Kesan daripada tikaman yang dilakukan
Muhd Razree menyukarkan Puan untuk mengandung lagi selepas ini.
Terngiang-ngiang kata-kata yang terbit di
mulut Dr. Najwa malam tadi. Ya Allah, memang besar dugaan yang telah KAU
berikan kepadaku. Baru hendak mengecapi bahagia, ada dugaan lain yang menjengah
dalam hidupku.
Semalam tidurnya tidak lena seperti
hari-hari biasanya. Bila nak tidur, kepalanya tiba-tiba memikirkan kata-kata
Dr. Najwa.
Dhia mengiring sedikit ke tepi sambil
memandang luar tingkap. Dirinya yang kecewa dengan tikaman daripada Muhd Razree
bertambah kecewa dengan kenyataan yang diterimanya daripada Dr. Najwa.
Entah apalah reaksi abang bila tahu semua
ini. Patut ke tidak aku beritahu suamiku tentang perkara ini selepas dia pulang
dari Dubai bersama nenek hari ini? Soalnya dalam hati.
Tidak! Perkara ini perlu dirahsiakan
daripada semua orang. Biarlah dia dan doktor sahaja yang tahu hal ini. Dia
tidak mahu orang yang disayangi kecewa.
Berapa kali dia menangis dalam beberapa
hari ini. Hampir bengkak matanya.
“Abang, baliklah cepat. Dhia
rindu.”ujarnya dengan nada tersedu-sedan.
“Assalamualaikum puan…Maaf masuk tanpa
mengetuk pintu. Saya masuk bilik
bukan nak menganggu puan tapi saya nak maklumkan puan tentang sesuatu.” Ucapnya
setelah dia masuk ke bilik isteri Raymi Zikri. Pintu yang tertutup rapat
sebelum dia masuk direnggangkan.
Jamil? Dhia tersentak. Tubuh Dhia kembali
lurus. Matanya merenung Jamil yang nampak agak kelam-kabut itu. Walaupun begitu
dia agak bersyukur kerana pembantu Puan Khadijah sudi menjaganya disini.
“Waalaikumsalam Jamil. Tak apa. Penting
sangat ke hal tu dengan saya?”
“Mungkin perkara tu tidak penting bagi puan
tapi bagi pihak hospital memang sangat penting. Hanya puan yang boleh
selesaikannya.” suara Jamil berubah serius.
Berkerut dahi Dhia mendengarnya.
“Cakaplah apa dia.”
“Semalam Encik Razree jerit nama puan
sampai semua pegawai polis dikeliling Encik Razree tak tahu nak buat apa dah.”
Dhia terdiam. Abang Raz jerit nama aku?
Huh, menyesallah tu sebab tikam perut aku. Padan muka dia! bibirnya dicemikkan
tanda meluat.
“Saya tak nak ada kaitan dengan dia lagi.
Awak keluarlah. Saya nak berehat.”
“Tapi puan…” Jamil jadi gelisah. Pihak
hospital sudah berapa kali berpesan kepadanya supaya memujuk Dhia bercakap
dengan Muhd Razree. Tapi apa yang dia terima saat ini? Hurm…apa yang aku patut
buat ya? Fikirnya dalam hati.
“Jangan buat saya bertambah tertekan,
Jamil. Tolong berikan saya peluang untuk berehat. Apa yang berkaitan dengan dia
saya takkan ambik kesah lagi. Cukuplah dia jadikan saya begini.”
“Dhia…”
Tubuh Dhia terkaku saat itu. Jamil
berpaling ke belakang. Tidak sangka lelaki yang dibenci isteri majikannya sanggup
datang ke bilik ini dengan berkerusi roda!
Muhd Razree ditemani beberapa orang
pegawai dan seorang jururawat lelaki bagi menjaga lelaki itu agar tidak
melarikan diri. Muhd Razree sekarang dibawah tahanan polis jadi apa yang lelaki
itu buat atau lakukan, pihak polis akan mengawasi tingkah laku Muhd Razree.
“Aku nak kau keluar dari bilik ini
sekarang Jamil. Jangan ganggu perbualan aku.” bergetar suara Muhd Razree
selepas pegawai polis dan jururawat diarahkan menunggu diluar dengan arahannya.
Sejenak dia merenung wajah Dhia yang pucat. Bekas kekasihnya itu tampak murung
dan bersedih. Tapi sebab apa? Takkan disebabkan dia kot?
Dia datang ke sini bukan untuk bergaduh
tetapi dia datang ke sini untuk meminta maaf. Sejak malam tadi jiwanya tidak
tenang selagi tidak mendapat kemaafan daripada Dhia. Dia tahu salahnya menikam
adik iparnya itu.
