Abang…
Dhia mintak maaf atas segala-galanya. Mungkin perkahwinan kita tak seperti
orang lain tapi Dhia err...bahagia.” Terketar-ketar mulutnya berkata. Dia
memejam mata menahan sakit yang amat perit di perutnya.
Raymi Zikri bertindak mengenggam tangan Dhia lalu dikucup
berapa kali. “Sayang, tolong jangan tinggalkan abang. Abang tak mampu kalau
sayang tinggalkan abang sekarang. Abang sayangkan sayang. Sangat sayang.
Tolonglah bertahan demi abang, please...”
Air matanya tidak dapat ditahan lagi. Deras air matanya sehingga menjadi merah.
“Abang…Dhia cinta abang dari dunia sampai…aaa akhirat.” Dia
tidak dapat tahan lagi. Mungkinkah ini kali terakhir dia melihat dunia dan
suami tercinta? Matanya tidak larat untuk terus menatap sebening mata Raymi
Zikri yang sedang menangis di hadapannya.
“Abang, selamat err… tinggal.” Itu ucapannya yang terakhir
sebelum dia menutup mata.
“Sayang!!!” sekali lagi dia menjerit dengan sekuat hati. Dia
bagai hilang arah sehingga matanya turut sama terpejam.
“Abang Ray, Abang Ray!”
Raymi Zikri tersentak apabila tubuhnya
digoncang. Matanya yang terpejam sejak Dhia dimasukkan ke wad mula terbuka
luas. Dia bermimpi rupanya. Tidak sangka dia tidur terlalu lama di hospital
ini.
Alhamdulilah, dengan izin Allah SWT, Dhia
masih hidup walaupun ditikam abang kandungnya. Itu kata salah seorang doktor
pakar yang merawat isterinya tadi. Jika isterinya meninggalkan dirinya di dunia
ini, entah apa yang akan jadi pada dirinya.
Abang Raz pula sekarang ini turut berada
di dalam wad cuma abang kandungnya itu dikelilingi dengan beberapa pegawai
polis disebabkan cubaan membunuh Dhia. Nasib baik Amira cepat-cepat bertindak
telefon polis.
“Abang Ray, apa Abang Ray buat kat sini?”
tanya Sally dengan suara yang teragak-agak. Sejujurnya dia berdebar-debar bertemu
lelaki ini semula setelah Raymi Zikri menghalaunya keluar dari rumah.
Wajahnya diraup perlahan sebelum dia
mengerling ke tepi. Suara yang memanggil namanya seperti suara seseorang yang
pernah dikenalinya sebelum ini.
Salina?
“Apa tujuan kau datang ke sini?”
marahnya. Dia bangun dari tempat duduk bersebelahan dengan bilik yang
menempatkan bilik isterinya.
Mata Salina terkebil-kebil apabila Raymi
Zikri memarahinya di depan orang awam. Dalam hati rasa nak ketawa kerana Raymi
Zikri bertanya soalan sebegitu kepadanya. Rasanya tidak salah dia datang ke
hospital ini menemani rakan karibnya, Damia menderma darah. Bukannya Raymi
Zikri owner hospital ini pun sampai
dia tak boleh datang sini!
“Sally rasa tak salah pun Sally datang ke
sini. Abang Ray jangan ingat Sally datang sebab nak jumpa Abang Ray. Ini pun
Sally terpaksa gerakan Abang Ray dari tidur sebab abang tidur berdengkur!”
Raymi Zikri jadi malu sendiri. Dia
berdengkur ya? Dia tersenyum dalam hati. Ingatkan gadis di hadapannya ini mahu
berjumpa dengannya. Rupanya dia salah tafsir tapi dia takkan tunjukkan malunya
di depan gadis ini. Dia pun ada maruah jugak!
“Terima kasihlah sebab kejutkan aku dari
tidur. So, apa tunggu lagi? Sila pergi dari sini ya.” Sinis nada suaranya
sehingga Salina jadi teragak-agak untuk meneruskan apa yang ingin dikatakan
pada Raymi Zikri.
“Boleh Sally tahu apa abang buat kat
sini?” Takut-takut dia bertanya.
“Aku temankan isteri tersayang aku
kenapa?” Raymi Zikri membalas kasar. Malas sebenarnya mahu berbuat baik dengan
Salina.
Salina terkaku. Matanya sekali lagi
terkebil-kebil. “Abang err…dah kahwin? Tapi mengapa err… Sally tak tahu
langsung?” Argh, sudah. Baru hendak memujuk Raymi Zikri supaya menjadi
kekasihnya semula tup tup lelaki ini sudah pun berkahwin.
Kahwin dengan siapa jangan cakaplah.
Semestinya Dhia kan?
“Rasanya kau tak perlu tahu apa yang
terjadi dalam kehidupan aku sekarang ini. Kau dan aku dah tak ada apa-apa
hubungan lagi. Dahlah, duduk berlama kat sini buat hati aku panas aje. Baik aku
balik lagi bagus dari tengok muka kau huh.” Raymi Zikri merengus. Memang dia
tidak boleh duduk disini terlalu lama jika Salina ada di sini. Bikin hatinya
panas sahaja.
