Puan Khadijah berusaha keras membuka ikatan tali yang diikat Muhd
Razree namun siapalah dia untuk berbuat demikian. Dia tiada kekuatan untuk
membuka ikatan tersebut. Sampai hati Muhd Razree membuatnya begini.
Salahnya
juga kerana bercakap dengan Raymi Zikri tentang perkahwinan diantara dia dan Dhia
di depan pintu bilik hotel yang dia menginap sekarang ini jika tidak pasti Muhd
Razree tidak akan melakukan perkara sebegini terhadapnya.
Jam
dinding sudah menunjukkan pukul lapan malam. Mujur dia boleh membuka lampu
bilik yang berada di tepi katil dengan mulutnya yang ditutup dengan kain
telekung miliknya.
‘Laparnya
Ya Allah. Siapalah yang boleh bantu aku sekarang ni? Jamil dahlah balik
Malaysia dengan cucu tak guna tu. Aku sorang-sorang aje dekat sini. Bantulah
hambaMu ini mengisi perutku yang sudah berapa jam kosong tanpa sebarang makanan
dan minuman.’doanya.
Dia
bersandar lemah di belakang katil. Pintu utama dipandang sayu. Tak ada siapa
pun yang ketuk bilik aku ni. katanya dalam hati.
Telefon
bimbit yang berada di dalam begnya
Matanya
beralih pandang keseluruhan bilik yang dia tinggal tiba-tiba matanya tajam
kearah telefon hotel yang tidak jauh dari sisinya. Dia mula berfikir. Ada
baiknya dia telefon Raymi Zikri di Malaysia. Mana tahu cucu bongsunya itu akan
menolongnya keluar dari hotel ini dan pulang ke Malaysia esok?
Tapi
macam mana nak telefon kalau tangan berikat?
Puan
Khadijah mengeluh panjang sebelum dia mendapat satu akal. Walaupun cara ini
boleh mengotorkan telefon hotel tapi itu sahajalah cara terbaik yang dia ada
setakat ini. Kakinya mula menghampiri telefon tersebut. Mulutnya dibuka besar
sebelum dia mengigit bahagian tengah telefon itu dan perlahan-lahan dia
meletakkan ke tepi.
Alhamdulilah,
boleh jugak. Puan Khadijah bersyukur. Cepat-cepat dia menundukkan mukanya.
Ditekan nombor telefon Raymi Zikri satu persatu menggunakan hidungnya. Memang
agak payah namun ini sajalah yang dia mampu setakat ini.
Tut…
tut…Tut…
Puan Khadijah tersenyum lebar.
Tahulah
nasib kau Raz kalau aku balik Malaysia nanti. Dasar cucu tak guna! Rengusnya dalam
hati.
Raymi
Zikri yang sudah keluar dari hospital mengerutkan dahi tatkala telefonnya
berdering nyaring. Dia berhenti di tepi jalan. Telefon bimbitnya diperhatikan
lama. Nombor siapa pulak ni? Kod number lain macam aje. soalnya dalam hati.
“Hello…”
Mendatar sahaja suara Raymi Zikri memulakan perbualan. Baru bangun dari tidur
“Ray,
datang ke sini tolong nenek. Tangan nenek diikat Abang Raz. Nenek tak terdaya
nak makan dan minum. Tak ada sesiapapun yang tolong nenek kat sini.”
Nenek?
Astagfirullahalazim…mengucap panjang Raymi Zikri mendengar keluhan neneknya.
Patutlah dia tak nampak pun kelibat nenek dalam kereta waktu Muhd Razree balik.
Kesian nenek.
“Nenek,
bawak bersabar ya. Ray akan datang ke sana secepat yang boleh. Nenek bagi
nombor telefon pihak pengurusan hotel nanti Ray telefon mereka.”
Puan
Khadijah menyebut satu persatu nombor telefon hotel yang dia menginap ini
walaupun tekaknya agak perit.
“Terima
kasih, Ray. Hanya kamu yang boleh bantu nenek. Kalau tak ada kamu, susah nenek
nak balik Malaysia.” Puan Khadijah menangis. Itu yang dia dapat zahirkan kepada
Raymi Zikri sekarang apa yang berlaku pada dirinya.
