia perlu meneruskan rancangan yang dia buat bersama ibu mertuanya. Kali ini dia yakin rancangannya pasti berjaya dan dia amat yakin rancangan yang difikirkan ibu mertuanya seratus peratus menjadi!
Bantal yang diberikan Kyra dibawa ke muka pintu bilik. Dia duduk bertentangan menghadap katil Kyra. Dia tidak akan tidur selagi tidak menjayakan rancangannya.
Kyra yang perasan  Abdul Fatah sudah beralih tempat mula mengangkat sedikit kepala. Dia mencebik dalam diam. Padan muka kau, Fatah!
“ Kyra… hurm, sebelum abang tidur ni abang nak cakap sikit. Kyra tak pandang muka abang pun tak apalah. Abang terima…” terhenti kata-kata Abdul Fatah di situ.
Kyra mengerutkan dahi. Dia mengeratkan bantal peluknya sambil telinganya mendengar kata-kata yang bakal diucapkan Abdul Fatah.
“ Mungkin dalam tiga bulan kita tak akan jumpa kut sebab abang sibuk nak uruskan syarikat  yang baru beroperasi kat Singapura. Tapi abang  tetap bagi nafkah zahir pada Kyra setiap bulan. Kyra mesti suka kita tak berjumpa kan?” Abdul Fatah tergelak kecil sebelum dia meneruskan  ayatnya. “ Mulai esok abang akan tinggalkan Kyra. Terima kasih sebab sudi kahwin dengan abang. Abang akan  ingat apa yang Kyra dah buat pada abang sebelum  ni dan hari ni. Abang takkan lupa sampai bila-sampai. Selamat tinggal Kyra.” ucapnya sebelum dia baring di atas jubin itu.
Abdul Fatah puas. Dia puas kerana dapat menghabiskan kata-katanya dengan sempurna. Selepas ini dia akan keluar dari rumah ini dan mulakan hidup baru dan yang paling penting, dia akan kurus seperti Kyra selepas tiga bulan nanti, insyallah!
Bibir Kyra menggeletar sebelum  air matanya menitik ke pipi  apabila Abdul Fatah mengungkapkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Dia benar-benar terpana dengan ayat suaminya itu. Selamat tinggal?
‘Fatah. Jangan tinggalkan aku!’ Kyra melaung dalam hati.




6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

eeiiii....egonya si kyra ni...nsb baik mak si kyra ni baik, syg menantu.... - jumay jue

Tanpa Nama berkata...

ego d thap kronik kak...tp nsib baik mak menantu backup Fatah! hehe

Unknown berkata...

fatah yang sweet... kyra tolonglah cpt trima fatah,, :)

jom click ni..
http://stayreward.com/index.php?share=17126

Tanpa Nama berkata...

Br padan muka kyra.....fatah, tinggalkn je kyr tu sethn...biarkn dia rasa...ego sgt...tau plak tu nk sedih2.... - jumay jue

Tanpa Nama berkata...

lyna,
insyallah kyra akn cpt trima fatah ;)

Tanpa Nama berkata...

kak Jumay,
mmg padan pn muka Kyra! bkn stahun aje kut! selama2nya mungkin! haha