Selasa, 27 Januari 2015

BAB 26 (Tajuk? Biarlah Rahsia) - PART 2





Puan Khadijah berusaha keras membuka ikatan tali yang diikat Muhd Razree namun siapalah dia untuk berbuat demikian. Dia tiada kekuatan untuk membuka ikatan tersebut. Sampai hati Muhd Razree membuatnya begini.
            Salahnya juga kerana bercakap dengan Raymi Zikri tentang perkahwinan diantara dia dan Dhia di depan pintu bilik hotel yang dia menginap sekarang ini jika tidak pasti Muhd Razree tidak akan melakukan perkara sebegini terhadapnya.
            Jam dinding sudah menunjukkan pukul lapan malam. Mujur dia boleh membuka lampu bilik yang berada di tepi katil dengan mulutnya yang ditutup dengan kain telekung miliknya.
            ‘Laparnya Ya Allah. Siapalah yang boleh bantu aku sekarang ni? Jamil dahlah balik Malaysia dengan cucu tak guna tu. Aku sorang-sorang aje dekat sini. Bantulah hambaMu ini mengisi perutku yang sudah berapa jam kosong tanpa sebarang makanan dan minuman.’doanya.
            Dia bersandar lemah di belakang katil. Pintu utama dipandang sayu. Tak ada siapa pun yang ketuk bilik aku ni. katanya dalam hati.
            Telefon bimbit yang berada di dalam begnya
            Matanya beralih pandang keseluruhan bilik yang dia tinggal tiba-tiba matanya tajam kearah telefon hotel yang tidak jauh dari sisinya. Dia mula berfikir. Ada baiknya dia telefon Raymi Zikri di Malaysia. Mana tahu cucu bongsunya itu akan menolongnya keluar dari hotel ini dan pulang ke Malaysia esok?
            Tapi macam mana nak telefon kalau tangan berikat?
            Puan Khadijah mengeluh panjang sebelum dia mendapat satu akal. Walaupun cara ini boleh mengotorkan telefon hotel tapi itu sahajalah cara terbaik yang dia ada setakat ini. Kakinya mula menghampiri telefon tersebut. Mulutnya dibuka besar sebelum dia mengigit bahagian tengah telefon itu dan perlahan-lahan dia meletakkan ke tepi.
            Alhamdulilah, boleh jugak. Puan Khadijah bersyukur. Cepat-cepat dia menundukkan mukanya. Ditekan nombor telefon Raymi Zikri satu persatu menggunakan hidungnya. Memang agak payah namun ini sajalah yang dia mampu setakat ini.
            Tut… tut…Tut…
Puan Khadijah tersenyum lebar.
            Tahulah nasib kau Raz kalau aku balik Malaysia nanti. Dasar cucu tak guna! Rengusnya dalam hati.
            Raymi Zikri yang sudah keluar dari hospital mengerutkan dahi tatkala telefonnya berdering nyaring. Dia berhenti di tepi jalan. Telefon bimbitnya diperhatikan lama. Nombor siapa pulak ni? Kod number lain macam aje. soalnya dalam hati.
            “Hello…” Mendatar sahaja suara Raymi Zikri memulakan perbualan. Baru bangun dari tidur
            “Ray, datang ke sini tolong nenek. Tangan nenek diikat Abang Raz. Nenek tak terdaya nak makan dan minum. Tak ada sesiapapun yang tolong nenek kat sini.”
            Nenek? Astagfirullahalazim…mengucap panjang Raymi Zikri mendengar keluhan neneknya. Patutlah dia tak nampak pun kelibat nenek dalam kereta waktu Muhd Razree balik. Kesian nenek.
            “Nenek, bawak bersabar ya. Ray akan datang ke sana secepat yang boleh. Nenek bagi nombor telefon pihak pengurusan hotel nanti Ray telefon mereka.”
            Puan Khadijah menyebut satu persatu nombor telefon hotel yang dia menginap ini walaupun tekaknya agak perit.
            “Terima kasih, Ray. Hanya kamu yang boleh bantu nenek. Kalau tak ada kamu, susah nenek nak balik Malaysia.” Puan Khadijah menangis. Itu yang dia dapat zahirkan kepada Raymi Zikri sekarang apa yang berlaku pada dirinya.
            “Sama-sama, nenek. Nenek berehat dulu. Ray nak telefon pihak pengurusan hotel supaya nenek dapat makan dan minum seperti biasa. Assalamualaikum…”
            “Waalaikumsalam.” Bergetar suara Puan Khadijah menjawab. Bersyukur dia mempunyai cucu seperti Raymi Zikri. Walaupun cucu bongsunya itu agak nakal dan ego tetapi dia mempunyai sikap ambil berat yang luar biasa. Memang tidak salah dia menjodohkan cucu lelakinya itu dengan Dhia yang kurang kasih sayang sebelum ini. Dapatlah gadis itu merasai bagaimana caringnya Raymi Zikri.

