“Abang
tak kisah siapa Dhia?”tanya Dhia penuh emosi tanpa memandang sedikitpun wajah
Muhd Razree yang sedang tekun memandu.
Muhd Razree tersenyum sambal merenung
sekilas wajah kesayangannya. “Abang tak kisah. Dhia janda atau balu sekalipun,
abang tetap akan terima Dhia. Cinta kan tak kenal siapa…” jawabnya ketika
keretanya sudah memasuki kawasan perumahan Damai Jasa.
Airmata Dhia tiba-tiba menitis.
Sayu hatinya apabila Muhd Razree berkata begitu. Ternyata Muhd Razree memang
seorang lelaki yang baik.
Muhd Razree yang perasan Dhia menangis
memberhentikan kereta di seberang jalan. “Dhia sayang, kenapa menangis ni?”
Dhia menahan airmatanya dari
terus mengalir deras. “Hah? Tak ada apa-apalah. Mata Dhia ni masuk habuk.”
“Dhia tipu. Kereta abang manalah
ada habuk. Abang tahu Dhia menangis sebab terharu abang cakap macam tu. Betul
kan?” usik Muhd Razree dengan mata terjengil.
Dhia menekup mukanya. Malu untuk
bertembung mata dengan lelaki yang sudah mendapat tempat dihatinya itu. “Mana adalah!Memandai
aje abang ni.”
Muhd Razree tersenyum pahit. Dia
tahu Dhia memangis kerana kata-katanya. “Bermulanya hubungan kita, abang janji
abang takkan biarkan Dhia menangis lagi. Abang akan sentiasa berikan Dhia
kebahagiaan dan kasih sayang lebih daripada bekas suami Dhia yang lepas.”
Dhia makin terharu. Insyallah
perlahan-lahan dia akan belajar mencintai lelaki yang bernama Muhd Razree ini.
Mudah-mudahan hubungan mereka akan berkekalan. Aminn…
Dhia kembali tenang. “Abang boleh
buat sesuatu untuk Dhia?”
Muhd Razree mengerutkan dahi. “Buat
apa?”
Dhia tersenyum lebar. Ada Muhd
Razree disampingnya, dapatlah dia menyakitkan hati seseorang. Siapa lagi kalau
bukan Raymi Zikri!
Renungan
tajam Raymi Zikri
terhadap Dhia memberikan pandangan kurang senang Muhd Razree ketika mereka tiba
di rumah Puan Khadijah. Dia tidak suka Raymi Zikri memandang Dhia sebegitu.
Timbul rasa cemburu di dalam hatinya. Adakah terdapat rahsia diantara mereka
berdua?
Ikutkan
hati, mahu sahaja dia pergi berdua dengan Dhia tetapi atas arahan nenek yang
mahu mereka pergi bersama Raymi Zikri, terpaksalah dia menyimpan niatnya itu.
Dhia
yang perasan pandangan kurang senang Raymi Zikri terhadapnya mula berbual mesra
dengan Muhd Razree. Rapat kedudukan mereka berdua. Biar Raymi Zikri tahu yang
dia ada hubungan dengan Muhd Razree.
“Bila
kita boleh melawat nenek, abang? Dhia tak sabar nak jenguk nenek.” Ujarnya
dengan nada manja yang dibuat-buat. Duduk berdua-duaan diatas sofa bersama Muhd
Razree membuatkan terfikir untuk menyakitkan hati Raymi Zikri.
Muhd Razree hanya mampu
tersenyum. Suka sekali Dhia bersuara begitu apabila bercakap dengannya.
“Lepas
kita solat asar baru kita tengok nenek ya sayang. Dhia tak sabar-sabar nak
jumpa nenek ni kenapa? Dah tak sabar nak kahwin dengan abang ya?” sakat Muhd
Razree.
Berombak
dada Raymi Zikri mendengarnya. Makin sakit pula hati dia tengok pasangan itu.
Serasa mahu dihumban sahaja ke dalam gaung!
Dalam
diam pandai betul Dhia mengoda abang aku
ya. Patutlah nak berhenti kerja bagai. Nak ikut abang aku pergi Negeri Sembilan
rupanya. dasar janda gatal! Raymi Zikri mendengus.
