Dhia bersandar di belakang pintu wad
dengan tangisan yang mendayu-dayu. Puas dia menahan air matanya dari keluar
tetapi ia tetap jua mengalir.
Mengingati kejadian
di luar wad tadi bersama Raymi Zikri membuatkan jiwanya yang selama ini terikat
pada Muhd Razrer mula terbahagi dua.
“Aku serius, Dhia.
Dalam soal ini aku tak mampu nak main-main. Aku akui aku sayangkan Sally tapi
peratus sayang itu hanya berapa percent. Sayang aku pada kau melebihi seratus
percent. Jujur aku cakap, aku tak mampu tengok kau rapat dengan Abang Raz. Hati
aku sakit sangat.”
Berdebar jantung
Dhia mendengarnya. "Baru sekarang kau nak cakap? Kenapa kau tak luahkan
sebelum aku rapat dengan Abang Raz? Kenapa baru sekarang kau luahkan? Kalau kau
luah awal-awal kan senang? Tak adalah kita seperti sekarang ini.” luahnya
perlahan, penuh mendalam.
Raymi Zikri pantas
berdiri tegak. Anak matanya bersatu dengan anak mata Dhia. “Err...kau pun
sayangkan aku jugak? Aku tak mimpi ke, Dhia?” Tergagap-gagap Raymi Zikri
bercakap.
Dhia jadi gelisah.
Mulutnya ditekup dan kepalanya digelengkan. Menyesal dia berkata begitu.
Sepatutnya dia pendamkan sahaja.
“Maaf Ray, aku nak
tidur dulu. Better kita sambung perbualan kita esok. Hari dah larut malam
sangat nih.”
“Kau tak boleh buat
aku macam ni, Dhia. Aku perlukan jawapan kau. Selagi kau tak jawab soalan aku,
hati aku tak tenang.” lirih kata-kata Raymi Zikri.
Sekali lagi Dhia
mengelengkan kepala. “Kalau aku berikan jawapan pada kau sekarang, dah tak ada
maknanya, Ray. Kau dah dah ada Sally...”
“Dari ayat kau aku
dah dah tahu apa yang kau cuba nak sampaikan. Tapi kau malu nak mengaku kan?
Aku tahu kau sayangkan aku. Cakaplah. Aku sedia dengar. Jangan malu- malu
dengan aku.” Raymi Zikri menapak sedikit ke hadapan Dhia. Mahu
gadis ini luahkan perasaan sayang itu kepadanya.
gadis ini luahkan perasaan sayang itu kepadanya.
Dhia terkaku di
situ. Dia memegang tombol pintu wad dengan tangan yang mengeletar. “Ada baiknya
kita tamatkan perbualan kita sampai sini saja, Ray. Abang Raz perlukan aku. Kau
baliklah.”
“Tapi aku nak dengar
sangat luahan kau. Aku nak sangat dengar yang kau sayang dan cintakan aku. Itu
aje yang aku mahukan dari kau supaya hati aku tenang dan senang bila aku balik
rumah Zack nanti.”
Dhia memejamkan mata
sesaat kemudian dia menarik nafas panjang. Dia perlu akhiri perbualan ini
secepat yang mungkin. “Ya, aku sayangkan kau. Aku cintakan kau. Puas?!!” Tanpa
berlengah lagi, Dhiamenarik tombol pintu dan terus masuk ke dalam. Air matanya
mengalir deras.
“Dhia...” Terlepas
peluang Raymi Zikri untuk mendengar sekali lagi perkataan sayang dan cinta itu
dari mulut Dhia.
“Aku harap aku dapat
dengar sekali lagi yang kau sayang cintakan aku. Sekali aje. Hurm...” Raymi
Zikri terus terduduk di atas lantai berhadapan dengan pintu utama.
“Aku akan tunggu kau
di sini. Itu janji aku.” Matanya dipejamkan. Biarlah dia di sini tanpa sebarang
selimut atau bantal empuk yang menemani tidurnya. Dia tidak kesah.
Janji Dhia ada di
sini. Bersamanya...
