“ Nonsense,
Marina! Jangan disebabkan mahu saya disamping awak, awak jadi gila untuk
menanggung diri saya. Saya lelaki,
sepatutnya lelaki yang patut mencari wang untuk menanggung isteri. Bukan
perempuan yang menanggung suami, faham!”
Marina tiba-tiba menangis. Pilu dan tersayat
dengan kata-kata Zaim Irsyad. Sampai hati lelaki itu memarahinya. Salahkah dia
berkata jujur? Diakui memang dia terlalu sayangkan Zaim Irsyad. Sepanjang tiga
tahun mereka belajar bersama di pusat pengajian Universiti Teknologi PETRONAS,
tidak pernah sekalipun Zaim Isyad marahkan dirinya. Apa yang dikatakan lelaki
itu semuanya baik-baik belaka.
Zaim Irsyad terkaku seketika apabila mendengar
tangisan Marina. Menangiskah dia? Ya Allah, dia bukannya sengaja mahu membuat
Marina menangis. Hatinya turut sama berintih pilu.
“ Marina, I’m
so sorry… I never thought that you will be crying this night.” Suara Zaim
Irsyad kembali kendur.
“ Salahkah Marina nak tanggung kehidupan awak
selepas kahwin nanti? Saya kahwin sebab tak nak orang pandang serong dengan
hubungan kita. Kahwin muda kan bagus dalam islam.” soal Marina. Sambil
bercakap, sambil itu juga Marina menangis.
Zaim Irsyad terdiam. Serba-salah juga untuk dia
menjawab soalan Marina. Dia bukan tidak mahu berkahwin. Semestinya dia nak!
Kahwin dengan orang yang dicintai memang hasratnya sejak dari pengajian lagi.
Tetapi dia belum bekerja lagi. Itu yang dia sukar untuk menerima lamaran Marina
buat masa ini.
“ Awak tak dapat nak jawab soalan saya kan? Fine, I off the phone right now!” Marina
mematikan panggilan. Sebaknya hanya Tuhan yang tahu.
Zaim Irsyad terkedu. Dia melihat skrin telefon
bimbitnya yang tidak muncul nama Marina sebelum dia mengeluh berat. Telefon
bimbitnya dicampak diatas katil dengan rasa kesal yang menggunung. Pandangannya
beralih ke syiling atas biliknya. Memikirkan semula kata-kata Marina sebentar
tadi.
Adakah dia perlu menerima sahaja lamaran Marina
agar gadis itu tidak berasa sedih lagi dengannya?
Ah, otakku memang buntu untuk memikirkannya!
****
Pagi yang menyenangkan, Marina bersiap sedia
mahu melaporkan diri di syarikat milik papanya. Marina turun dengan wajah ceria
meskipun hatinya bersulam duka. Di depan wajah kedua papa dan mamanya, dia
perlu bersikap ceria. Jika tunjukkan sikap yang sama seperti yang berlaku malam
tadi, habislah dia! Marina tidak mahu papa dan mamanya tahu apa yang membuatkan
dirinya sedih. Biarlah dia kurangkan kesedihannya sendiri.
Masih dalam mood marah, Marina sebenarnya
sengaja tidak mahu memaklumkan pada Zaim Irsyad yang dia akan mula bekerja hari
ini. Biarkan lelaki itu. Suka sangat buat dia sakit hati!
“ Assalamualaikum, papa… mama. Good morning!” ucap Marina ceria. Marina
mencium pipi papa dan mamanya yang duduk di meja makan.
“ Waalaikumsalam, sayang. Feeling good, my dear?” tanya Puan Yati.
“ Of
course, mama. Hari ini kan hari pertama Marina kerja kat syarikat papa.
Semestinya Marina kena ceria.” Marina memaniskan mukanya. Setelah itu, dia
duduk di sebelah mamanya. Sarapan pagi yang terhidang hanyalah nasi lemak dan sedikit
kuih-muih yang seringkali dibeli tidak jauh dari kawasan rumah mereka.
“ Jemput makan mama, papa.” Marina mengambil
sebungkus nasi lemak lalu diletakkan diatas pinggang yang pembantu rumah
sediakan.
“ Abang, cakaplah apa yang abang nak cakap
tadi.” Puan Yati menyiku lengan suaminya, Haji Khaleed.
“ Marina…” Haji Khaleed berdehem sesaat sebelum
dia bersuara. Marina mengerutkan dahi.
“ Anything
wrong papa?” Hati Marina jadi berdebar.
“ Err… actually,
Marina tak boleh mula kerja hari ini.” Haji Khaleed mula menerangkan perkara
sebenar.
