Rina
duduk termenung di atas sofa menunggu Imran pulang ke
rumah. Azan isyak sudah hampir berkumandang. Dia sudah biasa menunaikan solat
berjemaah bersama Imran. Apabila suaminya tiada pada waktu-waktu begini, dia
rasa sunyi sangat. Sudahlah mereka tinggal berdua sahaja.
Perutnya
yang kian membesar disentuh dengan rasa sayang yang membara. Alhamdulilah,
berkat doa ibu bapanya yang berada dikampung, dia berjaya menghadiahkan zuriat
buat Imran pada bulan pertama pernikahan mereka. Sungguh pun mereka berkahwin
tanpa rasa cinta tetapi selepas tiga bulan pernikahan mereka, Imran mula
meluahkan rasa cinta kepadanya. Dia bahagia.
Bunyi
hon kereta dari luar perkarangan rumah memeranjatkan Rita. Haa, itu mungkin
Imran. Dia bangun dan membuka pintu pagar yang sejak pagi tadi terkunci. Sejak
dia menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak sekali pun dia keluar dari rumah
keseorangan. Imran akan temankan dirinya membeli barang-barang mentah untuk dia
masak setiap hari.
“Abang
asyik balik lambat aje. Banyak kerja kat ofis ke?” tanya Rita setelah Imran
menutup pintu kereta. Dia mendekati suaminya yang nampak lemah sahaja.
Imran
menggelengkan kepala. “Taklah. Abang tertidur kat dalam ofis tadi. Itu yang
balik lambat ni.”jawabnya bersama keluhan berat. Termasuk hari ini sudah tiga
kali dia menipu isterinya. Dia bukan tidur di ofis sebenarnya. Dia pergi ke
rumah bekas ibu mertuanya, mahu melihat kehidupan Dhia selepas bergelar janda.
Ternyata
kehidupan Dhia selepas bercerai dengannya lebih bahagia jika dibandingkan
ketika mereka bersama dahulu. Raut wajah gadis itu makin berseri-seri dan lebih
banyak tersenyum.
Paling
mengejutkannya, abang kandung Raymi Zikri ada di rumah bekas ibu mertuanya .
Bermacam-macam rasa yang terlintas di fikirannya sejak dia melihat lelaki itu disitu.
Mahu sahaja dia bertemu Dhia dan bertanya apa sebenarnya hubungan mereka
berdua. Memang dia cemburu apabila melihat kemesraan yang terjalin diantara
mereka namun siapalah dia untuk bersikap begitu. Dia hanya bekas suami kepada
Dhia sahaja. Tidak lebih daripada itu.
Beberapa
minit selepas itu, azan berkumandang menandakan waktu isyak telah masuk. Rita
bersyukur. Dapatlah dia solat berjemaah bersama-sama suaminya. Tak adalah dia
solat bersendirian malam ini. Alhamdulilah…
“Abang pergi bersihkan diri dulu ya, nanti kita
sembahyang sama-sama.” Ucapnya sambil tersenyum. Dia naik ke atas membimbit beg
kerja suaminya.
Imran
berdiri di depan pintu utama rumah bersama keluhan berat. Rita begitu baik
terhadapnya tetapi kenapa sampai sekarang rasa cinta buat isterinya itu tidak
kuat seperti cintanya terhadap Dhia?
Ya
Allah…timbulkanlah rasa cinta yang melimpah-ruah buat isteriku. Jauhkanlah nama
Dhia dari ingatanku.doanya dalam hati.
Dhia
jadi tidak senang duduk apabila mendapat pesanan daripada
Jamil bahawa Puan Khadijah mahu dia menemaninya sepanjang malam di wad itu.
Pelbagai alasan diberikan kepada pembantu peribadi wanita berusia itu namun
kesemua alasan tersebut tidak dipedulikan. Raymi Zikri yang membawanya ke IJN
sudah pulang ke rumah setengah jam selepas mereka sampai disini. Huh, Mamat
moody tu! Dahlah main rampas aje telefon orang lepas tu tengok nenek sendiri
pun sekejap-sekejap aje. Cucu apalah dia ni.
Petang tadi dia sudah luahkan kepada Puan Khadijah untuk
menjalinkan hubungan dengan Muhd Razree dengan lebih rapat tetapi jawapan yang
diterimanya sangat menghampakan hati. Bila ditanya kenapa, Puan Khadijah terus
mengelengkan kepala. Katanya buat masa ini kesihatannya tidak begitu memuaskan.
Dia tidak dapat berfikir apa-apa ketika ini.
