Dhia kembali semula ke
pejabat setelah seminggu tidak bekerja. Tapi dia datang semula ke sini bukan
kerana mahu bekerja. Ada perkara lain yang perlu dilakukannya. Keputusannya
kali ini muktamad! Tiada siapa boleh bangkang kata-katanya.
Dhia tahu Raymi Zikri ada dipejabat hari ini namun dia
nekad untuk tidak berjumpa mahupun bertembung empat mata dengan sahabatnya itu.
Lagi bagus jika tidak berjumpa dengan Raymi Zikri. Kalau jumpa aje mesti nak
bergaduh.
“Assalamualaikum Puan Dhia… Selamat pagi.” Siti bangun
apabila melihat pengurus pemasaran yang sudah lama tidak bertemu datang
berjumpa dengannya.
“Waalaikumsalam, Siti.” Dhia mengukirkan senyuman kepada
receptionist itu. “Oh, ya. Jangan panggil saya Puan lagi. Panggil Cik Dhia
cukup. Itu yang terbaik.” Katanya dengan nada penuh yakin.
Siti terkedu dengan ayat itu. Cik Dhia? Maknanya
pengurusnya ini dah bercerai ke? OMG!! Ini kena khabarkan pada kawan-kawan yang
lain ini.jeritnya dalam hati. Dia memang ratu gosip di dalam syarikat ini.
Apa-apa yang berlaku di syarikat ini, pasti dia yang tahu dulu.
“Baik err… Cik Dhia.” Terangguk-angguk dia berkata.
“Encik Raymi kat mana?”
“Dia ada kat dalam bilik dengan Cik Iman. Tengan bincang
pasal sebutharga lanyard yang diminta
dari syarikat Petrofac.”jelas Siti.
Dhia mengangguk. “Kalau macam tu tak mengapalah. Saya nak
jumpa Encik Habibur dulu. Kalau Encik Ray lalu depan awak, awak jangan cakap
apa-apa pasal kedatangan saya ke sini. Saya tak nak dia tahu apa-apa pun pasal
saya, faham?”tegasnya.
Siti mengangguk laju.
Raymi Zikri yang kebetulan baru keluar dari bilik
kerjanya bersama Cik Iman terkejut besar apabila melihat kelibat Dhia di
kaunter pertanyaan. Sudah hampir dua minggu dia mencari Dhia. Ke mana Dhia menghilang
selama ini? Laju langkahnya menghampiri Dhia yang berdiri didepan Siti.
“Cik Dhia…Encik Raymi datang.” Siti menunding jari
telunjuknya.
Dhia
mengeluh panjang.
Baru
tak nak tengok muka lelaki tak guna ini. Tak pasal-pasal dia muncul. Dhia
mengumam dalam hati. Kedatangan Raymi Zikri disisinya dipandang sepi. Malas
mahu melihat sahabatnya ini. Buat sakit hati aje.
“Tahu pula kau nak bekerja hari ini. Ingatkan dah lupa mana
tempat kerja kau.” sinis sahaja kata-kata Raymi Zikri tetapi Dhia buat-buat
tidak endah. Jarinya mengetuk perlahan meja Siti yang. Pandangannya terarah
pada nama syarikat yang terpamer luar di belakang Siti. Nama yang cukup gah dan
mantap. Namun sayang, ini mungkin kali terakhir dia melihat nama itu.
Raymi Zikri mengetap bibir. Geramnya dia dengan sikap
tidak endah Dhia padanya. Tahulah aku tinggalkan dia kat bus stop tempoh hari. Tapi kenapa nak buat muka macam itu pada aku?
Kalau iya pun, pandanglah muka aku yang hensem lagi maco ini. Ini tidak pandang
pun macam nak tak nak aje. desisnya dalam hati.
“Saya nak jumpa bos dululah, Siti. Rasa macam ‘panas’ lah
bila ada kat sini lama-lama.” Sengaja dia berkata begitu untuk sakitkan hati
Raymi Zikri.
Raymi
Zikri yang mendengar terus panas hati. Dia tahu kata-kata itu ditujukkan buat
dirinya.
“Hei, Dhia! What
wrong with you hah!”jerkahnya tanpa mempedulikan Siti dan Cik Iman yang
berada disitu yang seakan tidak percaya . Tangan Dhia dicapai lalu digenggamnya
erat.