Raymi Zikri tanpa menunggu lagi terus
meninggalkan Salina disitu keseorangan.
“Sampai hati abang kahwin dengan Dhia tanpa
beritahu Sally. Sally sayangkan Abang Ray tapi kenapa Abang Ray tak pernah nak
hargai rasa sayang Sally pada Abang Ray?” Dia menangis. Kecewanya dia dengan
sikap Raymi Zikri. Hebat sangatkah Dhia sampai dirinya langsung tidak
dipandang?
“Sally, siapa tadi tu?”
Salina tersentak apabila mendengar suara
teman karibnya di belakang. Dia cepat-cepat menepis airmatanya kemudian
berpaling ke belakang.
“Dia tulah yang bagi aku lima ribu
ringgit hari tu.”
“OMG…lelaki tu ke yang bagi duit
ribu-ribu kat kau? Maknanya dia tergolong dalam lelaki kayalah ni? Wah, best
lah kau dapat kenal dengan dia. Kalau dapat kat aku memang aku takkan lepaskan
mamat tu.”
“Dia dah kahwin, Mia dan aku dah tak ada
peluang lagi untuk tambat hati dia.” keluhnya.
“Ayat macam sedih aje. Tak apa, tak apa.
Kat kelab kan banyak lelaki yang kaya. Kau jangan risau. Nanti aku carikan
untuk kau. Mana tahu lelaki yang aku cari tu lagi hebat daripada mamat tadi tu.
Jangan sedih-sedih okey? Malam ni kita enjoy
kat kelab. Aku tak sabar nak tengok kau menyanyi kat pentas malam karang. Mesti
gempak punya.”
Mengingatkan tanggungjawabnya sebagai
penyanyi di sebuah kelab malam, Salina tersenyum senang. Betul jugak cakap
Damia. Buat apa dia perlu bersedih Raymi Zikri meninggalkannya. Banyak lelaki
lain yang lebih macho dan maskulin boleh didapati di kelab yang dia kerja
sekarang.
“Jomlah, kita gerak sekarang. Dah pukul 4
petang ni. Nanti bos marah pulak kalau lambat check in.” Dia kerling telefon bimbitnya.
“Jom!”
Puan Khadijah berusaha keras membuka ikatan tali yang diikat Muhd
Razree namun siapalah dia untuk berbuat demikian. Dia tiada kekuatan untuk
membuka ikatan tersebut. Sampai hati Muhd Razree membuatnya begini.
Salahnya
juga kerana bercakap dengan Raymi Zikri tentang perkahwinan diantara dia dan Dhia
di depan pintu bilik hotel yang dia menginap sekarang ini jika tidak pasti Muhd
Razree tidak akan melakukan perkara sebegini terhadapnya.
Jam
dinding sudah menunjukkan pukul lapan malam. Mujur dia boleh membuka lampu
bilik yang berada di tepi katil dengan mulutnya yang ditutup dengan kain
telekung miliknya.
‘Laparnya
Ya Allah. Siapalah yang boleh bantu aku sekarang ni? Jamil dahlah balik
Malaysia dengan cucu tak guna tu. Aku sorang-sorang aje dekat sini. Bantulah
hambaMu ini mengisi perutku yang sudah berapa jam kosong tanpa sebarang makanan
dan minuman.’doanya.
Dia
bersandar lemah di belakang katil. Pintu utama dipandang sayu. Tak ada siapa
pun yang ketuk bilik aku ni. katanya dalam hati.
Telefon
bimbit yang berada di dalam begnya
Matanya
beralih pandang keseluruhan bilik yang dia tinggal tiba-tiba matanya tajam
kearah telefon hotel yang tidak jauh dari sisinya. Dia mula berfikir. Ada
baiknya dia telefon Raymi Zikri di Malaysia. Mana tahu cucu bongsunya itu akan
menolongnya keluar dari hotel ini dan pulang ke Malaysia esok?
Tapi
macam mana nak telefon kalau tangan berikat?
Puan
Khadijah mengeluh panjang sebelum dia mendapat satu akal. Walaupun cara ini
boleh mengotorkan telefon hotel tapi itu sahajalah cara terbaik yang dia ada
setakat ini. Kakinya mula menghampiri telefon tersebut. Mulutnya dibuka besar
sebelum dia mengigit bahagian tengah telefon itu dan perlahan-lahan dia
meletakkan ke tepi.
Alhamdulilah,
boleh jugak. Puan Khadijah bersyukur. Cepat-cepat dia menundukkan mukanya.
Ditekan nombor telefon Raymi Zikri satu persatu menggunakan hidungnya. Memang
agak payah namun ini sajalah yang dia mampu setakat ini.
Tut…
tut…Tut…
Puan Khadijah tersenyum lebar.
Tahulah
nasib kau Raz kalau aku balik Malaysia nanti. Dasar cucu tak guna! Rengusnya dalam
hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan