Rabu, 8 Januari 2014

BAB 25 JANGAN TINGGALKAN AKU




            Malam itu, Abdul Fatah mengambil peluang dengan merenung isterinya yang sedang nyenyak tidur sepuas hatinya. Lampu kecil yang berada di sebelah isterinya sengaja diterangkan. Meskipun ada dua bantal peluk di tengah-tengah mereka sebagai penghadang, dia tetap mahu melihat isterinya tidur.
Kyra meletakkan dua syarat yang perlu dipatuhi sebelum mereka tidur bersama. Siap tulis lagi dua syarat itu! Masih Abdul Fatah ingat lagi syarat itu. Terpaksalah dia penuhi walaupun dia tidak suka akan syarat-syarat tersebut.
1.     Bantal peluk mesti letak tengah. Bukan letak satu aje bantal peluk, letak dua!
2.     Jangan sentuh badan aku masa tidur. Aku tak suka! And one more thing. Dilarang sentuh beg tangan aku. Aku tahu kau usik sikit, siap kau!
Syarat yang kedua itulah yang paling dia tidak suka. Jika syarat yang pertama dia tidak kesah sangat sebab bila dah Kyra sudah tidur nyenyak, dia boleh alihkan bantal peluk tersebut dan merapatkan diri kepada Kyra.
Jangan sentuh badan? Kejam betul syarat Kyra yang kedua itu. Tapi tak mengapa Fat, tak sentuh badan, sentuh muka boleh kan? Abdul Fatah tersengih sendiri. Dia kembali merenung isterinya yang tidur itu. Bila tidur pun, Kyra tetap cantik. Wajah isterinya dielus perlahan-lahan. Bermula dari dahi dan beralih pula ke hidung yang mancung kemudian pipi isterinya diusap sayang.
Beg tangan isterinya tak disentuh pun tak apa. Dia bukannya kebulur sangat nak tengok isi kandungan dalam beg itu.
Yang terakhir, bibir isterinya pula direnung sayang. Ingin sekali dia mencium bibir itu tetapi dia sedar dia sudah berjanji dengan Kyra untuk tidak melakukan perkara yang menyakitkan hati isterinya lagi.
“ Susah betul nak dapat cinta Kyra. Mungkin abang dah kurus baru Kyra suka kat abang kut.” Tadi Abdul Fatah tersengih kini dia ketawa pula. Kalau Kyra tahu apa yang dikatakan sekarang ini, pasti dirinya sudah dimaki-hamun.
“ Abang nak pergi sembahyang dulu. Tidur puas-puas ya.” Perlahan-lahan bibirnya melekap di pipi mulus Kyra. Kyra mengelat sedikit. Pantas Abdul Fatah turun dari katil. Dia tidak mahu Kyra tahu apa yang dia buat pada Kyra tadi.
Sempat dia menutup lampu di sebelah isterinya. Biliknya berubah menjadi gelap. Pintu biliknya dibuka. Dipandang ke arah katil. “ Selamat malam, sayang… Kejap lagi abang masuk balik. Kita tidur sama-sama.” ucap Abdul Fatah dalam hati sebelum dia keluar dari biliknya dan menunaikan solat di tingkat bawah.
*****
Waktu ramai orang sedang berehat bersama keluarga di rumah setelah seharian bekerja, Muhd Khuzairi masih lagi di pusat gymnasium. Sudah berulang kali jurulatih mengarahkan dia untuk pulang ke rumah tapi dia tetap meneruskan aktivitinya sehinggakan jurulatihnya itu sudah tdak berdaya untuk berbuat apa-apa. Hari ini dia mencuba kesemua mesin yang disediakan Fitness Centre semata-mata mahu membunuh kalori yang terkumpul di dalam badannya. Dia mahu cepat-cepat kurus dan bertekad untuk merampas semula Kyra daripada Abdul Fatah.
“ 150, 151, 152…” Muhd Khuzairi berlari di atas mesin treadmill tanpa berhenti. Sekali-sekala mineral water diteguk bagi memberikan tenaga dalam badannya.
Tiba-tiba lampu di ruang utama menjadi malap. Muhd Khuzairi terpana. Terhenti lariannya. Dia memandang sekeliling dengan rasa tidak puas hati. Siapa yang buat lampu jadi begini? Tak tahu ke ada orang kat dalam ni nak bersenam kejap? Muhd Khuzairi mencari-cari suis utama lampu itu. Mana tahu ada orang di tempat suis itu. Matanya dikecilkan.
“ Tolong keluar, Encik. Muhd Khuzairi. Masa untuk buat senaman dah tamat.” Muhd Khuzairi tersentak. Dia berpaling ke belakang. Perempuan rupanya!
“ Saya bayar lebih untuk kuruskan badan saya. Awak tak ada hak nak halau saya keluar.” Muhd Khuzairi sedikit marah. Dia peduli apa! Duit yang dia berikan pada pengurus Fitness Centre tadi terlebih cukup! Perempuan ini tidak layak untuk menghalangnya melakukan apa yang diingini. “ Jangan ganggu saya. Awak pergi balik!”
Khayreen  merupakan salah seorang pekerja di Fitness Centre ini tidak boleh bersabar lagi. Salah seorang jurulatih di gymnasium ini ada mengatakan tentang kedegilan Muhd Khuzairi yang tidak mahu pulang ke rumah. Jadi dia sebagai salah seorang pekerja di sini bertindak membawa dua pegawal keselamatan yang berjaga pada waktu malam di Fitness Centre bagi mengeluarkan Muhd Khuzairi dari tempat ini.
“ Bawa dia keluar. Gunakan kekuatan kamu berdua sebagai pegawal keselamatan. Cepat!” arah Khayreen dengan tegas. Lagaknya seperti seorang bos yang mengarahkan pekerja bawahannya.
 Dua pengawal keselamatan yang bertubuh besar seperti Muhd Khuzairi bertindak menangkap kedua-dua pergelangan tangan Muhd Khuzairi dan mengheret lelaki itu terus keluar dari tempat ini.
           Khayreena lega. Akhirnya tempat ini kembali sunyi seperti hari-hari yang lepas. Tiada pelanggan yang balik sehingga lewat malam. Mineral water kepunyaan Muhd Khuzairi dibuang ke dalam tong sampah. Dia mengunci pintu utama Fitness Centre ini dan terus pulang ke rumah melalui lif yang disediakan khas buat pekerja-pekerja di sini.

