Raymi Zikri tiba dirumahnya setelah
meninggalkan Dhia keseorangan di bus stop.
Pintu garaj dibuka secara automatik dan dilihat ada pengawal keselamatan yang
bernama Pak Ali sedang berdiri tegak memberi hormat. Cermin tingkap dibuka
seketika dan memberikan senyum kepada
guard tersebut sebelum masuk ke perkarangan rumahnya.
Dua pembantu
rumah yang sedang mengelap gelas di meja makan terkejut tatkala mendengar
deruman kereta dari luar. Mereka saling berpandangan. Tuan Muda dah balik! Cepat-cepat
mereka tinggalkan kerja mengelap dan berlari anak ke pintu utama. Sampai sahaja
Raymi Zikri dihadapan mereka berdua, terus tundukan hormat diberikan kepada
lelaki itu.
Raymi Zikri
keluar dari kereta sambil menggelengkan kepala. Tidak suka dengan cara tundukan
hormat itu. Buat biasa-biasa sudahlah. Yang nak menunduk sampai nak rukuk tu
nak buat apa. Aku bukan orang atasan pun sampai nak buat macam tu sekali!
Lainlah kalau nenek aku tu. Semuanya nak kena tunduk, tunduk dan tunduk. omelnya
dalam diam.
Raymi Zikri
memandang pembantu rumah lelaki yang berada tidak jauh darinya. Dalam empat
pembantu rumah nenek, pembantu itulah yang paling rapat dengannya.
“Korang berdua masuk dalam dulu. Saya nak
cakap dengan Jamil sekejap.”
“Baik, Tuan!”akur
dengan arahan itu, kedua-dua pembantu tersebut masuk ke dalam semula menyambung semula kerja yang tergendala
sebentar tadi.
“Hmm… nenek mana?” soal Raymi Zikri. Jamil
hanya mendiamkan diri. Aduhai. Lupa pulak. Pembantu rumah mana boleh panggil
nenek. Nanti tak pasal-pasal kena pecat!
“Opss… lupa
pulak. Mana Puan Hadijah?” Biasanya, nenek akan telefon sebelum dia pulang ke
rumah tapi hari tak ada pulak. Pelik. desisnya.
“Puan Hadijah ada
di bilik Tuan.” jawab Jamil setelah beberapa saat mendiamkan diri.
“Bilik saya?”
Raymi Zikri mengetap bibir. Dia tidak suka nenek masuk ke biliknya. Nenek suka
mencuri tengok barang peribadinya secara senyap-senyap.
Janganlah nenek jumpa album yang dia simpan dalam
laci yang ada di dalam almari pakaiannya. Dalam album itu banyak gambar perempuan
yang di tangkap secara tidak sengaja.
“ Ya Tuan. Semenjak
Tuan tak ada kat rumah, Puan Hadijah sering masuk ke bilik Tuan. Untuk apa,
saya kurang pasti,” sambung Jamil.
Raymi Zikri
mengeluh panjang. Dah agak dah! Ini mesti nak check apa yang aku simpan dalam
bilik tu.. Kalau bukan check, mesti
ambil barang aku. Ish, nenek ni… semua benda nak ambil tahu. dengusnya dalam
hati.
Dari waktu kecil
hinggalah sekarang, nenek suka mengongkong hidupnya sampai dia jadi bosan. Dia
cemburu dengan abangnya, Muhd Razree yang diberi peluang menikmati hidup secara
bebas diluar tanpa dikongkong oleh sesiapa pun. Dia? Dah besar-besar pun masih
lagi dikongkong nenek.
“Kalau macam tu, tak apalah. Saya masuk dulu.
Nanti jangan lupa keluarkan bagasi saya dalam bonet.” Katanya dengan nada acuh
tak acuh. Kunci keretanya diserahkan kepada pemuda itu. Hari ini moodnya memang
tidak baik. Sudahlah Dhia menipunya, nenek pula masuk ke biliknya tanpa izin.
“ Baik, Tuan.”
Jamil menganggukkan kepala. Tanpa berfikir panjang, Jamil pergi ke kereta Raymi
Zikri lalu mengambil bagasi besar seperti yang diarahkan majikannya.
Tanpa membuka
kasut, Raymi Zikri masuk ke dalam rumah. Biasalah, kalau rumah orang kaya,
kenalah pakai selipar ataupun kasut. Nanti kaki kotor. Begitulah kata-kata
nenek. Apa yang dikatakan dari mulut nenek, semua kena ikut. Tak boleh
membantah sedikit pun!
‘ Nenek… nenek…’dia
menggeleng-gelengkan kepala. Asyik nak ikut cakap dia saja!