Makin berapi kemarahan Dhia terhadap Raymi Zikri. Suka
hati mak ayah nenek dia aje pegang tangan aku ni. Dia ingat tangan aku ni macam
tangan Puan Khadijah ke yang senang dipegang dan dicapai?
“Behave yourself,
Encik Raymi Zikri. Kita bukan suami isteri untuk bersentuhan macam ini.”
Tangannya direntap kuat lalu dia melangkah meninggalkan Raymi Zikri yang nampak
terpinga-pinga dengan kata-katanya. Baru dia tahu Dhia yang kau kenal tak macam
dulu lagi.
Raymi Zikri melempar file
yang berada ditangannya. Habis berselerak kertas-kertas di dalam file itu. Terserlah wajah tegangnya
sehingga Siti dan Cik Iman takut untuk bertentang mata dengannya. Dia peduli
apa dengan itu semua!
Baginya, Dhia sudah jauh berubah. Gadis itu bukan seperti
dahulu lagi. Dhia seperti ingin menjauhkan diri darinya. Baru dua minggu dia
tidak berjumpa dengan Dhia, dia rasa gelisah dan tidak tentu arah . Kalau lebih
dari sebulan Dhia tida didepan matanya, mungkin dia akan jadi seperti cacing
kepanasan.
Beberapa hari selepas mereka tidak berjumpa, dia nekad
untuk meminta maaf pada Dhia diatas apa yang berlaku pada malam itu. Dia tahu
dia yang bersalah kerana meninggalkan Dhia keseorangan di bus stop itu tanpa membawanya tinggal bersama-sama dirumah nenek.
Tetapi takkanlah sampai begini sekali Dhia berubah sampai langsung tak nak
pandang wajah dia?
Dhia, maafkan aku. Sebab aku, kau jadi begini. Raymi
Zikri menghela nafas panjang.
“Saya
dah fikir masak-masak, bos dan saya yakin ini keputusan
terbaik saya.”
Surat
berhenti kerja diserahkan pada Encik Habibur setelah dia memberitahu apa yang
berlaku dalam hidupnya sejak dua minggu ini. Yakin sahaja kata-katanya. Dia
tidak akan menoleh ke belakang lagi.
Encik Habibur tersenyum nipis. “Saya tak sangka awak akan
berhenti mengejut macam ini. Susah saya nak melepaskan pekerja yang baik
seperti awak, Dhia. Banyak kerja dan projek penting yang awak dapatkan untuk
syarikat ini. Saya terhutang budi dengan awak.”
Dhia turut sama mengukirkan senyuman nipis. Dia tahu
Encik Habibur payah mahu melepaskannya tetapi apa boleh buat, ini keputusannya.
Ini haknya.
Dhia rasa dia tidak mampu untuk berlama di syarikat ini.
Takut jiwanya goyah dengan kata-kata pujian yang dilemparkan Encik Habibur. Dia
segera bangun dan berdiri tegak di hadapan lelaki itu. “Saya tak boleh
berlama-lama di sini, bos. Saya ada perkara penting nak uruskan diluar.” Beg
tangannya disangkut ke bahu. Bersiap sedia untuk keluar dari bilik Encik
Habibur. “Terima kasih sebab sudi terima perletakan jawatan saya. Saya minta
diri dulu, bos.”
“Tak nak minum dulu, Dhia? Tak puas saya berbual dengan
awak.” Encik Habibur berasa berat hati untuk melepaskan gadis ini keluar dari
syarikatnya.
“Minta maaf, bos. Saya tak boleh berlama disini. Saya
minta diri dulu. Assalamualaikum.” Dhia meminta izin untuk keluar dari bilik
itu. Encik Habibur menjawab salam sambil tersenyum kepadanya. Lega rasa hatinya
apabila Encik Habibur menerima perletakan jawatannya.
Dhia keluar dari bilik Encik Habibur dengan riak wajah
tenang. Memang dia rasa lega yang teramat sangat apabila berhenti kerja dari
syarikat ini. Dapatlah dia menjauhkan diri dari lelaki yang tak guna itu, siapa
lagi kalau bukan Raymi Zikri.