******
 
Selepas sembahyang isyak, Abdul Fatah terfikirkan sesuatu. Ibu mertuanya! Pasti ibu mertuanya risau dengan keadaan Kyra. Sudahlah mereka berjanji untuk pulang malam ini. Baru hendak menikmati tidur malam pertama bersama Kyra, fikirannya terganggu memikirkan ibu mertua dan Atuk di rumah.
“ Nombor telefon ibu mertua pula aku tak ada? Macam mana nak informed kat ibu ni?” kata Abdul Fatah sendiri sambil menggaru kepala. Dia rasa resah jika tidak memaklumkan kepada ibu mertuanya. Rambutnya yang basah dari tadi diusap kasar.
Hendak ambil telefon Kyra, isterinya sudah menegah untuk tidak memberinya keizinan untuk menyentuh sedikit pun beg tangan jenama Guess isterinya itu.
Abdul Fatah jalan mundar-mandir di depan katil. Sambil memikirkan cara bagaimana mahu mendapatkan nombor telefon ibu mertuanya, sambill itu juga dia merenung beg tangan isterinya yang tergantung di bucu katil.
“ Hurm… apa yang aku perlu buat supaya ibu tak susah hati ya?” Jarinya menari-nari di dagu. Runsing.
Kepalanya didongakkan ke atas siling pula. Tidak tahu cara apa lagi yang sesuai agar dia dapat menyenangkan hati kedua-dua insan yang disayangi Kyra itu.
Rasanya, cara terbaik yang perlu dilakukan olehnya… hantar Kyra semula ke rumah! Mungkin malam pertamanya bersama Kyra tidak sehebat seperti pasangan pengantin lain, tetapi itu tidak menjadi masalah buatnya.
Dia yakin, sekarang Kyra membencinya dan tidak mencintai dirinya namun dia pasti Allah S.W.T akan membuka ruang di dalam hati Kyra untuk mereka menjalinkan cinta suatu hari nanti, insyallah.
Kaki Abdul Fatah mengorak langkah mendekati isterinya yang sedang enak dibuai mimpi. Dengan tangan yang sedikit menggeletar, dia mengambil beg kepunyaan isterinya lalu digalas di bahu kanannya. Rasanya ini masa yang sesuai untuk dia pergi ke rumah Kyra. Ada peluang, boleh dia tidur sana sekali kan? Abdul Fatah mula berangan.
Langkah pertama yang perlu diambil untuk membawa Kyra masuk ke dalam keretanya secara senyap adalah membuka kesemua pintu yang menghala ke laluan keretanya termasuk pagar utama rumahnya. Senang kerjanya. Tak adalah Kyra mengamuk kerana dia sesuka hati memegang tubuh badan isterinya itu. Sudahlah mereka baru berbaik.
Setelah dia puas hati dan yakin kesemuanya sudah dibuka, dia menghampiri isterinya semula. Sewaktu dia mengangkat tubuh isterinya, matanya dipejam erat kerana takut isterinya terjaga tiba-tiba. Janganlah dia sedar aku kendong dia Ya Allah. Pohonnya dalam hati.
Abdul Fatah berjaya mengimbangi Kyra. Jaraknya dengan isterinya yang tidur nyenyak itu dijauhkan sedikit kerana dia tidak mahu Kyra terhidu haruman badannya.
Turun satu persatu anak tangga adalah cabaran utama Abdul Fatah ketika mengendong Kyra. Sekali tapak kakinya memijak tangga, sekali itulah gerakan tubuh badan Kyra bergerak. Bukan main resah dia ketika ini.
