Darah
gemuruh Dhia datang lagi. Kali ini perasaan gemuruhnya lebih tinggi berbanding
ketika perkahwinannya dengan Imran.
Masuk dalam kereta bersama Raymi Zikri,
mukanya tebal berinci-inci. Lelaki itu memandangnya bagai hendak menelan
dirinya. Kalau mak tengok pandangan Raymi Zikri padanya sekarang, mahu sahaja
dia keluar dari kereta dan terjun sungai!
Nasib baik mak naik kereta Mak Lang
Rafika, kalau tidak malu berganda-ganda!
“Sayang tak nak pandang abang?” Dilihat
penampilan Dhia begitu cantik pada pagi yang mulia ini. Dengan selendang yang
melilit kepala gadis itu, dia seperti sedang duduk bersebelahan dengan seorang
bidadari dari kayangan.
Dhia tunduk muka. Tetap tak nak pandang Raymi
Zikri walaupun bakal suaminya itu tampak sangat kacak dan maskulin sekali
dengan berbaju melayu berwarna hijau pekat, sama rona dengan baju kurungnya.
Raymi Zikri mula buat muka gatal. Mukanya
seakan-seakan ular sedang mengesot mencari mangsanya. Dhia disebelah pantas menutup
muka. Takut melihat keadaan Raymi Zikri seperti itu.
“Sayang…” Raymi Zikri berbisik manja
ditelinga Dhia. Penuh syahdu dan romantis walaupun satu perkataan. Berdegup
jantung Dhia dibuatnya.
“Sayang, tak nak pandang abang?” Sekali
lagi soalan itu ditanya.
“Abang pandu ajelah. Kejap lagi kita
cakap.” Sambil bercakap, sambil itu jugalah mukanya ditutup dengan kedua
tangannya.
“Sayang ni peliklah. Pengantin lain nak
aje tengok bakal suaminya, sayang aje yang tak nak tengok muka abang. Sayang
berdebar ya?” Tangan Raymi Zikri merayap di tangan Dhia namun dia hampa kerana
tangannya ditolak kasar.
“Sayang…pagi yang indah dan permai ni
abang harap Dhia tak rosakkan mood abang. Hurm…dahlah, kita gerak sekarang.
Dhia jangan cakap sebarang perkataan pun dengan abang.” Raymi Zikri fokus pada
pemanduannya. Sedikit berkecil hati dengan sikap Dhia yang seakan-akan tidak
suka untuk bermanja dengannya.
Dhia menurunkan tangannya ke bawah. Dia
memandang sekilas kearah Raymi Zikri yang nampak muram. Salahnya juga kerana
tidak membalas renungan lelaki itu. Pandangannya dihalakan ke luar tingkap.
Sebentar lagi dia akan menjadi isteri kepada Raymi Zikri di pejabat agama.
Harapannya semua akan berjalan lancar seperti biasa.
“Abang, bukan Dhia sengaja tak layan
abang. Tapi Dhia takut…”
Raymi Zikri terhenjut. Terangkat bahunya
bila mendengar kata-kata Dhia. “Kenapa?”
“Dhia takut ‘kemanisan’ yang kita
perolehi sekarang akan menjadi tawar selepas berkahwin nanti…” Meleret ayat
dihujungnya.
“Dhia sayang…” Raymi Zikri pandang Dhia
dengan penuh kasih sayang. Oh, sebab itu Dhia tak nak pandang wajahnya. “Abang
mintak maaf sebab abang berkelakuan romantik tadi. Abang janji, lepas kahwin
kejap lagi abang akan lebih romantik dengan sayang! Ini bukan janji dicapati
tau, ini janji pasti! Kahkahkah!” Raymi Zikri ketawa terbahak-bahak.
“Abang ni…eeii geramnya Dhia dengan
abang. Nakal ya dia ni!” Dipulas telinga kiri Raymi Zikri selamba sahaja
sehingga lelaki itu mengaduh sakit.
Sampai sahaja di pejabat agama, Dhia
turun dari kereta sambil berlari anak. Raymi Zikri sudah tersengih-sengih di
dalam kereta. Amboi bakal isteri aku ni. Tak sabo-sabo! Dia ketawa dalam hati.
“Sayang, abang belum matikan enjin lagi
sayang dah keluar dari kereta. Sepatutnya abang yang keluar dulu baru
sayang.”katanya selepas keluar dari kereta. Sempat lagi dia lihat belakang
keretanya. Mana tahu Mak Lang Rafika sudah tiba di sini. Tapi nampaknya tidak.
Kenderaan wanita itu masih belum kelihatan.
“Abang datang sini cepat! Tolong Dhia!!”laung
Dhia kuat dari jauh. Tidak sangka selain mereka, ada orang lain yang datang ke
pejabat agama waktu pagi begini. Bukan datang untuk menikah tetapi bertengkar!
Raymi Zikri tersentak. Mengapa suara Dhia
berubah? Tadi suaranya bukan main gembira. Ini menjerit macam ada kesusahan.
Kesusahan? Raymi Zikri menelan air liur.
Dia tercari-cari wajah yang disayanginya namun apa yang dilihat dengan mata
kasarnya betul-betul memeranjatkannya.
Imran? Apa lelaki itu buat kat sini?
3 ulasan:
Aduhaiii..baru nak happy..kacau pulak imran ni lah....apa pulak kali ni...
Kacau ke?mcm x aje...hehe
Alamak imran gila talak dtg
Catat Ulasan