Sampin yang melingkar
pinggang ditarik kasar.
Songkok yang berada dikepalanya dicampak ke dinding. Begitulah kecewanya Muhd
Razree di kala ini. Ingatkan Dhia sudah bersedia pergi ke pejabat agama pagi
ini, rupanya tidak. Kekasih hatinya itu sudah menghilangkan diri sejak awal
pagi lagi dari apa yang dikatakan Puan Khadijah semasa datang ke biliknya untuk
membawa baju melayu.
“Mana sayang pergi. Kata nak kahwin
dengan Abang Raz tapi kenapa hari ni sayang hilangkan diri. Argh!!” Tanpa
memikirkan kesan pada tangannya, dia menumbuk dinding sekuat hati sehingga
darah mengalir pekat di hujung jari.
“Raz, sudahlah tu. Nanti Dhia baliklah.
Dia pergi bukannya lama mana pun.”pujuk Puan Khadijah.
“Ya Allah, Raz. Tengok tangan kamu dah
berdarah. Macam mana nak salam tok kadi nanti kalau tangan bengkak macam ni?” Puan
Khadijah jadi panik.
Muhd Razree menarik tangannya kasar.
“Lantaklah nenek!”
Terkedu Puan Khadijah disitu. Dalam diam
dia terasa dengan perlakuan cucu sulungnya ini.
“Tapi Dhia pergi mana nek? Raz tanya Mak
Cik Suria, dia cakap tak ada. Raz call Marina, dia cakap tak ada jugak. Dhia
ikhlas ke tak nak kahwin dengan Raz sebenarnya?” Lemah saja suaranya. Tangan
kanannya yang berdarah dilap dengan tisu di tepi katilnya.
“Mestilah Dhia nak kahwin dengan kamu. Kamu
tu… ubahlah perangai sikit. Nenek tengok semenjak Dhia duduk sini kamu asyik
aje nak marah-marah. Dulu kamu tak macam ni tau Raz. Nenek tahulah kamu sayang
Dhia tapi janganlah terlalu beremosi sangat. Nanti Dhia tak kahwin
dengan kamu baru padan muka!”
“Nenek…Raz sensitif sangat ke?”
“Memang! Nenek pun tak adalah sensitif
sangat macam kamu. Dahlah, kamu rehat dulu. Sekejap lagi kita nak pergi KLIA.”
Muhd Razree terkejut. Terkebil-kebil
matanya memandang Puan Khadijah yang sudah berada di depan pintu biliknya.
“Nak pergi KLIA? Nak buat apa kat sana?”
soalnya dengan kerutan di dahi.
“Oh, lupa pulak nenek nak beritahu kamu.”
Puan Khadijah tepuk dahi.
“Nenek dah tempah dua tiket ke Dubai
semalam. Kamu dengan nenek aje pergi sana. Nenek nak beli barang perkahwinan
kamu dekat sana. Jadi alang-alang Dhia tak ada ni, kamu ikut ajelah nenek.
Senang nak pilih barang kahwin dekat sana. Nenek tak tahu apa yang korang nak sebenarnya.”
Sekali lagi Muhd Razree terkejut. “Jauhnya,
nek! Takkanlah sampai ke Dubai sana? Kat Malaysia ni kan banyak barang boleh
dipilih. Yang nenek nak beli barang kahwin kat sana tu kenapa? Membazir aje.”
Puan Khadijah mencebik. “Duit nenek. Suka
hati neneklah. Lagipun majlis kahwin kamu tu nanti nenek yang sponsorkan tau.
Kalau nenek tak taja perkahwinan kamu, memang lambatlah kamu kahwin nanti.”
Eei, geram pulak dia dengan Muhd Razree. Ada aje nak membantah.
“Raz rasa kahwin dekat pejabat agama pun
dah cukup, nenek. Tak banyak modal nak guna.”
Puan Khadijah menjeling. Panas pulak
hatinya bercakap dengan cucu sulungnya ini. “Kamu cakap senanglah. Nenek ni
ramai kawan yang berpangkat. Nenek nak jugak tunjuk kat kawan-kawan VIP nenek
tu yang cucu nenek dah kahwin. Nak kahwin sorok-sorok nanti kawan-kawan nenek
cakap apa pulak. Kamu tahulah. orang sekarang ni suka fikir yang bukan-bukan.”
Muhd Razree menunduk. Dia harus akui
hakikat itu. Hakikat yang dia memang tidak mempunyai duit yang banyak seperti
Puan Khadijah. Ini pun nasib baik nenek sudi menaja perkahwinan mereka.
“Hurm…baiklah, baiklah. Raz ikut cakap
nenek. Bila kita nak bertolak ke Dubai?” Lebih baik dia mengalah sebelum
berlaku perbalahan.