Alhamdulilah, berkat kesabarannya mengendong Kyra dari biliknya tadi, Abdul Fatah berjaya juga membaringkan Kyra di bahagian belakang kereta Mercedes CLK200nya. Sehelai kain hitam menutupi muka isterinya yang tidur mati itu sebelum dia senyap-senyap menutup pintu kereta belakang dan terus membawa kereta.
Abdul Fatah berpakaian ringkas malam ini. Dia tidak perlu berpakaian korporat untuk pergi ke rumah Kyra. Malam ini dia hanya mengenakan kain pelekat beserta baju     t-shirt kosong berlengan pendek.
Saat dia tiba di pagar utama rumahnya, dia menurunkan tingkap kereta lalu menyapa pengawal keselamatan yang bertugas menjaga rumahnya di malam hari.
“ Ahmad, saya nak keluar dengan isteri saya. Mungkin esok baru saya balik macam biasa. Awak jaga rumah ni baik-baik ya. Kalau Hanip datang nak ambil kereta dia, bagi dia masuk. Orang yang memang awak tak kenali jangan biarkan mereka masuk, ada faham?” bisik Abdul Fatah dengan nada yang cukup perlahan namun ada sedikit ketegasan di hujungnya.
Ahmad mengangguk faham. Dia hanya mengikut sahaja arahan Abdul Fatah. Sebagai pekerja, dia tidak akan ingkar arahan majikannya itu.
Pagar utama dibuka seluasnya selepas butang remote automatic ditekan Ahmad. Abdul Fatah lega kerana pagar sudah  mengangkat tangan tanda mahu beredar dari situ.
***
Sebaik sahaja sampai di rumah Kyra, Abdul Fatah memberanikan diri berjumpa ibu mertuanya, Puan Azlina . Memang diakui salahnya kerana terburu-buru membawa Kyra ke rumahnya. Sepatutnya hari ini malam pertama mereka di rumah Kyra.Silapnya juga kerana tidak menyuruh Hanip mengambil nombor telefon ibu mertuanya ketika lelaki itu tiba di rumah Kyra bagi membawa bahan-bahan untuk memasak sup tulang.
Puan Azlina yang mahu mengunci pintu pagar rumah tidak jadi meneruskan perbuatannya itu apabila melihat sebuah kereta mewah di hadapan rumah anaknya. Kereta mewah siapa pula ni?
Seorang lelaki keluar dari perut kereta mewah tersebut dan berlari anak ke arahnya. Puan Azlina terkejut besar. Abdul Fatah rupanya! Ingatkan siapa tadi. Bukan ke tadi menantunya itu bawa kereta kancil sahaja? Apesal pula kali ini Abdul Fatah pakai kereta lain pula? Takkanlah menantunya ini dari golongan berada? tanya Puan Azlina dalam hati.
“ Kamu datang pakai kain pelekat aje, Fatah? Bukan ke rumah kamu jauh kat Puchong tu?” Puan Azlina menggelengkan kepala melihat tingkah laku menantunya yang datang secara tiba-tiba. Dia ingatkan Abdul Fatah dan Kyra tidur di rumah besannya hari ini. Rupanya tidak.
“ Shh… ibu. Jangan bising-bising! Kyra ada kat dalam kereta tu tengah tidur.” Jari Abdul Fatah pantas diletak ke bibir. Puan Azlina terlopong. Ooo… patutlah suruh jangan bising. Kyra tidur rupanya. Kyra kalau tidur, orang sekeliling pun dia tak kesah.
