Jumaat, 30 Januari 2015

BAB 27 (Tajuk?Biarlah Rahsia) FULL ENTRY


Kesan daripada tikaman yang dilakukan Muhd Razree menyukarkan Puan untuk mengandung lagi selepas ini.
Terngiang-ngiang kata-kata yang terbit di mulut Dr. Najwa malam tadi. Ya Allah, memang besar dugaan yang telah KAU berikan kepadaku. Baru hendak mengecapi bahagia, ada dugaan lain yang menjengah dalam hidupku.
Semalam tidurnya tidak lena seperti hari-hari biasanya. Bila nak tidur, kepalanya tiba-tiba memikirkan kata-kata Dr. Najwa.
Dhia mengiring sedikit ke tepi sambil memandang luar tingkap. Dirinya yang kecewa dengan tikaman daripada Muhd Razree bertambah kecewa dengan kenyataan yang diterimanya daripada Dr. Najwa.
Entah apalah reaksi abang bila tahu semua ini. Patut ke tidak aku beritahu suamiku tentang perkara ini selepas dia pulang dari Dubai bersama nenek hari ini? Soalnya dalam hati.
Tidak! Perkara ini perlu dirahsiakan daripada semua orang. Biarlah dia dan doktor sahaja yang tahu hal ini. Dia tidak mahu orang yang disayangi kecewa.
Berapa kali dia menangis dalam beberapa hari ini. Hampir bengkak matanya.
“Abang, baliklah cepat. Dhia rindu.” ujarnya dengan nada tersedu-sedan.
“Assalamualaikum puan…Maaf masuk tanpa mengetuk pintu. Saya masuk bilik  bukan nak menganggu puan tapi saya nak maklumkan puan tentang sesuatu.” Ucapnya setelah dia masuk ke bilik isteri Raymi Zikri. Pintu yang tertutup rapat sebelum dia masuk direnggangkan.
Jamil? Dhia tersentak. Tubuh Dhia kembali lurus. Matanya merenung Jamil yang nampak agak kelam-kabut itu. Walaupun begitu dia agak bersyukur kerana pembantu Puan Khadijah sudi menjaganya disini.
“Waalaikumsalam Jamil. Tak apa. Penting sangat ke hal tu dengan saya?”
“Mungkin perkara tu tidak penting bagi puan tapi bagi pihak hospital memang sangat penting. Hanya puan yang boleh selesaikannya.” suara Jamil berubah serius.
Berkerut dahi Dhia mendengarnya. “Cakaplah apa dia.”
“Semalam Encik Razree jerit nama puan sampai semua pegawai polis dikeliling Encik Razree tak tahu nak buat apa dah.”
Dhia terdiam. Abang Raz jerit nama aku? Huh, menyesallah tu sebab tikam perut aku. Padan muka dia! bibirnya dicemikkan tanda meluat.
“Saya tak nak ada kaitan dengan dia lagi. Awak keluarlah. Saya nak berehat.”
“Tapi puan…” Jamil jadi gelisah. Pihak hospital sudah berapa kali berpesan kepadanya supaya memujuk Dhia bercakap dengan Muhd Razree. Tapi apa yang dia terima saat ini? Hurm…apa yang aku patut buat ya? Fikirnya dalam hati.
“Jangan buat saya bertambah tertekan, Jamil. Tolong berikan saya peluang untuk berehat. Apa yang berkaitan dengan dia saya takkan ambik kesah lagi. Cukuplah dia jadikan saya begini.”
“Dhia…”
Tubuh Dhia terkaku saat itu. Jamil berpaling ke belakang. Tidak sangka lelaki yang dibenci isteri majikannya sanggup datang ke bilik ini dengan berkerusi roda!
Muhd Razree ditemani beberapa orang pegawai dan seorang jururawat lelaki bagi menjaga lelaki itu agar tidak melarikan diri. Muhd Razree sekarang dibawah tahanan polis jadi apa yang lelaki itu buat atau lakukan, pihak polis akan mengawasi tingkah laku Muhd Razree.
