Makanan
yang dihidang Dhia langsung tidak berusik. Apa yang menjadi perhatiannya
sekarang adalah isterinya itu. Setiap suapan yang masuk ke mulut Dhia menjadi
santapannya sehingga isterinya itu pelik dengan tingkah lakunya.
“Abang kenapa tak makan?” Terhenti suapan
di mulut Dhia tatkala dia melihat nasi dan lauk-pauk di pinggan Raymi Zikri
tidak berusik.
Raymi Zikri menongkat dagu dengan mata
yang tidak berkelip memandang Dhia. “Abang rasa perut abang tiba-tiba kenyang
tengok sayang makan. Berselera betul abang tengok sayang suap nasi tu.”
Dhia mengeluh perlahan. Seleranya
tiba-tiba merundum apabila suaminya berkata begitu. Susah payah dia menyiapkan
hidangan malam untuk suami tercinta namun suaminya itu langsung tidak mahu
makan.
“Dhia suapkan abang makan ya.” Dhia
mengambil sedikit nasi dan sambal ikan lalu disuap ke mulut suaminya. Dia tidak
boleh membiarkan suaminya tidak makan.
Tidak berkalih anak mata Raymi Zikri
memandang Dhia tatkala nasi masuk ke dalam mulutnya. Malu-malu Dhia apabila
dipandang begitu.
“Sedap?”soalnya.
Raymi Zikri merasa masakan pertama yang
dibuat isterinya. Hurm, boleh tahan walaupun ada rasa manis kat sambal itu.
“Sedap…pandai isteri abang masak.” Dia mengambil peluang dengan mengusap pipi
Dhia dengan manja.
Dhia terkaku. Dadanya jadi berdebar-debar
apabila diusap begitu. Tambah-tambah lagi yang mengusap pipinya adalah suaminya
sendiri, makin berdebar-debarlah hatinya.
“Abang, nanti pembantu rumah tengoklah.”
gelisah suaranya. Dia berusaha menepis namun tangan suaminya makin ligat
memegang keseluruhan mukanya dan bibirnya! Ah, sudah! Apa yang suaminya
perlukan darinya sekarang ini? Dia menelan air liur.
Takkan nak buat malam pertama kot?
Eei…fikiran aku dahlah bercelaru sekarang ni. Janganlah dia mintak aku jalankan
tanggungjawab seorang isteri malam ni. Aku tak bersedia lagi.desis hatinya.
“Dia orang faham kita baru berkahwin.
Mestilah nak bermanja.” Raymi Zikri makin ligat. Dia mula menarik kerusi dan
mendekati Dhia yang sudah berubah cemas. Tangannya mengusap sekali lagi bibir
Dhia yang dicalit dengan lip ice.
“Sayang cantik sangat malam ni.”pujinya
dengan nada romantis.
“Abang…janganlah.” Dhia pantas menepis.
Dia menyuap kembali nasi yang terbiar beberapa minit tadi. Dia tidak boleh
biarkan dirinya terbuai dengan sikap romantis Raymi Zikri.
“Abang nak cium bibir sayang. Sekali aje.
Dalam bilik abang cium lagi.” Tiada rasa malu Raymi Zikri pada malam ini.
Selamba sahaja dia menuturkan ayat yang berunsur sensual itu.
“Mintak maaf, bang. Dhia tak dapat
tunaikan permintaan abang tu. Dhia ke dapur dulu.” Dhia bangun meninggalkan
suaminya dan bergegas ke dapur membasuh pinggan. Lama di sini bersama Raymi
Zikri, jiwanya boleh rapuh.
Raymi Zikri kecewa. Nampaknya pelakuan
romantisnya terhadap Dhia tidak menjadi. Dia memegang poket kirinya yang
mengandungi sejenis cecair. Cecair tersebut diletakkan di dalam gelas isterinya
lalu dikacau dengan sudu supaya cecair tersebut tidak kelihatan.
“Hanya kau yang boleh bantu aku untuk
dapatkan Dhia malam ini, cecair.” katanya seorang diri sebelum dia tergelak
kecil.
Setelah itu dia bangun dan mengangkat
pinggan dan gelas milik isterinya lalu di bawa ke dapur. Dhia yang perasan
kelibat suaminya buat-buat sibuk membasuh pinggan.
“Sayang, sayang lupa nak bawak gelas
sayang ke dapur.” Dia unjurkan gelas tyang penuh dengan air sirap itu kepada
isterinya.
“Hurm…Dhia lupa. Sorry.” Dhia teragak-agak mengambil gelas itu dari suaminya. Tanpa
berfikir panjang, Dhia terus menghirup air sirap itu sebelum membasuh gelasnya.
Raymi Zikri tersenyum panjang. Nampaknya
berhasil juga tindakannya memasukkan cecair ke dalam gelas Dhia.
Malam ini akan jadi malam pertama kita
sayang. katanya dalam hati dengan senyuman yang tidak lekang dibibirnya.
