“Cik Dhia...Encik
Razree panggil kat bilik.”laung Jamil dari muka pintu.
Dhia
tersentak. Lantas keluhan dilepaskan. Baru hendak bertemu Raymi Zikri, Muhd
Razree sudah memanggilnya.
“Tadi
merajuk lepas tu nak jumpa orang pulak. Entah apa-apa entah.”rungut Dhia sambil
berjalan masuk ke rumah. Kakinya dihentakkan sedikit. Tanda tidak berpuas hati.
Apabila
sampai di muka pintu utama rumah Puan Khadijah, dia berpaling ke belakang dan
bertemu pandang dengan Raymi Zikri. Tetapi sekejap sahaja. Matanya menjeling
tajam kekasih hatinya itu. Rasakan!
Kata
cinta dan sayangkannya, tapi masih lagi rapat dengan gadis gedik itu!
“Dhia...Dhia...tunggu!”jerit
Raymi Zikri.
Salina
di sebelah sudah panas hati. Tak suka betul nama itu disebut didepannya. Asyik asyik
Dhia, asyik-asyik Dhia. Tak boleh ke kalau sehari tak sebut nama dia? jeritnya
dalam hati.
Pantas
kolar kemeja lelaki itu ditarik. Raymi Zikri terkedu disitu. “Abang Ray jangan
nak mengada-ngada jumpa dia ya. Sekarang ni Sally yang ada kat sebelah Abang
Ray jadi Abang Ray kena layan Sally aje, okey?” Matanya dijengilkan tanda dia
benar-benar tidak berpuas hati.
Raymi
Zikri memandang pemergian Dhia dengan pandangan sayu. Terselit juga perasaan
cemburu dihatinya. Dia tahu Dhia mesti mahu bertemu Muhd Razree.
Sanggupkan
dia membiarkan Dhia merapati abang kandungnya itu?
Mana
mungkin! Tidak sekali-kali dia akan membiarkan abang kandunganya mendekati Dhia.
Gadis itu miliknya, haknya!! Raymi Zikri pantas menarik kasar kolar kemejanya.
Salina terundur sedikit ke belakang. Hampir terjatuh dia di atas jubin kerana
tolakan yang kasar daripada Raymi Zikri.
“Abang
Ray, apa ni?!” marah Salina. Dah dia ditolak pastilah Raymi Zikri menjadi
kemarahannya.
“Kau
diamlah!!”jerkah Raymi Zikri kuat. Terus dia berlari meninggalkan Salina yang sudah
menangis. Dia nak pujuk? Jangan harap! Apa yang penting difikirannya kini
hanyalah Dhia seorang. Hanya Dhia yang penting dalam hidupnya.
Tatkala
dia menjejaki anak tangga pertengahan, Raymi Zikri dikejutkan dengan suara Puan
Khadijah memanggil namanya dari ruang tamu. Segera dia menundukkan sedikit
tubuh badannya dan mencari kelibat neneknya itu.
“Ada
apa, nek?”laungnya.
“Kamu
kata tadi nak kenalkan teman wanita baru kamu kat nenek. Mana dia?”soal Puan
Khadijah sebaik sahaja dia menghampiri Raymi Zikri.
Keluhan
berat terlepas dimulutnya. Sempat lagi dia memandang tingkat atas. Melepaslah
peluangnya untuk bersua empat mata dengan Dhia.
Raymi
Zikri kembali menuruni tangga dengan langkah longlai. “Dia ada kat
luar…”mendatar sahaja suaranya membalas.
Puan
Khadijah mengelengkan kepala. Orang bawa teman wanita muka ceria. Ini tidak,
muka masam! Ikhlas ke tidak cucu aku ni nak kenalkan pada aku?tertanya-tanya
dia dalam hati.
“Bawaklah
dia jumpa nenek. Nenek nak kenal jugak gadis mana yang dapat tawan hati kamu
tu.” Puan Khadijah cuba tersenyum.
“Ray
rasa tak perlu kot, nek.”
Puan
Khadijah mengerutkan dahi. “Laa…apasal pulak ni? Kamu suka kat dia atau tidak
sebenarnya?”
Raymi
Zikri diam. Kepalanya ditundukkan.
Puan
Khadijah merengus. “Kamu tak nak cakap sudah, nenek tetap nak jumpa dia jugak.”
Kebisuan Raymi Zikri tidak membawa makna apa-apa kepadanya. Apa yang dia tahu,
gadis itu mesti dipertemukan dengannya.
Kakinya
mengatur langkah keluar dari muka pintu. Dilihat seorang gadis bertubuh sederhana
tinggi sedang mengelap-gelap air mata. Muka gadis itu tidak dapat dilihat
dengan penuh. Puan Khadijah mengerutkan dahi. Aik, menangis ke? Tapi kenapa?
Sekali lagi hatinya tertanya-tanya.
“Assalamualaikum…”
Puan Khadijah menghulurkan salam. Lembut namun terselit ketegasan disitu.
