Pagi yang tenang dan
mendamaikan, atas kebenaran Puan Khadijah, Dhia akhirnya dibenarkan berjumpa
dengan ibunya. Memang dia gembira apabila diberi kebenaran daripada Puan
Khadijah namun hatinya tidak tenteram apabila memikirkan kata-kata wanita itu semalam.
Dhia pilih antara
dua. Duduk bersama nenek dan berkahwin dengan Raz atau duduk semula di rumah
ibu kamu tanpa berjumpa dengan Raz lagi.
Fuh, memang dahsyat pilihan yang Puan Khadijah berikan
padanya. Tetapi apabila difikirkan semula, dia sangat sayangkan Muhd Razree dan
dia yakin lelaki itu mampu menjadi pelindungnya selepas mereka berkahwin nanti.
Tapi bagaimana pula dengan ibu? Argh, susahnya nak buat keputusan.jeritnya
dalam hati.
“Dhia tak payah naik teksi. Naik aje kereta nenek. Nanti
Jamil akan hantar kamu ke sana. Senang sikit nenek dapat jawapan dari kamu.”
Amboi, Puan Khadijah dah tak sabar-sabar nak tahu
keputusan dari mulutnya. Makin lemah dia dibuatnya. Kalaulah Abang Raz yang
hantar dia, dapatlah mereka berbincang berdua. Ini tidak, Puan Khadijah arahkan
dia pergi bersama Jamil. Memang tak best langsung!
“Hmm…kalau macam tu Dhia pergi dululah. Jamil, kita pergi
rumah Puan Khadijah dulu ya. Bagasi saya tinggal kat sana.” Mendatar sahaja
suaranya apabila memandang Jamil yang sedang berdiri tegak di belakangnya.
Nampaknya pagi yang tenang ini tidak setenang yang dia impikan.
“Bagasi Cik Dhia saya sudah masukkan ke dalam bonet
kereta semalam. Kita pergi sekarang ya.” Jamil membuka pintu wad untuk Dhia.
Dhia hanya mampu mengelengkan kepala. Dedikasi betul
pembantu peribadi Puan Khadijah ini. Macam tahu-tahu sahaja yang dia akan balik
rumah hari ini.
Dengan langkah terpaksa, dia akhirnya mengikut Jamil.
Muka Puan Khadijah langsung tidak dipandang. Nak bersalam apatah lagi. Mungkin
ini yang dia mampu buat untuk meluahkan rasa kecewanya terhadap wanita itu.
Puan Khadijah hanya mengangkat bahu apabila melihat
reaksi yang ditonjolkan Dhia keatasnya. Dia mengerti mengapa Dhia berbuat
sebegitu. Walaupun hati tuanya sedikit kecewa dengan perlakuan Dhia namun itu
tidak mematahkan semangatnya untuk mengambil Dhia tinggal bersamanya.
“Puan, saya pergi dulu.”
Jamil
tunduk hormat dihadapan Puan Khadijah sebelum dia membukakan pintu belakang
kereta majikannya untuk Dhia setelah mereka tiba di parking lot yang
menempatkan kereta mewah itu.
Dengan
senyuman terpaksa, Dhia masuk juga ke dalam kereta itu.
Jika gadis lain suka apabila lelaki membukakan pintu buat
mereka, dia tidak. Dia lebih suka tangannya sendiri yang membuka pintu
tersebut. Selagi tangannya boleh membuka pintu kereta, selagi itulah dia akan
membuat pintu untuk diri sendiri. Dia bukan mem besar seperti Puan Khadijah
untuk masuk ke dalam kereta dengan pertolongan orang lain.
Duduk di dalam kereta mewah milik Puan Khadijah
membuatkan Dhia benar-benar tidak selesa. Ini kali kedua dia menaiki kereta
mewah seperti ini selepas Raymi Zikri. Argh, Dhia. Janganlah sebut nama lelaki
itu lagi pada waktu tengah tertekan begini. Lagi banyak dia fikirkan pasal dia,
lagi banyak tekanan yang dia akan dapat.
Hari ini no more
nama Raymi Zikri di dalam fikiran kau. Ada baiknya kau fikirkan cara bagaimana
mahu mendapatkan persetujuan daripada ibu kau sendiri. Dhia mengumpul tekad.
