Pagi ini Dhia bangun
lebih awal daripada biasa. Almaklumlah, lelaki pujaan hati mengajak sarapan
bersama di lobi utama. Siapa yang tidak mahu kan?
Ikutkan
hati, setiap hari dia mahu bersarapan bersama Muhd Razree namun apakan daya,
dia tidak lama disini. Lagi beberapa hari sahaja dia akan pulang ke rumah ibu
tercinta. Meninggalkan lelaki itu dan pantai nan indah ini.
Peristiwa semalam seringkali bermain difikirannya. Tidurnya tidak lena gara-gara mendengar ungkapan manis daripada Muhd Razree. Walaupun dia agak teruja untuk bertemu Muhd Razree namun perasaan malunya pada lelaki itu tidak dapat disembunyikan lagi.
Penampilannya pada pagi ini ringkas. Baju t-shirt panjang beserta seluar trak berwarna
hitam. Tidak dilupakan juga topi merah bagi melindungi cahaya terik di tepi pantai
nanti.
Pesanan
ringkas yang diterimanya selepas dia keluar dari bilik air tadi membuatkan dia
senyum tidak henti.
Abang dah sampai ni!
Kalau sayang abang, cepat-cepat
siap ya. Dhia lambat, abang tak nak belanja!
Semangat
betul Muhd Razree mahu makan bersamanya. Ini yang membuatkan dia jadi angau
dengan lelaki itu. Ah, Dhia. Kau dah betul-betul jatuh cinta ini.
Cepat
sahaja dia keluar dari bilik lalu turun ke lobi utama. Peluang keemasan ini
tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.
Sebaik
sahaja dia sampai di lobi utama, matanya tercari-cari Muhd Razree. Hah, dah
jumpa! Ada pun kat situ. Dhia tersengih sendiri. Hensemnya Abang Raz hari ni!!
Dari jauh lagi dia sudah terpegun dengan lelaki itu. Ini belum bertemu empat
mata lagi. Terasa berdebar-debar dirinya mahu bertemu jejaka yang sudah
mendapat tempat dihatinya kini.
“Abang
Raz!” Dhia menyeru nama Muhd Razree dari jauh. Lelaki itu tersenyum manis
kepadanya dan berdiri mengadapnya.
“Wow,
abang tak sangka Dhia datang secepat ini! Dah tak sabar nak jumpa abang ya?”usik Muhd Razree.
“Mestilah.”
Opps, dia sudah terlepas kata. Patut dia jawab lain. Hesy, Dhia. Tak
menyempat-nyempat!
Muhd
Razree duduk semula. Pandangan mereka bersatu. Dhia jadi tidak tentu arah. Perasaan malunya semakin bertimpa-timpa.
“Dhia
nak makan apa?Abang nak order ni.” Muhd Razree segera mengambil menu yang
berada dihadapannya. Pelbagai makanan yang disediakan pihak hotel ini.
Semuanya sedap-sedap belaka.
“Dhia
nak minum air fresh orange ajelah. Dhia nak dietlah hari ni. Semalam abang
order banyak sangat sampai kembung perut Dhia ni.” Suaranya berubah manja.
Dhia, Dhia…makin menjadi-jadi kau lepas jadi janda ni kan? Baru bercerai dah
nak menggoda lelaki kat depan kau. Kau ingat dia suka ke kau buat suara macam
itu?
“Aik,
fresh orange aje. Nasi-nasi tak nak nak?”usik Muhd Razree.
“Tak
naklah. Hari lain Dhia order nasi pula ya?”
“Kalau
macam tu,okeylah. Waiter!”Muhd Razree memanggil seorang pemuda yang berbaju
putih yang tidak jauh dari tempat duduk mereka. Perasan namanya dipanggil,
segera dia melangkah menghampiri mereka berdua.
“Encik
nak order apa?” soal pemuda bertubuh tinggi lampai itu sambil tersenyum nipis
kepadanya.
“Bagi
saya dua fresh orange ya.” Menu ditangan diberikan pada lelaki dihadapannya.
Ligat lelaki itu menulis sesuatu di nota kecil ditangannya.
Aik,
dia pun order fresh orange juga? Takkan dia pun diet sama? Dhia terkejut. Tidak
sangka Muhd Razree hanya memesan air fresh orange sahaja.
“Tak
nak order yang lain? Salad atau nasi goreng kampong?”soal pemuda itu lagi.
“It’s
okay. Fresh orange cukup.” Pemuda itu hanya menganggukan kepala sebelum dia
beredar dari situ.
“Abang
pun diet juga ke? Tak pernah-pernah Dhia tengok abang diet selama Dhia ada kat
sini.”
“Abang
rasa perut abang pun kembung lagilah. Mungkin abang makan sama banyak dengan
Dhia kot. Itu yang minta air fresh orange aje.” Ketawa Muhd Razree meletus
tiba-tiba.