“Aku nak kau keluar dari bilik ini sekarang Jamil. Jangan ganggu perbualan aku.” bergetar suara Muhd Razree selepas pegawai polis dan jururawat diarahkan menunggu diluar dengan arahannya. Sejenak dia merenung wajah Dhia yang pucat. Bekas kekasihnya itu tampak murung dan bersedih. Tapi sebab apa? Takkan disebabkan dia kot?
Dia datang ke sini bukan untuk bergaduh tetapi dia datang ke sini untuk meminta maaf. Sejak malam tadi jiwanya tidak tenang selagi tidak mendapat kemaafan daripada Dhia. Dia tahu salahnya menikam adik iparnya itu.
“Kau tak ada hak nak suruh dia keluar dari bilik ini tanpa arahan aku. Jamil, awak stay di sini. Jangan ke mana-mana selagi dia ada kat sini.”
Jamil keliru. Mana satu yang dia harus ikut. Puan Dhia atau Muhd Razree?
“Jamil…” Bergetar suara Muhd Razree sekali lagi.
“Jamil, awak penjaga saya jadi awak kena ikut cakap saya!” tegas dan serius sahaja riak wajah Dhia tatkala menuturkan kata. Dia sengaja menyuruh Jamil menjaganya disini. Dia bimbang Muhd Razree akan mengapa-apakan dirinya. Sudahlah emosi dan mental lelaki itu tidak berapa stabil.
Jamil menunduk. Akhirnya dia memilih untuk mengikut kata-kata Puan Dhia. Betul juga kata Dhia. Raymi Zikri telah mengarahkannya menjaga Dhia dengan sebaik mungkin jadi dia tidak boleh sewenang-wenangnya menurut arahan yang diberikan Muhd Razree. Tak pasal-pasal gajinya kena potong nanti!
“Kau nak apa datang sini? Nak tikam aku lagi?” bentak Dhia kasar. Ada nada sindiran di situ.
Muhd Razree menundukkan wajahnya. Tidak sangka Dhia akan berkata begitu kepadanya. Terpaksalah dia menadah telinga mendengar apa yang gadis itu katakan padanya.
“Tak nak jawab? Huh, memang baguslah pegawai polis ada dengan kau sekarang. Tak payahlah aku takut apa kau nak buat pada aku lepas ni.” ejeknya.
“Dhia, Abang Raz mintak maaf atas apa yang berlaku dua hari lepas. Abang tak ada niat nak...”
Belum sempat Muhd Razree menghabiskan kata-katanya, Dhia pantas mencelah.
"Kau tak ada niat nak tikam aku? Macam tu? Habis tu ayat yang kau luahkan pada aku sebelun kau tikam perut aku bukan niat kaulah ya? Dasar lelaki penipu! Tolol, bodoh!” jeritnya kuat. Jamil yang berada disisinya tersentak.
Muhd Razree yang tidak jauh daripada Dhia terpana dengan jeritan itu. Kesatnya kata-kata Dhia terhadapnya. Terhiris jiwanya.
“Abang Raz mintak maaf Dhia. Abang buat semua itu sebab Abang Raz tak dapat terima hakikat yang Dhia dah kahwin dengan Ray.”
Dhia mencemuh. “Maaf kau tak dapat mengubah perut aku kepada asal. Ucapkanlah berapa kali kata maaf pada aku jangan harap aku akan terima kemaafan kau!”
Dhia tarik nafas panjang sebelum air matanya bergenang. “Disebabkan kau tikam perut aku, aku tak dapat lahirkan zuriat untuk suami aku. Tahniah sebab berjaya buat kebahagiaan aku punah dalam sekelip mata. Tahniah Muhd Razree. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk kau berambus dari sini. Berambus!” Teriaknya bagai orang hilang akal.
Terangkat bahu Muhd Razree apabila mendengar kata-kata Dhia. Semakin tertekan jiwanya sekarang ini.
“Abang Raz akan keluar dari bilik Dhia tapi Abang Raz nak Dhia tahu Abang Raz takkan berhenti berdoa untuk mendapat kemaafan daripada Dhia walaupun Abang Raz akan berada di penjara selepas ini untuk jangka masa yang lama.”
