Dhia
duduk berteleku berbaring di atas katil tanpa sedikit pun memandang Raymi Zikri
yang sedang membetulkan sampin di hadapan cermin. Cincin di tangan kanannya
dipandang sayu. Cincin inilah yang membawanya ke alam bahagia. Cincin ini
jugalah tanda dia sudah menjadi isteri kepada Raymi Zikri.
Meskipun baju pengantinnya kali ini tidak
seindah baju pengantinnya ketika berkahwin dengan Imran dahulu, tidak
mematahkan semangatnya untuk berdampingan bersama Raymi Zikri di atas pelamin
sebentar lagi.
“Sayang…diam aje. Senyumlah sikit.” ucap
Raymi Zikri setelah siap membetulkan sampin. Dia berjalan menghampiri Dhia lalu
mencium dahi isterinya.
Dhia mengeluh sedikit sebelum dia
mengangkat wajah dan tersenyum nipis kearah suami tercinta.
“Segak suami Dhia ni. Macam pahlawan
melayu dulu-dulu.” pujinya.
“Mestilah. Sayang pulak walaupun tengah
baring tetap cantik macam bidadari.” Raymi Zikri mencuit manja dagu Dhia. Jika
Dhia memujinya, apa salahnya dia memuji isterinya balik?
Dhia tersenyum hambar. Alhamdulilah, Raymi Zikri masih
memujinya cantik. Begitu pun, hatinya masih libang-libung dengan kenyataan
doktor semalam sebelum suaminya pulang menjenguknya ke hospital.
“Abang, boleh Dhia tahu apa impian abang
lepas kita kahwin?” tanya Dhia teragak-agak. Doanya dalam hati janganlah Raymi
Zikri menjawab anak dalam pertanyaannya ini. Tangannya mencuit dagu suaminya.
Raymi Zikri tersenyum simpul. Impian?
Memang dia ada banyak impian selepas berkahwin dengan Dhia. Sebelum berkahwin
dia tidak pernah terfikir apa-apa impian pun. Bila lepas kahwin baru dia
terfikir impian yang dia perlu kecapi bersama Dhia.
“Abang ada banyak impian lepas kahwin
dengan sayang. Tapi semua impian itu biarlah abang simpan dalam hati. Abang
takut tak jadi.” Katanya dengan muka masam. Benar, dia ada banyak impian yang
perlu dia lunaskan bersama Dhia tetapi cukuplah sekadar dia dan Allah sahaja
yang tahu.
“Ala abang ni, cakap ajelah. Satu pun tak
apa. Dhia tak kisah. Janji Dhia tahu apa impian abang.” Dhia jawab takut-takut
bersama debaran yang mengunung tinggi.
“Kejap ya. Abang nak ambik sesuatu dalam
bagasi abang. Lupa pulak nak bukak lepas dukung sayang balik semalam.” Raymi
Zikri menepuk dahi. Lupa pula dia hadiah untuk isteri tercinta. Memang banyak
hadiah yang dia beli dari Dubai selepas dia berjumpa nenek di hotel.
“Abang bawak apa?” Mahu bangkit dari
pembaringan, Dhia tidak mampu.
Raymi Zikri menghampiri isterinya semula.
Sebuah kotak besar berbentuk empat segi berwarna hitam dibuka. Dua pakaian
kecil yang comel dan satu jubah labuh berwarna maroon dipamerkan kepada Dhia.
“Cantik kan semua baju yang abang beli
ni? Abang belikan khas untuk Dhia. Bila abang ternampak jubah ni, abang pantas
teringatkan impian utama abang.”
“Cantik memang cantik. Terima kasih,
abang tapi apa kaitan jubah dengan baju kecil ni dalam impian abang?” Dhia
bertanya walaupun dia sudah tahu apa yang Raymi Zikri mahu katakan padanya
selepas ini.