Seawal
pukul enam pagi Dhia sudah bangun untuk menunaikan solat
subuh. Walaupun malam tadi dia dihimpit kesedihan atas rasa cinta yang
dicurahkan kepada Raymi Zikrim dia tetap bangkit untuk melaksanakan
tanggungjawabnya sebagai seorang hamba Allah SWT.
“Abang
Raz, bangun solat subuh.” bisik Dhia perlahan di telinga lelaki itu.
Muhd
Razree tersedar. Matanya berkeli-kelip. “Sayang tolong panggilkan nurse ya.
Abang Raz nak ambik air sembahyang.”
“Okey,
lepas ni Dhia panggil ya. Tapi Dhia terus pergi solat kat tingkat bawah tau.
Sebelum pukul tujuh setengah Dhia datang sini balik.”
“Lamanya.
Sembahyang ajelah kat sini.”rungutnya.
“Tak
boleh, Abang Raz. Dhia tak bawak telekung. Jadi Dhia kenalah solat kat bawah.”
“Jangan
lama-lama tau. Nanti Abang Raz rindu.”
Dhia
mengelengkan kepala sebelum dia ketawa kecil. “Mengada-ngadalah Abang Raz ni.
Dhia pergi bukannya lama pun.” Rambutnya dikemaskan supaya tampak lebih rapi. “Dhia
rasa Dhia sembahyang dululah. Lepas sembahyang nanti Dhia cakap dengan nurse
yang abang nak ambil wuduk.”
“Hurm…”
Muhd Razree melepaskan keluhan panjang. Tidak sanggup rasanya berpisah dengan
Dhia walaupun sesaat. Begitu kuat tarikan yang ada pada gadis ini sehingga
gadis lain dipandang sebelah mata sahaja.
Dhia
tersenyum nipis. Dia memulas tombol pintu lalu keluar dari bilik.
Terkejut
bukan kepalang apabila Dhia mula melangkah keluar dari pintu bilik wad ini. Ray
baring kat depan pintu ini? Dhia mengerling ke kiri dan ke kanan. Nafas dihela
kerana lega tiada orang yang lalu-lalang disini. Kalau tidak, mesti jadi isu
besar.
Dhia
melihat tubuh badan Raymi Zikri yang merengkok tanpa dibaluti dengan selimut
tebal dan bantal empuk. Dia jatuh kasihan melihat keadaan Raymi Zikri.
Dhia
memberanikan diri mengejut Raymi Zikri yang tampak lena. “Err…Ray. Bangun. Tak
eloklah tidur kat depan pintu ini. Orang ramai tengok.” Sengaja dia
memprovokasi Raymi Zikri dengan menggunakan orang awam.
“Hurm…”
Raymi Zikri mengerakkan badan sedikit namun matanya tetap terpejam erat. Dada
Dhia mula berdebar.
‘Ya
Allah, kuatkanlah hatiku untuk bercakap dengan dia.’doanya dalam hati.
“Ray…bangun.”
Terpaksalah dia menyentuh bahu Raymi Zikri agar lelaki itu sedar dari tidur.
Mata
Raymi Zikri terbuka. Dhia lega tetapi rasa debarnya masih tidak dapat
dihilangkan. Dia takut untuk bertentang mata dengan Raymi Zikri. Yalah, semalam
dia meluahkan rasa cinta kepada lelaki ini. Malu jangan cakaplah.
Raymi
Zikri tersenyum. Dia perlahan-lahan bangkit dari pembaringan. Ada rasa
sengal-sengal di belakangnya. Mungkin cara tidurnya tidak seperti hari-hari
biasa.
“Gembira aku dapat
tengok muka kau pagi-pagi ini.”bicaranya dengan nada garau.
Dhia mengalihkan
pandangannya dengan bibirnya diketap kuat. Malu apabila Raymi Zikri berkata
begitu.
“Dhia, semalam aku
gembira kau luahkan perasaan cinta pada aku. Tapi aku tak puas kalau tak dengar
kau ungkapkan kata cinta itu pada aku sekali lagi. Itu sebab aku sanggup tidur
kat sini. Semata-mata untuk dengar kata cinta dari kau.”
Dhia tiba-tiba
menangis. Raymi Zikri gelisah. “Jangan nangis, Dhia. Kau tahu kan aku sayang
kau.”
