Saat
Raymi Zikri menjejakkan kaki di kawasan rumah Puan Suria, dia menghembus nafas
berkali-kali. Nafas yang selama ini berjalan lancar menjadi tidak teratur.
Semuanya gara-gara ingin melamar Dhia!
Cincin yang baru dibeli tadi dipandang
dengan perasaan membuak-buak. Ya, inilah bukti yang dia amat memerlukan Dhia
sebagai isterinya. Cincin inilah peluangnya untuk mengikat gadis itu disisinya.
Jika askar berani bertempur di medan
perang, dia Raymi Zikri akan berjuang berhabis-habisan melamar Dhia sampai
bibir gadis itu mengungkapkan SETUJU di depannya.
“Asssalamualaikum..." Salam diberi
tanda hormat. Dari dalam kereta tadi dia lihat rumah Puan Suria seperti tiada
orang. Sunyi sahaja.
Puan Suria yang sedang menepuk salah satu
kusyen di ruang tamu tersentak apabila seseorang memberi salam dari luar. Siapa
pulak datang petang-petang ni?
“Waalaikumsalam. Sekejap ya.”laungnya.
Sepantas kilat dia mengambil tudung sarung yang tergantung di dinding lalu
dipakai.
Raymi Zikri lega. Salamnya disambut juga.
Tidak sia-sia dia datang ke rumah Puan Suria waktu begini.
Pintu dibuka dari dalam. Semakin berdebar
perasaan Raymi Zikri.
“Ray?” Puan Suria terperanjat.
“Ya, mak cik. Saya Ray. Tentu mak cik terkejut
dengan kedatangan saya. Maaflah saya datang tanpa telefon mak cik dulu.
Emm...Dhia ada mak cik? Saya nak jumpa dia sekejap."pintanya telus.
Puan Suria mengeluh berat. Pagi tadi Dhia
ada mengatakan padanya tidak mahu berjumpa dengan cucu-cucu Puan Khadijah dalam
beberapa hari ini.
Bila ditanya mengapa Dhia menjawab kerana
kedua-duanya menyukai dirinya dan mahu menjadikan Dhia sebagai seorang isteri.
Lagi pula Muhd Razree ingin mengahwini anaknya minggu depan. Sungguh dia
terperanjat dia waktu itu. Hampir sahaja dia merajuk panjang dengan Dhia kerana
dia orang terakhir yang tahu tentang perkara itu tetapi mengenangkan keadaan
Dhia yang nampak tertekan itu dia jadi serba salah pula untuk membuat begitu.
Dia takut Dhia akan melakukan sesuatu diluar jangkaan.
Sekarang ini salah seorang cucu Puan Khadijah
datang ke rumahnya. Patut ke dia membenarkan lelaki ini masuk?
"Maaf Ray. Mak cik rasa waktu ini
bukan masa yang sesuai untuk Ray bertemu dia. Dhia perlukan ketenangan sekarang
ini. Dhia terlalu tertekan dengan apa yang berlaku semalam dan mak cik harap
Ray bagilah peluang untuk dia berehat."
Raymi Zikri diam. Tidak sangka Dhia
tertekan dengan perkahwinan yang bakal berlaku diantara dia dan abangnya. Kotak
cincin yang dipegang sejak dari tadi digenggam kemas.
Perlukah dia membatalkan niatnya untuk
melamar dia? Tidak! Dia perlu berusaha. Masa yang terhad ini perlu dia gunakan
sebaik mungkin. Abang Raz dan nenek sudah berangkat ke Dubai jadi dia harus
mengahwini Dhia secepat yang mungkin.
"Mak cik, saya perlu sangat jumpa
dia. Hati saya tak tenteram selagi Dhia tak ada kat depan mata saya. Saya
ikhlas sayangkan dia mak cik dan saya betul-betul nak melamar dia sebagai
isteri saya yang sah. Mak cik tolonglah izinkan saya jumpa dia. Sekejap pun
jadilah."rayu Raymi Zikri. Sudah sampai masanya dia berterus terang pada
Puan Suria yang dia sukakan Dhia. Berkata jujur lebih baik daripada menipu.
Puan Suria serba salah. Pengakuan Raymi
Zikri membuatkan lidahnya jadi kelu untuk berkata tidak.
“Betul kamu sayangkan Dhia? Betul kamu
cintakan Dhia?" Dia inginkan kepastian dari mulut cucu Puan Khadijah itu.
“Demi Allah saya sangat sayang dan
cintakan Dhia. Cinta dan sayang saya lebih mendalam berbanding cinta abang saya
pada dia."
“Tak sangka adik-beradik boleh cintakan
seorang janda seperti Dhia. Mak cik setuju kalau kamu disatukan. Mak cik tak
kisah siapa pun pasangan Dhia janji lelaki itu dapat terima kekurangan yang ada
pada diri dia."