Tombol pintu
dikuak perlahan agar tidak
memeranjatkan nenek yang berada didalam biliknya. Kepalanya dijengulkan
sedikit, ingin memerhati apa yang nenek buat dalam biliknya.
Ternyata
jangkaanya tepat. Memang nenek sedang melihat albumnya. Habislah dia malam ni!
Nasib baik nenek tidak melihat kad-kad yang diberi kawan-kawan perempuannya.
Kalau tidak, memang teruklah dia kena membebel dengan nenek.
Raymi Zikri menghembuskan
nafas sebelum tangannya menguak pintu selebarnya.
Puan Hadijah yang
sedang asyik membelek album kepunyaan Raymi Zikri di atas katil terkejut dengan
kedatangan yang tidak terduga cucunya. Album yang sejak tadi dipegang ditutup
dengan kelam-kabut. Dia jadi tidak tentu arah.
“Eh, cucu nenek.
Bila sampai?”soal Puan Hadijah dengan suara yang dibuat-buat teruja. Walhal
hatinya gelisah yang teramat sangat.
Raymi Zikri
tersenyum sinis. Dia mendekati nenek lalu tangan wanita berusia itu dicapai dan
dicium penuh hormat. Soalan nenek dibiarkan sepi. Dia mengambil tempat di
sebelah nenek. “Apa nenek buat dalam bilik Ray malam-malam begini? Nak check apa?”soalnya dengan nada sinis.
Sengaja dia bertanya begitu. Mahu tahu bagaimana reaksi nenek.
Puan Hadijah agak
gelabah dengan soalan cucunya. Album yang diambil tadi dibuka semula bagi
menghilangkan rasa gelabahnya. Dia tahu Raymi Zikri memang pantang tengok
perempuan cantik. Ada saja gambar perempuan cantik yang mahu dijadikan koleksi.
Lainlah cucunya yang sulung, Muhd Razree yang suka membuat muka serius ketika
berhadapan dengan perempuan sekelilingnya.
“Saja nenek nak
tengok. Cantik perempuan-perempuan dalam album ni. Pandai Ray tangkap gambar
dia orang.”Sempat lagi dia menyindir cucunya yang mula nampak tidak senang
dengan kata-katanya. Padahal dia membenci kesemua perempuan yang ada didalam
album ini.
Selagi dia masih
hidup dan masih lagi memegang gelaran nenek, dia tidak akan sekali-kali
membiarkan kedua-dua cucunya memilih perempuan yang tidak elok dimatanya.
Kedua-dua ibu bapa Raymi Zikri dan Muhd Razree telah meninggal dunia ketika
mereka masih kecil jadi tidak salah rasanya dia memilih perempuan yang terbaik
untuk mereka berdua.
“ Hmm… tak ada
apa yang menarik untuk ditengok, nenek.” Raymi Zikri cuba untuk menyembunyikan
apa yang dibuat selama ini. Sudah menjadi kebiasaannya sejak keluar dari
universiti, untuk berkenalan dengan perempuan cantik. Asal ada perempuan cantik
yang lalu-lalang di hadapannya, dia akan mulakan dengan kenyitan mata. Bila
perempuan itu membalas, dia akan menuju ke arah perempuan itu dan memintanya
nombor telefon. Itulah taktiknya. Mengenyit mata.
“Awal Ray balik?
Nenek tak sangka pulak Ray balik lebih awal. Macam mana dengan seminar tu, okay?” soal nenek ingin tahu.
“ Bolehlah, cuma
bosan sikit aje...” Luah Raymi Zikri sambil mengeluh. Di sana, dia kerap kali
mengantuk apabila presenter
seringkali berucap tanpa membuat sebarang pertanyaan.
“ Kalau bosan,
asal nak sertai jugak? Kan senang sertai syarikat nenek. Boleh bantu abang kamu
kat situ. Kesian abang kamu, pagi petang siang malam, asyik bertenggek aje kat
ofis tu semata-mata nak naikkan profit
syarikat. Tapi kamu degil, sengaja nak kerja kat tempat yang sama dengan Dhia
tu…” Puan Hadijah meluahkan ketidakpuashatiannya.
Raymi Zikri
mengeluh lagi. Perkara itu juga yang nenek bangkitkan. Asyik-asyik syarikat
keluarga! Buat dia jadi rimas. Sudah berulang kali dia mendengar bebelan daripada
nenek tentang pekerjaan yang dibuat sekarang.
“ Oh ya, abang
tak jenguk nenek ke sejak Ray tak ada ni?” Sengaja dia menukar topik berkaitan
abang kandungnya.
“Sekali aje dia
datang sini jenguk nenek. Dia sekarang tengah sibuk uruskan syarikat. Nenek tak
naklah paksa abang kamu datang sini. Biar dia settle kan kerja dia kat pejabat tu.”jelas Puan Hadijah.