“Patut aku tak
luahkan pada kau semalam. Patut aku pendam sahaja dalam hati aku.
Aku…aku…bersalah sangat, Ray kerana jatuh cinta pada kau.” Teresak-esak Dhia
menangis.
Raymi Zikri
tersenyum nipis. “Jangan rasa bersalah, Dhia. Kalau kau tak luahkan aku takkan
tahu. Kita sama-sama saling mencintai. Mungkin ini takdir yang Allah tetapkan
untuk kita. Takdir untuk kita sama-sama bercinta.”
Dhia berdiri tegak.
Air matanya dilap menggunakan bajunya. “Kau dah ada Sally, Ray dan aku dah ada
Abang Raz. Jadi tidak guna kita bercinta.”
“Betul kau cintakan
Abang Raz?”
Dhia diam.
“Aku tanya kau,
Dhia. Betul atau tidak kau cintakan dia?” Sekali lagi soalan ditanya.
Dhia diam lagi.
“Tengok. Kau
langsung tak jawab soalan aku. Itu bermakna kau tak cintakan dia. Kau hanya
sayangkan dia sahaja.”
“Bodoh kan aku sebab
menyayangi dua lelaki yang sama darah daging?”
“Kau tak bodoh,
Dhia. Kau bijak orangnya. Allah dah tentukan kisah kau begini dan kau kena
terima. Terima aku err…sebagai kekasih kau.”
Dhia tergamam.
“Kekasih kau? Aku kena bercinta dengan kau? Come on lah, Ray. Aku tak berani
nak menduakan Abang Raz. Cukuplah dia seorang aje yang jadi penghuni dalam hati
aku. Pasal cinta dan sayang tu, aku hanya luah aje. Aku tak cakap Aku hanya cakap aku cintakan kau. Itu bukan
bermakna kita akan jadi pasangan kekasih.” dalihnya.
“Aku tetap nak jadikan kau sebagai kekasih
aku.” Tegas Raymi Zikri.
“Kalau kita bercinta, Sally nak letak mana?
Fikir sebelum bercakap, Ray. Jangan main sedap aje cakap.”
Walhal hatinya teringin sekali untuk menjadi
kekasih Raymi Zikri. Cintanya dia pada lelaki ini bukan main-main.
“Sally tu aku tepikan dulu pun tak apa. Yang
penting kau jadi kekasih aku.”
“Senangnya mamat ni cakap.” sinis nada suara
Dhia.
“Memanglah senang. Kau aje yang membuatkan dia
menjadi susah. “Raymi Zikri berusaha menyakinkan Dhia. “Dhia jadi kekasih abang
ya. Kita bina hidup baru bersama-sama.” Nadanya bertukar rentak. Apa salahnya
romantik sikit dengan Dhia? Mana tahu dengan cara ini Dhia akan menerimanya
sebagai kekasih selepas ini?
Makin berdegup jantung Dhia dibuatnya. Ya
Allah, apa yang patut aku buat ini? Terima dia atau tidak? Fikiran Dhia
bercelaru. Tidak tahu mahu berkata ya atau tidak.
“Ray, aku tak tahu nak cakap apa. Aku keliru…”
“Tukar perkataan itu, Dhia. Panggilan abang
lebih baik dan bermakna.” Raymi Zikri memintas ayat Dhia. “Abang nak dengar
Dhia cakap ‘Dhia terima abang sebagai kekasih’ itu sahaja.”
“Aku err…Dhia terima abang sebagai kekasih tapi
Abang Raz…”
Raymi Zikri tersenyum simpul. Alhamdulilah,
Dhia terima juga dirinya sebagai kekasih. Nampak mudah perkataan itu tetapi
bukan senang untuk Dhia ungkapkan. “Pasal Abang Raz tu, kita fikir kemudian ya.
Apa yang penting Dhia jadi kekasih abang. Abang tahu Dhia keliru sebab Dhia
masih ada hubungan dengan Abang Raz tapi bagi abang itu bukan masalahnya. Abang
tak kesah kalau kita bercinta senyap-senyap. Janji Dhia kekasih abang.”
