Kesan daripada tikaman yang dilakukan
Muhd Razree menyukarkan Puan untuk mengandung lagi selepas ini.
Terngiang-ngiang kata-kata yang terbit di
mulut Dr. Najwa malam tadi. Ya Allah, memang besar dugaan yang telah KAU
berikan kepadaku. Baru hendak mengecapi bahagia, ada dugaan lain yang menjengah
dalam hidupku.
Semalam tidurnya tidak lena seperti
hari-hari biasanya. Bila nak tidur, kepalanya tiba-tiba memikirkan kata-kata
Dr. Najwa.
Dhia mengiring sedikit ke tepi sambil
memandang luar tingkap. Dirinya yang kecewa dengan tikaman daripada Muhd Razree
bertambah kecewa dengan kenyataan yang diterimanya daripada Dr. Najwa.
Entah apalah reaksi abang bila tahu semua
ini. Patut ke tidak aku beritahu suamiku tentang perkara ini selepas dia pulang
dari Dubai bersama nenek hari ini? Soalnya dalam hati.
Tidak! Perkara ini perlu dirahsiakan
daripada semua orang. Biarlah dia dan doktor sahaja yang tahu hal ini. Dia
tidak mahu orang yang disayangi kecewa.
Berapa kali dia menangis dalam beberapa
hari ini. Hampir bengkak matanya.
“Abang, baliklah cepat. Dhia rindu.” ujarnya
dengan nada tersedu-sedan.
“Assalamualaikum puan…Maaf masuk tanpa
mengetuk pintu. Saya masuk bilik
bukan nak menganggu puan tapi saya nak maklumkan puan tentang sesuatu.” Ucapnya
setelah dia masuk ke bilik isteri Raymi Zikri. Pintu yang tertutup rapat
sebelum dia masuk direnggangkan.
Jamil? Dhia tersentak. Tubuh Dhia kembali
lurus. Matanya merenung Jamil yang nampak agak kelam-kabut itu. Walaupun begitu
dia agak bersyukur kerana pembantu Puan Khadijah sudi menjaganya disini.
“Waalaikumsalam Jamil. Tak apa. Penting
sangat ke hal tu dengan saya?”
“Mungkin perkara tu tidak penting bagi
puan tapi bagi pihak hospital memang sangat penting. Hanya puan yang boleh
selesaikannya.” suara Jamil berubah serius.
Berkerut dahi Dhia mendengarnya.
“Cakaplah apa dia.”
“Semalam Encik Razree jerit nama puan
sampai semua pegawai polis dikeliling Encik Razree tak tahu nak buat apa dah.”
Dhia terdiam. Abang Raz jerit nama aku?
Huh, menyesallah tu sebab tikam perut aku. Padan muka dia! bibirnya dicemikkan
tanda meluat.
“Saya tak nak ada kaitan dengan dia lagi.
Awak keluarlah. Saya nak berehat.”
“Tapi puan…” Jamil jadi gelisah. Pihak
hospital sudah berapa kali berpesan kepadanya supaya memujuk Dhia bercakap
dengan Muhd Razree. Tapi apa yang dia terima saat ini? Hurm…apa yang aku patut
buat ya? Fikirnya dalam hati.
“Jangan buat saya bertambah tertekan,
Jamil. Tolong berikan saya peluang untuk berehat. Apa yang berkaitan dengan dia
saya takkan ambik kesah lagi. Cukuplah dia jadikan saya begini.”
“Dhia…”
Tubuh Dhia terkaku saat itu. Jamil
berpaling ke belakang. Tidak sangka lelaki yang dibenci isteri majikannya
sanggup datang ke bilik ini dengan berkerusi roda!
Muhd Razree ditemani beberapa orang
pegawai dan seorang jururawat lelaki bagi menjaga lelaki itu agar tidak
melarikan diri. Muhd Razree sekarang dibawah tahanan polis jadi apa yang lelaki
itu buat atau lakukan, pihak polis akan mengawasi tingkah laku Muhd Razree.
“Aku nak kau keluar dari bilik ini
sekarang Jamil. Jangan ganggu perbualan aku.” bergetar suara Muhd Razree
selepas pegawai polis dan jururawat diarahkan menunggu diluar dengan arahannya.