Terpaksalah dia menerimanya walaupun dalam hati dia
memberontak sekeras-kerasnya. Bukankah doktor yang merawat Puan Khadijah tadi
memberitahu kesihatan wanita itu berada di tahap yang baik? Kenapa pula
tiba-tiba Puan Khadijah boleh kata kesihatannya tidak memuaskan hati?
Muhd
Razree yang duduk disebelahnya sudah bangun meminta diri. Dia jadi tidaksenang
duduk. “Abang balik siapa nak temankan Dhia kat sini? Dhia tak biasalah duduk
sorang-sorang. Abang temankan Dhia ya? Dhia janji Dhia akan pujuk nenek sampai
nenek kata setuju.” Bisiknya. Dia tidak mahu Jamil mendengar perbualan mereka.
Lelaki bertubuh gagah itu rapat dengan Puan Khadijah. Apa-apa yang berkaitan
dengan Puan Khadijah, Jamil pasti akan mengetahuinya terlebih dulu.
Tidak jauh dari mereka, Jamil bermain mata dengan Muhd
Razree yang seakan leka dengan bisikan Dhia. Muhd Razree menundukkan wajah.
Tanda akur walaupun hanya dengan lirikan mata sahaja. Dia tahu Jamil mahu dia
meninggalkan hospital ini secepat yang mungkin.
“Abang terpaksa minta diri dulu, Dhia. Banyak kerja yang
perlu abang selesaikan esok. Dhia jaga diri ya. Insyallah abang akan telefon
Dhia.”ucapnya perlahan sebelum dia membisikkan sesuatu di telinga Dhia. Terkaku
Dhia disitu.
“Pastikan nenek setuju tau! Abang dah tak sabar nak
kahwin dengan Dhia ni. Chaiyok, chaiyok!”
Sedikit semangat diberikan kepada Dhia. Berharap dengan kata-kata yang terbit
dari mulutnya, Dhia akan mendapat sedikit kekuatan dan keberanian untuk
menyakinkan nenek tentang hubungan mereka yang baru bermula ini.
Dhia mengangguk laju sambil kedua-dua tangannya digenggam
kemas. Dengan semangat yang diberikan Muhd Razree dan doanya tidak putus-putus
kepada Allah S.W.T, dia yakin dia mampu menyakinkan Puan Khadijah pada malam
ini.
Dhia… chaiyok, chaiyok!
Dhia memandang langkah Muhd Razree dengan semangat yang
berkobar-kobar sebelum dia masuk semula ke dalam wad yang menempatkan Puan
Khadijah. Nampaknya Puan Khadijah tidak tidur lagi. Baguslah tu! Dapatlah dia
berbual dengan wanita berusia ini.
“Amboi, lekanya nenek menulis. Tulis apa tu? Boleh kongsi
dengan Dhia?” Dhia duduk di sebelah Puan Khadijah yang sedang leka mencatat
sesuatu diatas kertas putih. Serius
benar riak wajah Puan Khadijah tetapi itu tak ada hal baginya. Serius ke tak
serius ke dia tetap akan luahkan isi hatinya.
Puan Khadijah menyerahkan kertas itu kepada Dhia. Dhia
hanya menerimanya tanpa berkata apa-apa.
“Bacalah. Nenek yakin Dhia pasti suka dengan ayat yang
nenek tulis ni.” Dalam lembutnya kata-kata Puan Khadijah, terselit ayat sinis
yang ditujukan khas buat gadis itu.
Perlukan restu
nenek untuk berkahwin dengan Raz?
Boleh. Syaratnya, tinggal dengan
nenek!
Mana dia tahu aku ada hubungan dengan Abang Raz ni? Dhia
menelan air liur. Ini mesti ada orang yang maklumkan pada Puan Khadijah. Pandai
betul dia meneka apa yang terkandung di dalam hatinya.
Tinggal
dengan Puan Khadijah sebagai syarat supaya hubungan mereka direstui? Permintaan
itulah yang dia paling tidak suka dengar dari mulut wanita itu. Masa kat makhamah
hari itu, dia diminta tinggal
bersama-sama. Bila nak kahwin pun, kena juga? Alahai, bencinya dia dengan
permintaan sebegini. Tapi nak buat macam mana kan? Dia sendiri yang bersemangat
nak kahwin dengan Muhd Razree jadi terpaksalah dia ikutkan sahaja permintaan
Puan Khadijah.
“Mana nenek tahu semua Dhia ada hubungan dengan Abang Raz?
Rasanya kali terakhir kita berjumpa di makhamah. Baru hari ini kita dapat
bertemu semula.” Jika dia jumpa orang yang memberitahu Puan Khadijah pasal hal
ini, akan dicekik-cekik lehernya sampai tak boleh bercakap lagi! Baru puas
hatinya.
