Jumaat, 10 Januari 2014

BAB 26 JANGAN TINGGALKAN AKU


 
Kyra terpaksa menadah telinga mendengar ibu membebel tentang sikapnya yang bangun lambat. Hmm… bosannya!
“ Semenjak ibu tinggal dengan Atuk ni, memang perangai kamu suka bangun lambat ya? Dah ada suami pun tak reti nak jalankan tanggungjawab kamu sebagai isteri?” bebel Puan Azlina. Dia cukup pantang jika wanita muda seperti Kyra bangun lambat.
Kyra berpeluk tubuh di tepi pintu. Memang dia sukar bangun awal semenjak dia berpisah dengan Muhd Khuzairi tiga bulan yang lepas. Lagipun bukannya ada sesiapa pun yang ada kat rumah ini. Dia seorang saja. Itulah yang buatkan dia sukar bangun awal.
“ Kyra terbangun lambat. Maaflah…” Suara Kyra mendatar. “ Lepas ni Kyra tak buat lagi.” Hesy! Kalau aku tidur kat rumah Abdul Fatah kan bagus. Tak adalah aku dengar bebelan ibu. Ni tak pasal-pasal pagi-pagi dah kena membebel. gumam Kyra.
“ Mana Fatah? Awal pagi lagi ibu tengok kelibat Fatah dah tak ada. Kamu tahu tak Fatah pergi mana?”
Kyra pantas menggelengkan kepala. “ Tak tahulah, ibu. Bila Kyra bangun aje, tengok-tengok Fatah dah tak ada kat sebelah Kyra. Dia pergi kerjalah tu.”
“ Apa punya isterilah kamu ni Kyra! Suami keluar pun kamu tak tahu? Kamu ikhlas ke tidak berkahwin dengan Fatah ni? Ibu nampak kamu ni macam tak ikhlas aje nak bersatu dengan dia.”
Gulp! Tekak Kyra seperti tersekat di kerongkong apabila ibu mula bertanyakan pasal hubungan mereka. Apa aku nak jawab ni? Kyra sudah mula keluh-kesah. “ Ikhlaslah ibu. Kalau tak ikhlas, hubungan kami takkan sampai ke tahap ini.” Masih lagi Kyra menggunakan nada yang sama. Dia sebenarnya teragak-agak mahu membongkar status sebenar hubungan mereka pada ibu. Biarlah hubungan mereka yang agak ‘ribut’ itu disimpan sebaik mungkin.
“ Cuba kamu telefon dia. Tanya dia kat mana.” Dalam hati Puan Azlina mahu tergelak terbahak-bahak namun hasratnya itu terpendam sahaja. Dia tidak mahu Kyra tahu yang dia sedang membuat satu rancangan bersama menantunya bagi menurunkan ego Kyra yang setinggi KLCC itu!
Sebenarnya dia sudah tahu Abdul Fatah di mana sebenarnya cuma dia sengaja buat-buat tidak tahu. Apa salahnya kenakan Kyra sekali-sekala? Dia bukannya duduk lama di rumah ini pun. Esok dah kena balik kampung dengan bapanya. Bukan selalu dia datang ke Selangor ini.
“ Nantilah Kyra telefon Fatah. Dia busy kut sekarang ni.” Kyra bagi alasan. Walhal dia sebenarnya malas menelefon suaminya itu!
“ Ibu cakap telefon, telefon! Kamu memang suka kan bagi ibu merajuk? Tak cium bau syurga nanti kalau ibu merajuk dengan kamu, Kyra!” Puan Azlina mencekak pinggang. Sengaja memberi tekanan kepada Kyra.
Kyra buat muka masam. Alahai, dah cakap pasal syurgalah pula! Ibu ni memang suka buat Kyra tertekanlah! bentak Kyra dalam hati.
“ Yalah, yalah. Kyra telefon Fatah sekarang.” Kyra buat muka masam. Beg yang terdampar di atas katil diambil dengan terpaksa. Telefon bimbitnya diseluk dengan jelingan mata.
Puan Azlina sudah bersorak gembira. Tapi dalam hati sajalah. Kalau Kyra nampak tak ke haru?
“ Kamu tak telefon, siap kamu!” marah Puan Azlina.
