Telefon
bimbit dicampak ke atas
meja kerja dengan kasar sekali. Raymi Zikri mendengus kuat. Sudah berapa kali
dia menelefon Dhia namun gadis itu langsung tidak mahu menjawab panggilannya.
Hari ini
moodnya betul-betul tidak baik. Semalam dia dimarahi nenek kerana tidak
memberitahu perkara sebenar tentang perceraian diantara Dhia dan Imran. Huh,
nenek. Cepat betul tahu Dhia bercerai. Mesti ada aje orang yang bagi tahu dia.
Nenek
begitu sayangkan Dhia. Dia menganggap Dhia seperti cucu kandungnya. Apa yang
berkaitan dengan Dhia pasti nenek akan mengetahuinya. Teringat dia kata-kata
nenek semalam supaya membawa Dhia tinggal bersama-sama Dhia. Nenek ingat rumah
mereka ini rumah tumpangan untuk orang-orang luar ke?
“Nenek
dah buat keputusan dan nenek yakin rumah ni akan lebih meriah kalau Dhia
tinggal dengan kita.” Puan Khadijah menyelak suratkhabar Harian Metro tanpa
sedikit pun memandang wajah cucunya.
“Ray
takkan setuju. Nenek buatlah keputusan apa pun. Ray takkan setuju.” Bantahnya
keras.
“Ray kena
ingat rumah ini rumah nenek. Tak ada siapa yang boleh bangkang cakap nenek
termasuk Ray sendiri.” Terus berubah riak wajah Raymi Zikri. Benar, rumah
banglo ini adalah rumah nenek. Dia terlupa tentang itu. Walaupun dia cucu di
dalam rumah besar ini, nenek tetap ‘leader’ untuk dia dan abangnya. Apa jua
keputusan yang melibatkan rumah, nenek yang akan memberi kata putus tanpa
sebarang bantahan.
Raymi
Zikri berulang-alik didepan nenek dengan wajah tegang. Dia tidak suka Dhia
tinggal dengan mereka. Gadis itu baru sahaja diceraikan. Tidak manis jika Dhia
tinggal bersama mereka. Nanti apa pula kata jiran tetangga mereka.
“Mak Cik
Suria kan ada. Biarlah Dhia tinggal dengan dia.”Digunakan nama Puan Suria pula
supaya nenek berubah fikiran untuk mengambil Dhia tinggal dengan mereka.
“Ray
bagilah alasan banyak mana pun. Nenek takkan setuju. Full stop!” Puan Khadijah bangun dari sofa lalu dia naik ke
biliknya tanpa memandang wajah tegang cucunya. Lebih baik dia baca suratkhabar dalam
bilik. Lagi tenang dan jiwanya tidak tertekan.
Raymi
Zikri mengetap bibir. Geram sungguh dengan nenek. “You’ re too much, nenek!” marahnya.
Dhia
keluar dari mahkamah dengan
wajah tenang. Proses penceraian di antara dia dan Imran selesai juga akhirnya.
Walaupun dia kecewa dengan penceraian yang tidak terjangka ini namun dia redha
dengan ketentuan Tuhan.
Malam tadi tidurnya tidak lena gara-gara mahu bertemu
Imran di makhamah. Puas dia cuba untuk melelapkan mata tetapi tetap tidak
boleh. Akhirnya dia tertidur selepas sembahyang subuh dan ke makhamah beberapa
jam kemudian.
Tidak jauh darinya, Imran sedang membawa kereta keluar
dari situ. Dhia buat-buat tidak nampak. Langkahnya dilajukan ke kereta ibu
saudaranya, Mak Lang Rafika yang terletak di parking lot yang disediakan pihak
makhamah. Buat apa dia hendak bertemu dengan lelaki yang telah merobek hatinya.
Tidak guna dia bertemu Imran lagi. Jika bertemu depan mata, hatinya makin
bertambah sakit.
Imran yang perasan kelibat Dhia disitu pantas
memberhentikan kereta. Dia keluar dari kereta dan berlari anak mendapatkan
Dhia.
“Dhia, wait!”