Malam itu, Raymi Zikri datang semula ke hospital sambil ditemani Jamil. Pembantu neneknya itu akan menghantarnya ke KLIA selepas ini. Terpaksalah dia bergerak ke Dubai malam ini. Yalah, lambat ke sana merajuk pulak nenek dengannya nanti.
            Mujur pihak hospital membenarkannya masuk menziarahi Dhia kalau tidak memang kempunan dia hendak melihat wajah cantik Dhia.
            Petang tadi nasib baik dia telefon pihak pengurusan hotel yang nenek tinggal sekarang ini jika tidak memang dia akan menyesal seumur hidup! Kenapalah Abang Raz sanggup mengikat nenek tanpa berfikir panjang? Tak hormat orang tua langsung!
            Patutlah bila balik Malaysia Abang Raz macam orang gila! Tak pasa-pasal Dhia yang kena ‘habuannya’. Janjinya selepas ini dia tidak akan membiarkan Muhd Razree mendekati isterinya lagi.
            “Saya harap sepanjang ketiadaan saya ni, Jamil boleh tolong jagakan isteri saya. Jangan bagi sesiapapun datang mendekat terutama sekali Muhd Razree dan Salina.”
            “Baik, Encik Raymi. Insyallah saya cuba yang terbaik menjaga keselamatan Dhia.”
            Raymi Zikri mengusap kepala Dhia dengan kasih sayang sayang yang tidak berbelah bagi. Sampai sekarang isterinya itu tidak membuka mata. Dia mengalih pandangan ke perut Dhia yang dibalut dengan kaki putih. Makin simpati dirinya dengan keadaan isterinya.
            “Jamil, awak keluar dulu. Saya nak bersama-sama dengan isteri saya sekejap.” Raymi Zikri memegang tangan isterinya sambil m
            Jamil mengangguk. “Baik, Encik Raymi.” Dia terus keluar dari bilik tanpa sebarang bantahan.
            Sebaik pintu bilik wad ditutup, Raymi Zikri duduk di bangku yang disediakan pihak hospital. Tangannya tidal lekang memegang tangan mulus Dhia.
            “Sayang, sebelum abang berangkat ke Dubai sayang bukalah mata. Abang nak sangat tengok sayang membalas pandangan mata abang macam sebelum-sebelum ini. Abang rindu nak dengar suara Dhia, sayang.” Dikucup tangan Dhia dengan penuh kasih sayang.
            “Abang…err…” suara Dhia bergema jugak akhirnya. Tubuhnya bergerak sedikit.
            Raymi Zikri terpana bercampur teruja. “Sayang…” meleret suaranya memanggil isteri tercinta. “Sayang dah bangun.”
            Dhia tersenyum nipis. “Dhia dah bangun tadi cuma tertidur balik. Rindunya Dhia pada abang.” Dhia memberanikan diri memegang pipi Raymi Zikri.
            “Abang pun rindu pada sayang. Rindu abang pada sayang melebihi segala-galanya.”
            “Boleh bangunkan Dhia? Dhia bosanlah asyik berbaring aje.” sungutnya.
            “Sayang tak boleh bangun lagi. Perut sayang kan masih sakit lagi. Abang lagi suka sayang baring aje. Ini untuk kesihatan sayang jugak.”
            “Tak boleh bangun ya. Hurm…bosannya. Abang meh dekatkan sikit muka abang. Dhia nak cium muka abang sepuas-puas hatinya.” Dhia berubah manja.
            “Ciumlah abang sepuas-puasnya. Abang tak kesah pun sebab kejap lagi abang nak berangkat ke Dubai.”
            “Abang nak ke Dubai? Abang nak tinggalkan Dhia?” Dhia buat muka sedih.