“Itu mak cik jangan bimbang. Semua
manusia mempunyai kekurangan. Saya pun ada kekurangan jugak dan saya yakin saya
boleh terima kekurangan Dhia.”
Penerangan yang yakin daripada Raymi
Zikri membuatkan hati Puan Suria yang gundah gulana menjadi tenang. Dia yakin
Raymi Zikri mampu menjadi suami yang baik buat anaknya.
“Kamu pergi kat belakang. Dhia tengah
sidai baju dia. Kamu tak kisah kan kalau pergi sendiri? Mak cik ada kerja sikit
nak buat kat ruang tamu."
“Itu tak jadi masalah Mak cik. Mak cik
sambunglah kerja mak cik tu. Biar saya sendiri pergi belakang Harap-harap Dhia
sudilah terima saya jadi suami dia lepas ni. Hurm...”
“Amboi kamu ni...tak sabar-sabar!"
Puan Suria ketawa.
Raymi Zikri senyum sahaja. Memang dia tak
sabar-sabar pun. Tapi dipendamkan sahaja dalam hati. Dia perlu bersikap matang
dihadapan bakal ibu mertuanya.
“Ray pergi dulu ya mak cik.” Raymi Zikri
masuk ke dalam sebelum dia turun ke bahagian dapur milik Puan Khadijah.
Puan Suria angguk sebelum dia meneruskan
kerjanya yang tergendala tadi. Kain kusyen sudah lama tidak dibasuh. Jadi masa
yang terluang ini dapatlah dia membasuh semua kain kusyen yang ada di ruang
tamu. Tak basuh nanti bau lain pula yang muncul.
Sesalanku menghimpit diriku
Tak lagi ku bersamanya selalu
Sesalanku dia telah pergi jauh mengapa ku biar dia berlalu
Wajahnya selalu di mindaku
Tak lagi ku bersamanya selalu
Sesalanku dia telah pergi jauh mengapa ku biar dia berlalu
Wajahnya selalu di mindaku
Sambil menyanyi lagu Ezlynn itu, tangan
Dhia lincah menyidai baju-bajunya di atas ampaian. Lagu itu memang ada kaitan
dengan hidupnya sekarang ini.
“Sedapnya sayang nyanyi...”
“Opocot!” Salah satu pakaiannya terjatuh
ke atas rumput. Dhia terkejut apabila dia ada orang memanggilnya sayang.
Alamak! Baju dalam aku. Dhia pandang ke kiri. OMG! Abang Ray ada kat sini?
Malunya!! Dhia mahu mengambil baju dalamnya namun lelaki itu pantas
mengambilnya. Makin bertambah-tambah malunya pada lelaki itu. Merah padam
wajahnya.
“Nah ambiklah.”
“Hesy!” Dhia pantas menarik baju dalamnya
dengar kasar lalu disorokkan ke belakang badannya. Raymi Zikri tersengih-sengih
disitu.
“Kau buat apa kat sini?” Kasar bahasanya.
Panggilan pun sudah berubah. Baru sahaja Dhia mahu menenangkan dirinya di rumah
ini tanpa memikirkan tentang Raymi Zikri dan pernikahan yang bakal diadakan
hari ini, Raymi Zikri muncul.
“Apa kau-kau ni? Panggillah Abang
sayang..."gemersik suara Raymi Zikri mendebarkan jiwa Dhia.
“Huh!” Dhia berpaling ke tempat lain. “Datang
tak bagi salam main masuk aje rumah orang! Tak malu ke?” marahnya. Baju
dalamnya yang disorok tadi cepat-cepat di masukkan ke dalam bakul, sengaja
digumpal dengan baju-bajunya yang lain. Takut mata Raymi Zikri tertumpu di baju
dalamnya.
“Abang dah bagi salam kat bakal ibu
mertua abang tadi. Sayang abang ni janganlah monyok aje bila jumpa abang. Cuba
senyum sikit.”
“Suka hati oranglah!”dengus Dhia. “Aku
tanya sekali lagi, kau buat apa kat sini? Bukan ke kau tak sihat? Duduk ajelah
rumah, berehat.”
“Prihatin jugak kat abang ya. Ini yang
buat abang makin tak sabar-sabar nak jadikan Dhia isteri abang ni.”
“Siapa nak jadi isteri dia entah! Huh,
dahlah aku nak masuk dulu. Kau tinggallah kat sini sorang-sorang.” Dhia sudah
berkira-kira untuk masuk ke dalam walaupun separuh hatinya mahu berada disitu
lebih lama bersama Raymi Zikri. Bakul yang mengandungi pakaiannnya dipeluk
kemas.