“Kau dah berubah, Dhia…”
Dhia terperanjat. Mujur dia tidak cepat melatah. Dia buat-buat
selamba apabila suara yang paling dia tidak suka dengar bersandar di tepi bilik
Encik Habibur. Meluatnya dia tengok wajah Raymi Zikri. Rasa mahu dicekik-cekik
sahaja leher lelaki itu. Biarkan dia tidak bercakap sampai seminggu! Baru padan
muka dia!
Pekakkan
telinga aje, Dhia. Tak payah layan sangat dia tu. Satu suaranya membisik agar
dia cepat-cepat meninggalkan tempat ini. Tanpa menjawab kata-kata Raymi Zikri,
dia berjalan meninggalkan Raymi Zikri.
Raymi
Zikri tersentak. Dhia ni sengaja buat aku marah! Orang nak berbaik dengan dia,
dia buat tak endah saja.
Segera
dia berlari anak mendapatkan Dhia yang sudah berdiri di hadapan lif. Dia perlu
menghalang gadis itu pergi dari sisinya. Banyak yang perlu mereka bincangkan.
Tangannya didepakan dihadapan Dhia. Berkerut dahi Dhia melihat tingkah laku
Raymi Zikri yang tidak manis dipandang pekerja-pekerja disini. Tubuhnya
dibelakangkan sedikit, memberi peluang Raymi Zikri berkata-kata. Tidak jadi dia
hendak menekan butang lif.
“Kau
nak apa lagi, Ray? Nak sakitkan hati aku lagi ke?” hambar sahaja nada suara
Dhia. Malas mahu melihat wajah Raymi Zikri, dia berpaling ke tepi.
Raymi
Zikri mengetap bibir. Kecewa hatinya melihat reaksi Dhia yang seakan-akan tidak
mahu bertentang mata dengannya.
“Aku
jumpa kau bukan untuk bertengkar tetapi aku nak minta maaf pada kau.”nadanya
bertukar perlahan.
“Minta
maaf? Eh, sejak bila pula Raymi Zikri yang aku kenali enam tahun yang dulu
pandai meminta maaf ni? Rasanya perkataan minta maaf tak pernah keluar dari
mulut kau. Ego dah mula turun ke?” Sengaja Dhia menyakitkan hati Raymi Zikri.
Raymi
Zikri tunduk menekur ke lantai. Sentap dengan ayat yang terluncur di bibir
mungil Dhia. Memang benar, dia sukar untuk memaafkan orang lain. Dengan
neneknya pun dia tidak pernah menuturkan kata maaf. Ini kali pertama dia
menuturkan kata tersebut tetapi sayang kata maafnya tidak begitu terkesan di
hati Dhia.
“Aku
minta maaf sebab lukakan hati kau, Dhia. Aku tak ada niat nak panggil kau
penipu hari tu.Kau tahu kan aku tak suka orang menipu aku.”
Dhia
mencebik. “Kau ingat senang aku nak maafkan kau selepas aku ditinggalkan
keseorangan di bus stop tempoh hari? No way, Ray. Aku ada hati dan perasaan juga
tau. Jangan ingat dengan kata maaf, semuanya akan selesai dalam sekelip mata.”
Rengus Dhia.
Raymi
Zikri bertemu pandang dengan Dhia. Lama. Bergetar jiwanya dengan renungan tajam
daripada gadis itu. Dhia pula tampak gelisah. Tidak senang dengan pandangan Raymi
Zikri terhadapnya. Cepat-cepat dia menepis tangan Raymi Zikri dan menekan
butang lif.
“Aku
takkan benarkan kau pergi selagi kau tak maafkan aku.”
“Boleh
tak kau jangan nak buat drama tak berbayar kat sini? Ingat sikit pekerja
bawahan kau tengah tengok kita.”
“Aku
peduli apa. Selagi kau tak maafkan aku, selagi itulah aku akan buat drama tak
berbayar kat sini dengan kau.” Raymi Zikri tetap mendepakan tangannya agar Dhia
tidak dapat masuk ke dalam lif.
Dhia
mengeluh panjang. Perangai Raymi Zikri tidak ubah seperti budak kecil yang
mengada-ngada!