‘ Ibu ni main ugut-ugut pula.’ Kyra mendekatkan telefon bimbitnya ke telinga. Mujur nombor telefon Abdul Fatah ada di dalam contacts. Jika tidak, memang kena tadah telinga dengan bebelan ibu sekali lagi!
Berapa saat kemudian, talian bersambung. Kyra lega. Mujur Abdul Fatah angkat telefon. “ Assalamualaikum…err Fatah, Kyra ni.” Di depan ibu, Kyra kenalah bersuara lembut. Mana boleh cakap kasar-kasar. Kang tak pasal-pasal kena piat telinga dengan ibu!
“ Waalaikumsalam, Kyra. Kenapa telefon abang pagi-pagi ni? Ada apa-apa ke?” Hambar suara Abdul Fatah dihujung talian. Kyra memandang Puan Azlina sekilas. Ibunya masih lagi kekal di depan pintu biliknya.
‘ Kenapa dia tanya? Kau memang buat aku betul-betul marah tau tak!’ Kata-kata itu hanya terluah dihati. Disebabkan Abdul Fatah lah, ibunya membebel!
Dia pantas menutup audio di skrin telefon bimbitnya lalu direnung ibu semula.         “ Ibu, Fatah nak cakap sesuatu. Ibu err… boleh keluar dari bilik Kyra?” pohon Kyra dengan cara baik.
Puan Azlina tersenyum sinis. Tahu yang anaknya itu tidak mahu diganggu. “ Yalah, yalah. Ibu keluar. Lepas kamu cakap dengan Fatah, jangan duduk bersenang-lenang kat dalam bilik ni. Pergi mandi, sarapan pagi kat bawah!” Sempat lagi puan Azlina menegur Kyra sebelum dia menutup pintu bilik anaknya dengan rapat.
Kyra lega. Akhirnya ibu keluar juga dari bilik. “ Hurm, Fatah. Asal kau hantar aku kat rumah aku ni? Kau sengaja nak sakitkan hati aku kan?” Kyra mula mengamuk.
“ Tak boleh ke hantar Kyra balik ke sana? Rasa tak salah kan abang hantar Kyra kat situ?”
“ Jadi kau memang tak tidur dengan aku semalam?” Kyra tidak puas hati.
“ Tak. Ada perkara lain nak kena uruskan.” Abdul Fatah jawab dengan nada hambar.
“ Patutlah kau tak ada masa aku bangun tadi.” Kyra mencekak pinggang. Marah.      “ Lepas ni kau jangan tidur dengan aku. Aku bagi kau peluang tidur dengan aku, kau lepaskan peluang tu.”
“ Tak apa. Fat tak kesah pun.” Abdul Fatah masih mengekalkan nada yang sama. Hambar dan mendatar.
“ Apa kau cakap? Tak kesah?” Mata Kyra mencerlung lagi. Dia ingatkan Abdul Fatah akan merayu untuk tidur bersama dengannya, rupanya jauh menyimpang fikirannya. Tiba-tiba dia rasa menyesal dengan sikapnya yang lalu. Mungkin sikapnya yang keras kepala dan tidak bersopan-santun yang membuatkan Abdul Fatah dingin dengannya.
“ Kyra nak tahu sesuatu tak?”
“ Apa dia?” Kali ini suara Kyra pula yang terasa hambar.
Abdul Fatah mengeluh. Susah benar mereka mahu berkomunikasi secara elok.         “ Kadang-kadang mungkin Kyra tak sedar, dengan sepotong ayat mampu buat orang terluka. Seperti abang juga. Setiap kali Kyra berbicara dengan abang, pasti akan keluar kata-kata yang menyakitkan. Tak baik Kyra cakap macam tu dengan suami. Berdosa.”
Kyra mengetap bibir. Apa hal tiba-tiba saja mamat ni cakap macam tu? Bukan ke semalam mereka dah berjanji untuk menjadi sahabat? Takkan Abdul Fatah dah lupa kut?
“ Menyesal aku cakap dengan kau pagi-pagi ni. Dahlah, aku nak tutup telefon. Huh!” Kyra merengus sesaat sebelum dia mematikan talian. Abdul Fatah tersentak seketika sebelum dia tersenyum nipis.
“ Baru tahu sikap aku macam mana, Kyra.” Abdul Fatah tergelak kecil. Dia tidak tertekan sebaliknya dia gembira kerana berjaya membuat Kyra sakit hati dengannya.