Tetapi takdir Allah, lelaki bercermin mata hitam yang
segak bergaya tiba-tiba masuk ke dalam kereta Puan Khadijah dan duduk di tempat
pemandu dengan selambanya. Dhia terpana.
Raymi Zikri? Jamil yang baru tutup pintu kereta ni pergi
mana pula? Dhia jadi tidak tentu arah.
Emosinya tidak dapat dikawal lagi. Rasa marah yang baru
sahaja hendak terpadam sebelum dia keluar dari hospital ini tiba-tiba muncul
kembali. Apalagi, terus dihamburkan rasa marahnya itu kepada Raymi Zikri.
Sempat lagi dia menarik rambut Raymi Zikri dari belakang. Terjerit Raymi Zikri
dibuatnya.
“Apa kau buat dalam kereta ini, Ray? Siapa suruh kau
masuk dalam kereta ni? Kereta Audi kau yang kau sanjung sangat tu kau letak
mana?” Bertalu-talu soalan yang terkeluar dari mulut Dhia. Rambut Raymi Zikri
tidak dilepaskan sebaliknya ditarik dengan sekuat hati.
Sejak Raymi Zikri berkata sikap dan penampilan teman
wanitanya lebih bagus dan menarik berbanding dirinya, dia terus bertekad untuk
tidak terlalu rapat dengan lelaki itu lagi.
“Aku nak hantar kau pergi rumah Mak Cik Suria. Hari ini aku
ambil alih tugas Jamil untuk hantar kau. Jadi kau jangan banyak songeh.” Selamba
sahaja Raymi Zikri menjawab sambal tangannya menolak tangan Dhia sehingga gadis
itu tersandar di bangku kereta.
Kunci kereta Audinya sudah diserahkan kepada Jamil
sebelum dia masuk ke dalam kereta mewah ini. Mana tahu nenek pulang ke rumah
hari ini.
Dhia
terkedu. Ray nak hantar aku pergi rumah ibu? No way, bro!!
“Aku
tak nak pergi dengan kau. Aku nak pergi dengan Jamil!!” Dhia mula menjerit
bagai cacing kepanasan.
“Jangan
harap. Aku dah arahkan Jamil temankan nenek sementara kau pergi ke rumah Mak
Cik Suria. Jadi nak tak nak kau kena ikut juga.” Raymi Zikri sudah memakai seat belt. Enjin sudah dihidupkan.
“Aku
benci kau, Ray. Aku benci kau!!” jerit Dhia lagi.
“Kau
bencilah aku sampai tahap Gunung Everest
pun. Aku tak kesah dan aku tak ambil peduli langsung! Tapi aku nak kau tahu
yang aku tetap sayangkan kau sampai bila-bila pun!” Raymi Zikri terus
meninggalkan IJN.
Dhia
mati kata. Sayang? Dadanya jadi tidak tentu arah. Ya Allah, mengapa perkataan
‘sayang’ yang diucapkan Raymi Zikri lebih menikam kalbu berbanding Muhd Razree?
Dhia, hubungan kau dengan Abang Raz baru bermula. Kau
jangan buat hal. Satu suara berbisik ditelinganya. Menahan dia daripada jatuh
cinta kepada Raymi Zikri.
Ya tak ya juga. Apabila difikirkan semula, Raymi Zikri
memang sayangkan semua orang yang berada disekelilingnya, termasuk dirinya.
Jadi Dhia…jangan mudah jatuh cinta ya!
“Pergi matilah dengan sayang kau tu. Sikit pun aku tak
hairan.” Dhia membalas keras kata-kata Raymi Zikri.
Turun naik nafas Raymi Zikri dibuatnya. Berani betul Dhia
berkata begitu terhadapnya. Aku sayangkan dia bagai nak rak, dia boleh jawab
macam itu pula. Dasar sahabat tak mengenang budi. Baik aku tak payah cakap
tadi. Huh! Raymi Zikri merengus.
“Kita pergi sekarang.Tolong jangan cakap sepatah
perkataan pun dengan aku sekarang ini.Aku tak nak dengar apa-apa dari mulut
kau.” kata Raymi Zikri. Tegang sahaja nada suaranya. Dhia dibelakang terdiam.
Nampaknya dia tengah marah! Dia tahu jika Raymi Zikri tidak menjawab
kata-katanya, ini bermakna lelaki itu sedang marah.