Terhenjut-henjut Salina membalas. “Waalaikumsalam…” Baru
sahaja Salina mengangkat muka untuk bertemu pandang dengan orang yang memberi
salam kepadanya, mulutnya bergetar.
Nenek Abang Ray? Salina menelan air liur.
Puan Khadijah mengerutkan dahi. Gadis inikah teman wanita
Raymi Zikri yang baru? Muka dia nampak familiar sangat. Kat mana aku pernah
jumpa dia ya?soalnya sendiri.
Haa...baru aku tahu. Puan Khadijah tersenyum sinis. Budak
ini penyanyi kelab malam kat Bukit Bintang. Patutlah pernah tengok wajah dia
kat poster kelab itu.
Diperhatikan penampilan gadis itu dari atas ke bawah.
Pakaian nampak ayu. Tapi sayang...sikap sebenarnya tidak mencerminkan
penampilannya. Dia nekad! Jangan harap budak ini akan jadi sebahagian daripada
keluargnya. Jangan harap!!
Dhia menutup
sedikit pintu bilik Muhd Razree setelah dia dibenarkan masuk. Pada mulanya dia
malas mahu masuk ke bilik Muhd Razree namun setelah difikirkan balik, lelaki
ini sakit jadi ada baiknya dia masuk sahaja.
“Abang Raz ni sakit-sakit pun sempat
belek kertas kerja. Penting sangat ke kertas kerja tu?” soal Dhia tatkala dia melabuhkan
punggung di atas katil Muhd Razree. Khusyuk betul lelaki itu membelek kertas
ditangannya sampai muka dia pun tidak dipandang.
Tapi
tak mengapa. Muhd Razree tidak memandangnya pun dia tidak kesah sebab dia ada
Raymi Zikri yang tercinta!
“Ini
bukan kertas kerjalah. Kertas ini lagi penting daripada segala-galanya.”jelas
Muhd Razree sambil tersenyum simpul kearahnya.
Dhia
mengerutkan dahi. “Kertas apa yang penting sangat tu?” Dia menundukkan sedikit
kepalanya. Mahu lihat isi penting dalam kertas tersebut.
"Bacalah.
Mesti Dhia akan suka punya.”Muhd Razree masih mengekalkan senyumnya, membuatkan
Dhia jadi tidak keruan.
Kertas
tersebut kini berada ditangannya. Dhia cuba menenangkan dirinya dengan membaca
isi di dalam kertas itu.
Tidak
sampai berapa saat dia membaca, mulutnya ternganga luas.
Borang
kahwin?
Oh
tidak!!!
Dhia tiba-tiba ketawa sekaligus menimbulkan rasa pelik buat Muhd
Razree.
"Abang Raz rasa borang ini bukan sesuatu yang pelik, Dhia.
Borang ini borang kahwin kita dan Abang Raz rasa sudah sampai masanya Dhia
tandatangan borang ini."
Dhia kemam bibir. Mati terus ketawanya. Nampaknya Muhd Razree
benar-benar serius mahu memperisterikannya. Dia? Semenjak Raymi Zikri sudah
menjadi sebahagian dari hidupnya, semua yang berkaitan Muhd Razree dibuang
jauh-jauh.
"Abang jangan berguraulah. Kita kan kahwin lambat lagi."
Muhd Razree tayang wajah serius. "Abang Raz tak main-main dan
takkan jadikan perkahwinan kita sebagai mainan. Abang Raz serius dan selamanya
Abang Raz akan serius."
Muhd Razree menarik semula borang perkahwinan itu dan
menghempasnya diatas katil.
Dhia mula berasa takut. Seriusnya Muhd Razree pasal ini!! Habis
apa yang perlu dia buat supaya Muhd Razree menangguhkan perkahwinan ini?
"Sekarang Abang Raz nak Dhia sign kat sini dan sini. Abang
Raz tak nak dengar sebarang alasan pun dari mulut Dhia. Abang Raz dengar aje
Dhia bangkang, Abang Raz akan kemalangan sekali lagi..."
Ayat itu membuatkan Dhia jadi kaku tidak bernyawa. Kemalangan
sekali lagi? Kepalanya digelengkan berkali-kali
Ya Allah...jika ini yang Kau lakukan untukku, Aku redha Ya Allah!
Bersama linangan air mata, tandatangannya mendarat di atas dua
borang yang sudah tersedia dihadapannya.
Abang Ray...maafkan Dhia. Mungkin hubungan kita setakat ini
sahaja... Luahnya dalam hati.
Muhd
Razree bersyukur ke hadrat ilahi. Tidak lama lagi Dhia akan menjadi milik
mutlaknya. Tiada siapa yang dapat memisahkan mereka berdua selepas ini.
Dhia
hanya milik Abang Raz!!
Bersambung...
1 ulasan:
Alaaa...Dhia sign borang tu.....siannya Ray.
Ohhh..tidakkkkk
Catat Ulasan