Dhia terkedu. Kakinya bagaikan terkunci rapat tatkala
Imran memanggil namanya. Dia mengeluh kesah. Apa lagi yang Imran mahukan
darinya? Dia mencebik sebelum kepalanya dipaling ke belakang mengadap bekas
suaminya itu. Dengan Imran, dia tidak perlu membuat muka ceria.
“Ada apa-apa yang boleh saya bantu, Encik Imran?”katanya
dengan nada jelik.
Imran terpaku tanpa kata. Nampaknya Dhia tidak macam dulu
lagi. Gadis yang sebelum ini sangat lembut dan ceria dengannya sudah berubah
menjadi lebih tegas dan serius. Dari mata Dhia, dia dapat lihat ketegasan
disitu.
“Err…abang, abang.” Tergagap-gagap dia berkata. Cara
panggilan Dhia terhadapnya membuatkan dia berasa janggal untuk membahasakan
diri ‘abang’.
“Kalau tak ada apa-apa perkara penting yang hendak
dicakapkan, saya balik dulu.” Selamba sahaja Dhia berkata begitu. Biarkan Imran
tahu yang dia tidak macam dulu lagi. Dibuka pintu kereta tetapi sempat dihalang
Imran. Dhia menjeling tajam kearah lelaki itu.
“Dhia, boleh kita bercakap walaupun sekejap?” Imran
membuat muka mengharap.
“Nak cakap apa lagi?” Dhia menjulingkan matanya. Bosan
dengan karenah lelaki ini.
“Dhia err… sihat?”
“Itu aje yang awak nak cakap pada saya? Huh, ayat cliché.
Baik tak payah cakap!”Dhia merengus kuat.
“Abang nak Dhia tahu yang abang masih sayangkan Dhia
seperti dulu.”
“Jangan nak memperbodohkan saya dengan kata-kata sayang
awak tu! Ingat sikit bini awak tu ada kat rumah. Dah ada isteri sempat lagi nak
mengorat perempuan lain.” Sempat lagi Dhia menyelitkan ayat sentap pada Imran.
Berubah riak muka Imran. Ayat itu membuatkan dia sedikit
tersentap.
“Jadi bini abang semula Dhia. Abang janji abang akan
lebihkan Dhia daripada Rina.” Dia rindukan suara menggoda Dhia ketika mereka
masih di alam perkahwinan. Dia janji sekirannya Dhia berkahwin semula
dengannya, dia tidak akan sekali-kali mengecewakan gadis ini.
Berombak-ombak
dada Dhia mendengarnya. “Hei, jantan. Kau sedar tak apa yang kau cakap
sekarang ini? Dah bercerai nak rujuk semula? Jangan haraplah aku akan turuti
permintaan kau tu. Jangan harap!” Melengking kuat suara Dhia sehingga Imran
dihadapannya tunduk membisu.
“Tepi, aku nak balik.” Dhia menepis kuat badan Imran
sehingga terdorong ke belakang. Dia cepat-cepat masuk ke dalam kereta dan
menutup pintu kereta dengan kasar sekali.
Tingkap kereta diturunkan sedikit. Dia masih tidak puas
hati jika ayat yang telah lama tersimpan dihatinya sejak beberapa hari ini
tidak diluahkan kepada Imran.
“Oh… By the way, Ex
means: Thanks for the EXperience. Our
time has EXpired. Just go and EXit from my life, Encik Imran.” Tingkap
kereta dinaikkan semula. Puas hatinya dapat meluahkan ayat itu.
Imran meraup wajahnya dengan penuh kesalan yang tidak
bertepi. Dia menyesal kerana membuatkan Dhia berubah sikap.
Ah, Imran. Jangan ingatkan dia lagi. Dia bukan isteri
kau. Lupakan dia! Imran bermonolog sendiri. Terus dia masuk ke dalam keretanya
semula dan pulang ke rumah. Dia perlu pulang segera. Rina sedang menantinya
dirumah.
