Saat
Raymi Zikri melafazkan akad, air mata Dhia jatuh berguguran. Bukan bermakna dia
sedih atau terpaksa dengan perkahwinan ini tetapi dia gembira Raymi Zikri sudah
sah menjadi suaminya dari segi zahir dan batin.
Selepas ini dia bukan seorang janda lagi,
alhamdulilah…
Puan Suria dan Mak Lang Khadijah yang
berada tidak jauh daripada mereka turut sama bersedih. Sedih-sedih pun sempat
lagi rekod apa yang Raymi Zikri lafazkan! Dhia tersenyum nipis.
Di luar pejabat agama, Mak Lang Rafika
menangkap gambar mereka berdua sebagai kenang-kenangan. Paling tak menahan, Mak
Lang Rafika suruh Raymi Zikri dukungnya sebagai tanda dia sudah boleh dipegang
dengan selayaknya! Hai, macam-macam Mak Lang Rafika ni. Tapi dia seronok
suaminya berbuat begitu.
Setengah jam selepas itu, Puan Suria dan
Mak Lang Rafika pulang ke rumah semula. Sepatutnya mereka berempat singgah
sebentar di restoran namun Mak Lang Rafika tidak dapat berlama di situ. Katanya
ada mesyuarat khairat kematian di masjid. Terpaksalah mereka mematikan hasrat
untuk makan bersama.
Masuk dalam kereta, senyuman tidak
putus-putus terbit di bibir Raymi Zikri sehingga Dhia rasa pelik. Apa kena
dengan suami aku ni? Dari tadi senyum aje. Nak kata gila tak baik pulak kan!
“Abang, Dhia tahu abang gembira dengan
perkahwinan kita tapi Dhia rasa tak payah kot nak senyum sampai macam tu
sekali.”
Raymi Zikri tetap senyum. Dia mengambil
tangan kanan Dhia lantas dikucup tangan itu dengan penuh syahdu. “Abang
gembira. Gembira sangat. Tak pernah abang rasa segembira ini sayang. Sayang tak
gembira?”
“Dhia mestilah gembira. Lagi gembira
daripada masa Dhia berkahwin dengan Imran dulu.” Dhia tersenyum.
“Alhamdulilah…tak sia-sia kita kahwin
cepat. Bila dah kahwin cepat ni anak pun mestilah keluar cepat kan?”usik
suaminya.
Gulp! Nafas Dhia seakan terhenti apabila
suaminya menyebut tentang anak.
“Err…abang, hensemlah baju yang abang
pakai ni. Abang beli kat mana?” Dhia tukar topik. Sengaja baju suaminya menjadi
topik perbualan mereka kerana tidak mahu suaminya bercakap tentang anak.
Raymi Zikri meledak ketawa. Dhia ni
tiba-tiba aje tukar topik. Sengajalah tu tak nak cakap pasal anak!
"Sayang saja nak tukar topik ya?
Abang cakap pasal anak sayang cakap pasal baju abang." Kereta Audi A8
Raymi Zikri mula menyusur keluar dari pejabat agama.
"Abang sukakan budak?"Serius saja
riak muka Dhia ketika ini.
"Mestilah sayang. Semua orang
sukakan budak. Siapa yang tak sukakan budak memang gilalah orang tu. Kenapa
sayang tanya? Sayang tak suka budak ke?"
"Err...bukan Dhia tak suka budak.
Dhia suka tapi Dhia tak berminatlah nak ada aaa... anak buat masa sekarang ni.
Biar kita macam ni dulu ya. Biar kita berdua dulu. Berdua kan lebih baik."
Dhia meluahkan isi hatinya. Berharap Raymi Zikri akan memahami dirinya.
"Okey. Biar kita berdua dulu. Biar
kita romantik habis-habisan baru kita fikir tentang anak ya sayang." Raymi
Zikri cubit pipi Dhia. Cubit-cubit sayanglah katakan.
Dhia menarik nafas lega. Tak adalah dia
tertekan sangat pasal anak sekarang ini.
Disandar ke bahu suaminya dengan rasa
sayang yang menggebu. "Dhia sayang abang. Sayang sangat- sangat!"ujarnya
dengan nada manja.
Raymi Zikri disebelah tersenyum bahagia.
Nampaknya Dhia juga menyayanginya. Tidak salah dia memilih gadis ini sebagai
isterinya.
Kompang
dipalu pengantin baru, duduk bersanding tersipu malu.
Raymi Zikri terkejut. Dhia guna ringtone
lagu tu? Memang semangat pengantin Dhia ni! Dalam hati dia ketawa besar
Dhia mendengus kasar. Baru hendak
bermesra dengan suami tercinta, ada pula yag menganggu. Huh, siapalah yang call waktu-waktu begini? Orang nak
bermanja dengan suami sendiri pun tak boleh.
"Sayang angkatlah call tu. Tertunggu-tunggu
pulak orang tu nanti."
"Hurm..." Dhia tidak duduk
menegak sebaliknya dia meraba-raba telefon bimbitnya dalam beg. Tanpa melihat
siapakah gerangan yang menelefonnya, dia terus menjawab.
"Hello..."
