Tiga
bulan selepas itu…
Kakinya menguis pasir
halus dengan hujung jari kakinya. Rambutnya yang mengerbang dibiarkan lepas.
Angin yang menderu-deru di sekelilingnya membuatkan dia rasa tenang berada di
pantai Teluk Kemang ini.
Dhia melihat orang disekelilingnya. Agak ramai pelancong
dari dalam dan luar negara datang ke pantai ini. Rata-ratanya datang bersama
keluarga. Hmm…bestnya kalau bercuti bersama keluarga. Dia? Datang ke sini pun seorang.
Mahu harapkan ibunya datang bersamanya ke sini, jangan haraplah. Ibunya lebih
suka pergi ke program keagamaan yang dibuat di dalam kampung daripada bercuti
ke negeri lain. Nak buat macam mana kalau itu kesukaan ibu. Dia tak boleh
halang.
Selepas dia menyerahkan surat perletakan jawatan kepada
Encik Habibur tiga bulan yang lepas, sampai ke hari ini dia langsung tidak
mencari kerja baru. Mungkin ‘rasa’mahu bekerja semula belum sampai ke tahap
sepenuhnya kot. Biarlah dia bercuti sepuasnya dulu. Bila dah ada semangat
balik, barulah dia cari kerja baru walaupun duit poketnya tidak sebanyak yang
dulu.
“Manalah Abang Raz ni. Kata lagi sepuluh minit. Ini dah
setengah jam aku tunggu tak sampai-sampai pun. Baik aku rehat kat bilik aje
tadi lagi best.”rungutnya seorang diri sambil melihat jam di telefon bimbitnya.
Bengang kerana Muhd Razree tidak menepati masa.
“Seorang aje. Boleh abang temankan?” Kata satu suara
nakal yang berdiri dibelakangnya. Dhia mencekak pingang. Dia tahu dah siapa
yang selalu berkata begitu.
Tubuhnya
dipalingkan ke belakang. Merah padam wajahnya menahan marah.
“Abang Raz! Dah pandai tinggalkan Dhia sorang-sorang kat
sini. Dah tak sayang Dhia lagi ya?” marah Dhia tanpa perasaan. Biarkan Muhd
Razree tahu yang dia benar-benar tengah marah saat ini!
Muhd Razree tayang sengih. Tidak terkesan sedikit pun
dengan kemarahan Dhia.
Sabarlah wahai hati bila tengok muka mamat yang tak ada
perasaan ini! Dhia mengetap bibir. Ikutkan hati, mahu sahaja dia geletis
pinggang Muhd Razree sampai lebam. Baru lelaki itu tahu yang dia serius dalam
hal ini.
Muhd
Razree. Dia rasa abang kepada Raymi Zikri ini lebih ceria dan peramah
berbanding sahabatnya itu yang suka berwajah serius disekelilingnya. Dia
bersyukur kerana dapat bertemu dengan lelaki ini di Terminal Bersepadu Selatan
(TBS) sehari selepas dia menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Encik
Habibur.
Pada
asalnya, dia mahu ke TBS untuk berjalan-jalan sambil meneroka kawasan terminal
yang mula dilancarkan pada bulan April, dua tahun lepas . Tidak sangka pula dia
boleh bertembung dengan lelaki itu di tengah-tengah bahagian ticket counter sambil ditemani seorang
perempuan disisinya.
Dan kerana pertemuan itulah, Muhd Razree membawanya ke
pantai Teluk Kemang ini. Walaupun lelaki itu agak sibuk dengan urusan kerja selama
tiga bulan disini, dia dilayan bagaikan puteri. Hilang rasa kecewa yang bertamu
di hatinya setelah dia berpisah dengan Imran.
“Minta maaflah, sayang. Abang bukan sengaja nak tinggalkan
Dhia sorang-sorang kat sini. Dhia tahu kan abang datang sini sebab kerja?
Maafkan abang ya, sayang?” rayu Muhd Razree. Mana tahu dengan panggilan
‘sayang’ Dhia akan mengalah dan tidak memarahinya .
Dhia jadi tidak tentu arah. Berdebar jantungnya tatkala Muhd
Razree memanggilnya ‘sayang’. Terasa dia berada di awang-awangan. Namun apabila
mengingatkan lelaki ini ada membuat salah terhadapnya, pantas dia membuat muka
serius.
“Sorry
naik lori! Dhia tak nak maafkan abang. Abang pergilah sambung kerja abang yang
berlambak-lambak tu. Biarkan Dhia sorang-sorang kat sini.” Dhia menyilangkan
tangan. Matanya berpaling ke tempat lain. Saja-saja buat merajuk dengan Muhd
Razree.