“Eh,
mana ada! Abang ni fikir bukan-bukan pula. Dhia nak tengok keadaan nenek. Mana
tahu bila nenek jumpa Dhia, nenek akan sihat sepenuhnya.”
“Ingatkan
nak jumpa nenek sebab nak kahwin dengan abang. Hmm…” Muhd Razree membuat muka
cemberut, pada masa yang sama dia mendekatkan wajahnya ke muka Dhia. Mahu
melihat wajah malu-malu Dhia ketika bertentang mata dengannya.
Dhia
tolak tubuh Muhd Razree selamba tanpa mempedulikan perasaan lelaki itu. Terus
dia berlari ke bilik air belakang, tidak jauh dari dapur. Dia memang malu
sangat-sangat! Tidak jadi dia mahu bermanja-manja dengan Muhd Razree dihadapan
Raymi Zikri.
Raymi Zikri yang duduk diatas
sofa sejak dari tadi bangun dan pergi mengejar Dhia. Marahnya sudah tidak dapat
ditahan lagi. Selama ini Dhia jarang pegang tubuh lelaki sesuka hati. Memang
dah berubah betul dia ni. Baru tiga bulan mereka tidak berjumpa, banyak
perubahan yang berlaku dalam diri Dhia. Makin manja pula dia tengok gadis itu.
Muhd Razree yang baru hendak
mengejar Dhia dihalang pembantu peribadi nenek. Raymi Zikri puas hati. Dapatlah
dia dan Dhia berdua-duaan. “Jamil, bawa terus Abang Raz pergi hospital. Nanti
saya bawa Dhia pergi ke sana.” Jamil hanya mengangguk. Terus dibawa Muhd Razree
pergi dari situ walaupun dia membentak tidak mahu mengikut.
“Kalau Tuan tak nak masuk
hospital hari ini baik Tuan diam dan ikut saja saya ke luar.” Sengaja Jamil
menakut-nakutkan Muhd Razree dengan mencekak kolar kemeja lelaki itu.
“Err…awak bos ke saya yang bos
ni? Sesuka hati aje nak ugut orang,”tempik Muhd Razree. Tidak terduga Jamil
akan mengugutnya sebegini rupa.
Jamil mempamerkan riak wajah yang
bersahaja.
“Bos saya hanya Puan Khadijah dan
Encik Raymi Zikri. Dah, jangan banyak cakap. Ikut saja saya ke hospital.” Muhd
Razree terus senyap. Kempunan hasratnya untuk memperkenalkan Dhia sebagai bakal
isterinya dihadapan nenek. Adiknya memang kejam! Sanggup dia buat abangnya
begini.
Abang takkan maafkan kau, Ray! katanya
dalam hati.
Dhia
keluar dari bilik air selepas
rasa malunya berkurangan. Selepas ini
dia bertekad untuk tidak menunjukkan sikap yang terlalu manja kepada lelaki
itu. Biarlah dia jadi dirinya yang sebenar. Tegas tetapi masih mengekalkan
sikap gadis melayu.
“Baru
nak keluar? Kenapa tak keluar lagi setengah jam?”sindir Raymi Zikri di tepi
pintu bilik air. Seketika dia memandang sekeliling ruang dapur yang luas itu.
Mujur kesemua pembantu rumahnya tiada disitu. Dapatlah dia berdua dengan Dhia
disini.
Masyallah.
Dia ni lagi! Dhia betul-betul terkejut. Mujur dia tidak cepat melatah. Mukanya berubah
tegang. Dengan Raymi Zikri tidak perlu nak bermuka-muka.
“Aku
punya sukalah nak keluar ke tak? Yang kau ada kat sini buat apa? Aku rasa aku
tak cakap sepatah perkataan pun dengan kau kan bila aku sampai sini.”Orang cakap
kasar, dia balaslah balik dengan nada kasar!