Terpaksalah
mulutnya ditutup rapat buat seketika.
“Ibu!!”
Dhia
pantas memeluk erat tubuh Puan Suria tatkala pintu rumah dibuka. Rindu sungguh
dia pada ibu kandungnya itu.
Raymi
Zikri yang berdiri dibelakangnya hanya tersenyum nipis. Meskipun dia terasa
hati dengan sikap Dhia, tetapi jauh di sudut hatinya dia kagum dengan sikap
sayang yang mengalir didalam tubuh gadis itu. Beruntung Dhia masih mempunyai
ibu yang mampu dipeluk dan dimanja. Sedangkan dia? Kedua-dua ibu dan bapanya
telah meninggal dunia.
Puan
Suria hanya mengeraskan badan. Tiada semangat untuk membalas pelukan anaknya
itu. Dhia berasa pelik. Kenapa dengan ibu pula ini? Tak suka dia balik ke?
Dhia
merenggangkan pelukan dan memegang kemas kedua-dua bahu ibunya. “Ibu kenapa
macam tak suka aje Dhia balik? Dhia ada buat salah ke?”
“Tak
adalah.”perlahan suara Puan Suria menjawab sebelum dia memandang Raymi Zikri
yang berdiri di belakang Dhia. “Eh, Ray. Lama Mak Cik tak jumpa kamu. Makin
bertambah segak Mak Cik tengok.”
Dhia
kecewa. Lain yang ditanya, lain yang ibu cakap. Jelingan tajam diberikan pada
Raymi Zikri. Sukalah itu bila orang puji dia hensem. cebiknya dalam diam.
Raymi
Zikri tersenyum simpul. Suka benar apabila orang memuji dirinya hensem dan
kacak. “Tak adalah Mak Cik. Biasa-biasa aje.” Walhal dalam hati memang nak
cakap ‘Saya memang hensem pun Mak Cik.’
“Beruntung
siapa yang jadi isteri kamu nanti. Dahlah kaya, hensem. Baik pula tu. Tak macam
Dhia tu. Dah tahu tak banyak duit, sempat lagi pergi bercuti. Kalau banyak duit
tak apa juga.”sempat Puan Suria menyindir anaknya berada disebelahnya.
Berkerut
dahi Dhia mendengar sindiran ibunya. Aik, sejak bila ibu berubah sikap ini?
Dulu tak macam ini. Cakap dengan dia pun macam acuh tak acuh aje. Pasti ada
yang tidak kena masa aku tak ada kat rumah ni. getusnya dalam hati.
“Sampai
hati ibu cakap macam itu pada Dhia. Tak nak kawan ibu.” rengek Dhia. Dia tidak
suka orang mengkritik dirinya. Dia cepat sedih.
“Dahlah,
Dhia nak masuk dulu. Ray, nanti kau letak bagasi aku tu kat tepi pintu. Nanti
aku ambil.” Mendatar sahaja nada suaranya.
“Jangan
masuk selagi ibu tak benarkan, Dhia.”Tegas Puan Suria. Kaki Dhia terhenti di
muka pintu. Raymi Zikri sudah mengerutkan dahi. Lain benar sikap Puan Suria
pada hari ini. Tidak seperti setahun yang lepas. Wanita berusia lima puluh
tahun ini lebih ceria dan lemah-lembut orangnya.
“Kenapa
Dhia tak boleh masuk ibu? Ini kan rumah Dhia juga.”
“Ibu
cakap, jangan-janganlah.”marah Puan Suria. Terkedu Dhia dan Raymi Zikri disitu.
Dhia
menghampiri ibunya. “Ini rumah Dhia juga kan? Rasanya tak salah kot kalau Dhia
masuk rumah ini.”
“Mulai
sekarang, ibu takkan benarkan kamu tinggal di rumah ini lagi.”
“Ibu!
Apa yang ibu cakapkan ini? Ibu dah tak sayangkan Dhia lagi ke?” Terkejut. Dia
memang terkejut bila ibu cakap begitu dengannya. Ibu betul-betul dah berubah!
Bukan berubah sikit, berubah banyak!
“Ibu
sayangkan kamu. Tapi ibu rasa dah tiba masanya kamu berfikir tentang masa depan
kamu.”
“Masa
depan apa ni, ibu? Dhia tak fahamlah.”