“Aku kata berambus, berambus!!”jerkah Dhia. Tiba-tiba perutnya berasa senak.
“Ya Allah…sakitnya…” Dhia mula merintih. Air matanya kembali mengenang. Jururawat lelaki yang ditugaskan menjaga Muhd Razree keluar dari bilik Dhia dan bergegas memanggil doktor pakar yang selama ini menjaga Dhia.
“Puan…” Jamil mula beriak risau.
“Dhia…” Muhd Razree sekali lagi terpana. Kepalanya didongakkan.
What the hell is going on?!!”
Jamil dan Muhd Razree sama-sama berpaling ke belakang. Terkejut barangkali kerana suara yang tidak terduga itu. Siapa pulak tu?

“Puan ni siapa?” teragak-agak Muhd Razree bertanya tatkala seorang wanita yang bertubuh sedikit gempal melalui depannya dan menuju kearah Dhia yang sedang sakit. Macam pernah ku jumpa mak cik ni tapi kat mana erk? Muhd Razree mengaru kepalanya yang tidak gatal.
“Aku mak sedara Dhia. Kau jangan buat-buat lupa pulak Raz.” sinis Mak Lang Rafika berkata.
Muhd Razree menelan air liur. Mak sedara Dhia? Patutlah dia pernah jumpa wanita ini. Ketika dia mahu mengambil Dhia keluar berjalan-jalan di rumah Puan Suria, wanita ini sedang mengambil daun pandan di tepi rumah Puan Suria. Mukanya yang bengis menyukarkan dia untuk beramah mesra dengan wanita di hadapannya ini.
“Mak Lang apa khabar?” Muhd Razree cuba beramah mesra dengan Mak Lang Rafika namun sayang seribu kali sayang wanita itu langsung tidak memandang mukanya jauh sekali untuk tersenyum.
Look I care.”cebirnya.
“Polis, bawak budak ni keluar. Mata saya sakit tengok dia ada kat sini.” sambung Mak Lang Rafika selamba. Dari dulu lagi dia memang tidak berkenan dengan Muhd Razree. Dia sebenarnya cukup pantang kalau seorang lelaki bawa janda keluar jalan-jalan. Yang Dhia pula ikut aje apa yang lelaki itu nak.
Muhd Razree rasa terhina. Jika tadi Dhia mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya kali ini Mak Lang Rafika pula menghinanya.
Apalah nasibku ini. katanya dalam hati.
Muhd Razree menolak kerusi rodanya. Dengan patah hati dia keluar dari bilik itu ditemani pegawai polis yang selama ini mengawalnya sejak dia dimasukkan ke dalam hospital.
Mak Lang Rafika mencebik. Bagus pun kau keluar dari sini. Buat sakit hati aje aku tengok muka kau. rengusnya dalam hati.
“Dhia, bersabar ya sayang. Kejap lagi doktor datang.” Mak Lang Rafika melembutkan suaranya. Dia membantu Dhia berbaring. Melihat balutan di keliling perut Dhia membuatkan dia merasa sebak. Dashyat betul dugaan yang berlaku pada anak saudaranya ini selepas berkahwin.
“Mak Lang, ibu mana?” terketar-ketar Dhia bertanya. Rindunya dia pada ibu! Mujur kesakitan diperutnya sudah mula berkurangan tatkala dia baring dalam keadaan menegak.
“Assalamualaikum…” Baru Dhia bertanya, Puan Suria sudah memberikan salam. Panjang umur ibunya. Di sisi Puan Suria kelihatan seorang doktor perempuan. Yang peliknya, Puan Suria membawa kerusi roda.
“Waalaikumsalam ibu…kenapa lambat sampai? Dhia rindu ibu,” ucapnya perlahan.
“Maaf lambat sayang. Ibu bukan sengaja tak nak datang sekali dengan Mak Lang jumpa kamu. Ibu jumpa Doktor Najwa sekejap tanya tentang keadaan kamu.” Puan Suria menerangkan situasi sebenar kepada anaknya. Kerusi roda diberikan kepada Jamil yang berdiri tegak tidak jauh dari sisi Dhia sebelum dia menuju kearah Dhia lalu mengucup ubun-ubun anaknya itu sebelum memeluknya erat.