“Sebab
kau tak cakap dengan akulah aku nak cakap dengan kau. Hei, Dhia. Sejak kau dah
bergelar janda ni aku tengok kau makin gedik pula ya. Tambah-tambah pula dengan
abang aku. Dah tak sedar ke kau tu dah bergelar janda. Sepatutnya kau mencari
yang duda, bukan orang yang bujang macam abang aku tu.”balas Raymi Zikri
angkuh.
“Kurang
ajar kau Ray. Berani kau kata aku gedik dengan abang kau? Kau memang sahabat
tak guna!” Dhia mengangkat tangan mahu menampar Raymi Zikri namun pantas lelaki
itu menepis kasar tangannya.
“Sakitlah,
bodoh!”
Raymi
Zikri mencebik. “Ohh…tahu pun sakit. Tapi tak sesakit mata aku tengok adengan
mesra kau orang dekat ruang tamu tadi. Aku cemburu tau tak? Aku cemburu!”
Mata
Dhia menyinga. “Apa pasal pula kau perlu cemburu sedangkan kita tak ada ikatan
istimewa pun?”
“Ada!
Kau sahabat aku! Aku tak suka orang lain rapat dengan kau.” suara Raymi Zikri
yang nyaring tadi berubah menjadi kendur.
Dia terus melutut dihadapan Dhia. Termangu Dhia dibuatnya. “Maafkan aku,
Dhia. Aku tak sedap hati kalau tak dapat kemaafan daripada kau. Dah tiga bulan
aku cari kau kat merata tempat. Jujur aku cakap, aku bosan tanpa kau, Dhia.
Semua orang yang ada kat sekeliling aku dan rapat dengan aku pun tak pernah memahami
kehendak hati aku, Dhia. Hanya kau seorang sahaja yang faham aku.”
“Tak
payah nak layan emosi sangatlah, Ray. Dahlah, aku nak pergi hospital dengan Abang
Raz. Tepilah, menyibuk aje!” Dhia menepis tubuh Raymi Zikri. Tidak diendahkan
kata-kata Raymi Zikri yang boleh membuatkan dia mengalirkan air mata. Dari dia
melayan lelaki yang kurang siuman ini ada
baiknya dia ajak Muhd Razree ke hospital sekarang. Cadangnya mahu
sembahyang dirumah banglo Puan Khadijah ini tetapi ada pula yang ‘mengacau’.
Raymi
Zikri menyilangkan tangan ke dada. “Abang Raz dah pergi pun dengan Jamil tadi.
Nampaknya kau kena pergi dengan akulah ya.” Dia tersenyum sengih.
Terbeliak
mata Dhia apabila mendengar kata-kata Raymi Zikri. Abang Raz dah pergi dengan
Jamil? Dhia kecewa. Sampai hati Muhd Razree meninggalkannya tanpa menyampaikan
sebarang pesanan kepadanya. Bukan lama sangat pun dia dalam bilik air.
“Kau
pergilah sorang diri. Aku tak nak ikut. Aku nak balik rumah ibu aku dulu. Esok baru
aku jumpa nenek.”sayu sahaja suaranya. Mengambarkan rasa kecewa yang bersarang
dihatinya dengan sikap Muhd Razree yang meninggalkannya.
Elok
dia pulang sahaja ke rumah ibu. Dia tahu ibu pasti tidak sabar mahu berjumpa
dengannya. Sudah berapa minggu mereka hanya berbual melalui telefon sahaja.
Raymi
Zikri panas hati. Baru hendak rapat semula dengan Dhia, gadis itu hendak pulang
ke rumah. Tak boleh! Dia takkan biarkan Dhia balik ke rumah Puan Suria. Gadis
itu wajib menemankan dia pergi ke hospital. Wajib!
“Aku
tak kira. Kau ikut juga aku pergi. Kalau tidak aku dukung kau masuk bilik aku.”
Ditekannya perkataan ‘dukung’ agar Dhia jadi takut dengannya. Dia tahu Dhia takut
kena dukung dengannya. Pernah suatu ketika dia mendukung Dhia dihadapan
khalayak ramai dan membuat pusingan berkali-kali sehingga gadis itu jatuh ke
lantai. Malu tak payah cakaplah. Sampai berhari-hari mereka tidak bertegur
sapa!