Dhia tergelak kecil. “Sayang betul abang pada
Dhia sampai sanggup bercinta senyap-senyap.”
“Mestilah! Siapa tak sayang Dhia oii…” Raymi
Zikri buat lawak. Dhia ketawa besar.
Senang Raymi Zikri melihat ketawa Dhia. Rindu
betul dia dengan ketawa itu. Selalunya Dhia asyik mempamerkan muka masam sahaja
apabila mereka bertemu. Apabila mereka bercinta ini, dapatlah juga dia melihat
ketawa itu.
Dhia mengajak Raymi Zikri berjalan bersama.
Raymi Zikri hanya menurut sahaja. Sudah agak lama mereka berbual di muka pintu
ini. Lama berbual nanti Muhd Razree terbangun pula.
“Abang jangan menaruh harapan terlalu tinggi
tau pada Dhia.”
“Sebab apa pulak?” Raymi Zikri mengerutkan
dahi.
“Mungkin kita bercinta sekarang ini tapi mana
tahu satu hari nanti takdir itu bukan milik kita. Kita berpisah dan Dhia kahwin
dengan Abang Raz.” Sengaja dia menguji Raymi Zikri.
Raymi Zikri memasamkan wajah. Tidak suka Dhia
berkata begitu. Dhia miliknya dan dia akan mempertahankan miliknya itu buat
selama-lamanya. “Abang akan berusaha keras untuk berdoa supaya takdir itu
menjadi milik kita. Abang yakin takdir itu akan jadi milik kita. Pasti!” ucap
Raymi Zikri penuh yakin. Berkaitan Dhia, dia serius.
Dhia terharu. Begitu sekali sayangnya Raymi
Zikri pada dia.
Insyallah dia akan hargai hubungan yang baru
bermula ini walaupun secara sembunyi. Semoga jodohnya adalah Raymi Zikri.
Aminnn…
“Abang nak balik dah ni.” kata Raymi Zikri setelah mereka berdua sampai
di depan pintu bilik Muhd Razree.
“Hurm…baliklah.” Sedih. Sedih kerana
Raymi Zikri akan meninggalkannya. Rasanya dia tidak mampu untuk berpisah lama
dengan Raymi Zikri. Mukanya dimasamkan.
Seketika tadi, mereka sembahyang
subuh bersama. Raymi Zikri di ruangan lelaki dan dia di ruangan muslimah.
Memang gembira dia waktu itu. Sempat lagi dia melihat Raymi Zikri berdoa.
Khusyuk sekali Raymi Zikri berdoa. Entah apalah yang Raymi Zikri doakan.
Moga-moga namanya ada di dalam doa lelaki itu.
Raymi Zikri berdiri tegak dihadapan
Dhia. Tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. “Dhia janji jangan
bermesra sangat dengan Abang Raz ya. Dhia tu milik abang. Ingat tu!” Pesanan
yang cukup ringkas tetapi padat.
“Abang pun jangan nak bermesra
sangat dengan Sally ya. Dhia tahu siap abang!”ugut Dhia.
“Kan abang dah cakap pasal Sally tu
jangan bimbang. Abang tahulah had abang. Dhia tu yang abang risaukan. Duduk
dalam bilik dengan Abang Raz, berdua-duaan pulak tu.” Muncung mulutnya.
“Yang itu abang tak payah risau.
Dhia tahu jaga diri. Abang baliklah. Kalau ada peluang, kita jumpa lagi. Dhia
nak pergi jumpa nurse dulu. Bye.”
Dhia harus cepat. Muhd Razree perlu menunaikan solat subuh. Lambat nanti, apa
kata lelaki itu pula. Tangannya melambai-lambai Raymi Zikri yang masam mencuka
sebelum dia berlari anak menuju ke kaunter dan menemui jururawat.
Raymi Zikri merenung pemergian Dhia
dengan seribu satu rasa. Tekadnya selepas ini hanya satu. Dia perlu pulang ke
rumah nenek dan memerhati tingkah laku Dhia. Dia tidak mampu bayangkan
sekirannya Muhd Razree tinggal rumah nenek. Dia takut abang kandungnya itu akan
lebih rapat dengan Dhia selepas pulang dari hospital.
