Jumaat, 10 Oktober 2014

BAB 6 (Tajuk? Biarlah Rahsia)


Tiga bulan selepas itu…
Kakinya menguis pasir halus dengan hujung jari kakinya. Rambutnya yang mengerbang dibiarkan lepas. Angin yang menderu-deru di sekelilingnya membuatkan dia rasa tenang berada di pantai Teluk Kemang ini.
            Dhia melihat orang disekelilingnya. Agak ramai pelancong dari dalam dan luar negara datang ke pantai ini. Rata-ratanya datang bersama keluarga. Hmm…bestnya kalau bercuti bersama keluarga. Dia? Datang ke sini pun seorang. Mahu harapkan ibunya datang bersamanya ke sini, jangan haraplah. Ibunya lebih suka pergi ke program keagamaan yang dibuat di dalam kampung daripada bercuti ke negeri lain. Nak buat macam mana kalau itu kesukaan ibu. Dia tak boleh halang.
            Selepas dia menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Encik Habibur tiga bulan yang lepas, sampai ke hari ini dia langsung tidak mencari kerja baru. Mungkin ‘rasa’mahu bekerja semula belum sampai ke tahap sepenuhnya kot. Biarlah dia bercuti sepuasnya dulu. Bila dah ada semangat balik, barulah dia cari kerja baru walaupun duit poketnya tidak sebanyak yang dulu.
            “Manalah Abang Raz ni. Kata lagi sepuluh minit. Ini dah setengah jam aku tunggu tak sampai-sampai pun. Baik aku rehat kat bilik aje tadi lagi best.”rungutnya seorang diri sambil melihat jam di telefon bimbitnya. Bengang kerana Muhd Razree tidak menepati masa.
            “Seorang aje. Boleh abang temankan?” Kata satu suara nakal yang berdiri dibelakangnya. Dhia mencekak pingang. Dia tahu dah siapa yang selalu berkata begitu.
Tubuhnya dipalingkan ke belakang. Merah padam wajahnya menahan marah.
            “Abang Raz! Dah pandai tinggalkan Dhia sorang-sorang kat sini. Dah tak sayang Dhia lagi ya?” marah Dhia tanpa perasaan. Biarkan Muhd Razree tahu yang dia benar-benar tengah marah saat ini!
            Muhd Razree tayang sengih. Tidak terkesan sedikit pun dengan kemarahan Dhia.
            Sabarlah wahai hati bila tengok muka mamat yang tak ada perasaan ini! Dhia mengetap bibir. Ikutkan hati, mahu sahaja dia geletis pinggang Muhd Razree sampai lebam. Baru lelaki itu tahu yang dia serius dalam hal ini.
Muhd Razree. Dia rasa abang kepada Raymi Zikri ini lebih ceria dan peramah berbanding sahabatnya itu yang suka berwajah serius disekelilingnya. Dia bersyukur kerana dapat bertemu dengan lelaki ini di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sehari selepas dia menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Encik Habibur.
Pada asalnya, dia mahu ke TBS untuk berjalan-jalan sambil meneroka kawasan terminal yang mula dilancarkan pada bulan April, dua tahun lepas . Tidak sangka pula dia boleh bertembung dengan lelaki itu di tengah-tengah bahagian ticket counter sambil ditemani seorang perempuan disisinya.
            Dan kerana pertemuan itulah, Muhd Razree membawanya ke pantai Teluk Kemang ini. Walaupun lelaki itu agak sibuk dengan urusan kerja selama tiga bulan disini, dia dilayan bagaikan puteri. Hilang rasa kecewa yang bertamu di hatinya setelah dia berpisah dengan Imran.
            “Minta maaflah, sayang. Abang bukan sengaja nak tinggalkan Dhia sorang-sorang kat sini. Dhia tahu kan abang datang sini sebab kerja? Maafkan abang ya, sayang?” rayu Muhd Razree. Mana tahu dengan panggilan ‘sayang’ Dhia akan mengalah dan tidak memarahinya .
            Dhia jadi tidak tentu arah. Berdebar jantungnya tatkala Muhd Razree memanggilnya ‘sayang’. Terasa dia berada di awang-awangan. Namun apabila mengingatkan lelaki ini ada membuat salah terhadapnya, pantas dia membuat muka serius.
 “Sorry naik lori! Dhia tak nak maafkan abang. Abang pergilah sambung kerja abang yang berlambak-lambak tu. Biarkan Dhia sorang-sorang kat sini.” Dhia menyilangkan tangan. Matanya berpaling ke tempat lain. Saja-saja buat merajuk dengan Muhd Razree.