“Sama-sama,
nenek. Nenek berehat dulu. Ray nak telefon pihak pengurusan hotel supaya nenek
dapat makan dan minum seperti biasa. Assalamualaikum…”
“Waalaikumsalam.”
Bergetar suara Puan Khadijah menjawab. Bersyukur dia mempunyai cucu seperti
Raymi Zikri. Walaupun cucu bongsunya itu agak nakal dan ego tetapi dia
mempunyai sikap ambil berat yang luar biasa. Memang tidak salah dia menjodohkan
cucu lelakinya itu dengan Dhia yang kurang kasih sayang sebelum ini. Dapatlah
gadis itu merasai bagaimana caringnya
Raymi Zikri.
Malam itu, Raymi Zikri datang semula ke
hospital sambil ditemani Jamil. Pembantu neneknya itu akan menghantarnya ke
KLIA selepas ini. Terpaksalah dia bergerak ke Dubai malam ini. Yalah, lambat ke
sana merajuk pulak nenek dengannya nanti.
Mujur
pihak hospital membenarkannya masuk menziarahi Dhia kalau tidak memang kempunan
dia hendak melihat wajah cantik Dhia.
Petang
tadi nasib baik dia telefon pihak pengurusan hotel yang nenek tinggal sekarang
ini jika tidak memang dia akan menyesal seumur hidup! Kenapalah Abang Raz
sanggup mengikat nenek tanpa berfikir panjang? Tak hormat orang tua langsung!
Patutlah
bila balik Malaysia Abang Raz macam orang gila! Tak pasa-pasal Dhia yang kena
‘habuannya’. Janjinya selepas ini dia tidak akan membiarkan Muhd Razree
mendekati isterinya lagi.
“Saya
harap sepanjang ketiadaan saya ni, Jamil boleh tolong jagakan isteri saya.
Jangan bagi sesiapapun datang mendekat terutama sekali Muhd Razree dan Salina.”
“Baik,
Encik Raymi. Insyallah saya cuba yang terbaik menjaga keselamatan Dhia.”
Raymi
Zikri mengusap kepala Dhia dengan kasih sayang sayang yang tidak berbelah bagi.
Sampai sekarang isterinya itu tidak membuka mata. Dia mengalih pandangan ke
perut Dhia yang dibalut dengan kaki putih. Makin simpati dirinya dengan keadaan
isterinya.
“Jamil,
awak keluar dulu. Saya nak bersama-sama dengan isteri saya sekejap.” Raymi Zikri
memegang tangan isterinya sambil m
Jamil
mengangguk. “Baik, Encik Raymi.” Dia terus keluar dari bilik tanpa sebarang
bantahan.
Sebaik
pintu bilik wad ditutup, Raymi Zikri duduk di bangku yang disediakan pihak
hospital. Tangannya tidal lekang memegang tangan mulus Dhia.
“Sayang,
sebelum abang berangkat ke Dubai sayang bukalah mata. Abang nak sangat tengok
sayang membalas pandangan mata abang macam sebelum-sebelum ini. Abang rindu nak
dengar suara Dhia, sayang.” Dikucup tangan Dhia dengan penuh kasih sayang.
“Abang…err…”
suara Dhia bergema jugak akhirnya. Tubuhnya bergerak sedikit.
Raymi
Zikri terpana bercampur teruja. “Sayang…” meleret suaranya memanggil isteri
tercinta. “Sayang dah bangun.”
Dhia
tersenyum nipis. “Dhia dah bangun tadi cuma tertidur balik. Rindunya Dhia pada
abang.” Dhia memberanikan diri memegang pipi Raymi Zikri.
“Abang
pun rindu pada sayang. Rindu abang pada sayang melebihi segala-galanya.”
“Boleh
bangunkan Dhia? Dhia bosanlah asyik berbaring aje.” sungutnya.
“Sayang
tak boleh bangun lagi. Perut sayang kan masih sakit lagi. Abang lagi suka
sayang baring aje. Ini untuk kesihatan sayang jugak.”
“Tak
boleh bangun ya. Hurm…bosannya. Abang meh dekatkan sikit muka abang. Dhia nak
cium muka abang sepuas-puas hatinya.” Dhia berubah manja.
