Isnin, 6 Januari 2014

BAB 24 JANGAN TINGGALKAN AKU


Hati Kyra berdebar-debar apabila kereta kancil yang dibawa Abdul Fatah mula memasuki sebuah rumah yang seperti istana. Adakah ini rumah Abdul Fatah yang sebenar? Bukan main besar rumahnya ini. Siap ada pengawal keselamatan di sebalik pagar yang tinggi melangit itu. Dalam diam dia rasa bangga kerana mengahwini lelaki yang kaya seperti Abdul Fatah.
Memang dia kagum dengan ciri-ciri rumah tiga tingkat ini. Rumah ini berkonsepkan ala Arabian. Bumbungnya berwarna biru gelap dan terdapat swimming pool di tengah-tengah rumah ini. Sekali lihat, memang sebiji macam istana.
Abdul Fatah terasa ingin ketawa apabila melihat keterujaan Kyra ketika keluar dari kereta. Haa, baru tahu rumah aku macam mana.
“ Betul ke ini rumah kau?” Rasa teruja Kyra tidak hilang lagi. Teringin sekali untuk dia meneroka sekeliling rumah Abdul Fatah tetapi dipendamkan dahulu. Sikap egonya masih menggunung tinggi.
“ Betullah. Tapi bukan abang yang bayar. Bapa kandung abang yang tolong bayarkan.” Abdul Fatah tersengih. Bapa kandungnya, Abdul Farid telah meninggal dunia sewaktu usianya menginjak dua puluh tiga tahun akibat penyakit strok. Kini, rumah ini diwarisi oleh ibunya, Puan Faridah.
Kyra mencebik. Main-main pula mamat ni! Orang tanya serius, dia jawab main-main pula.
“ Rumah kau macam istana tapi kenapa kereta kau tak sehebat istana? Kereta versi lama juga yang kau pakai.” Kyra mula menyakitkan hati Abdul Fatah. Dia mahu menguji sejauh mana kesabaran Abdul Fatah menangani dirinya.
Abdul Fatah mendekati Kyra. Kyra yang mula perasan lelaki itu mendekatinya mengundur sedikit ke belakang namun dia tidak boleh berundur terlalu jauh kerana dibelakangnya ada kereta kancil.
“ Masuk jom!” Abdul Fatah tidak menjawab soalan Kyra sebaliknya dia menghulurkan tangan untuk memimpin Kyra masuk ke dalam.
Kyra buat tak tahu. Dia memalingkan wajah ke tempat lain. Abdul Fatah mengangkat kening. Tak nak sambut ya? Tunggulah abang nak buat apa selepas ni!
“ Jomlah masuk!” Abdul Fatah dengan selambanya mengangkat tubuh Kyra yang langsing itu. Terbuntang mata Kyra apabila dia dipapah sebegitu. Menjerit-jerit Kyra minta dilepaskan namun sedikit pun Abdul Fatah tidak ambil peduli. Makin berkobar-kobar semangatnya untuk membawa Kyra masuk ke dalam biliknya. Tubuhnya yang sedikit tembam itu memudahkan dirinya untuk mengangkat Kyra.
Pengawal keselamatan yang berada di tepi pagar tersengih-sengih dengan lagak Abdul Fatah. Jauh di sudut hatinya, dia senang melihat majikannya itu gembira. Dia kembali menyambung kerjanya menjaga kawasan luar.
***
Abdul Fatah cepat-cepat menutup pintu bilik setelah dia menghempaskan tubuh Kyra di atas katilnya. Dia berbangga dengan dirinya kerana dapat membawa Kyra masuk ke sini.
Beberapa pekerja yang selama ini bekerja di dalam rumahnya diarahkan bercuti separuh hari kerana ingin berdua-duaan dengan isterinya. Inilah peluangnya untuk memikat hati Kyra. Jika dipujuk dengan lembut, pasti hati isterinya akan cair juga akhirnya.
Kyra resah dan gelisah. Dia jadi tidak tentu hala. Kini dia berada di bilik Abdul Fatah, apa yang suaminya mahu lakukan padanya? Adakah suaminya mahu melakukan hubungan intin bersamanya? Ah, tidak! Ini tidak boleh terjadi! Dia tidak akan membiarkan perkara sebegitu terjadi.
Apa yang tertumpu difikirannya sekarang ini adalah mahu balik semula ke rumah. Dia tidak sanggup untuk berdua-duaan dengan Abdul Fatah. Kyra mula turun dari katil. Dia mahu keluar dari bilik ini.
“ Aku nak balik!” Kyra menjerit bagai orang gila. Tetapi sayang Abdul Fatah bertindak bijak. Dia menghadang kedua-dua tangannya di sebalik pintu agar Kyra tidak berjaya keluar dari biliknya.
“ Tak boleh Kyra sayang. Hari ini kan hari perkahwinan kita. Jadi rasanya tak salah kan kalau Kyra tunaikan permintaan abang?” Abdul Fatah menjongketkan kening.