            “Sayang, abang minta maaf. Maafkan abang sebab mungkir janji. Abang betul-betul sibuk tadi. Jangan merajuk dengan abang ya. Bunga ni abang belikan khas untuk Dhia. Terimalah.” Bunga mawar ini bukan dia beli sebenarnya tetapi pembantu peribadinya, Mariana yang berikan padanya.
            Dhia buat muka gembira. Bunga? Wah, macam tengah bercinta pula mereka berdua ini sampai bagi bunga. Dia terima bunga itu dengan ucapan terima kasih. Muhd Razree mengerutkan dahi. Aik, tadi merajuk. Bila dapat bunga aje terus gembira. Dhia…Dhia. Kepalanya digelengkan.
“Dalam sibuk-sibuk pun abang sempat lagi belikan Dhia bunga ya. Abang beli kat mana ni?” Mereka berjalan seiringan.  Muhd Razre yang berada disisi Dhia terasa kelu lidahnya untuk menjawab soalan itu. Terpaksalah dia bohong sunat. Eheh, bohong sunat mana ada dalam islam lah!
“Abang beli kat lobi hotel tadi. Dhia tahu kan kat lobi tu ada kedai jual bunga. Hmm… Dhia maafkan abang tak ni?” Sengaja dia menukar topik. Tidak mahu Dhia bertanya lanjut pasal bunga pemberiannya ini.
Dhia tersenyum nipis sebelum dia mencium bunga mawar ditanganya. “Sebab abang bagi bunga yang merah menyala ni, Dhia maafkan abang. Tapi ingat! Jangan tinggalkan Dhia sorang diri lagi. Kalau abang buat lagi, Dhia balik Kuala Lumpur sorang-sorang.”ugutnya. Dia tidak suka ditinggalkan terlalu lama. Kalau sepuluh minit tak apa juga. Ini sudah lebih setengah jam dia berdiri di depan pantai ini tanpa berbuat apa-apa aktiviti.
“Okey, okey. Abang janji tak buat lagi. Dhia tahu kan abang sayangkan Dhia sepenuh hati abang? Kalau Dhia tak ada kat sisi abang, hidup abang tak bererti lagi.”
Dada Dhia makin berdebar-debar. Baru Muhd Razree cakap macam itu dia sudah jadi gelisah. Belum lagi lelaki itu mengungkapkan kata-kata cinta kepadanya. Mahu pengsan dia disini kalau dia cakap I Love You, Dhia!
“Jiwanglah Abang Raz ni!” Muka Dhia merah menahan rasa malu yang teramat. Terus dia berlari meninggalkan Muhd Razree. Sengaja dia berlari agar mukanya yang merah ini tidak disedari lelaki itu.
“Hesy, kata abang jiwang tapi lari tinggalkan abang. Dhia…tunggu!”laungnya. Dia lari mengejar Dhia yang sudah meninggalkannya. Lagak mereka seperti pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta.
Tanpa mereka sedari, ada seseorang yang memerhatikan aksi kejar mengejar itu. Siapa lagi kalau bukan Puan Khadijah. Terpamer riak tidak puas hati diwajahnya. Sungguh, dia tidak suka dengan apa yang dilakukan Muhd Razree dan Dhia. Mereka berdua seperti pasangan bercinta. Ini tidak boleh berlaku! Dia tidak akan sekali-kali membiarkan cucunya itu bercinta dengan Dhia.
Sudah lama dia berdiri tercongok di sini. Sanggup dia datang ke sini semata-mata mahu melihat kegiatan Dhia. Gadis itu sudah dianggap seperti cucu kandungnya. Selepas Dhia bercerai ini, makin berkobar-kobar rasa hatinya mahu menjaga gadis itu. Dia tahu Dhia mempunyai Puan Suria tetapi entah kenapa dia lebih suka jika Dhia tinggal bersama-sama dengannya.
“Jamil…kita pulang ke Kuala Lumpur sekarang. Nanti kita datang sini lagi.” Puan Khadijah berkata kepada pembantu peribadinya. Ikutkan hati mahu sahaja dia tinggal lebih lama disini namun bila difikirkan semula, Raymi Zikri tidak tahu kedatangannya ke sini. Cucu bongsunya itu pergi kerja. Jadi berapa jam sebelum Raymi Zikri balik, sempatlah dia datang ke Negeri Sembilan ini.
“Baik, Puan.” Angguk sahajalah walaupun dia terasa penat yang amat sangat. Memandu dari Kuala Lumpur ke sini mengambil masa tiga jam. Sudahlah dia memandu tanpa henti. Mahu memprotes dia takut majikannya itu akan memotong gajinya. Baik diikutkan sahaja kata-kata Puan Khadijah.
Mereka meninggalkan kawasan pantai itu tanpa banyak bicara.