Hubungan Raymi
Zikri dan Muhd Razree tidak seperti adik-beradik lain. Sudah lama mereka tidak
bertemu dan berbual bersama. Jika Raymi Zikri berada dirumah, Muhd Razree pasti
tiada di rumah. Kalau bertemu pun, bercakap hal yang penting saja.
Puan Hadijah
menutup album yang dipegangnya lalu dia merenung Raymi Zikri. “Nenek harap
sangat Ray kerja kat syarikat kita. Nenek harap Ray janganlah hampakan
permintaan nenek yang satu ni.” Mohon Puan Hadijah dengan muka simpati.
“Hmm… pasal kerja
kat syarikat kita tu, Ray akan fikirkan kemudian. This time is not right to discuss about company or business.” Raymi
Zikri mula bangun dari katil. Malas mahu berbual-bual dengan nenek. Lagi lama
dia disamping nenek, lagi banyaklah bebelan dan leteran yang akan masuk ke
telinganya. Ada baiknya dia membersihkan diri dulu. Dia tidak selesa berpakaian
baju kemeja pada waktu malam. Dia lebih senang memakai t-shirt ringkas dan
berseluar pendek paras lutut.
“ Nak pergi mana
tu? Nenek tak habis cakap lagi ni.”geram Puan Hadijah dengan sikap Raymi Zikri.
Ada saja yang alasan dan jawapan yang keluar dari mulut itu.
“Mandi.” Mendatar
sahaja suara Raymi Zikri. Tuala yang tersangkut di dinding diambil. Butang
kemejanya dibuka satu persatu. Puan Hadijah hanya memandang cucunya membuka baju
kemeja. Pandangan itu sudah biasa dilihat apabila cucunya pulang dari kerja.
“Hmm… tak
mengapalah. Nenek keluar dulu. Pergilah mandi. Nenek bawa album ni masuk bilik
nenek. Nak tengok perempuan-perempuan cantik dalam album ni.” Puan Hadijah
bangun dari sambil tangannya memegang album. Baru sahaja dia mahu melangkah
keluar, Raymi Zikri menyekat laluanya di muka pintu. Tersentak dia disitu.
“ Biar ajelah
album tu kat sini. Lagipun nenek nak buat apa dengan album ni? Tak ada apa yang
menarik untuk di tengok pun.” Tergagap-gagap Raymi Zikri menjawab.Sebenarnya,dia
tidak mahu neneknya membawa album itu ke luar. Dia takut nenek akan membuang
album itu. Kata-kata nenek memang dia sukar percayai.
Puan Hadijah
tersenyum sinis. Tak ada apa yang menarik dalam album ni? “Kalau tak ada apa
yang menarik, kenapa mesti simpan album ni? Nak cari calon isteri ke?” Pedas soalannya.
Raymi Zikri terdiam di situ.
Tanpa menjawab
soalan neneknya, terus dia merampas album itu dan berlalu ke bilik air dengan
rasa bengang. Album itu dibawanya ke bilik air. Biarlah nenek mahu memberontak
atau memarahinya, dia tidak kisah. Sebab album itu kepunyaannya, bukan milik
nenek!
“Tak boleh
diharap langsung! Tengoklah nanti Ray. Nenek akan balas balik apa yang Ray buat
kat nenek. Tunggu dan lihat sajalah.”Puan Hadijah cukup pantang apabila orang membalas
setiap kata-katanya. Dia tak suka. Sebagai cucu, Raymi Zikri sepatutnya menghormati
neneknya, bukannya kurang ajar!
Puan Hadijah keluar
dengan perasaan marah. Pintu bilik
cucunya dihempas kasar.
Tunggulah, Ray!
Tahulah nenek nak buat apa dengan kau nanti! katanya dalam hati.
Dhia
berbaring diatas katil selepas membersihkan diri di dalam bilik air. Matanya terpejam rapat
tanpa memikirkan masalah yang berlaku pada dirinya beberapa jam yang lepas.
Walaupun hari ini merupakan hari malang buatnya namun dia bersyukur kerana
ibu masih memberikannya kegembiraan.
Raymi Zikri? Apabila difikirkan
pasal lelaki itu, hatinya sakit. Ray memang sahabat yang tak guna. Ada ke patut
dia ditinggalkan seorang diri di bus stop tadi? Tengoklah masa kerja nanti, jangan
harap dia akan tunduk kepada Raymi Zikri selepas ini. Dia pun ada ego jugak!