“Ibu
tahu kamu bercinta dengan Razree kan? Puan Khadijah yang beritahu ibu semalam.
Kalau kamu sukakan dia, ikut sahaja syarat Puan Khadijah. Tinggal dengan dia.
Ibu yakin selepas ini pasti hubungan kamu berdua akan lebih bahagia dengan
restunya.”
Dhia
bertambah terkejut. Patutlah ibu berubah sikap. Sebab Puan Khadijah rupanya.
Wanita berusia itu memang sukar dijangka! Baru dia hendak berbincang dengan
ibunya pasal perkara ini, Puan Khadijah sudah memberitahu ibunya awal-awal
lagi.
“Apa yang Mak Cik cakapkan ni? Ray tak tahu apa-apa pun
pasal ni.” Wajah Raymi Zikri sudah bertukar keruh. Tajam matanya memandang Dhia
yang sedang menunduk. Dhia tinggal dengannya? Oh, tidak!!
“Puan Khadijah tak cakap dengan kamu, Ray? Mak Cik ingat
kamu dah tahu pasal ni.”
“Memang saya tak tahu, Mak Cik. Saya hanya tahu Dhia ada
hubungan dengan Abang Raz sahaja.”
“Dhia,
ada baiknya kamu terangkan pada Ray apa sebenarnya dah berlaku. Ibu nak masuk
dulu. Nak masak untuk tengah hari nanti.” Puan Suria tidak mengajak Dhia dan
Raymi Zikri masuk ke rumahnya sebaliknya membiarkan sahaja mereka berdua
diluar. Dia baru sahaja membersihkan lantai di bahagian ruang tamu. Masih basah
lagi. Kalau mereka berdua masuk, tidak pasal-pasal jatuh tergelincir.
Setelah
Puan Suria masuk ke rumah. Dhia mengajak Raymi Zikri duduk dibuaian yang
berhampiran dengan pokok belimbing kesukaan ibunya. Malangnya lelaki itu kaku
sahaja di tempat yang sama dia berdiri.
“Aku
harap kau tak setuju dengan syarat nenek untuk tinggal bersama-sama. Sekali kau
setuju, putus persahabatan kita!” Kali ini Raymi Zikri benar-benar serius
dengan apa yang dikatakan.
Dhia
tergamam. Putus sahabat? Dhia telan airliur. Memang dia benci pada Raymi Zikri
tetapi dia masih menganggap lelaki itu sebagai sahabat dunia akhiratnya. Habis
bagaimana dengan syarat Puan Khadijah pula? Takkan dia mahu melepaskan Abang
Raz begitu sahaja? Dia sayangkan lelaki itu.
“Ray,
jangan buat aku macam ni. Aku sayangkan Abang Raz.”pintanya bersama airmata
yang berlinangan.
“Kau
sayang ke kau cintakan dia ke, itu aku tak peduli. Apa yang aku tahu, sekali
kau setuju dengan syarat nenek…no more
relationship between us! Ever!”
Raymi Zikri menghampiri kereta Mercedes hitam berkilat itu dan membuka bonet
belakang kereta mewah itu. Diambil bagasi Dhia yang sederhana besar itu dan
diletakkan ditepi Dhia sebelum dia masuk ke dalam kereta dan meninggalkan Dhia
keseorangan disitu tanpa mengucapkan selamat tinggal.
Dhia
duduk melutut diatas jubin selepas melihat Raymi Zikri meninggalkan dirinya. Fikirannya
buntu. Mana satu yang dia harus pilih saat ini? Persahabatan atau cinta?
“Ya Allah, Dhia! Kenapa ni sayang?”
Kening
Dhia bercantum. Lantas, dia mengangkat wajah. Abang Raz? Dhia terkejut. Tidak
sampai sesaat dia bangun. Airmata yang deras mengalir tadi pantas diseka dengan
tapak tangan belakang. Tidak mahu lelaki itu melihatnyya dalam keadaan sedih.
“Abang
buat apa kat sini? Bila abang sampai? Dhia tak perasan pun.”
“Apa
yang Ray buat sampai sayang abang ni menangis? Dia tu memang nak kena dengan
abang tau,” dengus Muhd Razree. Pantang betul apabila orang yang disayangi
menangis tanpa pengetahuannya.