“Sayang, abang minta maaf. Maafkan abang sebab mungkir
janji. Abang betul-betul sibuk tadi. Jangan merajuk dengan abang ya. Bunga ni
abang belikan khas untuk Dhia. Terimalah.” Bunga mawar ini bukan dia beli
sebenarnya tetapi pembantu peribadinya, Mariana yang berikan padanya.
Dhia buat muka gembira. Bunga? Wah, macam tengah bercinta
pula mereka berdua ini sampai bagi bunga. Dia terima bunga itu dengan ucapan
terima kasih. Muhd Razree mengerutkan dahi. Aik, tadi merajuk. Bila dapat bunga
aje terus gembira. Dhia…Dhia. Kepalanya digelengkan.
“Dalam
sibuk-sibuk pun abang sempat lagi belikan Dhia bunga ya. Abang beli kat mana
ni?” Mereka berjalan seiringan. Muhd
Razre yang berada disisi Dhia terasa kelu lidahnya untuk menjawab soalan itu.
Terpaksalah dia bohong sunat. Eheh, bohong sunat mana ada dalam islam lah!
“Abang
beli kat lobi hotel tadi. Dhia tahu kan kat lobi tu ada kedai jual bunga. Hmm…
Dhia maafkan abang tak ni?” Sengaja dia menukar topik. Tidak mahu Dhia bertanya
lanjut pasal bunga pemberiannya ini.
Dhia
tersenyum nipis sebelum dia mencium bunga mawar ditanganya. “Sebab abang bagi
bunga yang merah menyala ni, Dhia maafkan abang. Tapi ingat! Jangan tinggalkan
Dhia sorang diri lagi. Kalau abang buat lagi, Dhia balik Kuala Lumpur
sorang-sorang.”ugutnya. Dia tidak suka ditinggalkan terlalu lama. Kalau sepuluh
minit tak apa juga. Ini sudah lebih setengah jam dia berdiri di depan pantai
ini tanpa berbuat apa-apa aktiviti.
“Okey,
okey. Abang janji tak buat lagi. Dhia tahu kan abang sayangkan Dhia sepenuh
hati abang? Kalau Dhia tak ada kat sisi abang, hidup abang tak bererti lagi.”
Dada
Dhia makin berdebar-debar. Baru Muhd Razree cakap macam itu dia sudah jadi
gelisah. Belum lagi lelaki itu mengungkapkan kata-kata cinta kepadanya. Mahu
pengsan dia disini kalau dia cakap I Love You, Dhia!
“Jiwanglah
Abang Raz ni!” Muka Dhia merah menahan rasa malu yang teramat. Terus dia
berlari meninggalkan Muhd Razree. Sengaja dia berlari agar mukanya yang merah
ini tidak disedari lelaki itu.
“Hesy,
kata abang jiwang tapi lari tinggalkan abang. Dhia…tunggu!”laungnya. Dia lari
mengejar Dhia yang sudah meninggalkannya. Lagak mereka seperti pasangan kekasih
yang sedang hangat bercinta.
Tanpa
mereka sedari, ada seseorang yang memerhatikan aksi kejar mengejar itu. Siapa
lagi kalau bukan Puan Khadijah. Terpamer riak tidak puas hati diwajahnya.
Sungguh, dia tidak suka dengan apa yang dilakukan Muhd Razree dan Dhia. Mereka
berdua seperti pasangan bercinta. Ini tidak boleh berlaku! Dia tidak akan
sekali-kali membiarkan cucunya itu bercinta dengan Dhia.
Sudah
lama dia berdiri tercongok di sini. Sanggup dia datang ke sini semata-mata mahu
melihat kegiatan Dhia. Gadis itu sudah dianggap seperti cucu kandungnya.
Selepas Dhia bercerai ini, makin berkobar-kobar rasa hatinya mahu menjaga gadis
itu. Dia tahu Dhia mempunyai Puan Suria tetapi entah kenapa dia lebih suka jika
Dhia tinggal bersama-sama dengannya.
“Jamil…kita
pulang ke Kuala Lumpur sekarang. Nanti kita datang sini lagi.” Puan Khadijah
berkata kepada pembantu peribadinya. Ikutkan hati mahu sahaja dia tinggal lebih
lama disini namun bila difikirkan semula, Raymi Zikri tidak tahu kedatangannya
ke sini. Cucu bongsunya itu pergi kerja. Jadi berapa jam sebelum Raymi Zikri
balik, sempatlah dia datang ke Negeri Sembilan ini.