Sejenak dia merenung wajah Dhia yang pucat. Bekas kekasihnya itu tampak murung
dan bersedih. Tapi sebab apa? Takkan disebabkan dia kot?
Dia datang ke sini bukan untuk bergaduh
tetapi dia datang ke sini untuk meminta maaf. Sejak malam tadi jiwanya tidak
tenang selagi tidak mendapat kemaafan daripada Dhia. Dia tahu salahnya menikam
adik iparnya itu.
“Kau tak ada hak nak suruh dia keluar dari
bilik ini tanpa arahan aku. Jamil, awak stay di sini. Jangan ke mana-mana
selagi dia ada kat sini.”
Jamil keliru. Mana satu yang dia harus
ikut. Puan Dhia atau Muhd Razree?
“Jamil…” Bergetar suara Muhd Razree
sekali lagi.
“Jamil, awak penjaga saya jadi awak kena ikut
cakap saya!” tegas dan serius sahaja riak wajah Dhia tatkala menuturkan kata.
Dia sengaja menyuruh Jamil menjaganya disini. Dia bimbang Muhd Razree akan
mengapa-apakan dirinya. Sudahlah emosi dan mental lelaki itu tidak berapa
stabil.
Jamil menunduk. Akhirnya dia memilih
untuk mengikut kata-kata Puan Dhia. Betul juga kata Dhia. Raymi Zikri telah
mengarahkannya menjaga Dhia dengan sebaik mungkin jadi dia tidak boleh
sewenang-wenangnya menurut arahan yang diberikan Muhd Razree. Tak pasal-pasal
gajinya kena potong nanti!
“Kau nak apa datang sini? Nak tikam aku
lagi?” bentak Dhia kasar. Ada nada sindiran di situ.
Muhd Razree menundukkan wajahnya. Tidak
sangka Dhia akan berkata begitu kepadanya. Terpaksalah dia menadah telinga
mendengar apa yang gadis itu katakan padanya.
“Tak nak jawab? Huh, memang baguslah
pegawai polis ada dengan kau sekarang. Tak payahlah aku takut apa kau nak buat
pada aku lepas ni.” ejeknya.
“Dhia, Abang Raz mintak maaf atas
apa yang berlaku dua hari lepas. Abang tak ada niat nak...”
Belum sempat Muhd Razree
menghabiskan kata-katanya, Dhia pantas mencelah.
"Kau tak ada niat nak tikam
aku? Macam tu? Habis tu ayat yang kau luahkan pada aku sebelun kau tikam perut
aku bukan niat kaulah ya? Dasar lelaki penipu! Tolol, bodoh!” jeritnya kuat.
Jamil yang berada disisinya tersentak.
Muhd Razree yang tidak jauh
daripada Dhia terpana dengan jeritan itu. Kesatnya kata-kata Dhia terhadapnya.
Terhiris jiwanya.
“Abang Raz mintak maaf Dhia. Abang
buat semua itu sebab Abang Raz tak dapat terima hakikat yang Dhia dah kahwin
dengan Ray.”
Dhia mencemuh. “Maaf kau tak dapat
mengubah perut aku kepada asal. Ucapkanlah berapa kali kata maaf pada aku
jangan harap aku akan terima kemaafan kau!”
Dhia tarik nafas panjang sebelum
air matanya bergenang. “Disebabkan kau tikam perut aku, aku tak dapat lahirkan
zuriat untuk suami aku. Tahniah sebab berjaya buat kebahagiaan aku punah dalam
sekelip mata. Tahniah Muhd Razree. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk kau
berambus dari sini. Berambus!” Teriaknya bagai orang hilang akal.
Terangkat bahu Muhd Razree apabila
mendengar kata-kata Dhia. Semakin tertekan jiwanya sekarang ini.
“Abang Raz akan keluar dari bilik
Dhia tapi Abang Raz nak Dhia tahu Abang Raz takkan berhenti berdoa untuk
mendapat kemaafan daripada Dhia walaupun Abang Raz akan berada di penjara
selepas ini untuk jangka masa yang lama.”