Marina terkejut besar. Bukan main payah dia
mencari baju kurung yang bersesuaian dengannya sebagai pekerja pertama di
syarikat papa, papa pula senang-senang berkata begitu. “ Kenapa tak bagi tahu
Marina awal-awal? Kalau tidak, Marina takkan pakai baju kurung yang cantik ni
dan duduk saja dalam bilik.” Suara Marina sedikit tinggi. Dia mula geram dengan
papanya. Sepatutnya papa beritahunya awal pagi tadi sebelum dia bersiap-siap
menunaikan solat subuh.
“ Sabar Marina. Kawal kemarahan. Tak elok
meninggikan suara pada papa.” sampuk Puan Yati sambil mengusap belakang Marina.
Dia cukup tidak berkenan jika anak gadisnya meninggikan suara pada lelaki yang
lebih tua daripadanya.
“ Hilang mood Marina nak makan kalau macam ni.”
Marina mengambil tisu lalu mengelap mulutnya kemudian dia bangun dari tempat
duduknya. Seleranya hilang, dirinya tertekan.
Puan Yati terpinga-pinga disebelah manakala
Haji Talib sudah bingkas berdiri menghampiri Marina.
“ Marina… tunggu dulu.” Haji Khaleed menahan Marina
daripada naik ke bilik semula. Marina menjeling tidak puas hati.
“ Tak ada apa yang perlu dikatakan lagi, papa.”
Mendatar sahaja suara Marina.
Haji Khaleed memandang wajah Puan Yati.
Isterinya itu menggunakan isyarat agar memujuk Marina. Terpaksalah dia
melakukannya.
“ Marina, dengar dulu cakap papa.” Marina sudah
berpaling mengadap wajah papa. “ Bukan papa tak kasi Marina kerja pagi ni. Papa
kasi sebenarnya tapi bukan pagi ni tapi biarlah tengah hari sikit.”
“ What?
Kerja tengah hari? Tak pernah dibuat orang, papa. Kebanyakan manusia yang
bekerja semuanya pada waktu pagi. Dahlah papa, Marina nak naik atas dulu. Mood
tak ada.” Selamba sahaja Marina berkata begitu. Kakinya mula mengorak langkah
masuk ke dalam bilik.
“ Assalamualaikum!” sahut seseorang dari luar.
Ketiga-tiganya berpaling serentak.
Masing-masing menyahut salam yang diberikan dari pintu luar. Kaki Marina hampir
digam apabila memerhatikan ada seorang lelaki yang dikenalinya ada diluar
pintu. Marina mula rasa pelik. Apahal pagi-pagi ni jadi meriah pula? Biasa
sunyi-sepi aje. Ada apa-apa yang aku tak tahu ke? Dadanya berdebar.
Haji Khaleed dan Puan Yati sudah bersalam-salam
dengan tetamu yang hadir itu. Kaki Marina masih ditempat yang sama. Tidak
berganjak langsung.
Tetamu yang hadir sudah mula masuk ke dalam
rumah, termasuk lelaki yang dikenalinya itu.
“ Marina, sinilah... salam jiran kamu ni.” ajak
Puan Yati dengan lambaian tangan. Marina terpinga-pinga.
“ Err…” Nak tak nak, Marina terpaksa juga
bersalam dengan jiran yang selang empat langkah di rumahnya. Wajahnya
dimaniskan. Apabila dia memandang lelaki dibelakang wanita itu, mulutnya segera
dicebikkan. Tanda meluat dengan Muhd Zafril, lelaki yang pernah menjadi
musuhnya di sekolah menengah empat tahun dahulu. Kerana itulah, dia tidak
pernah menjejakkan kaki ke rumah jirannya, Puan Rina dan Encik Ahmad.
“ Marina baru balik dari belajar ya? Kenapa tak
tegur aunty masa dah sampai sini?”
soal wanita yang dikenali sebagai Puan Rina itu. Marina buat-buat ceria.
“ Bukan tak nak tegur tapi Marina segan sikitlah,
aunty. Hurm… Marina ada hal sikit kat
atas, nak minta diri dulu ya.” Marina minta izin untuk naik ke atas. Dia malas
mahu melayan perbualan orang yang lebih tua daripadanya. Moodnya yang tidak
baik memang sukar untuk melayan tetamu dengan mesra.
Langkah Marina mula dihayun selaju yang
mungkin. Kain kurungnya diangkat sedikit bagi memudahkan kaki Marina berjalan
dengan selesa.