“Sayang…” Raymi Zikri cemas. Dia tidak
akan biarkan Dhia masuk ke dalam selagi lamaran yang dipendam selama ini tidak
terucap di depan Dhia. Segera dia menghadang tangannya. Kotak cincin yang
berada digenggamannya sejak tadi disimpan dalam poket.
“Ada apa?!”marah Dhia. Marah-marah
sayanglah katakan…
“Marry
me, please?” Raymi Zikri tanpa menunggu lagi terus duduk melutut. Terkaku
Dhia disitu. Hampir terjatuh bakul yang dipegangnya.
“Aaa…apa kau buat ni? Baa…bangunlah. Mak
aku nampak nanti.” Dhia gelabah. Dalam hati Dhia gembira kerana Raymi Zikri
sudi melamarnya sekali lagi.
“Mak cik tak kisah, sayang.” Kotak cincin
dikeluarkan lalu dibuka. Cincin pertama yang dibeli di Poh Kong tadi dihulurkan
kepada Dhia yang kelihatan tercengang dengan aksinya.
“Sudikah Dhia binti Muhd menjadi suri di
hati Raymi Zikri sepanjang hidup?”
“Err…aku tak boleh, Ray. Aku tak boleh.”
Dhia pantas mengelengkan kepala. Dia seperti dialam mimpi ketika ini. Dilamar
oleh putera raja yang sangat maskulin seperti yang tersiar di drama.
“Jangan hampakan perasaan abang, Dhia.
Ini sajalah caranya yang boleh buat Dhia terikat dengan abang. Abang takut Dhia
terlepas di tangan Abang Raz. Abang takut.” Tanpa sedar, air mata Raymi Zikri
berderai. Wajahnya menunduk.
Dhia jadi tidak keruan. Raymi Zikri
bersedih kerana dirinya? Oh terharu rasanya. Dhia duduk melutut seperti yang
dilakukan Raymi Zikri. Dia terkesan dengan ayat yang terluncur di bibir lelaki
ini.
“Abang…Dhia mintak maaf. Dhia bukan
sengaja nak marahkan abang. Abang kena faham, lagi berapa hari Dhia akan
berkahwin dengan Abang Raz. Dhia tak boleh nak berpatah balik ke belakang
lagi.”
“Abang Raz dah ke Dubai, sayang. Inilah
peluangnya untuk kita mendirikan rumah tangga bersama-sama.”
“Abang Raz ke Dubai? Buat apa?”Dhia
bertambah terkejut. Mungkinkah kerana dia?
“Itu abang tak pasti.” Padahal dia tahu
yang Muhd Razree ke Dubai bersama nenek kerana mahu membeli barang hantaran
perkahwinan. Terpaksalah dia menipu dihadapan Dhia.
“Nenek bagi tahu abang korang
akan nikah hari ni kat pejabat agama tapi Dhia larikan diri sebab tidak suka
didesak Abang Raz kan?”sambungnya lagi.
Dhia angguk perlahan.
“Mungkin sebab itulah Abang Raz pergi ke
Dubai. Abang nak tanya, Dhia suka kahwin dipaksa ke atau dengan rela hati?”
“Mestilah dengan rela hati.”
“Kalau dengan Abang Raz Dhia terpaksa,
dengan abang Dhia rela kan?”
Dhia angguk lagi.
“Jadi, cincin ini adalah tanda permulaan
untuk Dhia jadi isteri abang.” Raymi Zikri mengambil tangan kanan Dhia lalu
disarungkan cincin itu ke jari manis Dhia.
Dhia terkedu bercampur terharu. Nampaknya
Raymi Zikri bersungguh-sungguh untuk memperisterikannya.
“Abang sungguh-sungguh nak kahwin dengan
Dhia?”
“Ya sayang. Kalau tak abang takkan datang
ke sini melamar Dhia. Abang dah sedia nak kahwin dengan Dhia ni.”luahnya penuh
jujur dan telus.
“Bila?”Opss! Dia boleh tanya bila pula.
Dhia, Dhia. Kau pun sama-sama tak sabar macam Raymi Zikri jugak ya.bisik
hatinya.
Raymi Zikri tersenyum. Nampaknya Dhia
turut berperasaan sama sepertinya. Ini yang makin membuatkan dia tak
sabar-sabar ni nak bersama Dhia ni!
“Esok ya sayang…”
“Haa? Esok?!!” Dhia terbangun sendiri.
Tidak terjangkau dek fikirannya pernikahannya akan berlangsung esok.
Raymi Zikri angguk. “Lagi cepat lagi
bagus…”
Dhia mati kata.
2 ulasan:
Waaaa ....kawin esok....yeahhh
Esok???...x sbr npk nya ye Ray...
Catat Ulasan