“Aku kata berambus,
berambus!!”jerkah Dhia. Tiba-tiba perutnya berasa senak.
“Ya Allah…sakitnya…” Dhia mula
merintih. Air matanya kembali mengenang. Jururawat lelaki yang ditugaskan
menjaga Muhd Razree keluar dari bilik Dhia dan bergegas memanggil doktor pakar
yang selama ini menjaga Dhia.
“Puan…” Jamil mula beriak risau.
“Dhia…” Muhd Razree sekali lagi
terpana. Kepalanya didongakkan.
“What the hell is going on?!!”
Jamil dan Muhd Razree sama-sama
berpaling ke belakang. Terkejut barangkali kerana suara yang tidak terduga itu.
Siapa pulak tu?
“Puan ni
siapa?” teragak-agak Muhd Razree bertanya tatkala seorang wanita
yang bertubuh sedikit gempal melalui depannya dan menuju kearah Dhia yang
sedang sakit. Macam pernah ku jumpa mak cik ni tapi kat mana erk? Muhd Razree
mengaru kepalanya yang tidak gatal.
“Aku mak sedara Dhia. Kau jangan
buat-buat lupa pulak Raz.” sinis Mak Lang Rafika berkata.
Muhd Razree menelan air liur. Mak
sedara Dhia? Patutlah dia pernah jumpa wanita ini. Ketika dia mahu mengambil
Dhia keluar berjalan-jalan di rumah Puan Suria, wanita ini sedang mengambil
daun pandan di tepi rumah Puan Suria. Mukanya yang bengis menyukarkan dia untuk
beramah mesra dengan wanita di hadapannya ini.
“Mak Lang apa khabar?” Muhd Razree
cuba beramah mesra dengan Mak Lang Rafika namun sayang seribu kali sayang
wanita itu langsung tidak memandang mukanya jauh sekali untuk tersenyum.
“Look I care.”cebirnya.
“Polis, bawak budak ni keluar. Mata
saya sakit tengok dia ada kat sini.” sambung Mak Lang Rafika selamba. Dari dulu
lagi dia memang tidak berkenan dengan Muhd Razree. Dia sebenarnya cukup pantang
kalau seorang lelaki bawa janda keluar jalan-jalan. Yang Dhia pula ikut aje apa
yang lelaki itu nak.
Muhd Razree rasa terhina. Jika tadi
Dhia mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya kali ini Mak Lang Rafika pula
menghinanya.
Apalah nasibku ini. katanya dalam
hati.
Muhd Razree menolak kerusi rodanya.
Dengan patah hati dia keluar dari bilik itu ditemani pegawai polis yang selama
ini mengawalnya sejak dia dimasukkan ke dalam hospital.
Mak Lang Rafika mencebik. Bagus pun
kau keluar dari sini. Buat sakit hati aje aku tengok muka kau. rengusnya dalam
hati.
“Dhia, bersabar ya sayang. Kejap
lagi doktor datang.” Mak Lang Rafika melembutkan suaranya. Dia membantu Dhia
berbaring. Melihat balutan di keliling perut Dhia membuatkan dia merasa sebak.
Dashyat betul dugaan yang berlaku pada anak saudaranya ini selepas berkahwin.
“Mak Lang, ibu mana?” terketar-ketar
Dhia bertanya. Rindunya dia pada ibu! Mujur kesakitan diperutnya sudah mula
berkurangan tatkala dia baring dalam keadaan menegak.
“Assalamualaikum…” Baru Dhia
bertanya, Puan Suria sudah memberikan salam. Panjang umur ibunya. Di sisi Puan
Suria kelihatan seorang doktor perempuan. Yang peliknya, Puan Suria membawa
kerusi roda.
“Waalaikumsalam ibu…kenapa lambat
sampai? Dhia rindu ibu,” ucapnya perlahan.
“Maaf lambat sayang. Ibu bukan
sengaja tak nak datang sekali dengan Mak Lang jumpa kamu. Ibu jumpa Doktor
Najwa sekejap tanya tentang keadaan kamu.” Puan Suria menerangkan situasi
sebenar kepada anaknya. Kerusi roda diberikan kepada Jamil yang berdiri tegak
tidak jauh dari sisi Dhia sebelum dia menuju kearah Dhia lalu mengucup
ubun-ubun anaknya itu sebelum memeluknya erat.