“Ray yang maklumkan pada nenek tadi.” Bohongnya. Padahal
dia awal-awal lagi sudah tahu Dhia dan Muhd Razree ada hubungan istimewa.
Sengaja nama Raymi Zikri dikaitkan dalam hal ini. Bukan apa, dia melihat
hubungan mereka berdua tidak seperti enam tahun dahulu. Bila bertemu sahaja
pasti bergaduh. Inilah masanya untuk menjernihkan semua hubungan mereka.
Ray? Dhia membulatkan mata. Tahulah apa dia akan buat
pada lelaki itu nanti.
“Jadi Dhia setuju tak tinggal dengan nenek? Peluang bukan
datang banyak kali.” Puan Khadijah melelapkan mata. Selimutnya sudah ditarik
hingga ke paras dada. Dalam diam dia tersenyum. Harap Dhia setujulah untuk
tinggal bersamanya. Dapatlah dia merasa pengalaman dijaga oleh cucu perempuan.
Tidak seperti Muhd Razree dan Raymi Zikri. Masing-masing sibuk dengan hal lain.
Dhia
diam. Otaknya cuba mencerna apa yang Puan Khadijah katakan padanya. Tinggal
bersama-sama dengan Puan Khadijah bukan perkara mudah. Wanita itu terlalu
cerewet dan suka merajuk. Tambahan pula apabila lelaki yang suka menyakitkan
hati seperti Raymi Zikri boleh buat jiwa dan emosinya jadi tdak stabil jika
tinggal bersama.
Apa
yang dia perlu jawab ni? Ya atau tidak?
Jika
dia setuju bermakna peluangnya lebih cerah untuk berkahwin dengan Muhd Razree.
Jika sebaliknya? Hmm…makin sukarlah peluangnya untuk berdampingan dengan lelaki
itu.
“Dhia
rasa ada baiknya Dhia berbincang dengan ibu Dhia dulu. Apa-apa yang berkaitan
dengan Dhia…Dhia akan rujuk pada ibu dulu.” Itulah jawapan terbaik dan selamat
untuk dia malam ini. Dia tidak mahu terburu-buru membuat keputusan. Biarlah
keputusan yang diterimanya memberikan sedikit kesenangan dalam hatinya.
“Okey
tapi nenek mengharapkan keputusan yang Dhia buat itu akan membahagiakan diri
nenek. Nenek dah tua, kematian bukannya boleh ditunggu-tunggu. Nenek harap
sangat orang yang nenek sayang sudi jaga nenek. Nak harapkan kedua-dua cucu
nenek tu jaga nenek, jangan haraplah. Si Ray tu harapkan duduk dengan nenek tapi
suka sangat merayap sampai lewat malam baru balik. Si Raz tu pula, tinggal kat
tempat lain. Bila nenek suruh balik macam-macam alasan yang dia bagi.”
Ala,
dia dah buat muka simpatilah pula. Adoyai, susahnya nak buat keputusan! Dhia
mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Nenek
rehatlah dulu. Dah lewat sangat ni. Kalau nenek nak pergi tandas, nenek bagi
tahu Dhia. Dhia akan bawa nenek.”
“Habis
tu Dhia nak tidur mana?”
“Dhia
tidur kat atas sofa tu aje. Nenek tidur ya. Dhia jaga nenek.” Dhia membetulkan
selimut Puan Khadijah.
Puan
Khadijah terharu. Ada juga anak muda seperti Dhia yang sudi menjaganya di wad
ini walaupun dia tahu gadis ini teringin sangat hendak pulang ke rumah bertemu
ibu kandungnya. Apa pun dia yakin, memang Dhia calon yang terbaik untuk menjadi
cucunya.
Harapannya
agar Dhia dapat berada disampingnya selepas ini. Amin…
Matanya
terkelip-kelip merenung persekitaran di dalam wad ini. Cahaya yang sedikit
suram di disini membuatkan matanya yang segar-bugar tadi sudah mula mengecil.
Mungkin ini masanya untuk dia berehat.
Biarpun hanya ada sebiji bantal di atas sofa kecil ini, dia tidak kesah. Janji
dia dapat tidur dengan lena tanpa ada gangguan.
Sebelum matanya tertutup rapat, dia sempat memandang gaya
tidur Puan Khadijah. Boleh tahan lasak juga dia tidur. Mujur Puan Khadijah
tidak mengalami masalah dengkur. Dapatlah dia tidur dengan tenang.