“Tak
payahlah abang sebut pasal dia. Dhia tanya abang ni. Apa abang buat kat rumah
ibu Dhia? Rasanya Dhia tak bagi tahu abang pun yang Dhia balik hari ini kat
rumah ibu.”
“Abang
ekori Dhia dari IJN tadi. Semalam abang tak balik rumah pun. Abang tidur kat
dalam kereta. Ni pun abang tak mandi lagi.”ujarnya selamba sambil menunjukkan
baju kemeja yang dipakai dari semalam.
Dhia
melongo. Tidak sangka Muhd Razree sanggup mengekori dirinya sampai terlupa
untuk mandi! “Abang ni biar betul? Patutlah bau masam semacam aje. Hesy!” Dhia
buat-buat tutup hidung.
Tergelak
besar Muhd Razree disitu. Hilang rasa marahnya pada Raymi Zikri kerana membuat
Dhia menangis.
Telapak
tangannya pantas menyentuh muka Dhia yang agak kemerah-merahan. Gadis itu
sedikit mengelak. Tidak biasa disentuh oleh lelaki yang bukan mahramnya.
“Maafkan,
abang. Abang sebenarnya bukan nak menyentuh muka Dhia tapi abang nak lap
airmata Dhia. Sayang tahu kan abang tak suka airmata Dhia mengalir selepas
hubungan kita bermula?”
Hati
Dhia tersentuh. Betapa sayangnya lelaki itu terhadap dirinya. Dhia bernekad.
Biarlah persahabatannya terputus asalkan Muhd Razree ada disampingnya.
“Dhia
sayangkan abang. Terima kasih kerana hadir dalam hidup Dhia.”
“Sama-sama,sayang.
Dan Dhia jangan lupa, terima kasih juga pada Allah SWT kerana mempertemukan
kita. Tanpa Allah SWT, kita takkan bercinta dan tanpa Allah SWT juga kita
takkan dapat berdepan seperti sekarang ini.”
Dhia
mengangguk laju. Benar, tanpa Allah SWT dia tidak akan bertemu Muhd Razree.
Terima
kasih, Allah!
8 ulasan:
Betul la tekaan akk....dhia memilih kebahagian dia...nk bersama dgn raz ....tp dhia sendiri xyakin dengan diri sndiri,xyakin dengan cinta....mudah jatuh cinta....xpa masa panjang lg...lepas ni mayb bila Jung-moo sahabat antara dia dgn ramy terputus baru dia sedar pentingnya ramy dlm hidup dia....dan rasa semua ni konspirasi antara,nenek,ramy n ibu dhia ....hihihihi
Typo lg....huhu....*hubungan
Buat kak Mona syg...
Memang Dhia memilih kebahagiaan dia..
tapi akk kne ingat, Dhia x kn menyesal putus sahabat dengan Ray
what ! putus sahabat ??!!! owhhh #Ray plzz laa jgn cm to .. kata sygg #Dhiya xan snggup smpai nk ptus an prsahabatn korang ... eeee #Nenek pon satu , ap laa rancangan dy agk nya , smpai sukar si #Dhiya nk uat kputusn .. eee xsuka laa lau #Dhiya ngn #Raz to .. seriyez ! akk xsuka ... Full Stop yee #Eya ...
Ray memang sayang Dhia kak...tapi tulah dia asyik sakitkan hati Dhia.
Daripada dia disakiti, lebih baik dia memilih Abang Raz yang lebih penyayang dan suka berikan kebahagiaan pada dirinya. Tambah lagi, lelaki itu terima status dia sebagai janda.
BTW, tqvm ya kak DZ Zaki Zahira syg sbb sdi bg komen yg penuh bermakna ini...
REALLY APPRECIATED!!
Dhia dalam dilema diantara persahabat dgn Ray n hubungan yg baru bermula dgn Raz...
Siape lah yg Dhia akan pilih nanti...
Aik kak Atiza,
Dah terang lagi bersuluh yg Dhia akan pilih Raz...haha...ni mesti x baca ayat penuh ni...keke...
btw, tqvm ya akk syg sbb sudi bce...really apprecited. Bukan snang nak tgk akk komen kt blog ni...
saya confuse dengan Ray punya perangai. Kenapa pulak dia tak suka kalau Dhia tinggal serumah dengan dia? Bukan ke macam lg senang dia nak rampas Dhia dr Raz ke kalau duduk serumah?
Catat Ulasan