"Hello sayang...Abang Raz ni."
suara romantik Muhd Razree mengejutkan Dhia. Sehingga telefon itu tercampak
dengan sendirinya.
Terkejut Raymi Zikri dibuatnya. Hampir
hilang kawalan pemanduannya.
“Sayang, siapa call
tu?”
Dhia cepat tangkap telefon bimbitnya.
Parah kalau suaminya tahu Muhd Razree yang menelefonnya. Tak pasal-pasal hancur
rumah tangga yang baru terbina ini.
“Will
call you back later. Bye.”Itu sahaja yang mampu Dhia katakan. Telefon
bimbitnya masuk semula ke dalam beg bimbitnya.
“Amboi…seriusnya suara. Kawan ke
pakwe?”gurau Raymi Zikri tanpa memandang Dhia.
Dhia jadi teragak-agak. Kang cakap Abang
Raz yang telefon, jadi isu pulak. Baik pendam saja siapa yang telefon.
“Setiausaha Dhia tadi yang telefon. Abang
tahu kan dah dua hari Dhia tak masuk office. Itu sebablah dia telefon.” Pergh,
Dhia. Tak sampai 24 jam kau jadi isteri orang, dah pandai menipu suami sendiri.
Apa nak jadilah kau ni.
“Oh, ya ke? Abang ingat kan Abang Raz
yang telefon. Tapi takkan Abang Raz yang telefon kan? Dia ada kat Dubai
sekarang ni. Macam manalah dia sekarang kat sana ya, sayang?”
“Entah. Dhia malas nak ambik tahu. Baik
Dhia ambik tahu pasal abang lagi best.” Dhia sengaja membuat nada gembira
walaupun hatinya libang-libu mendengar suara Muhd Razree sebentar tadi. Lengan
Raymi Zikri kembali dipeluk. Erat sekali bagi tidak mahu dilepaskan.
Ya Allah, mintak-mintaklah hubungan kami
tidak ada masalah sepanjang minggu pertama perkahwinan kami, aminn…pohon Dhia
dalam hati.
“Abang sebelum Dhia ambik pakaian Dhia
kat rumah mak, kita nak pergi mana?”
“Abang ingat nak bawak Dhia jumpa nenek
dulu.” Aduhai, dia terlepas cakaplah pulak. Nenek mana ada kat Malaysia
sekarang ni. Mahu ditampar sahaja mulutnya sendiri kerana menyebut perkataan ‘nenek’
di depan Dhia.
“Dhia rindu kat nenek walaupun tak sampai
dua hari Dhia tak jumpa dia. Hurm…cakap pasal nenek, kenapa abang tak ajak
nenek sekali pergi pejabat agama? Lagi meriah lagi bagus. Mesti nenek sedih tak
dapat tengok kita kahwin secara live.”
“Sayang…nenek sebenarnya tak ada kat
sini. Nenek sekarang ada kat luar negara err…dengan Abang Raz. Semalam baru dia
orang berangkat sama-sama ke Dubai. Itu sebablah nenek tak dapat datang tengok
abang lafazkan akad nikah kat depan tok kadi.”
Dhia terkejut besar. “Nenek pun pergi
sama? Jadi apa yang abang cakap semalam tak betullah ya?”
Raymi Zikri angguk. Tidak berani untuk
menatap wajah merah padam Dhia. Dia tahu isterinya sedang marah.
“Patutlah Dhia tertanya-tanya dalam hati
kenapa Abang Raz pergi sampai ke Dubai nak ubati kekecewaan dia. Dia orang buat
apa kat sana?”
“Itu abang tak tahu. Sayang jangan
memandai nak telefon Abang Raz ya tanya dia buat apa kat sana. Abang tahu
sayang telefon Abang Raz tanpa pengetahuan abang, abang…aaa…abang bawak Sally
pergi dating!” Itu saja ugutan yang
dia mampu fikirkan buat masa ini
“Apa?!!” Melengking suara Dhia.
Cemburunya naik ke kepala. Sudah lama nama Salina tidak disebut. Sekarang Raymi
Zikri yang menyebutnya semula. Ini tak boleh jadi ni!
“Cubalah abang bawak Sally pergi dating,
Dhia gigit-gigit muka abang sampai luka. Biar tak hensem lagi dah.”marah betul
dia saat ini.
“Abang gurau ajelah. Takkan itu pun nak
marah.”
“Kalau tak nak bagi Dhia marah, jangan
seru nama dia depan Dhia lagi. Tau?”
“Tau…”Meleret jawapan Raymi Zikri. “Dhia
pun jangan sebut nama Abang Raz mahupun telefon Abang Raz dalam diam ya. Abang
punya tahap cemburu lagi tinggi daripada sayang. Jika Dhia boleh gigit muka
abang sampai tak hensem, abang pulak akan kelar pergelangan tangan abang
sendiri. Baru Dhia tahu cemburu siapa ditahap tertinggi sekali antara kita
berdua.”
Dhia gerun. Cemburu Raymi Zikri sampai
nak kelar tangan sendiri? Takutnya!
Patutkan dia menelefon Muhd Razree selepas
ini?
Ya Allah, berikanlah aku petunjukMu…
1 ulasan:
tq dapat juga baca.
Catat Ulasan