Abdul Fatah melakukan senaman di mesin treadmill setelah di arahkan jurulatih peribadinya di Slim World. Sudah berapa hari dia tidak berkunjung ke pusat perlangsingan badan yang merupakan anak syarikat Slim World.
            Hari ini dia tidak masuk pejabat. Kesemua urusannya diambil alih oleh pihak pengurusan, jadi dia sedikit relaks dan tidak tertekan dengan masalah di pejabat.
Sehingga ke tengah hari ini, masih segar diingatannya perbincangan yang berlaku di antara dia dan ibu mertuanya, Puan Azlina semalam, selepas dia membaringkan Kyra diatas katil. Agak hangat perbincangan mereka sehingga ibu mertuanya itu menempelak kepadanya buat kali pertama di ruang tamu. Walaupun perbincangan agak hangat, Abdul Fatah berjaya memujuk hati ibu mertuanya supaya faham akan situasi mereka sekarang ini.
“ Apa yang penting sangat yang kamu nak ceritakan, Fatah?”
Abdul Fatah kemam bibir. Dia tidak tahu bagaimana mahu memulakannya. Pandangannya tertumpu pada anak mata ibu mertuanya.
“ Cakaplah. Ini mesti pasal Kyra kan?” Puan Azlina teruja ingin tahu.
Abdul Fatah menunduk sambil mengetap bibir. Dia benar-benar resah saat ini. Perlukah dia bongkarkan semuanya tentang hubungan mereka berdua pada ibu mertuanya?
“ Cakaplah, Fatah! Kenapa diam ni?”
Abdul Fatah angkat muka. “ Ibu, err… sebenarnya Fatah dengan Kyra tak pernah jalinkan hubungan cinta. Fatah kahwin dengan dia bersebab.” jelasnya.
Puan Azlina berdiri tegak. Matanya tajam merenung menantunya. “ Maknanya tak pernah bercinta lah ni?!” Puan Azlina panas hati. Mujur dia tidak mengalami sakit jantung seperti bapanya. Jika tidak, pasti dia sudah dimasukkan ke hospital malam ini.
Jadi selama ini, dia dan bapanya ditipu hidup-hidup oleh Abdul Fatah dan Kyra! Waktu di telefon dulu bukan main Kyra berkata mahu berkahwin dengan lelaki yang dicintai. Dia gembira kerana ada juga lelaki yang mahu mengahwini Kyra yang telah bergelar janda. Bukan senang lelaki bujang sekarang ini mahu menerima status janda.
Abdul Fatah menunduk semula. “ Benar ibu. Kami tak pernah bercinta. Tapi Fatah betul-betul ikhlas mengahwini Kyra.”
“ Sebab apa kamu bersetuju nak kahwin dengan dia? Sebab dia cantik?” Mahu sahaja Puan Azlina menengking Abdul Fatah tetapi dia sedar kyra dan bapanya sedang enak dibuai mimpi. Dia tidak mahu kerana tengkingannya, mereka berdua bangun.
“ Cantik tu memang salah satu sebab Fatah kahwin dengan Kyra.” Abdul Fatah berdiri pula. “ Ibu tak boleh marahkan Fatah seorang. Kyra pun bersalah juga. Syarikat Fatah tawarkan kerja pada Kyra sebagai duta Slim World selama setahun dan dia terima tawaran tersebut dengan tandatangan sekali syarat-syarat yang syarikat Fatah buat. Berapa hari lepas tu, dia ubah fikiran tolak tawaran tu. Ibu Fatah suruh Kyra bayar duit sejuta tu tapi Kyra tak nak. Kalau dia tak nak, dia kenalah kahwin dengan Fatah.”
