Isnin, 6 Oktober 2014

BAB 4 (Tajuk?Biarlah Rahsia)


Telefon bimbit dicampak ke atas meja kerja dengan kasar sekali. Raymi Zikri mendengus kuat. Sudah berapa kali dia menelefon Dhia namun gadis itu langsung tidak mahu menjawab panggilannya.
Hari ini moodnya betul-betul tidak baik. Semalam dia dimarahi nenek kerana tidak memberitahu perkara sebenar tentang perceraian diantara Dhia dan Imran. Huh, nenek. Cepat betul tahu Dhia bercerai. Mesti ada aje orang yang bagi tahu dia.
Nenek begitu sayangkan Dhia. Dia menganggap Dhia seperti cucu kandungnya. Apa yang berkaitan dengan Dhia pasti nenek akan mengetahuinya. Teringat dia kata-kata nenek semalam supaya membawa Dhia tinggal bersama-sama Dhia. Nenek ingat rumah mereka ini rumah tumpangan untuk orang-orang luar ke?
“Nenek dah buat keputusan dan nenek yakin rumah ni akan lebih meriah kalau Dhia tinggal dengan kita.” Puan Khadijah menyelak suratkhabar Harian Metro tanpa sedikit pun memandang wajah cucunya.
“Ray takkan setuju. Nenek buatlah keputusan apa pun. Ray takkan setuju.” Bantahnya keras.
“Ray kena ingat rumah ini rumah nenek. Tak ada siapa yang boleh bangkang cakap nenek termasuk Ray sendiri.” Terus berubah riak wajah Raymi Zikri. Benar, rumah banglo ini adalah rumah nenek. Dia terlupa tentang itu. Walaupun dia cucu di dalam rumah besar ini, nenek tetap ‘leader’ untuk dia dan abangnya. Apa jua keputusan yang melibatkan rumah, nenek yang akan memberi kata putus tanpa sebarang bantahan.
Raymi Zikri berulang-alik didepan nenek dengan wajah tegang. Dia tidak suka Dhia tinggal dengan mereka. Gadis itu baru sahaja diceraikan. Tidak manis jika Dhia tinggal bersama mereka. Nanti apa pula kata jiran tetangga mereka.
“Mak Cik Suria kan ada. Biarlah Dhia tinggal dengan dia.”Digunakan nama Puan Suria pula supaya nenek berubah fikiran untuk mengambil Dhia tinggal dengan mereka.
“Ray bagilah alasan banyak mana pun. Nenek takkan setuju. Full stop!” Puan Khadijah bangun dari sofa lalu dia naik ke biliknya tanpa memandang wajah tegang cucunya. Lebih baik dia baca suratkhabar dalam bilik. Lagi tenang dan jiwanya tidak tertekan.
Raymi Zikri mengetap bibir. Geram sungguh dengan nenek. “You’ re too much, nenek!” marahnya.