“Baik,
Puan.” Angguk sahajalah walaupun dia terasa penat yang amat sangat. Memandu
dari Kuala Lumpur ke sini mengambil masa tiga jam. Sudahlah dia memandu tanpa
henti. Mahu memprotes dia takut majikannya itu akan memotong gajinya. Baik
diikutkan sahaja kata-kata Puan Khadijah.
Mereka
meninggalkan kawasan pantai itu tanpa banyak bicara.
Selepas
makan malam bersama Muhd Razree di lobi utama, Dhia
masuk ke bilik membersihkan diri. Baju kurung yang dipakainya ditukar kepada
baju tidur. Hari ini dia betul-betul rasa penat. Tidak sangka selepas Muhd
Razree berjumpa dengannya, banyak aktiviti yang mereka lakukan.
Paling
tidak dapat dilupakan, Muhd Razree menangkap gambarnya menggunakan kamera DSLR
milik lelaki itu di tengah-tengah pantai. Banyak aksi yang ditangkap tanpa
mempedulikan pengunjung yang datang ke pantai ini. Agak malu juga dia masa itu
namun apabila mengenangkan Muhd Razree disisinya yang sering membuatkan dia
bahagia, dia tidak kesah semua itu. Janji hatinya puas.
“Dhia
jangan banyak bergerak ya. Abang nak tangkap gambar Dhia ni.”
“Macam
manalah Dhia nak bergerak abang kalau abang dah tutup kaki Dhia dengan
pasir-pasir ni.” Dhia ketawa manja. Inilah kali pertama kakinya ditutup dengan
pasir.
Muhd
Razree menjauhkan diri sedikit daripada Dhia. “Dhia buatlah aksi apa-apa pun.
Tapi abang nak Dhia senyum lebar-lebar tau! Bila abang kata sedia, Dhia kena
bersedia tau.”
“Okey,
okey!” Dhia membuat tanda peace.
Apabila
Muhd Razree sudah berkata sedia, Dhia mula mempamerkan raut wajahnya yang
tersenyum manis. Lelaki itu menunjukkan tanda bagus.
Dari
satu sudut ke satu sudut Muhd Razree menangkap gambarnya. Gaya lelaki itu
persis seorang photographer yang
menangkap gambar seorang model untuk dimasukkan ke dalam majalah.
“Sudahlah,
bang. Takkan nak bergambar dengan kaki tertutup pasir ni? Biar Dhia tangkap
gambar abang pula.” Dhia membuang pasir-pasir yang menutup kakinya lalu dia
bangun menghampiri Muhd Razree namun lelaki itu mengelengkan kepala.
“Tak
payahlah tangkap gambar abang. Biar abang aje tangkap gambar Dhia, okey.”
“Ala,
bang. Dhia nak juga tangkap gambar abang. Asyik abang aje tangkap gambar.
Bagilah peluang kat Dhia pula.” Dhia mahu merampas kamera tersebut tetapi
lelaki itu pantas menyorokkan kamera itu ke belakang badan.
Muhd
Razree jelir lidah. “Tak boleh. Abang nak tangkap gambar Dhia aje. Kalau nak,
cubalah dapatkan.” Kali ini dia pula yang berlari meninggalkan Dhia. Sewaktu
Dhia berkata dia jiwang tadi, dia yang ditinggalkan. Sama-sama adillah kan?
Dhia
tersenyum lagi. Kenangan petang tadi seakan segar diingatannya. Matanya melekat
pada dinding putih diatas syiling itu. Kata-kata manis daripada Muhd Razree
sewaktu mereka berjumpa petang tadi membuatkan dia seperti diawang-awangan.
Lelaki itu memang pandai berkata-kata. Ah, apakah ini cinta?
Hai,
Dhia…cepatnya kau jatuh cinta! Baru lepas habis tempoh iddah, kau dah pandai
main mata dengan lelaki lain. Kalau Puan Khadijah tahu kau sukakan cucu dia,
habis melenting dia nanti. Satu suara berbisik kepadanya.
Dhia
mencebik. Puan Khadijah tahu pun dia peduli apa. Kalau dia bercinta dengan Muhd
Razree, Puan Khadijah mesti suka punyalah! Kan Puan Khadijah dah anggap dia
sebagai cucu kandung? Apa yang ditakutkan lagi?
Dipeluk
erat bantal empat segi yang berada disisinya. Malam ini dia mahu bermimpikan
yang indah-indah sahaja. Diharap Muhd Razree akan masuk ke dalam mimpinya. Dhia
tersenyum lebar sebelum matanya dilelapkan.
Ting
tong!