“ Wait a
moment, Marina…” Haji Khaleed tiba-tiba bersuara. Marina terkedu diatas
tangga yang kedua.
Tanpa mengadap kesemua yang hadir disitu,
Marina menjeling dari muka hadapan. “ Papa nak apa?” acuh tak acuh saja suara
Marina.
“ Turun semula, Marina. We need to discuss.” Tegas sahaja suara Haji Khaleed. Puan Rina dan
keluarganya sudah duduk di sofa yang tidak jauh dari tangga bilik Marina. Puan
Yati pula sudah masuk ke dapur mengarahkan pembantu rumahnya, Laila membuat air
untuk mereka yang hadir.
Marina mengeluh berat. Dengan terpaksa dia
mengalihkan badannya semula kearah kesemua yang ada di ruang tamu itu. “ Discussed about what? Papa dan mama
layan ajelah aunty Rina and family. Kalau Marina tak ada pun
korang boleh berbincang macam biasa kan?” bisik Marina perlahan.
Haji Khaleed sudah memegang lengan Marina lalu
menariknya ke ruang tamu. Marina sudah cemas.
“ Papa, lepaskanlah! Malulah orang tengok.”
Marina beria-ria mahu melepaskan pegangan daripada papanya namun papanya tetap
berdegil untuk membawanya duduk ke sofa tiga berangkai didepan ahli keluarga
Encik Ahmad dan Puan Rina.
Encik Ahmad dan Puan Rina sudah ketawa kecil
dengan telatah Marina yang agak kebudak-budakan itu. Nampaknya sesuai benar
jika Muhd Zafril digandingkan dengan Marina.
“ Ingat, Marina. Tak dengar cakap papa, kereta
Myvi tu papa tarik balik.” Haji Khaleed memberi amaran dengan menguatkan
sedikit suaranya. Marina menjadi perhatian di ruang tamu itu.
Cepat-cepat Marina mengetap bibir dan menundukkan
muka. Malu kerana dirinya menjadi perhatian.
Puan Yati dan Laila sudah keluar dari dapur
membawa dulang yang berisi minuman dan sedikit kuih-muih yang dibeli diluar
tadi ke ruang tamu.
“ Minum semua…” pelawa Puan Yati sambil
meletakkan satu-persatu cawan yang sudah terhidang diatas dulang. Setelah
semuanya selesai, dia duduk disebelah suaminya.
“ Terima kasih, Yati.” ucap Encik Ahmad mewakili
Zafril dan isterinya. Puan Yati membalasnya dengan senyuman.
“ Kami datang ni nak dengar keputusan Marina
aje. Hari tu Haji Khaleed dan Puan Yati dah setuju, jadi kami nak dengar pula
keputusan dari mulut tuan badannya pula.” kata Encik Ahmad.
Marina pantas mengangkat muka. Dia terkejut.
Keputusan apa yang Encik Ahmad katakan sebenarnya ini? Dia langsung tidak tahu
apa-apa pun. “ Keputusan apa yang Encik
Ahmad cakapkan ni? Marina tak fahamlah.” Jantung Marina sudah berdegup kencang.
Encik Ahmad memandang wajah isterinya sebelum
dia memandang semula wajah Marina. “ Aik, Marina takkan tak tahu yang Marina
akan berkahwin dalam masa enam bulan lagi? Haji Ahmad dan Puan Yati tak bagi
tahu Marina lagi ya?”
“ What?!”
suara Marina sedikit meninggi. Terperanjat semua yang berada disini.
Puan Yati segera mengusap belakang Marina.“
Tenang, Marina. Pasal pertunangan tu, maaf kami berdua tak ada kesempatan nak
maklumkan pada Marina. Setuju ajelah ya? Kita kan dah lama kenal keluarga Encik
Ahmad ni. Mama pasti perkahwinan korang akan bahagia hingga ke jannah.” Lembut suaranya
memujuk Marina.
Air mata Marina mengalir dicelah pipi. Tergamak
papa dan mama tidak memberitahunya tentang perkara yang penting ini. Sampai
hati mereka berdua. Sampai hati! “ Jangan harap Marina akan setuju. Jangan
harap! Kau, Zafril. Aku benci kau. Aku benci!” teriak Marina kuat. Jari
telunjuknya menghala kearah Muhd Zafril. Kesemua mereka yang berada di situ
terkejut dengan teriakan Marina.
Dengan sedikit kekuatan yang ada dalam diri,
Marina menyarung beg tangannya dan berlari anak keluar dari rumah. Jiwanya
tertekan dengan semua ini. Semua ini tidak sepatutnya berlaku!