“Baju kecil ni untuk anak kita dan jubah
labuh ini abang nak sayang pakai bila sayang mengandung nanti. Tak sabarnya
abang nak ada anak dengan sayang. Harap-harap malam pertama yang abang ‘buat’
pada sayang hari tu akan berhasil dalam beberapa bulan lagi. Kalau sayang nak
tahu, itu impian abang paling utama selepas kahwin dengan sayang dan abang
harap sayang akan laksanakan impian abang tu secepat yang mungkin.”
Merah padam wajah Dhia mendengarnya.
Masya Allah, apa yang ditakuti sudah terluah di bibir Raymi Zikri. Dhia jadi
gundah-gulana. Rambut Raymi Zikri diusap lembut.
“Abang, maafkan Dhia sebab tak dapat
tunaikan hasrat abang. Doktor sahkan Dhia tak boleh mengandung…lepas ni.” tergagap-gagap
Dhia berkata.
Raymi Zikri terpana. Pantas dia berdiri
tegak. Mukanya berubah menjadi merah padam. “Tak err…boleh mengandung? Sayang
jangan bergurau dengan abang. Pasal anak ni tak boleh dibuat main. Abang tak
suka.”
“Dhia cakap betul bang. Ini kenyataan
bukan gurauan.” Dhia mengambil tangan kanan Raymi Zikri yang berdiri tegak
disebelahnya lalu digenggam erat.
Raymi Zikri mengelengkan kepalanya berapa
kali. Tangan kanan yang dipegang isterinya ditarik kasar lalu dia terduduk di
atas jubin bilik.
Tergamam Dhia disitu. “Abang, Dhia tak
ada niat nak sakitkan hati abang tapi…”
“Stop
it!”
“Bukan Dhia sengaja, bang.” terketar-ketar
Dhia berkata. Takutnya dia saat ini melihat raut wajah Raymi Zikri yang berubah
garang.
“I
say stop it!”jerkah Raymi Zikri sekuat hati.
Dhia tersentak. Luluh hatinya mendengar
jerkahan pertama daripada suaminya. Salahkah dia berterus-terang keadaan yang
sebenar? Dia tidak mahu Raymi Zikri terus berimpian memiliki anak dengan cepat
selepas ini.
“I’ll
make a move, now.”
“Abang…” meleret-leret suara Dhia. Tanpa
sedar, air matanya mengalir laju.
Raymi Zikri buat-buat tidak dengar. Dia
melangkah keluar dengan perasaan kecewa. Baru mengimpikan anak bersama Dhia
dalam masa terdekat ini, Dhia sudah mengatakan dia tidak boleh mengandung
selepas ini. Hancur impiannya. Hancur harapannya.
Buat mood aku hancur aje! dengus Raymi
Zikri selepas pintu dihempas dengan kuat. Dia merenung pintu dengan cebikan di
bibir.
Puan Khadijah yang sedang mengarahkan
pekerja untuk meletakkan bunga mawar di tepi tangga terkejut apabila mendengar
hempasan dari bilik atas. Segera dia naik ke atas dan melihat apa yang berlaku.
Hurm…Ray rupanya yang hempas pintu tu.
Puan Khadijah mengelengkan kepala. Dia melangkah menghampiri Raymi Zikri yang
sedang bersandar di tepi dinding, berhadapan dengan bilik. Nampak cucunya itu
sedang menghadapi masalah. Tapi masalah apa? Rasanya setakat ini cucunya itu
tidak mengalami masalah yang berat.
“Cucu nenek. Awat ni?” Puan Khadijah
menepuk bahu Raymi Zikri sehingga terangkat bahunya kerana terkejut.
Raymi Zikri berpaling ke kiri. Riak
wajahnya kembali kepada asal. Dengan nenek dia tidak boleh bermasam muka nanti
banyak soalan pulak yang ditanya.
Selepas kejadian di hotel kelmarin, Puan
Khadijah telah banyak berubah terutama dari segi sikap. Sikap neneknya telah
berubah seratus peratus daripada asal. Makin garang dan makin pemarah! Entah
mengapa dia agak takut dengan sikap nenek ini. Mungkinkah perubahan sikap itu
ada kaitan dengan Abang Raz? Mungkin kot.