“Kau
jangan merepek boleh tak?!” Geram pula dia dengan Raymi Zikri. Orang tengah
kecewa ini, dia sempat lagi mengugut. Dhia melangkah longlai ke ruang tamu
diikuti Raymi Zikri dari belakang yang tidak putus-putus tersenyum.
“Dah
tu, tak payah nak buat drama tak berbayar kat sini. Ikut aje aku dan aku akan
hantar kau balik rumah ibu kau. Macam mana?”
“Aku
ingat aku akan pergi dengan Abang Raz...” Suara Dhia berubah sayu. Hajat dihati
mahu pergi bersama-sama dengan Muhd Razree. Memberitahu Puan Khadijah tentang
hubungan diantara mereka berdua.
Raymi
Zikri merengus. Tidak suka betul apabila Dhia menyebut nama abang kandungnya.
“Jangan sebut nama dia depan aku boleh tak? Aku benci dia!”
“Janganlah
benci dia. Dia tu abang kau merangkap bakal suami aku. Aku tak suka benci orang
yang aku sayang.” Takut-takut Dhia berkata.
“Apa?!
Bakal suami kau?”Tegang gila wajah Raymi Zikri. Dhia rasa cuak.
“Aah…aku
ingat kalau dia ada tadi aku nak berterus-terang dengan nenek pasal hubungan
kami. Tapi dia dah pergi hospital, terpaksalah aku pendam dulu. Tapi tak
tahulah kalau-kalau Abang Raz dah maklumkan pada nenek pasal hubungan kita
orang. Kau mesti tak sabar nak dapat kakak ipar macam aku kan?” Dhia
mempamerkan wajah teruja.
“Kau
ingat aku suka kau jadi kakak ipar aku? Jangan beranglah, Dhia. Sampai
bila-bila pun aku takkan terima kau jadi kakak ipar aku. Never!” marah Raymi Zikri. Serius sahaja wajahnya.
Terkedu Dhia dibuatnya. Apa kena
dengan lelaki ni? Tiba-tiba aje nak marah?
“Kau
apa hal ni Ray? Tiba-tiba aje nak marah-marahkan aku. Apa yang aku cakap tu
betullah. Lagipun kau orang pertama yang tahu pasal ni. Itu pun dah cukup bagus
aku cakap pada kau tau!” Tidak suka betul dengan mimik muka yang ditunjukkan
Raymi Zikri. Marah macam nak terkam orang!
“Aku
cakap tak suka, tak sukalah!” tempik Raymi Zikri. Terdiam Dhia disitu. “Jangan
cakap pasal ni lagi. Kita gerak ke hospital sekarang.” Mendatar sahaja
suaranya. Bagai malas mahu mengeluarkan suara. Terus dia bergerak ke luar
menuju ke kereta Audi A8nya.
Dhia
makin pelik dengan Raymi Zikri. Tadi bukan main pujuk dia. Lepas itu bila cakap
pasal Abang Raz bakal suami dia, terus mamat itu melenting tidak tentu pasal.
Takkan
Ray cemburu kot?
Dalam
kereta, mereka
tidak bercakap walau sepatah perkataan pun. Hanya radio yang menceriakan
suasana. Dhia terasa bosan. Kalau Abang Raz ada kat samping aku kan best? Mesti
banyak yang kita orang bualkan. Dia berangan sendiri. Dengan mamat sebelah ni?
Jangan haraplah.
Ada baiknya dia telefon Muhd
Razree. Duduk dalam kereta ini tanpa bercakap, dia rasa tidak selesa pula.
Poket seluar jeannya diseluk. Pantas dia mengeluarkan telefon bimbit miliknya
lalu mencari nombor Muhd Razree di Contacts. Tidak sampai lima belas saat, dia
jumpa juga nombor lelaki itu. Terus dia melekapkan telefon bimbit ke
telinganya.
Dhia tersenyum-senyum sendiri.
Harap-harap Abang Raz akan angkat panggilannya.
Raymi Zikri yang sedang leka
memandu sempat menjeling tajam kearah Dhia yang tersenyum-senyum itu. Telefon
siapa pula tu? Abang Raz ke?