“Sayang anak ibu.”
Dhia terharu sambil tersenyum nipis.
Terharu kerana mempunyai ibu seperti Puan Suria. Walau apa pun yang berlaku
terhadapnya tidak kira yang buruk ataupun negatif, wanita ini tenang dan
bersabar sahaja menghadapinya. Bukan tenang itu bermaksud ibunya tidak
mengambil endah dengan apa yang berlaku padanya tetapi tenang dalam apa jua
yang berlaku. Yalah, kejadian yang tidak terduga sepertinya Allah yang
tentukan.
Mak Lang Rafika tersenyum melihat
keadaan itu. Gembira melihat perubahan pada raut wajah Dhia setelah Puan Suria
datang ke sini. Tadi anak sedaranya berkerut menahan sakit kini tersenyum
dengan kedatangan kakaknya itu.
“Ibu, boleh Dhia tahu mengapa ibu
bawak kerusi roda ke mari?”
Puan Suria melepaskan pelukan pelahan-lahan.
Dia berpaling kearah Doktor Najwa yang berdiam diri sejak dari tadi.
“Sebelum ibu bagi tahu kenapa ibu
bawak kerusi roda ke mari, biar doktor terangkan keadaan kamu setakat ini.”
Doktor Najwa berdehem sebelum
berkata. “Keadaan kamu masih belum sembuh seratus peratus Puan Dhia tapi kamu
boleh pulang hari ini.”
Dhia terkejut. “Saya boleh balik
rumah hari ini? Ya Allah, biar betul?” Dhia seperti tidak percaya dengan apa
yang didengarinya.
“Betul, Puan Dhia tapi lepas tiga
hari kemudian kamu kena ada kat sini balik.”
Dhia mengerutkan dahi. Pelik dengan
kenyataan yang dikeluarkan Doktor Najwa. “Saya tak faham mengapa saya harus balik
semula ke hospital? Baik saya duduk aje kat sini sampai saya sembuh.”
“Tak boleh sayang.” celah Puan
Suria. Dia memandang adiknya sebelum dia kembali memandang Dhia yang nampak
keliru.
“Tapi kenapa ibu? Bukannya ada
perkara penting pun Dhia nak kena buat kat rumah hari ini. Abang Ray pun
bukannya ada kat rumah nak temankan Dhia.” Meleret-leret ayat Dhia dihujung.
Teringatkan Raymi Zikri yang berada di Dubai sekarang ini, dia jadi rindu
teramat sangat kepada suaminya itu.
Abang, cepatlah balik. Dhia rindu
sangat ni. rintihnya dalam hati.
“Lagi dua hari majlis perkahwinan
Dhia akan berlangsung. Itu sebablah Dhia kena balik rumah. Kerusi roda itu pun
ibu mintak dari pihak pengurusan hospital supaya kamu boleh pulang hari ini.”
“Tapi ibu…” Dhia tidak berpuas hati.
“No more excuse ya, Dhia.” Hari ini orang yang bertanggungjawab ke
atas majlis perkahwinan Dhia dan Raymi Zikri telah pun datang ke rumah Puan
Khadijah untuk mempersiapkan apa yang patut. Pada asalnya dia dan adiknya
datang ke rumah mewah Puan Khadijah kerana ingin berjumpa dengan anak dan
menantunya tetapi niatnya itu terpaksa dibatalkan dek kerana Puan Khadijah dan
Raymi Zikri tiada dirumah. Hanya pembantu rumah Puan Khadijah sahaja yang
berada disitu.
Dhia terdiam. Ibunya tahu yang dia
sakit tetapi mengapa ibunya itu nampak beria-ria sangat dengan majlis
perkahwinan itu?
“Ibu, Dhia kan sakit…hari lain kan
boleh…” Baru Dhia hendak menghabiskan ayatnya, ada seseorang mencelah
kata-katanya.
“Tak nak duduk atas pelamin dengan
abang ya sayang?”
Dhia tergamam.