Selepas makan malam bersama Muhd Razree di lobi utama, Dhia masuk ke bilik membersihkan diri. Baju kurung yang dipakainya ditukar kepada baju tidur. Hari ini dia betul-betul rasa penat. Tidak sangka selepas Muhd Razree berjumpa dengannya, banyak aktiviti yang mereka lakukan.
Paling tidak dapat dilupakan, Muhd Razree menangkap gambarnya menggunakan kamera DSLR milik lelaki itu di tengah-tengah pantai. Banyak aksi yang ditangkap tanpa mempedulikan pengunjung yang datang ke pantai ini. Agak malu juga dia masa itu namun apabila mengenangkan Muhd Razree disisinya yang sering membuatkan dia bahagia, dia tidak kesah semua itu. Janji hatinya puas.
“Dhia jangan banyak bergerak ya. Abang nak tangkap gambar Dhia ni.”
“Macam manalah Dhia nak bergerak abang kalau abang dah tutup kaki Dhia dengan pasir-pasir ni.” Dhia ketawa manja. Inilah kali pertama kakinya ditutup dengan pasir.
Muhd Razree menjauhkan diri sedikit daripada Dhia. “Dhia buatlah aksi apa-apa pun. Tapi abang nak Dhia senyum lebar-lebar tau! Bila abang kata sedia, Dhia kena bersedia tau.”
“Okey, okey!” Dhia membuat tanda peace.
Apabila Muhd Razree sudah berkata sedia, Dhia mula mempamerkan raut wajahnya yang tersenyum manis. Lelaki itu menunjukkan tanda bagus.
Dari satu sudut ke satu sudut Muhd Razree menangkap gambarnya. Gaya lelaki itu persis seorang photographer yang menangkap gambar seorang model untuk dimasukkan ke dalam majalah.
“Sudahlah, bang. Takkan nak bergambar dengan kaki tertutup pasir ni? Biar Dhia tangkap gambar abang pula.” Dhia membuang pasir-pasir yang menutup kakinya lalu dia bangun menghampiri Muhd Razree namun lelaki itu mengelengkan kepala.
“Tak payahlah tangkap gambar abang. Biar abang aje tangkap gambar Dhia, okey.”
“Ala, bang. Dhia nak juga tangkap gambar abang. Asyik abang aje tangkap gambar. Bagilah peluang kat Dhia pula.” Dhia mahu merampas kamera tersebut tetapi lelaki itu pantas menyorokkan kamera itu ke belakang badan.
Muhd Razree jelir lidah. “Tak boleh. Abang nak tangkap gambar Dhia aje. Kalau nak, cubalah dapatkan.” Kali ini dia pula yang berlari meninggalkan Dhia. Sewaktu Dhia berkata dia jiwang tadi, dia yang ditinggalkan. Sama-sama adillah kan?
Dhia tersenyum lagi. Kenangan petang tadi seakan segar diingatannya. Matanya melekat pada dinding putih diatas syiling itu. Kata-kata manis daripada Muhd Razree sewaktu mereka berjumpa petang tadi membuatkan dia seperti diawang-awangan. Lelaki itu memang pandai berkata-kata. Ah, apakah ini cinta?
Hai, Dhia…cepatnya kau jatuh cinta! Baru lepas habis tempoh iddah, kau dah pandai main mata dengan lelaki lain. Kalau Puan Khadijah tahu kau sukakan cucu dia, habis melenting dia nanti. Satu suara berbisik kepadanya.
Dhia mencebik. Puan Khadijah tahu pun dia peduli apa. Kalau dia bercinta dengan Muhd Razree, Puan Khadijah mesti suka punyalah! Kan Puan Khadijah dah anggap dia sebagai cucu kandung? Apa yang ditakutkan lagi?
Dipeluk erat bantal empat segi yang berada disisinya. Malam ini dia mahu bermimpikan yang indah-indah sahaja. Diharap Muhd Razree akan masuk ke dalam mimpinya. Dhia tersenyum lebar sebelum matanya dilelapkan.
Ting tong!
Bunyi loceng dari pintu utama hotel yang dia tinggal ini mematikan harapannya untuk bermimpikan Muhd Razree. Ah, siapa pula yang datang waktu aku nak tidur ni? Dhia turun dari katil dengan langkah longlai. Ketika ini dia benar-benar penat dan tidak berdaya untuk bercakap sepatah kata pun. Apa yang berada di dalam fikirannya kini hanyalah tidur dan bermimpikan Muhd Razree sahaja!