“Assalamualaikum, abang!” Teruja
benar Dhia apabila Muhd Razree menjawab panggilannya.
“Waalaikumsalam Dhia sayang. Kat
mana ni?” perlahan sahaja suara Muhd Razree. Dia kini berada dihadapan nenek yang
sedang terbaring diatas katil hospital. Suaranya sengaja diperlahankan. Takut
menganggu nenek yang sedang lena dibuai mimpi.
“Dhia dalam perjalanan ke
hospital ni. Abang tunggu kedatangan Dhia tau? Dhia tak sabar nak jumpa abang.”
Manja benar suaranya. Tidak malu langsung untuk menunjukkan perangai manjanya
kepada Raymi Zikri. Biar sahabatnya ini tahu yang dia benar-benar sayangkan
lelaki itu walaupun hakikat sebenarnya dia tidak berupaya mencintai lelaki itu
buat masa sekarang.
Raymi Zikri disebelah sudah panas hati. Memang
nak kena Dhia ni dengan aku! Stereng kereta digenggam kuat. Mahu sahaja
dirampas telefon itu dan dicampak ke luar!
“Abang akan tunggu Dhia. Berapa
lama pun abang sanggup tunggu. Hurm… Dhia ada dengan Ray ke? Boleh tak suruh
dia pandu cepat sikit? Waktu melawat nak dekat habis ni. Lambat nanti tak
dapatlah abang nak berterus-terang dengan nenek pasal hubungan kita yang baru
bermula ni.” Muhd Razree apa yang terbuku di hatinya. Sebenarnya dia tidak suka
Dhia terlalu rapat dengan Raymi Zikri. Takut gadis itu akan terlanjur mencintai
adiknya. Raymi Zikri pandai mengayat. Hampir semua gadis yang dijumpai tertawan
dengan adiknya itu.
Dhia terkejut. “Abang tak bagi
tahu nenek lagi pasal kita? Ingatkan abang dah bagi tahu tadi.” Mahu sahaja dia
meraung dalam kereta ini. Bukan susah pun mahu berterus terang. Apa yang lelaki
itu takutkan sangat?
“Abang tak kuat, Dhia. Kalau kita
berdua baru abang rasa abang lebih bersemangat untuk bagi tahu hubungan kita
pada nenek.”
“Tak apalah. Berdua lebih baik
kan?” Dhia tergelak kecil. Muhd Razree dihujung talian hanya mampu senyum
sahaja. Mujur Dhia tidak berkecil hati dengannya.
Raymi Zikri disebelah menahan
nafas. Gelak Dhia menyakitkan hatinya. Tanpa menunggu Dhia menamatkan perbualan
dengan abang kandungnya, dia terus menarik telefon bimbit milik gadis itu lalu
dimasukkan ke dalam poket. Terjerit kecil Dhia dengan aksi Raymi Zikri yang
tidak terduga itu.
“Are you out of mind?!”
“Just keep quiet and I give your phone’s back,” ucap Raymi Zikri
selamba. Dia meneruskan pemanduan seperti biasa. Lagi berapa kilometer sahaja
mereka akan sampai ke Institut Jantung Negara (IJN). Dapatlah dia bertemu nenek
selepas ini.
“Argh!!” Dhia jerit sekuat
hatinya. Geram dengan sikap Raymi Zikri. Sampai hati telefon bimbitnya dirampas
sebegitu rupa.
Dia ni memang suka buat aku
marah!
2 ulasan:
#Dhiya awkk xtw kee si #Ray to cemburu sbb ad hati at awkk .. Tp kan , sejujur nya akk lg suka #Dhiya ngn #Ray brbnding #Raz .. im sorry tp to laa pngakuan brani mati akk , ceh ! hahahaha ..
OMG Geram gila dengan Ray ni... kalau suka cakap jelah. Nak halang2 Raz dengan Dhia macam tu, buat sakit hati orang je... Dhia mana lah boleh baca hati awak tu Ray oiii...eh sori kak, emotional pulak hehehe
Catat Ulasan