“ Kyra tolak tawaran syarikat kamu? Budak bertuah tu!” Suara Puan Azlina kembali kendur. Kyra yang mulakan semua ni? Masya Allah! Apa kenalah Kyra ni. Bukan senang orang nak tawarkan jadi duta syarikat, yang dia pergi tolak tawaran tu kenapa? Bentaknya dalam hati. Dia mula kesal dengan sikap Kyra.
Puan Azlina merenung dalam anak mata Abdul Fatah. “ Maafkan ibu sebab marah Fatah. Tak patut Kyra buat macam tu. Sebab penolakan tawaran sebagai duta tu, Fatah terpaksa berkahwin dengan Kyra.” Memang dia rasa sedih dengan sikap Kyra.
Abdul Fatah memaut bahu ibu mertuanya dengan rasa sayang. “ Ibu tak perlu minta maaf pada saya. Fatah ikhlas kahwin dengan Kyra dan Fatah akui Fatah cintakan dia.” kata Abdul Fatah dengan wajah yang merah padam. Bab perasaan ini memang dia malu sedikit.
“ Betul Fatah cintakan Kyra? Alhamdulilah.” Puan Azlina bersyukur kerana Abdul Fatah mempunyai perasaan terhadap Kyra. Tak adalah dia risau jika hubungan mereka berantakan selepas ini.
“ Fatah betul-betul cintakan Kyra tapi Kyra tak pernah cintakan Fatah.” Abdul Fatah kemam bibir. “ Itu sebab Fatah hantar semula Kyra kat sini sebab Fatah tak nak kami bertengkar. Fatah cadang nak tidur dengan Kyra hari ni tapi dia letak syarat, Fatah tak jadilah nak tidur sekali.
Puan Azlina mengangguk-angguk. Dia mengerti perasaan Abdul Fatah. Suami mana yang suka jika isteri meletakkan syarat jika mahu tidur bersama? Jika dia sebagai Abdul Fatah pun dia akan berasa sedih juga.
“ Kesian menantu ibu ni.” Bahu Abdul Fatah ditepuk-tepuk. “ Ibu bangga dengan Fatah sebab masih sudi terima Kyra yang ada status janda. Insyallah, suatu hari nanti ibu pasti Kyra dapat terima Fatah juga.”
Abdul Fatah tergelak kecil. “ Rasa macam tak aje ibu. Fatah tengok bukan main keras kepala Kyra tu. Apa yang Kyra cakap mesti dia mengamuk. Kadang-kadang Fatah terasa menyesal juga cintakan orang yang keras kepala macam Kyra ni. Tapi Fatah tahu, itu bukan sikap sebenar dia.”
“ Janganlah menyesal, Fatah. Kamu sebagai suami kena sabar kalau nak dapatkan cinta dari isteri yang keras kepala ni. Ibu yakin Fatah dapat tawan cinta Kyra nanti. Percayalah cakap ibu!” Puan Azlina cuba menaikkan semangat Abdul Fatah.
“ Tapi macam mana ibu? Kyra tu dahlah degil, ego dia tinggi pula tu! Susah betul Fatah nak tawan hati dia.” rengek Abdul Fatah. Dia mula berasa selesa bercakap dengan ibu mertuanya. Tidak sia-sia dia berkahwin dengan Kyra. Ibu mertuanya memang baik!
Puan Azlina mundar-mandir di depan Abdul Fatah. Memikirkan cara atau idea yang terbaik untuk membuat Kyra dapat terima Abdul Fatah sebagai suami.