Raymi Zikri membuka mata apabila terasa cahaya menyinari tingkap
biliknya. Dia berpaling ke kiri dengan senyuman lebar. Nampaknya Dhia tidak
memberontak dengan apa yang dia lakukan semalam.
“Sayang, terima kasih untuk semalam.
Abang bahagia sangat.” Dahi Dhia dikucup hangat. Dia benar-benar bahagia dengan
apa yang berlaku semalam. Selimut putih yang menutup sebahagian tubuh Dhia
dibetulkan.
“Sayang, bangun…” Dia mengusap rambut
Dhia.
Dhia membuka mata. Wajah Raymi Zikri
hampir mengena mukanya. Tiba-tiba dia menangis. Dalam pukul tiga pagi tadi dia
sedar-sedar dirinya tidak berbaju. Mahu sahaja dia menjerit saat pada Raymi
Zikri yang dia tidak bersedia untuk menjalankan tanggungjawab yang satu itu
namun apabila dia melihat wajah Raymi Zikri yang sedang enak dibuai mimpi, dia
jadi tidak sampai hati untuk memarahi suaminya. Tak ada guna untuk dia
berterusan memarahi suaminya kalau perkara itu sudah pun terjadi.
“Abang bahagia? Dhia tak bahagia
langsung.” Dhia pantas bangun dari pembaringan dan turun dari katil bersama
selimut yang membaluti tubuhnya semalam. Air matanya tiba-tiba mengalir deras.
“Sayang, maafkan abang sebab buat Dhia
macam tu. Abang bukan sengaja nak pengsankan Dhia. Abang terpaksa sayang.”
“Abang tak boleh tanya Dhia dulu ke? Kita
bukan kahwin dengan terpaksa tau. Kita kahwin atas dasar suka sama suka. Tak
salah kan mintak dengan cara baik?”marahnya tanpa sedikit pun berpaling pada
Raymi Zikri yang termangu di atas katil.
Raymi Zikri mengeluh perlahan. Dia turun
dari katil dan menghampiri Dhia yang berada di depan tingkap lalu memeluknya
erat. “Abang mintak maaf sayang. Abang tahu abang salah. Abang buat semua ini
sebab abang nak Abang Raz tahu yang Dhia adalah milik abang luar dan dalam. Sayang
ingat abang tak tahu Abang Raz ada call dan mesej Dhia semalam?”
“Abang tahu?” Dhia memandang tajam
suaminya. Dadanya berdebar. Takut jika dia akan dimarahi dengan teruk.
“Abang wajib tahu sayang. Nasib baik
abang kelar tangan abang semalam. Kalau tidak dah lama Dhia jadi janda.”sempat
lagi dia membuat gurauan.
“Abang…please jangan sebut pasal kelar tangan tu. Dhia tak nak abang mati
awal. Dhia sayang abang.” Dhia membalas pelukan suaminya.
Raymi Zikri tersenyum lebar. Akhirnya dia
berjaya meruntun perasaan Dhia.
“Abang pun sayang Dhia. Sayang
sangat-sangat. Sayang abang lebih hebat daripada Abang Raz. Dah, jangan
menangis ya. Nanti abang pun akan sedih jugak.”
Dhia mengangguk.
Lewat petang itu, kereta
Mercedes Benz milik Puan
Khadijah tiba di perkarangan rumah. Dada Dhia bergetar hebat. Jika kereta itu
muncul di rumah ini maknanya Muhd Razree sudah pulang ke rumah.
“Abang, Dhia rasa Dhia tak bersedia untuk
semua ini. Dhia betul-betul tak mampu nak bertemu Abang Raz. Izinkan Dhia masuk
dalam bilik dulu.” pinta Dhia perlahan. Dia berpaling ke belakang, berkira-kira
untuk naik ke bilik.
Dhia nak masuk bilik? Takkanlah dia
sorang-sorang aje kat sini? Raymi Zikri sudah jadi tidak tentu arah. Baru dia
bercadang untuk memperkenalkan Dhia sebagai isterinya di depan Muhd Razree.
Habislah. Apa yang patut aku buat ni? bisik
hatinya bimbang.
Kereta Puan Khadijah berhenti di
hadapannya. Raymi Zikri berpaling ke belakang dengan muka yang berkerut risau.
“Ehem, ehem…Assalamualaikum…” ucapan
salam diberikan sebaik sahaja Muhd Razree keluar dari kereta. Sempat juga dia
mengerling tajam ke belakang memandang Jamil yang berdiri tegak di belakangnya
dengan wajah takut-takut.
Jamil yang perasan anak mata Muhd Razree
memandangnya tergesa-gesa mengeluarkan barang milik Muhd Razree dari dalam
bonet kereta. Dia tidak berani menatap anak mata lelaki itu walauapun sesaat
cuma.
Raymi Zikri tidak boleh bersabar lagi.
Dia mesti mendapatkan Dhia dan menunjukkan pada abang kandungnya itu Dhia
adalah miliknya, haknya!
Muhd Razree terkedu apabila salamnya
tidak dijawab. Dia berdehem seketika sebelum wajahnya diseriuskan semula.