“Sayang anak ibu.”
Dhia terharu sambil tersenyum nipis. Terharu kerana mempunyai ibu seperti Puan Suria. Walau apa pun yang berlaku terhadapnya tidak kira yang buruk ataupun negatif, wanita ini tenang dan bersabar sahaja menghadapinya. Bukan tenang itu bermaksud ibunya tidak mengambil endah dengan apa yang berlaku padanya tetapi tenang dalam apa jua yang berlaku. Yalah, kejadian yang tidak terduga sepertinya Allah yang tentukan.
Mak Lang Rafika tersenyum melihat keadaan itu. Gembira melihat perubahan pada raut wajah Dhia setelah Puan Suria datang ke sini. Tadi anak sedaranya berkerut menahan sakit kini tersenyum dengan kedatangan kakaknya itu.
“Ibu, boleh Dhia tahu mengapa ibu bawak kerusi roda ke mari?”
Puan Suria melepaskan pelukan pelahan-lahan. Dia berpaling kearah Doktor Najwa yang berdiam diri sejak dari tadi.
“Sebelum ibu bagi tahu kenapa ibu bawak kerusi roda ke mari, biar doktor terangkan keadaan kamu setakat ini.”
Doktor Najwa berdehem sebelum berkata. “Keadaan kamu masih belum sembuh seratus peratus Puan Dhia tapi kamu boleh pulang hari ini.”
Dhia terkejut. “Saya boleh balik rumah hari ini? Ya Allah, biar betul?” Dhia seperti tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
“Betul, Puan Dhia tapi lepas tiga hari kemudian kamu kena ada kat sini balik.”
Dhia mengerutkan dahi. Pelik dengan kenyataan yang dikeluarkan Doktor Najwa. “Saya tak faham mengapa saya harus balik semula ke hospital? Baik saya duduk aje kat sini sampai saya sembuh.”
“Tak boleh sayang.” celah Puan Suria. Dia memandang adiknya sebelum dia kembali memandang Dhia yang nampak keliru.
“Tapi kenapa ibu? Bukannya ada perkara penting pun Dhia nak kena buat kat rumah hari ini. Abang Ray pun bukannya ada kat rumah nak temankan Dhia.” Meleret-leret ayat Dhia dihujung. Teringatkan Raymi Zikri yang berada di Dubai sekarang ini, dia jadi rindu teramat sangat kepada suaminya itu.
Abang, cepatlah balik. Dhia rindu sangat ni. rintihnya dalam hati.
“Lagi dua hari majlis perkahwinan Dhia akan berlangsung. Itu sebablah Dhia kena balik rumah. Kerusi roda itu pun ibu mintak dari pihak pengurusan hospital supaya kamu boleh pulang hari ini.”
“Tapi ibu…” Dhia tidak berpuas hati.
No more excuse ya, Dhia.” Hari ini orang yang bertanggungjawab ke atas majlis perkahwinan Dhia dan Raymi Zikri telah pun datang ke rumah Puan Khadijah untuk mempersiapkan apa yang patut. Pada asalnya dia dan adiknya datang ke rumah mewah Puan Khadijah kerana ingin berjumpa dengan anak dan menantunya tetapi niatnya itu terpaksa dibatalkan dek kerana Puan Khadijah dan Raymi Zikri tiada dirumah. Hanya pembantu rumah Puan Khadijah sahaja yang berada disitu.
Dhia terdiam. Ibunya tahu yang dia sakit tetapi mengapa ibunya itu nampak beria-ria sangat dengan majlis perkahwinan itu?
“Ibu, Dhia kan sakit…hari lain kan boleh…” Baru Dhia hendak menghabiskan ayatnya, ada seseorang mencelah kata-katanya.
“Tak nak duduk atas pelamin dengan abang ya sayang?”
Dhia tergamam.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Yeayyy..Ray dah balik...