Abdul Fatah menunggu balasan dari ibu mertuanya. Harap-harap ibu mertuanya dapat memberikan idea atau cadangan yang bernas untuk satukan dia dan Kyra.
Puan Azlina masih memikirkan cara untuk menyatukan Abdul Fatah dan anaknya. Dia merenung seluruh tubuh badan Abdul Fatah yang agak berisi itu. Adakah tubuh badan menantunya ini yang menyebabkan Kyra tidak mahu belajar mencintai Abdul Fatah? Rasanya ya kut! Kyra sudah kurus sekarang dan mungkin Kyra lebih sukakan lelaki yang bertubuh kurus sekarang. Mahu sepadanlah katakan!
“ Kalau ibu suruh Fatah buat sesuatu, Fatah akan lakukan tak?” Puan Azlina berdiri tegak di depan menantunya itu.
“ Buat apa tu?” Abdul Fatah menjongketkan kening. Jika ibu mertuanya menyuruh dia berbuat perkara yang elok, dia akan setuju sahaja tanpa sebarang bantahan.
“ Macam ni…” Puan Azlina menjelaskan apa yang berada dibenaknya tadi. Dia rasa dengan cara ini dapat membantu menawan semula hati Kyra yang keras seperti batu itu.
“ Ehem, ehem. Senyum sorang-sorang sambil bersenam ni, tak nak kongsi dengan saya ke?” sampuk seorang perempuan yang sedang berlari menggunakan mesin treadmill sepertinya. Abdul Fatah tersedar dari lamunan. Fuh, lamanya aku mengelamun! Dia tersengih sendiri.
Abdul Fatah memandang wanita yang berada disebelah sambil tersenyum. Sempat dia meneliti bentuk badan perempuan di sebelahnya ini. Badan perempuan ini sama sepertinya , cuma ketinggian perempuan ini paras bahunya.  “ Oh, tak ada apa-apalah.”
“ Yalah tu tak ada apa-apa.” Perempuan itu mencebik. “ Baru ke kat sini? Tak pernah nampak pun.” tanya perempuan itu sambil kakinya bergerak mengikut kepantasan  masa di mesin itu.
“ Saya pun tak pernah nampak awak  kat sini. Biasanya pelanggan yang ada kat sini semuanya saya kenal.” kata Abdul Fatah . Dia melakukan perkara yang sama seperti perempuan  itu.
Perempuan itu tiba-tiba turun dari mesin itu dan mengelap tengkuknya yang dibasahi peluh itu dengan tuala kecil. “ Saya Maya. Pelanggan baru kat  sini.” Maya mula memperkenalkan diri.
Abdul Fatah  mula memperlahankan gerakannya. Perempuan di sebelahnya sudah mula memperkenalkan diri. “ Saya Abdul Fatah. Pelanggan lama.”

Maya menjongketkan kening. Dia tertarik dengan suara lelaki di hadapannya ini. Lembut dan tidak terlalu tegas dalam berbicara. 

5 ulasan:

Unknown berkata...

Nmpaknya Kyra sudah ad PESAING .. Hehehehe ..

Unknown berkata...

hehe...best kn dh ada pesaing? haha

Unknown berkata...

Best best best .. Bru tw si Kyra .. Gemukkz2 pon ad peminat .. Hehehehehe

Tanpa Nama berkata...

hehe...btul2! jgn ingt org gemuk x d pminat tau! haha

Unknown berkata...

wah...nampaknya Kyra dah ada pesaing skrg! Kyra kalau kau tak berubah nampaknya Fatah akan beralih arah kepada Maya lah....