“ Tak boleh!” Kyra menjerit lagi. “ Kau nak lakukan hubungan intin dengan aku kan? Aku takkan serahkan tubuh badan aku pada kau!” Kyra bertindak mendekati Abdul Fatah dan berusaha menarik tubuh badan Abdul Fatah tetapi sayangnya berat badannya tidak dapat menandingi tubuh badan Abdul Fatah yang agak tembam itu.
“ Kyra ni degil sangatlah sayang…” Abdul Fatah dalam hati mahu mengekek ketawa kerana Kyra berfikir sejauh itu. Dia takkan lakukan hubungan intim selagi Kyra tidak bersetuju dan rela hati untuk melakukan perkara itu.
Abdul Fatah mengangkat semula Kyra dan dibawanya ke katil. Kali ini dia membaringkan Kyra perlahan-lahan.  Kedua-dua tangan Kyra dilapangkan dan dia mula mendekati wajah Kyra. Dia bukan mahu mencium wajah Kyra. Dia cuma mahu melihat wajah mulus Kyra secara dekat.
Kyra apa lagi, terus meludah wajah Abdul Fatah tanpa sedikit pun perasaan bersalah. Abdul Fatah tergamam. Terhenti perbuatannya untuk meneliti raut wajah Kyra yang bersih tanpa sebarang noda itu.
“ Aku benci kau!!” Kyra memukul dada tembam Abdul Fatah sekuat hatinya sebelum dia turun semula ke katil untuk keluar. Dia harus balik! Dia tidak betah untuk terus berada di sini lagi.
“ Kyra sayang…” Abdul Fatah tidak berputus asa. Tangan Kyra ditarik kemudian dibawa ke tubuhnya. Badan Kyra dipeluk erat.
“ Lepaskan aku. Lepaskan!” Kyra menjerit sekuat hati.
“ Sabar Kyra sayang…sabar.” Abdul Fatah mengusap belakang Kyra dengan penuh kasih sayang.
“ Aku nak balik. Lepaskan aku!” Tiba-tiba Kyra menangis. Dia jadi lemah ketika ini. Abdul Fatah terkejut. Dia meleraikan pelukan.
“ Sayang, kenapa menangis ni? Abang kan cakap elok-elok.”
“ Aku tak nak bersama kau. Kau tolonglah lepaskan aku.” Rintih Kyra.
“ Abang tetap akan bersama Kyra, walau apa jua yang berlaku.” Sungguh-sungguh kata-kata Abdul Fatah. Inilah padahnya bila dah sayangkan isteri. Apa jua kata-kata cacian yang dilemparkan kepadanya, semuanya ditolak ketepi.
Air ludah yang hinggap di wajah Abdul Fatah dilap dengan tuala kecil yang ada di poket baju melayunya.
Kyra tidak jadi keluar dari bilik. Dia terduduk di atas katil king size milik suaminya sambil meraup muka.
Timbul rasa bersalah di hati Abdul Fatah kerana membuat Kyra menangis. Dia duduk di sebelah isterinya. Bahu Kyra dipaut sayang.
“ Abang minta maaf sebab buat Kyra menangis. Abang tak ada niat nak sakitkan hati sayang.” Abdul Fatah mula memujuk Kyra. 
“ Habis tu, apa motif kau bawa aku masuk bilik kau ni? Apa tujuan kau sebenarnya?!” Dalam tangisan Kyra, dia sempat memarahi Abdul Fatah. Sebenarnya dia lemah jika duduk atau berdiri di sebelah lelaki. Dek kerana traumanya berpisah dengan Muhd Khuzairi, dia jadi takut untuk mencintai lelaki seperti Abdul Fatah. Itu sebablah egonya setinggi langit apabila berhadapan dengan Abdul Fatah.
“ Abang cuma nak tunjukkan Kyra bilik kita lepas kahwin. Abang tak ada niat pun nak lakukan hubungan intim bersama sayang.” Perlahan sahaja suara Abdul Fatah.
“ Tak boleh nak ajak baik-baik? Kau paksa aku, dukung aku sampai masuk sini kau sampai aku dah terfikir kau nak ambil kesempatan terhadap aku! Manusia jenis apa kau ni, Abdul Fatah?!” Tempelak Kyra. Masih tidak berhenti tangisannya.
“ Abang dah tak ada cara lain Kyra. Cara ini sajalah yang abang dapat buat untuk tutup mulut Kyra yang suka kritik abang.” Kyra terdiam.
Abdul Fatah mula berdiri di depan Kyra dan memandang isterinya lama sebelum dia mengambil sesuatu di dalam almarinya yang tidak jauh dari katilnya.
Kyra mengerutkan dahi. Apa yang Abdul Fatah ambil itu? Dia tertanya-tanya di dalam hati. Dadanya mula berdebar.
Abdul Fatah merenung wajah cantik isterinya sekilas sebelum dia berpatah semula mengadap isterinya.
Kyra jadi tidak tentu arah. Air matanya yang merembes laju tadi segera ditepis. Dia mengalihkan wajahnya ke kanan.
Abdul Fatah tersenyum. Dia tahu dalam marah-marah Kyra padanya, isterinya masih mempunyai perasaan malu-malu untuk melihat wajahnya.
“ Tak nak pandang abang?”