Dhia keluar dari mahkamah dengan wajah tenang. Proses penceraian di antara dia dan Imran selesai juga akhirnya. Walaupun dia kecewa dengan penceraian yang tidak terjangka ini namun dia redha dengan ketentuan Tuhan.
            Malam tadi tidurnya tidak lena gara-gara mahu bertemu Imran di makhamah. Puas dia cuba untuk melelapkan mata tetapi tetap tidak boleh. Akhirnya dia tertidur selepas sembahyang subuh dan ke makhamah beberapa jam kemudian.
            Tidak jauh darinya, Imran sedang membawa kereta keluar dari situ. Dhia buat-buat tidak nampak. Langkahnya dilajukan ke kereta ibu saudaranya, Mak Lang Rafika yang terletak di parking lot yang disediakan pihak makhamah. Buat apa dia hendak bertemu dengan lelaki yang telah merobek hatinya. Tidak guna dia bertemu Imran lagi. Jika bertemu depan mata, hatinya makin bertambah sakit.
            Imran yang perasan kelibat Dhia disitu pantas memberhentikan kereta. Dia keluar dari kereta dan berlari anak mendapatkan Dhia.
            “Dhia, wait!”
            Dhia terkedu. Kakinya bagaikan terkunci rapat tatkala Imran memanggil namanya. Dia mengeluh kesah. Apa lagi yang Imran mahukan darinya? Dia mencebik sebelum kepalanya dipaling ke belakang mengadap bekas suaminya itu. Dengan Imran, dia tidak perlu membuat muka ceria.
            “Ada apa-apa yang boleh saya bantu, Encik Imran?”katanya dengan nada jelik.
            Imran terpaku tanpa kata. Nampaknya Dhia tidak macam dulu lagi. Gadis yang sebelum ini sangat lembut dan ceria dengannya sudah berubah menjadi lebih tegas dan serius. Dari mata Dhia, dia dapat lihat ketegasan disitu.
            “Err…abang, abang.” Tergagap-gagap dia berkata. Cara panggilan Dhia terhadapnya membuatkan dia berasa janggal untuk membahasakan diri ‘abang’.
            “Kalau tak ada apa-apa perkara penting yang hendak dicakapkan, saya balik dulu.” Selamba sahaja Dhia berkata begitu. Biarkan Imran tahu yang dia tidak macam dulu lagi. Dibuka pintu kereta tetapi sempat dihalang Imran. Dhia menjeling tajam kearah lelaki itu.
            “Dhia, boleh kita bercakap walaupun sekejap?” Imran membuat muka mengharap.
            “Nak cakap apa lagi?” Dhia menjulingkan matanya. Bosan dengan karenah lelaki ini.
            “Dhia err… sihat?”
            “Itu aje yang awak nak cakap pada saya? Huh, ayat cliché. Baik tak payah cakap!”Dhia merengus kuat.
            “Abang nak Dhia tahu yang abang masih sayangkan Dhia seperti dulu.”
            “Jangan nak memperbodohkan saya dengan kata-kata sayang awak tu! Ingat sikit bini awak tu ada kat rumah. Dah ada isteri sempat lagi nak mengorat perempuan lain.” Sempat lagi Dhia menyelitkan ayat sentap pada Imran.
            Berubah riak muka Imran. Ayat itu membuatkan dia sedikit tersentap.
            “Jadi bini abang semula Dhia. Abang janji abang akan lebihkan Dhia daripada Rina.” Dia rindukan suara menggoda Dhia ketika mereka masih di alam perkahwinan. Dia janji sekirannya Dhia berkahwin semula dengannya, dia tidak akan sekali-kali mengecewakan gadis ini.
            Berombak-ombak  dada Dhia mendengarnya. “Hei, jantan. Kau sedar tak apa yang kau cakap sekarang ini? Dah bercerai nak rujuk semula? Jangan haraplah aku akan turuti permintaan kau tu. Jangan harap!” Melengking kuat suara Dhia sehingga Imran dihadapannya tunduk membisu.
            “Tepi, aku nak balik.” Dhia menepis kuat badan Imran sehingga terdorong ke belakang. Dia cepat-cepat masuk ke dalam kereta dan menutup pintu kereta dengan kasar sekali.