“Okey,
okey. Aku maafkan kau. Dah, turunkan tangan kau ni. Aku nak balik ni.” Walhal dihatinya,
dia bukan ikhlas pun nak memaafkan Raymi Zikri sebenarnya.
“Dhia,
ermm… aku sayang kau. Terima kasih sebab sudi maafkan aku.” Ceria wajah Raymi
Zikri kerana Dhia sudi memaafkan dirinya.
Raymi
Zikri sayangkan dirinya? Hati Dhia makin tidak keruan. Kenapalah dada aku bergetar bila dia cakap dia sayangkan aku?
Jangan-jangan
kau dah jatuh cinta kat dia tak?
Kau
jangan Dhia. Dia tu sahabat kau. Dah enam tahun kau berkawan dengan dia.satu
suara berbisik kepadanya.
“Maafkan
aku, Ray. Aku tak boleh berlama kat sini. Aku nak balik.” Tergesa-gesa dia
bercakap.
Raymi
Zikri terkejut. “Kau nak balik? Bukan ke kau datang sini nak bekerja semula?”
Dhia
mengetap bibir. Terpaksalah dia merahsiakan perletakan jawatannya pada Raymi
Zikri. “Aku dah cakap pada Encik Habibur tadi aku nak cuti dalam beberapa hari
ni. Minggu depan aku kerjalah balik.”tipunya.
“Tak
best lah kau tak ada kat sini. Tak ada
siapa nak temankan aku makan nanti. ” Raymi Zikri mengeluh. Tanpa Dhia di
syarikat ini, dia rasa bosan yang teramat sangat.
Ting!
Pintu
lif terbuka dengan sendirinya. Dhia lega kerana pintu lif terbuka tatkala Raymi
Zikri selesai berkata-kata. Dia masuk ke dalam lif dan menekan butang satu di belah
kiri pintu lif tersebut. “Aku pergi dulu, Ray. Assalamualaikum…”
“Waalaikumsalam.
Jangan lupa call aku tau.” Raymi
Zikri mengerakkan ibu jari dan kelengkengnya. Dhia hanya mampu tersenyum nipis.
Sebelum pintu lif itu tertutup dengan sendirinya.
Raymi
Zikri mengeluh panjang. Baru hendak berbual panjang dengan Dhia, sahabatnya itu
sudah pergi meninggalkan dirinya. Tidak mengapalah, malam nanti dia akan
telefon Dhia untuk mengetahui lebih lanjut apa yang gadis itu lakukan selepas
bergelar janda.
“Hai,
Raymi. Panjangnya mengeluh. Ada masalah besar ke?” Sapa Encik Habibur dari
belakang.
Raymi
Zikri terkejut. Dia berpaling ke belakang. “Tak adalah, bos. Masalah kecil
aje.”
“Mesti
masalah yang awak alami ni ada kaitan dengan Dhia kan? Yalah, dia dah bertahun
kerja kat sini bersama awak. Tiba-tiba pula dia berhenti kerja secara mendadak.
Kawan mana yang tak sedih kan? Saya faham perasaan awak tu.” Encik Habibur
menepuk perlahan bahu Raymi Zikri.
Raymi
Zikri membulatkan mata. Wajahnya berubah suram. “Apa…err…bos cakap? Dhia
berhenti kerja?”
“Laa,
Dhia tak cakap dengan awak ke yang dia dah berhenti tadi? Dhia…Dhia. Dengan
kawan sendiri pun nak rahsiakan pasal ni.” ucap Encik Habibur sambil
mengelengkan kepala. Dia terus kembali ke biliknya, menyambung kerja yang
tertunggak selepas berbual dengan Dhia.
Raymi Zikri melutut di
depan lif bersama keluhan panjang. Rambutnya diraup ke belakang. Kesal dengan
sikap Dhia yang sanggup merahsiakan hal sebesar ini kepadanya.
Dhia, kenapa kau buat
aku macam ni? Kenapa?!
**Sesiapa yang telah baca tu, jangan LUPA KOMEN YA!! KOMEN KAMU SEMUA
AMATLAH DIALU-ALUKAN BAGI MENAIKKAN SEMANGAT EYA UNTUK TERUS MENULIS...
1 ulasan:
Mcm pernah bace cerita ni sebelum ni....
Catat Ulasan