“ Buat apa aku nak pandang kau yang gemuk tu?” Kyra masih dengan kata-kata kesatnya. Langsung dia tidak menoleh ke arah Abdul Fatah.
Abdul Fatah tersenyum lagi. Kyra memanggilnya gemuk lagi. Hmm… tak mengapalah. Gemuk pun gemuklah. Janji dapat tawan hati Kyra dengan kata-kata yang diberikan dan hadiah yang akan diserahkan kepada Kyra tersayang.
Abdul Fatah bertindak menolak wajah Kyra yang menoleh ke kanan mengadapnya. Dia duduk di depan Kyra. Kyra terkedu.
“ Kyra sayang, terimalah pemberian abang yang tak seberapa ini.” Dua bekas berlainan saiz diunjurkan kepada Kyra.
Mulut Kyra terbuka luas. Tidak sangka Abdul Fatah memberinya dua bekas yang mengandungi dua bentuk cincin dan satu lagi train key yang tidak diketahui jenama kereta apa. “ Apa makna semua ni? Untuk apa  kau serahkan pada aku?” Bertubi-tubi soalan yang terkeluar dari mulut Kyra. Kali ini suaranya berubah nada. Tidak terlalu garang dan tegas.
Salah satu cincin dikeluarkan dari bekas kecil berwarna biru gelap. Tangan kanan Kyra diambil kemudian disarungkan cincin tersebut yang berukir nama Kyra itu.
Kyra terpaku tanpa kata. Dia seakan merelakan perbuatan Abdul Fatah terhadapnya. Adakah aku sudah mula menerima lelaki ini sebagai suami?
“ Mungkin Kyra belum bersedia menerima abang sebagai suami tapi abang harap Kyra dapat terima nafkah zahir yang pertama dari abang. Nafkah batin tu tak bagi buat masa ni tak apalah. Abang tak paksa Kyra untuk serahkan segala-galanya kepada abang.”
“ Kau memang tak pernah berputus asa kan? Aku cakap kasar pun kau tetap tak mengaku kalah. Tolong jangan buat aku bertambah-tambah benci pada kau, Fat. Hati aku memang susah untuk terima cinta kau. Jangan berharap pada aku lagi.” Walaupun perlahan nada suara Kyra namun cukup menikam hati Abdul Fatah yang setia di depannya.
Abdul Fatah mengeluh. Susahnya hendak lenturkan hati Kyra yang keras seperti kerikil ini. Dia berdiri semula. “ Hmm... kalau Kyra dah cakap macam tu, nampaknya abang kena kurangkan rasa cinta dan sayang abang untuk Kyra.” Kyra terkedu. Abdul Fatah merajuk dengannya ke?
“ Eh, bukan.” Abdul Fatah mengelengkan kepala. “ Abang akan belajar untuk tidak mencintai Kyra selepas ini.” Semakin terkedu Kyra dibuatnya. Nampaknya suaminya sudah mengaku kalah untuk tawan hatinya.
Kyra sedikit sebak apabila Abdul Fatah berkata begitu namun dia harus kuat. Dia yang memulakan dulu jadi dia yang  perlu mengakhiri semua ini.“ Baguslah kalau kau faham. Kita boleh jadi sahabat  kan?” Kyra menghulurkan tangan ke arah suaminya. Suaranya tidak sekasar tadi.
“ Sahabat?” Abdul Fatah terasa ingin menangis di situ juga. Kyra mahu ‘ bersahabat’ dengannya? Mungkin ini permulaan yang baik bagi mereka berdua. Terima sajalah.
“ Yup. Sahabat. Aku janji aku takkan lukakan hati kau lagi kalau kau dah berniat untuk tidak mencintai aku selepas ini.”
Oh, Kyra. Sampai hati kau lukakan perasaan suami yang baik ini.
Abdul Fatah memandang tangan Kyra. Nampaknya dia harus terima huluran salam persahabatan dari isterinya. Walaupun separuh rela, dia menyambut sahaja huluran itu. “ Abang terima.”
Kyra gembira. Akhirnya mereka menjadi sahabat jua akhirnya. Tak adalah pertengkaran yang akan berlaku di antara mereka berdua selepas ini.
Tangan mereka bergabung erat. Abdul Fatah seakan tidak mahu melepaskan pegangan itu. Kyra yang perasaan segera mahu meleraikan pegangan itu tetapi kudratnya tidak kuat.
“ Boleh lepaskan tak?” Anak mata Kyra menunjuk ke tangannya.
“ Oh…” Abdul Fatah melepaskan genggamannya. Kyra berasa lega. Tetapi itu hanya seketika. Abdul Fatah menarik semula tangan Kyra dan mengusapnya.
Kyra jadi tidak tentu arah.
“ Sebagai tanda kita bersahabat hari ini, boleh tunaikan permintaan abang tak?”
 “ Err… apa dia?” Kyra mula kalut. Abdul Fatah makin ligat mengusap tangannya. Dia jadi takut.
“ Tidur dengan abang.”
“ Haa?” Mulut Kyra ternganga luas mendengarnya.



2 ulasan:

Unknown berkata...

BEST.

Tanpa Nama berkata...

tqvm awak sbb sudi komen...