Dhia mengenggam
erat stereng kereta dihadapannya. Side
mirror dipandang sepi. Kereta Imran sudah tiada disitu. Dia lega kerana
tidak banyak bercakap dengan lelaki itu. Dia takut jika perbualan mereka
berjela-jela, dia akan menangis. Dia sudah ingatkan pada diri sendiri yang dia
tidak akan menangis pada hari ini.
Namun perasaan leganya tidak bertahan lama. Ada seseorang
telah mengetuk pintu keretanya. Dhia mengalihkan pandangannya ke sisi. Terkejut
bukan kepalang apabila ketukan itu datangnya dari orang yang tidak dikenali.
Dari jendela keretanya, dia dapati seorang lelaki bertubuh gagah dan memakai
cermin mata hitam sedang meneliti keseluruhan kereta milik Mak Lang Rafika.
Siapakah dia?
Perlahan-lahan
cermin tingkap diturunkan. Mahu melihat siapa gerangan yang ingin bertemu
dengannya.
Lelaki yang memakai cermin mata hitam itu tiba-tiba
menundukkan kepala didepannya. Dhia jadi terkedu tidak terkata. Apa hal lelaki
ni tiba-tiba aje nak tunduk hormat kat aku? Aku bukan VVIP sampai nak kena
tunduk-tunduk ni.katanya dalam hati.
“Harap Puan Dhia dapat keluar dari kereta ini. Puan
Khadijah menanti Puan disana.” Terus jari telunjuknya dihalakan ke sebuah
kereta mewah yang berwarna hitam pekat. Dhia jadi serba tidak kena. Nenek?
Macam mana nenek boleh tahu yang aku ada
kat mahkamah hari ini? Rasanya aku tak beritahu siapa-siapa pun tentang ini.katanya
dalam hati.
Ray? Pasti lelaki itu yang maklumkan pada nenek pasal
perceraian aku dengan Imran. Dia memang nak kena dengan aku ni. Dhia semakin
sakit hati dengan lelaki itu. Tak pasal-pasal Puan Khadijah tahu tentang
perceraian ini. Beberapa hari sebelum Dhia ke sini, dia sudah bertekad untuk
tidak memberitahu sesiapa pun tentang hal ini termasuklah Puan Khadijah yang
amat rapat dengannya.
Puan Khadijah bukan sebarang wanita biasa. Wanita ini
memang sukar dijangka dari luarannya. Apa yang diinginkan, pasti diperolehi
dalam sekelip mata. Walaupun usianya telah mencecah lima puluhan namun fikiran
Puan Khadijah sama seperti anak-anak muda di luar sana.
Lelaki yang bernama Jamil itu membuka pintu kereta belakang setelah Dhia
menghampiri kereta mewah Puan Khadijah. “Silakan masuk, Puan.” Dhia tersenyum
nipis kearah pembantu lelaki itu. Berat hatinya mahu masuk ke dalam kereta ini.
Bukan apa, dia malas mahu bercakap banyak dengan Puan Khadijah. Puan Khadijah
seringkali berbicara soal peribadi kepadanya. Mahu dirahsiakan, mata wanita berusia
itu penuh pengharapan.
Akhirnya Dhia masuk juga ke dalam kereta setelah Jamil
berdiri di luar kereta mewah itu. Harap-harap Puan Khadijah tidak memarahinya
kerana menyorokkan rahsia besar ini.
Puan
Khadjah mengusap tangan Dhia sebelum
dia melekapkan tangannya ke wajah gadis itu. Dhia tersenyum sambil tangannya
memegang wajah Puan Khadijah.
“Muka nenek nampak pucat. Nenek tak sihat ke?”
“Dah tua ni mana nak sihat lagi, Dhia. Ada aje penyakit
yang datang. Nenek ni bukannya kuat lagi. Mana tahu esok lusa nenek mati.”
Suara Puan Khadijah berubah sayu.
Dhia mengelengkan kepala. “Nenek jangan cakap macam tu.
Dhia tak suka dengar. Kalau Abang Raz dan Ray dengar mesti dia orang rasa
sedih.”
“Tak ada maknanya, Dhia. Nenek sakit ke tak dia orang tak
peduli pun. Masing-masing asyik sibuk aje. Dah tak ada siapa nak pedulikan
nenek lagi.”