“ Ibu tolong buka pintu bilik Kyra. Fat nak baringkan dia kat atas katil.” arah Abdul Fatah. “ Sorry sebab susahkan ibu.” Dalam nada cemasnya, dia sempat meminta maaf kerana menyusahkan ibu mertuanya.
Puan Azlina tidak membantah sebaliknya dia cepat-cepat berlari anak masuk ke dalam dan naik ke bilik Kyra. Pintu bilik anaknya dibuka seluas-luasnya sebelum dia turun semula mendekati menantunya.
Abdul Fatah sudah mengendong Kyra. Gayanya masih seperti di rumahnya tadi. Mengendong sambil menjarakkan sedikit tubuhnya dari tubuh Kyra.
Sampai di bilik Kyra, Abdul Fatah membaringkan Kyra semula di atas katil. Dia bersyukur kepada Allah kerana Kyra masih lagi nyenyak tidur. Tidaklah dia kena maki-hamun malam ini.
Bilik Kyra mujur tidak terlalu bercahaya. Dapatlah Kyra tidur dengan tenang dan lena.
Puan Azlina memerhatikan sahaja gelagat Abdul Fatah yang tidak henti-henti merenung Kyra yang sedang tidur di tepi pintu bilik anaknya. Bertuah Kyra, ada suami sebaik Abdul Fatah.
Apesal tak tidur rumah kamu aje, Fatah? Esok boleh hantar Kyra balik sini.” sampuk Puan Azlina. Abdul Fatah tersentak. Dia berpaling ke arah ibunya.
“ Ibu, hurm… Fatah nak cakap sikit dengan ibu boleh?”
“ Nak cakap apa, Fatah? Penting ke?” Puan Azlina mengerutkan dahi. Dia pelik.
Abdul Fatah menarik tangan ibunya. “ Penting, ibu. Mari, kita cakap kat luar.” bisiknya perlahan.
Puan Azlina akur. Mungkin perkara yang hendak disampaikan Abdul Fatah ada kaitan dengan Kyra.
***
Cahaya matahari yang menerobos masuk menerusi tingkap buat Kyra terjaga. Terkebil-kebil matanya menahan silau.
“ Asal terang sangat tempat ni? Bukan ke rumah mamat tu malap aje semalam?” Kyra mengosok-gosok matanya supaya dapat melihat keadaan sekeliling seperti biasa.
Memang dia nyenyak betul malam semalam. Tapi mana pula Abdul Fatah ni? Semalam kata nak tidur bersama? Kyra mula rasa tidak sedap hati. Dia memerhatikan dirinya. Mujur pakaian yang dipakai semalam masih lagi dalam keadaan baik. Fuh semangat, nasib baik mamat tu ikut syarat-syarat aku. Kyra lega.
“ Assalamualaikum!!” sapa Puan Azlina dari luar pintu bilik Kyra.
Kyra terperanjat. Siapa pula tu? Dia turun dari katil sebelum dia menuju kearah pintu. Matanya masih terkebil-kebil seperti tadi.
“ Waalaikumsalam.” Kyra bersuara perlahan sambil menggelengkan kepala. Matanya kembali segar. Eh, ini pintu bilik aku. Kenapa aku ada kat sini? Omel Kyra sendiri. Dibelakang pintu biliknya terdapat sepucuk surat. Untuk aku ke? Kyra pantas menarik sekilas sekeping surat yang ditampal sealing tape itu.
Buat isteriku, Kyra...
Don't expect me to look like CALVIN KLEIN MODELS if you don't look like VICTORIA SECRET ANGELS…

