Rabu, 7 Januari 2015

Sambungan Bab 23 (Tajuk?Biarlah Rahsia) PART 1


"Kawal diri kau, Imran. Kau sebagai lelaki tak elok perlakukan isteri kau sebegitu. Lepaskan dia Imran."pujuk Raymi Zikri dengan lembut walaupun hatinya mendongkol geram dengan sikap kurang ajar lelaki itu. Ada ke patut tarik rambut isteri kat pejabat agama ini? Tak patut tak patut. Raymi Zikri geleng kepala.

"Ada hati nak nasihat aku. Orang yang bujang macam kau tak layak nak nasihat aku lah Ray. Tak layak!"tekan Imran dengan suara yang sengaja ditinggikan.

Raymi Zikri tergelak sinis."Aku bujang?" Dia pandang Dhia disebelahnya. Dengan beraninya dia memeluk pinggang Dhia dan bersandar di bahu Dhia dengan manja sekali.

"Aku baru aje kahwin dengan Dhia. Kan sayang?" Tipu Raymi Zikri.

Membulat mata Imran dan Rina yang masih duduk di atas jalan.

"Err ya abang." Dhia angguk walhal sebenarnya jumpa tok kadi pun belum lagi. Pandai Raymi Zikri menipu!

"Argh!!" Imran meramas rambutnya kasar. Sekali lagi dia bertindak kasar pada Rina. Rambut Rina ditarik kasar sehingga menyebabkan suara wanita itu menjerit nyaring. Pedih ulu hatinya dengan berita yang baru didengar.

"Imran, bawak bertenang. Kau tak boleh macam ni. Maafkanlah apa yang dia dah lakukan pada kau."pujuk Raymi Zikri. Walaupun dia tidak pasti apa yang Rina lakukan pada Imran sehingga lelaki ini bertindak ganas dan kasar tetapi dia mahu Imran maafkan perbuatan wanita itu.

"Dia dah gugurkan anak aku dalam diam lepas tu dia buat-buat mengandung dalam beberapa bulan ni kau ingat aku boleh maafkan dia?

Raymi Zikri dan Dhia sama-sama terkejut.

"Kau memang bangsat Rina. Memang aku tak menyesal ceraikan kau dengan talak tiga semalam!"

Sekali lagi mereka terkejut. Fuh talak tiga tu. Memang emosi betul Imran saat ini. Patutlah lelaki itu datang ke pejabat agama.

"Sayang...jom kita pergi sekarang. Dah lambat ni. Biarlah dia orang uruskan hal mereka sendiri. Kita fokus pada ehemehem kita ya." Sengaja Raymi Zikri buat suara romantik.

Dhia teragak-agak mengangguk. Ikut ajelah. Karang tak ikut mood lelaki ni jadi tak baik pulak.

"Menyesal abang lepaskan Dhia."keluh Imran.

Membara jiwa Raymi Zikri mendengarnya. Pantas dihayunkan penumbuk ke muka Imran.

"Kau jangan sekali-kali cakap macam tu ya. Kau cakap sekali lagi aku tak teragak-agak nak bunuh kau!"marah betul Raymi Zikri.

"Abang...dah jom kita pergi. Dah lambat sangat ni."Dhia menarik tangan Raymi Zikri dan terus berlalu.

"Huh, ikutkan hati abang memang nak bunuh aje Imran sekarang ni."
Marahnya lagi.

"Sabar ya bang. Lepas ni Dhia akan jadi milik abang. Jom kita kahwin. Dhia dah tak sabar ni."

Tenang jiwa Raymi Zikri mendengarnya. Ayat itu pernah digunakannya sebelum ini. Tidak sangka Dhia pula yang menuturkannya.

"Jom!"

Dhia tersenyum.





posted from Bloggeroid

2 ulasan:

Unknown berkata...

Ingat kan imran kacau dhia...rupanya gaduh ngan si rina....uhhh..selamat..

Unknown berkata...

part 2 x sempat baca dah la x pernah mis baca x boleh ke pos lagi sekali please.