“Sayang…” Raymi Zikri berlari anak
mendapatkan Dhia yang sudah meniti anak tangga kedua.
Dhia tersentak. “Abang kan Dhia dah cakap
Dhia tak mampu nak bertemu Abang Raz.”
“Ikut abang.” Raymi Zikri tidak
mempedulikan kata-kata Dhia sebaliknya dia menarik lengan Dhia dan bersatu
dengan lengannya. “Abang ada, jangan takut.” Serius sahaja suaranya.
“Abang…” bergetar suara Dhia menjawab. Hampir
menangis dia disitu.
Raymi Zikri tidak menjawab sebaliknya dia
memeluk bahu Dhia dengan erat. Dia mahu tunjukkan pada Muhd Razree yang Dhia
sudah menjadi miliknya yang sah.
“Abang, macam mana dekat Dubai. Best?”
tanya Raymi Zikri saat mereka bertemu empat mata dengan Muhd Razree. Suaranya
sengaja diceriakan bagi memberi gambaran yang sedang bahagia menjalani
kehidupan rumahtangga bersama Dhia.
Soalan Raymi Zikri dibiarkan sepi. Mata Muhd
Razree tajam memandang tangan Raymi Zikri yang erat memeluk bahu Dhia.
Cemburunya datang berganda-ganda.
Dhia yang perasan dirinya diperhatikan
cepat-cepat menundukkan wajah. Tidak berani dia bertentang mata dengan insan
yang pernah menjadi kekasih hatinya.
“Abang nak ke dapur.” Hambar sahaja
kata-kata Muhd Razree. Inilah peluang yang ditunggu-tunggu olehnya. Rasa sakit
hatinya akan terbalas selepas ini.
Raymi Zikri dan Dhia sama-sama
tercengang. Kenapa dengan Abang Raz? Tiba-tiba saja nak ke dapur.
“Tolong!!”teriak Amira dari dapur.
Raymi Zikri dan Dhia yang duduk di meja
sama-sama terkejut dengan jeritan Amira. Apa yang tak kena kali ini? Mereka
bingkas bangun dan bergegas ke dapur.
“Kenapa Amira?” tanya Raymi Zikri setelah
dia menghampiri pembantu rumahnya yang terduduk di depan pintu dapur. Riak wajahnya
penuh bimbang dan risau.
Amira tidak menjawab sebaliknya dia
menekupkan wajahnya.
Dhia disisi suaminya meliarkan matanya memandang sekeliling. Rasanya tak ada apa yang berlaku di dapur ini. Tapi dia hairan, mana pula Abang Raz pergi? Tadi kata nak pergi dapur. Takkan Abang Raz keluar dari pintu belakang kot?
Dhia disisi suaminya meliarkan matanya memandang sekeliling. Rasanya tak ada apa yang berlaku di dapur ini. Tapi dia hairan, mana pula Abang Raz pergi? Tadi kata nak pergi dapur. Takkan Abang Raz keluar dari pintu belakang kot?
“Amira, Encik Raz mana?” Kali ini Dhia
pula yang menyoal.
“Aah, Amira. Abang saya mana? Tadi dia
kata dengan saya dia masuk dapur tapi saya tak nampak pun kelibat dia.”
Amira tetap diam. Bibirnya mengeletar
sahaja.
“Amira, saya tanya ni jawablah.” Sengaja
Raymi Zikri mengeraskan suaranya.
“Abang Raz kat sini.” jawab Muhd Razree
tersekat-sekat. Tangannya yang berdarah disandarkan di tepi pintu. Dibiarkan
darah itu mengalir jatuh ke atas jubin berwarna krim.
“Ya Allah Abang Raz apa dah jadi ni?”
Raymi Zikri bangun mendekati Muhd Razree.
Amira yang terdiam sejak dari tadi terus
bangun dan berlari masuk ke biliknya. Dia tidak betah berada di sini walaupun
seminit. Kehadiran Muhd Razree begitu menakutkan dirinya. Sanggup lelaki itu
mengelar tangan sendiri tanpa berfikir kesan buruk. Muhd Razree benar-benar
sudah gila!
“Jangan dekat dengan aku! Aku benci kau!”
Muhd Razree menolak kasar tubuh Raymi Zikri hingga lelaki itu jatuh tersembam
ke atas jubin.
“Abang bawak bertenang. Kita selesaikan
dengan cara baik”ujar Dhia takut-takut.
“Masalah aku boleh selesai kalau aku cucuk
pisau ni dekat perut kau. Nah, rasakan!” Tanpa membuang masa lagi dia terus
menikam perut Dhia. Tiada langsung belas kasihan dalam dirinya.
“Allah...” Dhia terus jatuh terduduk.
“Sayang!!!” Teriak Raymi Zikri kuat.
2 ulasan:
yay! cayalah abg raz. pdn muke dhia. maenkn hati perasaan org lg.. muahaahaa
Amboi, smpt lg back up abang raz ya...kecewa abang ray...hehe
**nur daeya
Catat Ulasan