“Petang. Pukul 2.30 petang. Kita kena
gerak dalam pukul 12 tengah hari. Kamu kemas apa yang patut dulu. Lepas ni
nenek suruh Amira ambik first aid balut
tangan kamu.”
Muhd Razree kerling jam di dinding. Jam
sudah menunjukkan pukul sebelah pagi. Sepatutnya pernikahan di pejabat agama
berlangsung pada pukul 12 tengah hari.
“Kan bagus kalau Dhia ikut sekali.” Dia
mengeluh berat.
“Dhia tak ikut pun bagus jugak. Kat sana
kamu boleh beli hadiah untuk dia senyap-senyap.”
“Betul jugak tu.” Muhd Razree angguk.
Setuju dengan kata nenek. Sudah lama dia tidak memberi Dhia hadiah. Kali
terakhir dia memberi hadiah pun waktu di Negeri Sembilan dulu. Itu pun sejambak
bunga mawar.
Puan Khadijah tersenyum sinis. Dalam diam
dia bersorak gembira kerana Muhd Razree bersetuju dengan rancangannya. Tidak
perlulah dia risau lagi. Segala-galanya telah diatur dengan baik sekali.
Makin cerah peluangnya untuk menyatukan
Dhia dan Raymi Zikri.
Raymi
Zikri membetulkan kolar kemejanya sebelum dia menyapu gel di kepalanya. Sempat
lagi dia tersenyum di hadapan cermin.
Salina memerhati sahaja tingkah laku
Raymi Zikri yang sangat aneh dimatanya.
Belum sihat lagi tapi berlagak macam dah sihat.
“Abang Ray, kesihatan Abang Ray belum seratus peratus pulih.
Abang nak pergi mana sebenarnya ni? Sally risaulah.” Luahnya dengan nada risau.
“Tak payah ambik tahulah, Sally. Abang
Ray rasa sepatutnya Sally dah boleh balik rumah. Tak perlu kot nak jaga Abang
Ray lagi.”
“Abang Ray memang kejam. Sally sanggup
tidur sini semata-mata nak jaga Abang Ray tapi Abang Ray langsung tak hargai
apa yang Sally buat.”
“Abang Ray tak mintak pun Sally datang
sini jaga Abang Ray.” Sepotong ayat itu membuat darah Sally mendidih.
“Abang Ray memang kejam. I hate you! Menyesal Sally kenal dengan
Abang Ray.”
Raymi Zikri berpaling mengadap Salina.
Gadis itu menangis namun dia langsung tidak ambil peduli. Lainlah Dhia yang
menangis.
Dhia? Raymi Zikri ukir senyum lebar.
Selepas ini dia akan berjumpa Dhia di rumah Puan Suria tanpa pengetahuan gadis
itu. Biar Dhia terkejut dengan kedatangannya.
Jauh di sudut hati, dia memanjatkan
kesyukuran kerana mempunyai nenek seperti Puan Khadijah yang sentiasa berusaha
mengembirakan hatinya di kala hubungan dia dan Dhia berantakan. Tadi nenek
memaklumkan padanya yang Dhia ada di rumah Puan Suria. Terkejut juga dia masa
itu. Paling terkejut, nenek mengatakan Abang Raz mahu menikah dengan Dhia hari
ini di pejabat agama.
Nasib baik Dhia bijak melarikan diri.
Jika tidak, musnah impiannya untuk bersama gadis itu.
“Abang Ray lagi menyesal kenal dengan
Sally.” Begitu selamba sekali ayatnya, menikam jiwa Salina yang bagai dihiris
dengan belati tajam.
Salina menangis sekuat hati sebelum dia
keluar dari bilik Raymi Zikri. Pintu bilik lelaki itu sengaja dihempas dengan
kuat sebagai ganti dia betul-betul marah dengan lelaki itu.
Raymi Zikri tidak mengendahkan tangisan
itu sebaliknya dia memandang semula cermin dan merapikan penampilannya.
“Dhia…tunggu kedatangan Abang Ray ke
tempatmu, sayang.” Raymi Zikri tersenyum puas. Dia nekad. Peluang yang ada
harus direbut dan dia sekali-kali tidak akan melepaskan peluang itu.
Peluang untuk menikah dengan Dhia.
Yahoo!!
3 ulasan:
Yesss..Ray dgn Dhia. nenek bwk lah raz tu gi dubai lama sket....bg peluang kat ray dan dhia..
Btul 2 kak...insyallah eya akan pnjgkn wak2 raz ke dubai...
**x sangka rmai jgk yg kesian ngn raz...
Sorry eya terpqksa wat watak d mcm 2 ..
2017 ford focus titanium ford focus titanium - The Technobi Team
2019 titanium coating ford titanium key ring focus titanium rings titanium. titanium teeth dog https://www.titanium-arts.com/f-f-f-f-f-f-f-f-f-f-f-f-f-f-f-f-f-f. edge titanium
Catat Ulasan