            “Hesy, ada pulak cakap macam tu. Abang pergi ke Dubai nak ambik neneklah sayang. Sian nenek sorang-sorang kat sana. Itu yang abang datang nak jumpa sayang ni. Nasib baik sayang bangun kalau tidak termimpi-mimpi abang dalam kapal terbang nanti.”
            Dhia ketawa kecil namun ketawanya itu tidak lama. Perutnya kembali sakit. “Auch, abang…perut Dhia sakit.”
            Raymi Zikri berasa simpati dengan keadaan isterinya itu. “Sayang rehat ajelah. Abang tak dapat cakap lama dengan sayang. Flight abang pukul 10. Lambat nanti terlepas penerbangan abang.”
            “Abang nak pergi dah ni. Jamil dah tunggu kat luar tu. Sayang jaga diri baik-baik ya. Insyallah esok malam kita jumpa balik ya.”
            “Sekali aje bang. Dhia nak peluk abang.”rengeknya
            “Okey, okey, Peluklah abang puas-puas tapi jangan kuat sangat nanti perut sayang sakit lagi.” Raymi Zikri mengangkat sedikit tubuh badan Dhia lalu dia memeluk isterinya itu.
            “Dhia sayang abang sangat-sangat.” Dhia tidak rasa malu lagi. Biarlah, mereka kan suami isteri. Apa nak dimalukan lagi.
            Raymi Zikri tersentuh hati. Segera dia meleraikan pelukan dan mengucup dahi Dhia. “Abang pergi dulu ya. Jangan nakal-nakal and behave yourself.” Tekannya dengan nada serius.
            Air matanya jatuh bergenang sebelum dia menganggukkan kepala. Sedihnya dia apabila suami tercinta bakal meninggalkan dirinya walaupun tidak sampai 24 jam. Bukan apa, dia takut kalau-kalau Muhd Razree datang menganggu dirinya dalam beberapa jam ini. Sudahlah bilik Muhd Razree tidak jauh dari biliknya.
            “Bye abang…” ujar Dhia dengan nada kecewa.
            “Bye sayang…”
            Raymi Zikri melangkah keluar dari bilik setelah semuanya selesai. Dapatlah dia menaiki kapal terbang dengan senang hati selepas ini.
            Dhia melemparkan pandangan di muka pintu bilik wad dengan hati yang kecewa yang dia duduki sebelum dia berbaring semula. Baru matanya hendak dipejamkan, salah seorang doktor pakar di hospital ini datang bertemunya.
            “Puan, sebelum Puan berehat semula ada sesuatu yang Puan perlu tahu.” Kata doktor pakar yang bernama Dr. Najwa itu. Dia tahu nama doktor itu pun menerusi tag nama yang dipakainya.
            “Adakah ‘sesuatu’ itu berkaitan dengan sesuatu yang baik?” Dadanya berdebar. Mintak-mintalah jangan ada sesuatu yang buruk berlaku dengan diriku ini. desisnya dalam hati.
            “Memang sesuatu yang baik, Puan dan ada jugak yang boleh mengecewakan hati Puan.”
            “Mengecewakan hati saya? Aaa…apa dia doktor?” bergetar Dhia bertanya.
“Kesan daripada tikaman yang dilakukan Encik Muhd Razree terhadap Puan telah menyebabkan Puan sukar untuk mengandung selepas ini.”
“Aaa… apa?” Nada suara Dhia bertukar rentak. Serta-merta air matanya jatuh lagi.


2 ulasan:

Unknown berkata...

yes yes yes! padan muke dhia.. muahaahaa

Eijan berkata...

Ada cara utk atasi masalah Dhia tu. Yg kena tikam hanya sebelah shj. Ada sebelah lagi salur fallopian yg ok. So masih ada chances utk mendapat anak. Jika tak boleh secara normal mereka masih blh dptkan anak secara IUI atau IVF. Insya-Allah ada rezeki...Ray dan nenek kan kaya blh buat guna cara moden tu sbb ia dari suami isteri yg halal.