Selepas ini dia akan balik ke rumah
Zack dan membawa barang peribadinya ke rumah nenek. Raymi Zikri tersenyum
nipis. Dhia miliknya dan selama-lamanya akan menjadi miliknya.
Dhia rasa tidak
selesa apabila mata Muhd Razree singgah di
matanya sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam kereta Puan Khadijah.
Lelaki
itu tidak puas-puas memandangnya sampai dia naik malu pada Jamil yang berada di
tempat duduk pemandu.
Petang ini Muhd Razree dibenarkan keluar dari
hospital atas arahan doktor yang merawat lelaki itu. Pada mulanya dia tidak
percaya Muhd Razree boleh keluar pada hari ini namun setelah doktor menjelaskan
keadaan lelaki itu yang hanya luka ringan, akhirnya dia akur.
Mujur Jamil membawa pakaiannya. Jika tidak
sampai sekarang pakaiannya tetap sama sahaja.
“Abang Ray, pandanglah tempat lain.
Dhia tak selesalah.”tegurnya dengan jujur dan ikhlas. Selepas menjalinkan
hubungan cinta bersama Raymi Zikri, dia agak kekok untuk bertentang mata dengan
Muhd Razree.
“Abang Ray nak pandang Dhia puas-puas
sebab kat hospital Abang Ray banyak pejam mata. Kali ini Abang Ray nak habiskan
masa dalam kereta ini tengok muka Dhia sahaja.”bicaranya dengan nada romantik.
Sempat lagi dia mengenyit mata pada gadis kesayangannya itu.
Merona merah wajah Dhia selepas Muhd
Razree berkata begitu. Lama-lama begini boleh goyah perasaan aku. desisnya
dalam hati.
Tidak mahu terus larut dengan
pandangan Muhd Razree, dia berbual dengan Jamil. Sengaja nama Raymi Zikri disebut. “Jamil,
betul ke Tuan Raymi Zikri dah balik rumah Puan Khadijah?”
“Betul, Cik Dhia. Tuan Raymi Zikri dah
sampai.” Sambil memegang stereng, Jamil menganggukkan kepala.
Dhia melihat Muhd Razree yang sudah
berpaling kearah tingkap. Ternyata lelaki itu tidak senang dengan pertanyaannya
berkaitan Raymi Zikri. Merajuklah tu! Biarkan! Asalkan Muhd Razree tidak
memandangnya lama-lama.
Tidak sabar dia mahu melihat wajah
Raymi Zikri. Argh, baru berapa jam berpisah, dia sudah teringatkan lelaki itu.
Sampai sahaja di perkarangan utama
rumah Puan Khadijah, Muhd Razree meninggalkannya keseorangan disitu bersama
Jamil di ruang kereta utama. Dari tingkah laku lelaki itu, dia sudah agak Muhd
Razree merajuk dengannya. Tak mengapalah, malam nanti masih ada masa untuk
memujuk. Apa yang penting sekarang, kehadiran kekasih hatinya. Meliar matanya
mencari kereta Audi A6 Raymi Zikri.
Haa, itu dia! Dhia teruja. Kereta
Raymi Zikri berada di porch. Wah, tak sabarnya aku nak jumpa dia lepas
ni.bisiknya dalam hati.
“Hai, Cik Dhia!”
Dhia tersentak. Pantas dia berpaling
ke muka pintu utama rumah Puan Khadijah. Kelihatan Raymi Zikri dan Salina ada
pintu itu.
Salina? Apa dia buat kat sini? Dhia
telan air liur.
Adakah Raymi Zikri membawa Salina ke
rumah mewah ini untuk berjumpa Puan Khadijah?
Dhia mengelengkan kepala. Ini tak
boleh jadi ni. Ray kata cintakan aku. Tapi kenapa sampai bawa Salina ke sini?
Kata nak layan budak gedik itu suam-suam kuku aje.
Aku mesti dapatkan penjelasan dari
mulut Ray. Mesti!
3 ulasan:
Akak suka! Sambunglaa!
insyallah eya akan sambung lagi kak..tp bukan hari ini ya...haha
Dah jd kekasih yer....best...nk n3 lg eya...
Catat Ulasan