            Tingkap kereta diturunkan sedikit. Dia masih tidak puas hati jika ayat yang telah lama tersimpan dihatinya sejak beberapa hari ini tidak diluahkan kepada Imran.
            “Oh… By the way, Ex means:  Thanks for the EXperience. Our time has EXpired. Just go and EXit from my life, Encik Imran.” Tingkap kereta dinaikkan semula. Puas hatinya dapat meluahkan ayat itu.
            Imran meraup wajahnya dengan penuh kesalan yang tidak bertepi. Dia menyesal kerana membuatkan Dhia berubah sikap.
            Ah, Imran. Jangan ingatkan dia lagi. Dia bukan isteri kau. Lupakan dia! Imran bermonolog sendiri. Terus dia masuk ke dalam keretanya semula dan pulang ke rumah. Dia perlu pulang segera. Rina sedang menantinya dirumah.
             Dhia mengenggam erat stereng kereta dihadapannya. Side mirror dipandang sepi. Kereta Imran sudah tiada disitu. Dia lega kerana tidak banyak bercakap dengan lelaki itu. Dia takut jika perbualan mereka berjela-jela, dia akan menangis. Dia sudah ingatkan pada diri sendiri yang dia tidak akan menangis pada hari ini.
            Namun perasaan leganya tidak bertahan lama. Ada seseorang telah mengetuk pintu keretanya. Dhia mengalihkan pandangannya ke sisi. Terkejut bukan kepalang apabila ketukan itu datangnya dari orang yang tidak dikenali. Dari jendela keretanya, dia dapati seorang lelaki bertubuh gagah dan memakai cermin mata hitam sedang meneliti keseluruhan kereta milik Mak Lang Rafika. Siapakah dia?
Perlahan-lahan cermin tingkap diturunkan. Mahu melihat siapa gerangan yang ingin bertemu dengannya.
            Lelaki yang memakai cermin mata hitam itu tiba-tiba menundukkan kepala didepannya. Dhia jadi terkedu tidak terkata. Apa hal lelaki ni tiba-tiba aje nak tunduk hormat kat aku? Aku bukan VVIP sampai nak kena tunduk-tunduk ni.katanya dalam hati.
            “Harap Puan Dhia dapat keluar dari kereta ini. Puan Khadijah menanti Puan disana.” Terus jari telunjuknya dihalakan ke sebuah kereta mewah yang berwarna hitam pekat. Dhia jadi serba tidak kena. Nenek? Macam  mana nenek boleh tahu yang aku ada kat mahkamah hari ini? Rasanya aku tak beritahu siapa-siapa pun tentang ini.katanya dalam hati.
            Ray? Pasti lelaki itu yang maklumkan pada nenek pasal perceraian aku dengan Imran. Dia memang nak kena dengan aku ni. Dhia semakin sakit hati dengan lelaki itu. Tak pasal-pasal Puan Khadijah tahu tentang perceraian ini. Beberapa hari sebelum Dhia ke sini, dia sudah bertekad untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang hal ini termasuklah Puan Khadijah yang amat rapat dengannya.
            Puan Khadijah bukan sebarang wanita biasa. Wanita ini memang sukar dijangka dari luarannya. Apa yang diinginkan, pasti diperolehi dalam sekelip mata. Walaupun usianya telah mencecah lima puluhan namun fikiran Puan Khadijah sama seperti anak-anak muda di luar sana.
            Lelaki yang bernama Jamil  itu membuka pintu kereta belakang setelah Dhia menghampiri kereta mewah Puan Khadijah. “Silakan masuk, Puan.” Dhia tersenyum nipis kearah pembantu lelaki itu. Berat hatinya mahu masuk ke dalam kereta ini. Bukan apa, dia malas mahu bercakap banyak dengan Puan Khadijah. Puan Khadijah seringkali berbicara soal peribadi kepadanya. Mahu dirahsiakan, mata wanita berusia itu  penuh pengharapan.
            Akhirnya Dhia masuk juga ke dalam kereta setelah Jamil berdiri di luar kereta mewah itu. Harap-harap Puan Khadijah tidak memarahinya kerana menyorokkan rahsia  besar ini.