“Hmm…” Tanpa beralaskan bantal di kepalanya, dia memeluk
erat bantal kecil berbentuk empat segi di atas sofa ini. Matanya dilelapkan.
Tok, tok, tok! Dhia membesarkan mata. Hai, orang baru nak
tidur dah ada orang kacau? Siapalah pula yang kacau malam-malam buat ni? Dhia
mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Hesy, mengada-ngada betullah orang
yang datang lewat malam macam ini. Tak boleh ke datang pagi esok? Orang nak
tidur barulah dia nak datang.
Dhia bangun dengan langkah longlai. Sememangnya tangan
dia malas mahu berbuat apa-apa pada lewat malam seperti ini.
“Hmm…”Suaranya memang sudah tersedia ‘layu’. Ikhlas tak
ikhlas aje dia nak buka pintu. “Siapa?” Pintu dibuka dengan nada hambar. Malas
mahu melayan orang dengan layanan istimewa pada lewat malam ini. Biarkan orang
itu tahu yang dia tidak ikhlas mahu membenarkan orang masuk ke dalam wad ini.
“Aik, ketuk pintu tapi tak ada orang pun. Pelik…” Dhia
mengerutkan dahi. Dia perhatikan beberapa orang jururawat yang lalu-lalang di
depan wad ini. Memang tak ada orang pun. Huh, buang masa aje dia buka pintu ini
tapi orangnya tak ada.
Dhia kembali menutup pintu tetapi ternyata ada orang yang
menghalang pintu tersebut dari tertutup. Hanya tangan sahaja yang dia nampak.
Tangan itu nampak gagah dan berotot. Keseluruhan tubuh badan orang yang
mengetuk pintu itu langsung tidak kelihatan. Dhia jadi gelisah. Siapa pula ni?
“Kau siapa? Apa hal datang sini?” Dhia membelakang pintu.
Takut.
“Aku Ray lah…” Tersembul wajah Raymi Zikri di tepi pintu.
“Kau Ray?! Kurang ajar kau. Berani kau main sorok-sorok
dengan aku malam ni ya.” Dicubit-cubit tangan Raymi Zikri sekuat hatinya
sehingga wajah lelaki itu merah padam. Biar pada muka dia!
Raymi Zikri menarik tangannya sekuat hati lalu dia pantas
menangkap lengan Dhia dan cepat-cepat dia membawa gadis itu keluar dari wad
nenek.. Pintu yang sedia terbuka tadi terus ditutup rapat. Dhia jadi tidak
keruan.
“Baik kau diam sebelum aku buat lebih teruk dari tadi.
Aku tak main-main.” Serius sahaja wajahnya.
Dhia kemam bibir. Betul betul bila orang cakap macam itu.
Tambah-tambah lagi mamat yang dua puluh empat jam asyik serius aje bila
bercakap dengan dia.
Bertahan Dhia. Ini bukan masanya nak bertengkar. Waktu
ini hanya sesuai untuk melelapkan mata. Kalau bertengkar nanti, tak pasal-pasal
huru-hara hospital ini! Dicuba sabarkan hatinya walaupun tangannya ringan
sahaja mahu meluku kepala Raymi Zikri.
“Kau nak apa jumpa aku? Tadi bukan main monyok lagi.
Kalau kau datang sini semata-mata nak teruskan pertengkaran, baik aku masuk
dalam wad balik dan tidur.” Sempat lagi dia menyindir Raymi Zikri. Baru buku
bertemu ruas!
Raymi Zikri mengeluh perlahan. “Aku datang sini bukan nak
bergaduh dengan kau, Dhia. Aku datang sini nak maklumkan kau tentang sesuatu.”
“Penting sangat ke sampai tak boleh cakap esok?” Dhia langsung
tidak memandang wajah Raymi Zikri. Ada baiknya dia memandang dinding yang
berwarna putih di dalam bilik ini daripada memandang Raymi Zikri yang suka
sangat bertekak dengannya. Lagi senang hatinya.
“Mungkin perkara ini tak penting bagi kau tapi aku nak
kau orang pertama yang tahu pasal ini.” Raymi Zikri melembutkan suaranya.
Dhia mengerutkan dahi. “Pasal apa?” Akhirnya dia terpaksa
memalingkan wajah mengadap Raymi Zikri. Dalam diam jantungnya berada debar
tidak menentu. Malam ini wajah Raymi Zikri nampak tenang dan berseri-seri.
Adakah kerana perkara ‘itu’, lelaki ini berubah moodnya?
Dhia, ingat sikit. Teman lelaki a.k.a bakal suami kau
adalah Muhd Razree bukannya mamat sewel ini!
“Kalau aku bagi tahu kau mesti takkan percaya punya.”