“Tak ada apa-apalah, nek. Ray tengah
gementar aje. Biasalah kali pertama naik pelamin.”
“Betul ni?” Puan Khadijah angkat kening.
Jawapan Raymi Zikri tidak memuaskan hatinya. Pasti ada sesuatu yang berlaku ni.
desisnya dalam hati.
“Betul ni?” Sekali lagi Puan Khadijah
bertanya.
Raymi Zikri membetulkan baju melayunya.
“Betul. Nothing to worry ya, nek.”
“Nenek dengar pintu terhempas tadi. Kamu
gaduh dengan Dhia ke?”
“Tak ada, nek. Nenek ni suka fikir yang
bukan-bukan. Dahlah, Ray nak masuk bilik dulu.”
“Masuklah. Nenek nak tengok jugak kamu
masuk dalam bilik.” ujarnya sinis. Dia pasti ada sesuatu yang berlaku diantara
Raymi Zikri dan Dhia. Jika tidak, hempasan pintu itu takkan berlaku pada majlis
perkahwinan hari ini.
Raymi Zikri berdebar-debar. Ya Allah,
nenek ni menakutkanlah! jeritnya dalam hati. Dia teragak-agak mendekati pintu
biliknya. Tombol pintu dipegang dengan rasa gementar.
“Nenek turunlah dulu, nanti Ray masuk.”
Dalam tidak sedar, dia terlepas kata yang memungkinkan nenek memikir yang
bukan-bukan terhadap hubungan dia dan Dhia sekarang ini.
“Aik, bilik kamu kan? Buat apa nak suruh
nenek turun bawah baru kamu masuk? Kamu gaduh dengan Dhia ya?” sekali lagi ayat
sinis diucapkan kepada cucunya.
Aduh, Ray. Tengok! Apa yang kau cakap
tadi nenek dah perasaan kau ada masalah dengan Dhia. satu suara berbisik di
telinganya.
“Ray masuk dululah nek.” Raymi Zikri
mengetap bibir. Baru aje keluar, dah kena masuk balik. Ray, Ray. Kepalanya
digelengkan. Tanpa menunggu lagi, terus dia masuk semula ke bilik. Muram sahaja
wajahnya.
Puan Khadijah mencebik. Tahu sangat Raymi
Zikri ada sembunyikan sesuatu daripadanya. Tengok riak wajah pun dia dah tahu.
Dia berpatah balik semula turun ke bawah. Sempat juga dia berpaling semula ke
belakang melihat samada cucunya sudah masuk ke bilik ataupun belum.
Apabila melihat kelibat Raymi Zikri masuk
ke bilik, Puan Khadijah segera turun ke bawah membantu apa-apa yang patut.
Di dalam bilik, Raymi Zikri bersandar di
belakang pintu. Dhia yang baru sahaja berhenti menangis terkejut bukan kepalang
apabila suaminya masuk ke bilik mereka semula.
“Abang…Dhia tak sangka kata-kata Dhia
akan membuatkan abang marah sampai begini sekali. Dhia mintak…”
“Keep
your mouth shut!” Raymi Zikri menengking Dhia. Dia berjalan laju kemudian
masuk ke bilik air dan menghempas pintu.
“Abang, jangan buat Dhia begini…” Dhia
meraung keseorangan disitu.
4 ulasan:
Kesiannya Dhia...yg Ray tu tiba2 nk marah kenapa? Langsung x bg dhia chance trgkn...
Geram plk ati nihhh..aishhhhh..bkn dhia nk kan????
yay! dhia gado dgn ray..
yay! dhia gado dgn ray..
ada cara lain utk dpt anak tu…teknologi dah ada IUI dan IVF lagipun salur fallopian Dhia tu 1 aje yg dah luka/putus kot…sebelah lagi masih ada….
Catat Ulasan