Puan Khadjah mengusap tangan Dhia sebelum dia melekapkan tangannya ke wajah gadis itu. Dhia tersenyum sambil tangannya memegang wajah Puan Khadijah.
            “Muka nenek nampak pucat. Nenek tak sihat ke?”
            “Dah tua ni mana nak sihat lagi, Dhia. Ada aje penyakit yang datang. Nenek ni bukannya kuat lagi. Mana tahu esok lusa nenek mati.” Suara Puan Khadijah berubah sayu.
            Dhia mengelengkan kepala. “Nenek jangan cakap macam tu. Dhia tak suka dengar. Kalau Abang Raz dan Ray dengar mesti dia orang rasa sedih.”
            “Tak ada maknanya, Dhia. Nenek sakit ke tak dia orang tak peduli pun. Masing-masing asyik sibuk aje. Dah tak ada siapa nak pedulikan nenek lagi.”
            “Hesy, ada pula nenek cakap macam tu. Dhia yang kat depan nenek ni pedulikan nenek tau. Dhia sayang nenek sama seperti Dhia sayang ibu.” Dhia memeluk manja bahu Puan Khadijah. Dia tahu wanita ini kekurangan kasih sayang daripada kedua-dua cucunya.
“Kalau Dhia pedulikan nenek, Dhia tinggallah dengan nenek.” Akhirnya diucapkan juga apa yang bersarang dihatinya sejak dia mengetahui penceraian yang berlaku diantara Dhia dan Imran.
Dhia terkedu. Dia mengangkat kepala. “Err…tinggal dengan nenek? Tak apalah, nenek. Ibu kat rumah tu tak ada siapa nak jaga. Lainlah nenek ada orang gaji kat rumah.” Teragak-agak dia menjawab. Jika dia duduk di rumah Puan Khadijah pasti wanita ini akan mengongkong hidupnya.
“Dhia memang tak sayangkan nenek.” Puan Khadijah memandang ke luar jendela. Sedih rasa hati kerana Dhia tidak memenuhi permintannya.
Dhia serba salah. Puan Khadijah seperti memaksa dirinya. Permintaan wanita ini terlalu berat buatnya.
“Dhia sayangkan  nenek. Tapi permintaan untuk tinggal di rumah nenek Dhia tak mampu  nak fikirkan buat masa ini. Permintaan ini terlalu mendadak, nenek. Banyak perkara yang Dhia perlu fikirkan sebelum Dhia duduk di rumah nenek.”
Puan Khadijah menoleh kearah Dhia semula. “Dhia tak payah fikirkan apa-apa. Dhia hanya bawa barang-barang keperluan dari rumah  ibu dan pindah ke rumah nenek. Itu sahaja.”
Dhia mengeleng. “Minta maaf, nenek. Dhia tak dapat nak penuhi permintaan nenek. Dhia dah besar panjang dan Dhia ada hak untuk tentukan apa yang boleh apa yang tidak dalam hidup Dhia. Dhia keluar dulu. Assalamualaikum…” Dhia mengucup tangan Puan Khadijah yang sudah berubah riak wajahnya sebelum dia keluar dari kereta Mercedes CLK 230 ini. Kali ini dia perlu tegas. Biarlah Puan Khadijah mahu membencinya kerana kata-katanya, dia tidak kesah itu semua.
“Waalaikumsalam.” Puan Khadijah menjawab salam dengan  nada kecewa.  Nampaknya rancangan untuk merapatkan hubungan Dhia dan salah seorang cucunya  selepas ini tidak kesampaian.
            “Mungkin Dhia takkan terima pelawaan nenek untuk tinggal bersama-sama tapi nenek yakin Dhia pasti akan tinggal dengan nenek dalam waktu terdekat ini.”
            Puan Khadijah tersenyum sinis memandang kereta Dhia yang sudah pergi meninggalkannya sebelum dia mengarahkan Jamil masuk ke dalam kereta dan meninggalkan tempat ini dengan seribu satu semangat.
           
           

            

7 ulasan:

Unknown berkata...

Wah nenek rancang sesuatu ke pd dhia n ray. Tertanya2 jgak gambar sapa yg ada dlm album yg ditengok o nenek.

Unknown berkata...

kak Kartini,
tqvm sbb sudi bce karya eya...
really appreciated!!
Fyi, gambar2 yg ada dlm album tu smuanya gadis2 yg Raymi jumpa n berkenalan...asal jumpa aje mesti nk tngkp gmbr...hehe

Secret Blogger berkata...

Tak sabar nk thu apa rancangan nenek!! Akak cepat2 sambung eh.. Hehehehehe

Tanpa Nama berkata...

rancangan nenek mesti berjaya pnya dik...insyallah akk akn smbung cepat2! hehe

azie berkata...

Nenek yg penuh agenda

Unknown berkata...

Bahagia menanti muuuu

Tanpa Nama berkata...

Nenek ray bkn sbrang nenek.d nenek yg pnuh agenda n muslihat.hehe