“Tak cakap lagi macam mana aku nak percaya?” Dhia
menjeling.
“Sebenarnya aku dah ada teman wanita, Dhia. Sikap dan
penampilan dia lebih cantik daripada kau. Kaulah orang pertama yang tahu
tentang hal ini. Jangan bagi tahu pasal ni kat nenek tau. Biar aku yang cakap
sendiri pada nenek.”
Dhia terluka. Sikap dan penampilan gadis itu lebih menarik
berbanding dirinya? Memang dia kecewa dengan sikap Raymi Zikri. Tergamak dia
melukakan hati aku. Air matanya cuba ditahan agar tidak mengalir di depan Raymi
Zikri.
Perlahan nafasnya dilepaskan. “Baguslah tu. Dah ada teman
wanita yang lebih cantik dan bersikap lemah-lembut, ada baiknya kau jadikan dia
sahabat kau sekali. Aku tak ada pun tak apa kan?”
Raymi Zikri terkaku tanpa kata. Nampaknya Dhia terasa dengan
ayatnya. “Dhia, aku minta maaf. Aku tak ada niat nak buat kau terluka. Memang dia teman wanita aku tapi aku lebih
sayangkan kau.”
Dhia pantas mencelah. “Kau pergilah balik. Aku nak tidur
dulu. Kirimsalam dekat teman wanita baru kau tu. Assalamualaikum…” Dengan hati
yang terluka, Dhia masuk kedalam wad semula. Pintu wad ditutup rapat dan dikunci
agar Raymi Zikri tiada peluang untuk masuk ke sini.
Raymi Zikri terduduk di atas kerusi kecil di tepi pintu
wad. Rambutnya diraup berkali-kali. Tanda kesal dengan apa yang dikatakan pada
Dhia sebentar tadi.
“Kenapalah aku asyik sakitkan hati dia. Argh!” Semakin
bertimpa-timpa rasa bersalahnya pada Dhia. Dia datang ke sini untuk
menjernihkan keadaan tetapi sebaliknya pula berlaku.
Esok masih ada, Ray. Kau ada peluang untuk minta maaf
pada Dhia. Satu suara memberi kata-kata semanagat kepadanya.
Ya, esok masih ada! Raymi Zikri tersenyum sinis. Dia tahu
apa yang perlu dia lakukan supaya Dhia memaafkan dirinya.
11 ulasan:
Hmmm.....imran pun satu hal...dhia pun satu hal...tamu pun satu hal,nenek pun satu hal....rasa jodoh dhia ngn ramy kot.....hihihi....cm ada muslihat lain je nenek nk suh tggal ngn dhia ...xkan senang2 nenek nk bg Shia kawin ngn raz ...sbb nenek xsuka raz ....
hehe...suka dengan emosi Mona bila membaca setiap BAB dala cerita yg eya karang ni...
nenek ada rancangannya sendiri. Tp apa rancangan nenek? tunggu...hahaha
*tamu-ramy,shia-dhia
typing error!!
hahaha
Memang dah agak dah itu rancangan nenek.. Sebenar nya apa yg nenek nak? Takkan lah sebab nak merasa dijaga oleh cucu perempuan.. Ray, awak ne knp suka sangat sakiti haty dhia ne?ataupun dia memang nak buat dhia cemburu kot.. Sama2 ada perasaan p tak nak dluahkan..
Mona ismail sekarang dah tau kan apa yg nenek tulis dekat surat tu.. ��
Kalau saya jadi Dhia kan kak, saya setuju je untuk tinggal dengan nenek..janji dapat kawen dengan Raz...hehehe....
Amboi #Im kemain lg bg jmp bekas mertua , memg xslah tp ad isteri y nga ngandung perlu djga hati n prasaan , hmm #Raz pon bkn main xcited lg nk kn restu #Nenda , hrap2 laa depa xjd kahwin , bia laa #Dhiya ngn #Ray huhuhu tp .sakit kn hati #Dhiya , tp kan ! akk tw , sbnarnya dlm lubuk hati #Dhiya mmg suka at #Ray .. ;)
btul tu kak...
insyallah akan ada scene luah meluahkan perasaan pd RAY & DHIA...tapi bab berapa?
mungkin bab 48 kot! haha
**nur daeya
Fara
Amboi, kemain lg erk nk suruh Dhia tinggal ngn nenek...
Cer Fara pujuk nenek...mne thu lagi cepat Dhia pindah umah nenek...hehe
**nur daeyah
Hahaha boleh2... saya konfem bodek nenek habis2 sampai nenek jd bestfren saya :P
-Faraain12
Catat Ulasan