Dhia
buat muka tidak puas hati. Dalam diam lelaki itu kenakan dia balik. Ini tak
boleh jadi ni. “Ooo…dah pandai kenakan Dhia ya sekarang. Tengoklah nanti esok
lusa Dhia kenakan abang balik. Dhia tau nak buat apa dengan abang nanti.”
Pekerja
tadi datang membawa dua gelas fresh orange sebelum dia kembali meneruskan
kerjanya. Dhia dan Muhd Razree kemudiannya minum bersama dengan senyuman yang
tidak lekang dari bibir.
“Lepas
ni kita joging kat tepi pantai sama-sama nak, bang? Pagi ni tak ramai yang ada
kat pantai. Best juga kalau…”Belum habis Dhia berkata-kata, bunyi telefon Muhd
Razree berbunyi. Dhia mengetap bibir. Aduh, kenapalah telefon itu tak berbunyi
lepas aku habis bercakap. Menganggu betullah!
“Sekejap
ya, Dhia. Abang nak jawab telefon ni dulu.” Muhd Razree bingkas bangun dari
tempat duduknya lalu keluar dari restoran itu. Dia tidak biasa bercakap dalam
suasana yang agak bising.
Dhia mengeluh perlahan. Terpaksalah dia membiarkan lelaki
itu menjawab telefon diluar restoran ini. Keseorangan lagilah dia nampaknya.
Baru hendak bermesra dengan Muhd Razree, ada pula yang mengacau.
Beberapa minit selepas itu Muhd Razree kembali ke tempat
duduknya Cuma wajahnya tidak seceria beberapa minit yang lepas. Wajah Muhd
Razree tampak gelisah mebuatkan dia jadi tidak senang duduk melihat lelaki itu.
“Abang, ada apa-apa yang tak kena ke?” Dhia betul-betul
risau.
“Dhia, tadi abang dapat panggilan dari rumah nenek.”
Dada
Dhia berdebar tidak menentu. “Ada sesuatu yang buruk berlaku pada nenek ke,
bang?” Dia masih sakit hati dengan Puan Khadijah tetapi dia masih mengambil
berat akan wanita itu.
Muhd
Razree mengangguk perlahan. Muram sahaja raut wajahnya saat ini. Berita yang
diterimanya sekejap tadi benar-benar membuatkan dia tidak senang duduk. Tidak
sangka dalam gembira dia melayani Dhia disini, neneknya sedang terlantar sakit
dihospital.
“Nenek
sakit, Dhia. Abang rasa lepas ni mungkin abang kena balik KL. Nak tengok
keadaan nenek.” Rasa risaunya tidak dapat dibendung lagi.
“Nenek
sakit?!” Dhia terperanjat. “Sakit apa, bang?”
“Sakit
jantung. Tapi keadaan nenek dah stabil sekarang ni.” Muhd Razree berdiri
semula. Dia tidak betah duduk sini terlalu lama. Keadaan nenek yang penting
baginya saat ini. “Abang nak balik bilik dulu. Nak siapkan apa yang patut
sebelum berangkat ke KL. Dhia jaga diri ya.”
Dhia
jadi tidak tentu arah. Jika Muhd Razree tiada disini, siapa lagi yang akan
temankan dia? Lebih baik dia ikut Muhd Razree ke Kuala Lumpur. Dapatlah dia
melihat sekali keadaan nenek.
“Kita
pergi sekalilah, abang. Dhia tak biasa kalau abang tak ada kat sini.” Dia turut
sama bangun.
Lega
hati Muhd Razree mendengarnya. Tidaklah dia risau jika Dhia ada disini.
“Baguslah kalau macam tu. Dhia kemas cepat-cepat ya. Kita balik sama-sama.”
“PA
abang macam mana? Dia balik sekali ke?”
“Lupa
pula nak cakap pada Dhia yang dia balik semalam. Suaminya suruh pulang awal
sikit. Ada majlis keramaian kat rumah ibu mertua dia. Mujur semua kerja dah
siap, kalau tak bertangguh lagilah kerja abang.”
“Banyak
sangat ke kerja abang tu sampai tak boleh buat kat syarikat? Dhia rasa tak
perlu kot sampai pergi ke sini.” Tidak pernah dia melihat seorang yang
berjawatan tinggi seperti Muhd Razree duduk dihotel berminggu lamanya.
“Kerja
abang tak pernah habis, Dhia. Ada aje kerja abang yang kena buat. Nasib baik PA
abang tu sanggup memandu dari KL ke sini dalam beberapa hari ni untuk tolong
abang. Abang tak sanggup nak buat kerja sorang-sorang. Pening kepala dibuatnya.
“Bagus
PA abang tu. Susah nak dapat PA yang baik macam PA abang tu. Nanti jangan lupa
naikkan gaji dia tau. Bukan senang tau nak memandu dari KL ke sini. Lagipun
nasib baik suami dia benarkan dia ke sini kalau tak bertimbunlah kerja abang
kena buat.”