Bunyi
loceng dari pintu utama hotel yang dia tinggal ini mematikan harapannya untuk
bermimpikan Muhd Razree. Ah, siapa pula yang datang waktu aku nak tidur ni?
Dhia turun dari katil dengan langkah longlai. Ketika ini dia benar-benar penat
dan tidak berdaya untuk bercakap sepatah kata pun. Apa yang berada di dalam
fikirannya kini hanyalah tidur dan bermimpikan Muhd Razree sahaja!
Saat
pintu utama dibuka, Dhia terpaku. Mulutnya terlopong apabila melihat tubuh
lelaki dihadapannya. Dia menelan airliur. Kenapa Abang Raz datang sini waktu
malam-malam begini? Rasanya tadi dia dah puas berbual dengan lelaki ini di
restoran tadi.
“Terkejut
tak abang datang sini?” Muhd Razree mengangkat kening dengan senyum lebar.
Dalam hati, dia sedikit terpegun apabila melihat Dhia memakai baju tidur yang
bercorak bunga berwarna biru. Sangat comel!
“Mestilah
terkejut. Abang datang jumpa Dhia ni sebab apa? Dah tak boleh tunggu esok ke?”
Dhia buat suara hambar walaupun dalam hati dia sangat teruja dengan kedatangan
lelaki tinggi lampai ini.
Muhd
Razree buat mulut muncung. “Ala, abang nak jumpa sekejap pun tak boleh.
Bukannya lama sangat pun. Lepas ni Dhia nak tidur, tidurlah.” katanya.
Dhia
duduk di atas kerusi yang disediakan oleh pihak hotel tanpa mempelawa Muhd
Razree duduk disebelahnya. Dia tidak betah jika terlalu rapat dengan lelaki
itu. Takut jiwanya tidak tenteram.
“Penting
sangat ke nak jumpa Dhia ni?” Dhia memberanikan diri menatap anak mata Muhd
Razree yang galak memandangnya.
“Tak
adalah penting sangat. Cuma abang nak tengok Dhia aje.” Muhd Razree duduk
disebelah Dhia. Badannya mengiring sedikit supaya dapat melihat dengan jelas
anak mata Dhia yang dirasakan sangat cantik.
Jantung
Dhia berdegup kencang. Oh Tuhan, kenapa dengan dia malam ini?
“Abang boleh tak alihkan mata abang tu kat
arah lain? Dhia rasa tak selesalah bila abang tenung Dhia macam tu.” Suaranya
sengaja diseriuskan. Sejujurnya dia tidak selesa lelaki itu memandangnya. Dhia
bangun dan berdiri di depan koridor bilik. Angin yang membuai pada malam ini
memberikannya satu perasaan yang tenang tanpa sebarang masalah.
“Tak
nak. Abang tetap nak tenung mata Dhia. Biar Dhia rasa tak selesa.” Muhd Razree bangun
dan berdiri disebelah Dhia. Dia tetap merenung anak mata Dhia walaupun gadis
itu beria-ria mahu menyuruh dia pandang ke tempat lain.
“Apa
yang menarik sangat kat mata Dhia ni sampai abang tak nak pandang tempat lain?
Ke abang pandang mata Dhia ni sebab nak mengorat Dhia?” Haa, ambik kau. Soalan
tanpa bertapis diberikan kepada Muhd Razree tanpa rasa malu dan segan.
“Hesy,
ke situ pula Dhia ni. Bukanlah. Abang suka tengok mata Dhia walaupun abang rasa
mata abang lagi cantik daripada Dhia.” Cewah, sempat lagi dia banggakan diri
sendiri.
Dhia
mencebik. “Dah tau kalau mata abang lagi cantik daripada Dhia, abang belilah
cermin tengok mata abang puas-puas. Nak tengok mata Dhia buat apa pulak.”
Muhd
Razree menongkat dagu di atas koridor tersebut sambil matanya menjeling manja kepada
Dhia yang nampak malu-malu itu. “I love
your eyes but I love my eyes more. Cause without mine, I can’t see yours.”
Dhia
tunduk merenung lantai. Ya Allah, malunya aku!!
Terus
dia menutup pintu bilik meninggalkan Muhd Razree yang terpinga-pinga disitu.
4 ulasan:
Best!!
nk lagi akak!!
alhamdulilah...nanti akk up lg ya...tp bukan skrg tau! haha
**nur daeya
Sudah adakan cerita ni tapi diolah lain sikit. betul tak?
Macam best! Sebenarnya macam cuak jugak bila fikir camne la nanti kalau Nenek Raz dapat tahu pasal diorang....keep it up!
Catat Ulasan