“Hesy, ada pula nenek cakap macam tu. Dhia yang kat depan
nenek ni pedulikan nenek tau. Dhia sayang nenek sama seperti Dhia sayang ibu.”
Dhia memeluk manja bahu Puan Khadijah. Dia tahu wanita ini kekurangan kasih
sayang daripada kedua-dua cucunya.
“Kalau
Dhia pedulikan nenek, Dhia tinggallah dengan nenek.” Akhirnya diucapkan juga
apa yang bersarang dihatinya sejak dia mengetahui penceraian yang berlaku
diantara Dhia dan Imran.
Dhia
terkedu. Dia mengangkat kepala. “Err…tinggal dengan nenek? Tak apalah, nenek.
Ibu kat rumah tu tak ada siapa nak jaga. Lainlah nenek ada orang gaji kat
rumah.” Teragak-agak dia menjawab. Jika dia duduk di rumah Puan Khadijah pasti
wanita ini akan mengongkong hidupnya.
“Dhia
memang tak sayangkan nenek.” Puan Khadijah memandang ke luar jendela. Sedih
rasa hati kerana Dhia tidak memenuhi permintannya.
Dhia
serba salah. Puan Khadijah seperti memaksa dirinya. Permintaan wanita ini
terlalu berat buatnya.
“Dhia
sayangkan nenek. Tapi permintaan untuk
tinggal di rumah nenek Dhia tak mampu nak
fikirkan buat masa ini. Permintaan ini terlalu mendadak, nenek. Banyak perkara
yang Dhia perlu fikirkan sebelum Dhia duduk di rumah nenek.”
Puan
Khadijah menoleh kearah Dhia semula. “Dhia tak payah fikirkan apa-apa. Dhia
hanya bawa barang-barang keperluan dari rumah ibu dan pindah ke rumah nenek. Itu sahaja.”
Dhia
mengeleng. “Minta maaf, nenek. Dhia tak dapat nak penuhi permintaan nenek. Dhia
dah besar panjang dan Dhia ada hak untuk tentukan apa yang boleh apa yang tidak
dalam hidup Dhia. Dhia keluar dulu. Assalamualaikum…” Dhia mengucup tangan Puan
Khadijah yang sudah berubah riak wajahnya sebelum dia keluar dari kereta Mercedes
CLK 230 ini. Kali ini dia perlu tegas. Biarlah Puan Khadijah mahu membencinya
kerana kata-katanya, dia tidak kesah itu semua.
“Waalaikumsalam.”
Puan Khadijah menjawab salam dengan nada
kecewa. Nampaknya rancangan untuk merapatkan
hubungan Dhia dan salah seorang cucunya selepas ini tidak kesampaian.
“Mungkin Dhia takkan terima pelawaan nenek untuk tinggal
bersama-sama tapi nenek yakin Dhia pasti akan tinggal dengan nenek dalam waktu
terdekat ini.”
Puan Khadijah tersenyum sinis memandang kereta Dhia yang
sudah pergi meninggalkannya sebelum dia mengarahkan Jamil masuk ke dalam kereta
dan meninggalkan tempat ini dengan seribu satu semangat.
7 ulasan:
Wah nenek rancang sesuatu ke pd dhia n ray. Tertanya2 jgak gambar sapa yg ada dlm album yg ditengok o nenek.
kak Kartini,
tqvm sbb sudi bce karya eya...
really appreciated!!
Fyi, gambar2 yg ada dlm album tu smuanya gadis2 yg Raymi jumpa n berkenalan...asal jumpa aje mesti nk tngkp gmbr...hehe
Tak sabar nk thu apa rancangan nenek!! Akak cepat2 sambung eh.. Hehehehehe
rancangan nenek mesti berjaya pnya dik...insyallah akk akn smbung cepat2! hehe
Nenek yg penuh agenda
Bahagia menanti muuuu
Nenek ray bkn sbrang nenek.d nenek yg pnuh agenda n muslihat.hehe
Catat Ulasan