Kerisauannya pada Puan Khadijah
mula menghilang sedikit demi sedikit apabila melihat Dhia bercakap. “Dhia tak
nak jadi PA abang? Jadi PA abang ni bagus tau. Boleh tengok muka abang setiap
hari, boleh makan dengan abang bila tiba waktu lunch, boleh balik sama-sama.”
giatnya.
Wajah
Dhia berona merah. Muhd Razree terpegun. Dia suka melihat wajah Dhia berubah
merah. Mahu sahaja dia mencium wajah itu sepuas hatinya.
“Abang
jangan nak mengadalah. Dari abang mencari PA yang ada boleh tengok muka abang
setiap hari , lebih baik abang cari calon isteri. Umur dah lanjut tapi isteri
tak ada lagi. Dahlah, Dhia nak naik bilik dulu. Nak bersiap apa yang patut.
Lambat karang, jalan jammed pula.” Dhia tidak mempedulikan kata-kata itu. Dia
tahu lelaki ini suka bergurau dengannya tidak kira masa dan tempat.
Dhia
meninggalkan Muhd Razree yang seakan
terkedu dengan kata-katanya. Lebih lama dia berdiri disini bersama Muhd Razree,
hatinya tidak tenteram. Muhd Razree memang pandai mengayat, sama seperti Raymi
Zikri.
“Dhia
tak nak jadi isteri abang?”
Langkah
Dhia terhenti disitu.
Di dalam kereta, Dhia
lebih banyak mendiamkan diri. Wajah Dhia langsung tidak menoleh kepadanya. Muhd
Razree menghela nafas panjang. Adakah disebabkan ayatnya, Dhia jadi sebegitu
rupa? Dia bukan sengaja mahu mendera perasaan Dhia tetapi itulah luahan hatinya
yang sebenar. Dia bersungguh-sungguh mahukan Dhia menjadi isterinya selepas
Dhia bercerai dengan Imran.
“Berapa lama Dhia nak pandang tingkap tu? Tak nak cakap
dengan abang ke?” Muhd Razree meluahkan rasa. Ada baiknya dia yang memulakan
bicara. Mahu tunggu Dhia berkata-kata, alamatnya bila sampai Kuala Lumpur lah
baru gadis ini hendak bercakap dengannya.
“Betul ke apa yang abang cakapkan masa kat restoran
tadi?”
“Cakap apa, Dhia? Abang tak ingatlah…”Padahal sebelum mereka
masuk kereta lagi ayat ‘Dhia tak nak jadi isteri abang?’ terngiang-ngiang
ditelinganya. Hai, Raz…sempat lagi kau ingat apa yang kau cakapkan pada Dhia
tadi kan?
Dhia terasa. Tidak sampai satu jam lelaki itu cakap pasal
isteri, dah boleh lupa? Mesti banyak tertelan semut ini. tekanya dalam hati.
“Abang betul tak ingat?” Dia berharap sangat Muhd Razree
akan mengulangi apa yang dikatakan tadi. Sebelum dia keluar dari hotel tadi,
bukan main teruja dia dengan soalan ‘cepumas’ daripada lelaki ini tetapi bila
mereka berdua masuk ke dalam kereta senang-senang sahaja dia lupa. Baik dia tak
payah tanya tadi. Buat malu aje!
Muhd Razree menahan rasa debarnya dihati. Patut ke aku
terus-terang kepadanya tentang hal ini? Jika dia tak mahu terima macam mana?
“Abang ingat tapi abang buat-buat lupa sebenarnya. Dahlah
Dhia. Lupakan aje apa yang abang cakapkan tadi. Abang bergurau aje tadi. Dhia
tak payahlah fikir pasal tu lagi.”
“Dhia takkan lupa sebab Dhia betul-betul nak kahwin
dengan abang!” Amboi, Dhia. Bukan main berterus-terang lagi ya. Memang kau dah
angaukan si Raz ni!
Muhd Razree tergamam. Tidak terduga ayat itu keluar dari
mulut Dhia. Mujur dia tidak menekan brek kereta tadi. Tak pasal-pasal kepala
kena terhantuk dekat dashboard dan masuk hospital. Dia yakin yang dia tidak
bertepuk sebelah tangan kali! Dia tahu Dhia juga sukakan dirinya.
Alhamdulilah…bolehlah lepas ini mereka naik pelamin bersama-sama.
4 ulasan:
Tapi....kita rasa mesti nanti nenek dengan adik Raz tu akan go against hubungan diorang kan....
Nakk lagiiii!! Kenapa takde part Ray???
akak cepat2 eh sambung.. Hehehe
Fara...
apa yg fara cakap tu ada betulnya...tp bkn ngn ray kot...nenek sorang aje...hehe
**nur daeya
adik Secret Blogger syg...
insyallah akk smbung lg k...
insyallah juga akan ada part ray dalam bab 8...tunggu...hehe
**nur daeya
Catat Ulasan