AND THE MOST important thing...
BE NICE TO FAT PEOPLE, One day they might SAVE YOUR LIFE!

Yang tidak dapat mencintaimu,
ABDUL FATAH.
Terbeliak mata Kyra apabila membaca satu-persatu ayat yang tertera di dalam surat ini. “ Sengal betullah Fat ni. Sengajalah tu nak buat aku malu. Eii… kalau mamat tu ada kat depan aku, memang aku sekeh dia cukup-cukup!” Diamati sepucuk surat yang Abdul Fatah berikan padanya. Setiap kali dia sakitkan hati suaminya, ada sajalah kata-kata yang tidak sedap di dengar untuknya.
Sabar sajalah wahai Kyra, dapat suami yang suka memalukan isteri! Nasib baik ibu dan Atuk tidak nampak tulisan tangan Abdul Fatah. Kalau tidak, memang malu aku!
Fat, I’m gonna burn you. I promise!” Itu tekad Kyra.
Kyra membuka pintu biliknya dengan nafas yang menderu perlahan. Dia tahu yang mengetuk pintu biliknya pasti ibu.
“ Ibu… hurm, nak apa?” Kyra buat-buat tidak bermaya. Dia berpaling ke katilnya semula.
“ Ibu nak cakap sesuatu dengan kamu, Amylia Nur Kyra!” Serius sahaja wajah Puan Azlina. Terangkat bahu Kyra dibuatnya.
Kyra sudah lain macam. Hatinya sudah berdebar tidak tentu hala. Kenapa dengan ibu ni? Rasanya semalam ceria sahaja wajah ibu?
 Pasti ada yang tak kena ni!



9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

degilnya lah si khuzairi tu...confident je yg bl dia kurus, kyra nak blk kt dia.....mcm lah si fat tu seng2 je nak lps kn kyra......eeeiiii bl lah si kyra ni nak sedar ye...... - jumay jue

Tanpa Nama berkata...

haha...lawak komen akk ;)
eya x rse pn kyra akn blik smula kt khuzairi...jgn hrap eya akn bg d kembali pd khuzairi

Unknown berkata...

Mmg smgt kuat sbb nk ambil perhatian isteri tercinta..l likeeee. .untungnya jd isteri sifatah..apakan daya Allah mahu menguji umatnya..

Unknown berkata...

Bukan snang nak dpt suami sebaik ABDUL FATAH ;)

Unknown berkata...

alahai..tido mati kyra..fat wat pe pun mmg xsedar ni...kucai toksah berangan ler...

Unknown berkata...

btul tu kak!
kucai mmg x kn dpt kyra pnya!!hehe
kyra milik fatah!! ;)

Unknown berkata...

BEST NAK LAGI.

Tanpa Nama berkata...

alhamdulilah...insyallah eya akn up en3 seterusnya!!

Unknown berkata...

Nak lgi dear...