Saat pintu utama dibuka, Dhia terpaku. Mulutnya terlopong apabila melihat tubuh lelaki dihadapannya. Dia menelan airliur. Kenapa Abang Raz datang sini waktu malam-malam begini? Rasanya tadi dia dah puas berbual dengan lelaki ini di restoran tadi.
“Terkejut tak abang datang sini?” Muhd Razree mengangkat kening dengan senyum lebar. Dalam hati, dia sedikit terpegun apabila melihat Dhia memakai baju tidur yang bercorak bunga berwarna biru. Sangat comel!
“Mestilah terkejut. Abang datang jumpa Dhia ni sebab apa? Dah tak boleh tunggu esok ke?” Dhia buat suara hambar walaupun dalam hati dia sangat teruja dengan kedatangan lelaki tinggi lampai ini.
Muhd Razree buat mulut muncung. “Ala, abang nak jumpa sekejap pun tak boleh. Bukannya lama sangat pun. Lepas ni Dhia nak tidur, tidurlah.” katanya.
Dhia duduk di atas kerusi yang disediakan oleh pihak hotel tanpa mempelawa Muhd Razree duduk disebelahnya. Dia tidak betah jika terlalu rapat dengan lelaki itu. Takut jiwanya tidak tenteram.
“Penting sangat ke nak jumpa Dhia ni?” Dhia memberanikan diri menatap anak mata Muhd Razree yang galak memandangnya.
“Tak adalah penting sangat. Cuma abang nak tengok Dhia aje.” Muhd Razree duduk disebelah Dhia. Badannya mengiring sedikit supaya dapat melihat dengan jelas anak mata Dhia yang dirasakan sangat cantik.
Jantung Dhia berdegup kencang. Oh Tuhan, kenapa dengan dia malam ini?
 “Abang boleh tak alihkan mata abang tu kat arah lain? Dhia rasa tak selesalah bila abang tenung Dhia macam tu.” Suaranya sengaja diseriuskan. Sejujurnya dia tidak selesa lelaki itu memandangnya. Dhia bangun dan berdiri di depan koridor bilik. Angin yang membuai pada malam ini memberikannya satu perasaan yang tenang tanpa sebarang masalah.
“Tak nak. Abang tetap nak tenung mata Dhia. Biar Dhia rasa tak selesa.” Muhd Razree bangun dan berdiri disebelah Dhia. Dia tetap merenung anak mata Dhia walaupun gadis itu beria-ria mahu menyuruh dia pandang ke tempat lain.
“Apa yang menarik sangat kat mata Dhia ni sampai abang tak nak pandang tempat lain? Ke abang pandang mata Dhia ni sebab nak mengorat Dhia?” Haa, ambik kau. Soalan tanpa bertapis diberikan kepada Muhd Razree tanpa rasa malu dan segan.
“Hesy, ke situ pula Dhia ni. Bukanlah. Abang suka tengok mata Dhia walaupun abang rasa mata abang lagi cantik daripada Dhia.” Cewah, sempat lagi dia banggakan diri sendiri.
Dhia mencebik. “Dah tau kalau mata abang lagi cantik daripada Dhia, abang belilah cermin tengok mata abang puas-puas. Nak tengok mata Dhia buat apa pulak.”
Muhd Razree menongkat dagu di atas koridor tersebut sambil matanya menjeling manja kepada Dhia yang nampak malu-malu itu. “I love your eyes but I love my eyes more. Cause without mine, I can’t see yours.
Dhia tunduk merenung lantai. Ya Allah, malunya aku!!

Terus dia menutup pintu bilik meninggalkan Muhd Razree yang terpinga-pinga disitu.

4 ulasan:

Secret Blogger berkata...

Best!!
nk lagi akak!!

Tanpa Nama berkata...

alhamdulilah...nanti akk up lg ya...tp bukan skrg tau! haha
**nur daeya

Unknown berkata...

Sudah adakan cerita ni tapi diolah lain sikit. betul tak?

Faraain12 berkata...

Macam best! Sebenarnya macam cuak jugak bila fikir camne la nanti kalau Nenek Raz dapat tahu pasal diorang....keep it up!