“Ciumlah
abang sepuas-puasnya. Abang tak kesah pun sebab kejap lagi abang nak berangkat
ke Dubai.”
“Abang
nak ke Dubai? Abang nak tinggalkan Dhia?” Dhia buat muka sedih.
“Hesy,
ada pulak cakap macam tu. Abang pergi ke Dubai nak ambik neneklah sayang. Sian
nenek sorang-sorang kat sana. Itu yang abang datang nak jumpa sayang ni. Nasib
baik sayang bangun kalau tidak termimpi-mimpi abang dalam kapal terbang nanti.”
Dhia
ketawa kecil namun ketawanya itu tidak lama. Perutnya kembali sakit. “Auch,
abang…perut Dhia sakit.”
Raymi
Zikri berasa simpati dengan keadaan isterinya itu. “Sayang rehat ajelah. Abang
tak dapat cakap lama dengan sayang. Flight abang pukul 10. Lambat nanti
terlepas penerbangan abang.”
“Abang
nak pergi dah ni. Jamil dah tunggu kat luar tu. Sayang jaga diri baik-baik ya.
Insyallah esok malam kita jumpa balik ya.”
“Sekali
aje bang. Dhia nak peluk abang.”rengeknya
“Okey,
okey, Peluklah abang puas-puas tapi jangan kuat sangat nanti perut sayang sakit
lagi.” Raymi Zikri mengangkat sedikit tubuh badan Dhia lalu dia memeluk
isterinya itu.
“Dhia
sayang abang sangat-sangat.” Dhia tidak rasa malu lagi. Biarlah, mereka kan
suami isteri. Apa nak dimalukan lagi.
Raymi
Zikri tersentuh hati. Segera dia meleraikan pelukan dan mengucup dahi Dhia.
“Abang pergi dulu ya. Jangan nakal-nakal and
behave yourself.” Tekannya dengan nada serius.
Air
matanya jatuh bergenang sebelum dia menganggukkan kepala. Sedihnya dia apabila
suami tercinta bakal meninggalkan dirinya walaupun tidak sampai 24 jam. Bukan
apa, dia takut kalau-kalau Muhd Razree datang menganggu dirinya dalam beberapa
jam ini. Sudahlah bilik Muhd Razree tidak jauh dari biliknya.
“Bye
abang…” ujar Dhia dengan nada kecewa.
“Bye
sayang…”
Raymi
Zikri melangkah keluar dari bilik setelah semuanya selesai. Dapatlah dia
menaiki kapal terbang dengan senang hati selepas ini.
Dhia
melemparkan pandangan di muka pintu bilik wad dengan hati yang kecewa yang dia
duduki sebelum dia berbaring semula. Baru matanya hendak dipejamkan, salah
seorang doktor pakar di hospital ini datang bertemunya.
“Puan,
sebelum Puan berehat semula ada sesuatu yang Puan perlu tahu.” Kata doktor
pakar yang bernama Dr. Najwa itu. Dia tahu nama doktor itu pun menerusi tag
nama yang dipakainya.
“Adakah
‘sesuatu’ itu berkaitan dengan sesuatu yang baik?” Dadanya berdebar.
Mintak-mintalah jangan ada sesuatu yang buruk berlaku dengan diriku ini.
desisnya dalam hati.
“Memang
sesuatu yang baik, Puan dan ada jugak yang boleh mengecewakan hati Puan.”
“Mengecewakan
hati saya? Aaa…apa dia doktor?” bergetar Dhia bertanya.
“Kesan daripada tikaman yang dilakukan
Encik Muhd Razree terhadap Puan telah menyebabkan Puan sukar untuk mengandung
selepas ini.”
“Aaa… apa?” Nada suara Dhia bertukar
rentak. Serta-merta air matanya jatuh lagi.
2 ulasan:
yes yes yes! padan muke dhia.. muahaahaa
Ada cara utk atasi masalah Dhia tu. Yg kena tikam hanya sebelah shj. Ada sebelah lagi salur fallopian yg ok. So masih ada chances utk mendapat anak. Jika tak boleh secara normal mereka masih blh dptkan anak secara IUI atau IVF. Insya-Allah ada rezeki...Ray dan nenek kan kaya blh buat guna cara moden tu sbb ia dari suami isteri yg halal.
Catat Ulasan