“Kau tak ada hak nak suruh dia keluar
dari bilik ini tanpa arahan aku. Jamil, awak stay di sini. Jangan ke mana-mana
selagi dia ada kat sini.”
Jamil keliru. Mana satu yang dia harus
ikut. Puan Dhia atau Muhd Razree?
“Jamil…” Bergetar suara Muhd Razree
sekali lagi.
“Jamil, awak penjaga saya jadi awak kena ikut
cakap saya!” tegas dan serius sahaja riak wajah Dhia tatkala menuturkan kata.
Dia sengaja menyuruh Jamil menjaganya disini. Dia bimbang Muhd Razree akan
mengapa-apakan dirinya. Sudahlah emosi dan mental lelaki itu tidak berapa
stabil.
Jamil menunduk. Akhirnya dia memilih
untuk mengikut kata-kata Puan Dhia. Betul juga kata Dhia. Raymi Zikri telah
mengarahkannya menjaga Dhia dengan sebaik mungkin jadi dia tidak boleh
sewenang-wenangnya menurut arahan yang diberikan Muhd Razree. Tak pasal-pasal
gajinya kena potong nanti!
“Kau nak apa datang sini? Nak tikam aku
lagi?” bentak Dhia kasar. Ada nada sindiran di situ.
Muhd Razree menundukkan wajahnya. Tidak
sangka Dhia akan berkata begitu kepadanya. Terpaksalah dia menadah telinga
mendengar apa yang gadis itu katakan padanya.
“Tak nak jawab? Huh, memang baguslah
pegawai polis ada dengan kau sekarang. Tak payahlah aku takut apa kau nak buat
pada aku lepas ni.” ejeknya.
“Dhia, Abang Raz mintak maaf atas
apa yang berlaku dua hari lepas. Abang tak ada niat nak...”
Belum sempat Muhd Razree
menghabiskan kata-katanya, Dhia pantas mencelah.
"Kau tak ada niat nak tikam
aku? Macam tu? Habis tu ayat yang kau luahkan pada aku sebelun kau tikam perut
aku bukan niat kaulah ya? Dasar lelaki penipu! Tolol, bodoh!” jeritnya kuat.
Jamil yang berada disisinya tersentak.
Muhd Razree yang tidak jauh
daripada Dhia terpana dengan jeritan itu. Kesatnya kata-kata Dhia terhadapnya.
Terhiris jiwanya.
“Abang Raz mintak maaf Dhia. Abang
buat semua itu sebab Abang Raz tak dapat terima hakikat yang Dhia dah kahwin
dengan Ray.”
Dhia mencemuh. “Maaf kau tak dapat
mengubah perut aku kepada asal. Ucapkanlah berapa kali kata maaf pada aku
jangan harap aku akan terima kemaafan kau!”
Dhia tarik nafas panjang sebelum
air matanya bergenang. “Disebabkan kau tikam perut aku, aku tak dapat lahirkan
zuriat untuk suami aku. Tahniah sebab berjaya buat kebahagiaan aku punah dalam
sekelip mata. Tahniah Muhd Razree. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk kau
berambus dari sini. Berambus!” Teriaknya bagai orang hilang akal.
Terangkat bahu Muhd Razree apabila
mendengar kata-kata Dhia. Semakin tertekan jiwanya sekarang ini.
“Abang Raz akan keluar dari bilik
Dhia tapi Abang Raz nak Dhia tahu Abang Raz takkan berhenti berdoa untuk
mendapat kemaafan daripada Dhia walaupun Abang Raz akan berada di penjara
selepas ini untuk jangka masa yang lama.”
“Aku kata berambus,
berambus!!”jerkah Dhia. Tiba-tiba perutnya berasa senak.
“Ya Allah…sakitnya…” Dhia mula
merintih. Air matanya kembali mengenang. Jururawat lelaki yang ditugaskan
menjaga Muhd Razree keluar dari bilik Dhia dan bergegas memanggil doktor pakar
yang selama ini menjaga Dhia.
“Puan…” Jamil mula beriak risau.
“Dhia…” Muhd Razree sekali lagi
terpana. Kepalanya didongakkan.
“What the hell is this?!!”
Jamil dan Muhd Razree sama-sama
berpaling ke belakang. Terkejut barangkali kerana suara yang tidak terduga itu.
4 ulasan:
best.
Ray ke tu???
yes yes... dhia tk bole ngandung.. haahaa..
Padan muka ko dhia,sapa suruh xmo ada anak cpt2
Catat Ulasan