Tubuhnya mengiring ke
kanan. Bantal panjang yang tidak disentuh dari tadi dipeluk kemas. Dhia tanpa
sedar membayangkan bantal itu sebagai Imran. Hmm…abang. Tiba-tiba airmatanya
mengalir. Kenapalah Imran berkahwin dengan wanita lain hanya disebabkan dia
tidak bersedia untuk memberikan zuriat kepada lelaki itu? Tidak bolehkah Imran
bersabar dalam sedikit masa lagi? Bukannya dia tidak sukakan budak. Dia sukakan
budak tetapi entah kenapa hatinya memberontak tidak mahukan anak buat masa ini.
Bunyi pesanan ringkas di atas laci kecil
bersebelahan katilnya membuatkan Dhia segera berpaling. Serasa tidak percaya
malam ini ada orang memberikannya mesej. Biasanya telefon bimbitnya akan senyap
dan sunyi daripada panggilan dan mesej pada waktu sebegini.
Telefon bimbitnya diambil tanpa bangkit dari
pembaringan kemudian dia mula membaca pesanan ringkas yang diterimanya.
Terkejut bukan kepalang apabila mesej yang diterima itu datangnya daripada
Imran.
Mulakan
hidup baru dan jangan ingatkan abang lagi. Rina cinta baru abang.
Ya Allah! Senangnya Imran jatuh cinta. Dhia menekup
mulutnya dengan tangisan yang tidak mampu ditahan lagi. Air matanya bertambah lebat.
Tidak percaya Imran akan mencintai Rina tidak sampai satu minggu dia
meninggalkan lelaki ini.
Dhia bangkit dari pembaringan. Bantal panjang yang
dipeluk tadi dibaling tepat kearah pintu bilik sehingga bergegar pintu yang
beratapkan kayu itu.
“Aku benci kau, Imran. Aku benci kau!!”jeritnya
dengan kuat. Dia yakin ibu pasti dapat mendengar jeritannya ini. Bilik ibunya
bersebelahan dengan biliknya. Biarkan, dia tidak peduli semua itu. Janji
hatinya puas dapat meluahkan rasa bencinya terhadap Imran.
Puan Suria yang sedang membaca buku agama tergamam
apabila terdengar bunyi disebelah biliknya. Dhia! Dia menutup buku tersebut
lalu dia melangkah keluar mendapatkan anaknya. Mujur bilik Dhia tidak berkunci.
“Astagfirullahalazim…Dhia, kenapa ni?” marah Puan
Suria. Bantal peluk yang berada didepan pintu diambilnya lalu diletakkan semula
diatas katil. Dhia dipandang tajam. Apa yang tidak kena dengan anaknya malam
ini? Rasanya sejak Dhia berbual dengannya sebentar tadi, emosi anaknya
kelihatan stabil, tidak seperti sekarang ini. Dhia nampak kelihatan begitu
tertekan.
Ini mesti pasal Imran. Puan Suria meneka sendiri.
“Dhia, apa yang tak kena lagi ni? Tadi cakap dengan
ibu ceria aje.” Puan Suria perlu bersikap tenang. Hendak marah Dhia malam-malam
ini pun tidak guna. Anaknya itu baru sahaja sampai ke sini. Dia tidak mahu
memulakan perjumpaan ini dengan pergaduhan.
“Dhia benci Imran. Dhia benci dia, ibu! Dia dah
lukakan hati Dhia.”Terjerit-jerit Dhia sambil menangis.
“Sabar, Dhia. Sabar.” Puan Suria menenangkan hati
Dhia. Tidak pernah dia mendengar Dhia menjerit seperti ini. Dia faham anaknya
mesti tidak dapat melupakan Imran. Bukan senang hendak melupakan orang yang
kita sayang.
“Kalau Dhia benci Imran, lupakan dia. Jangan sebut
nama dia lepas ini. Dhia cakap dengan ibu tadi Dhia redha dengan semua ini kan?
Jadi ibu nak Dhia lupakan dia dan mulakan hidup baru. Ada hikmah di sebalik
semua ini. Ibu yakin Dhia pasti akan dapat lelaki yang lebih baik daripada dia.
Anak ibu kan cantik.”pujinya.
Dhia terpaku tanpa kata. Mulutnya tidak lagi
terjerit-jerit seperti tadi. Betul jugak kata ibu. Dia sudah redha dengan semua
ini dan dia tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Cukuplah sekali dia
dikecewakan kerana cinta.
Aku takkan ingatkan kau lagi. Selamat tinggal,
Imran.ucapnya dalam hati.
2 ulasan:
Wah benci betul dgn imran. Skrg imran n rina stay d rumah dhia ke? Fight dhia jgn kalah. Jgn lemah n bangkitlah perjuangkan kebahagiaan mu. Jgn sesekali ingatkan imran lg.
Rumah imran ke rumah dhia sebenarnya????
Catat Ulasan