“Tamparlah selama
mana sayang mahu, Abang Ray tetap sayangkan Dhia sepenuh hati.”
Raymi Zikri memegang pipinya sebelum dia bertindak memeluk semula tubuh Dhia dengan penuh nafsu.
Raymi Zikri memegang pipinya sebelum dia bertindak memeluk semula tubuh Dhia dengan penuh nafsu.
Dhia memejam matanya rapat. Tanpa sedar dia
menghayati 'keasyikan' Raymi Zikri memeluk tubuhnya.
Ya Allah, aku tahu aku berdosa berpeluk dengan
lelaki yang bukan suamiku. Maafkan hambaMu ini, Ya Allah...
“Abang Ray tahu Dhia masih cintakan Abang Ray.
Jika tidak Dhia takkan berpeluk dengan Abang Ray seperti sekarang.” bisiknya
penuh syahdu di telinga Dhia.
Tidak sampai seminit adegan berpelukan itu
dibuat, Dhia melepaskan pelukan. Raymi Zikri tersentak.
“Dhia...”
“Cukuplah setakat ini, Abang Ray. Dhia mengaku
silap Dhia sebab melafazkan kata cinta pada Abang Ray hari tu. Sepatutnya
hubungan ini tidak berlaku...Dhia tak patut...”
“Shhh...” Mulut Dhia ditekup rapat. Terbeliak
mata Dhia dibuatnya.
“Cukuplah menyakitkan jiwa dan raga Abang Ray,
sayang. Abang Ray tak pernah menyesal dengan hubungan kita. Abang Ray gembira
sangat Dhia jadi kekasih Abang Ray.”
Dhia menolak perlahan tangan Raymi Zikri. Tanpa
segan dia merenung mata Raymi Zikri. “Boleh Dhia mintak sesuatu dari Abang
Ray?”
“Mintaklah sayang, janji jangan mintak Abang
Ray untuk jauhkan diri daripada sayang. Itu Abang Ray tak sanggup.”
Dhia geleng kepala. Tidak sangka ayat yang
ingin diluahkan dari mulutnya sudah di ungkap di bibir lelaki ini. “Itu
sebenarnya yang Dhia nak cakapkan pada Abang Ray.”
Raymi Zikri diam.
“Dhia harap Abang Ray faham keadaan Dhia sekarang.
Lagi beberapa hari aje lagi Dhia akan jadi isteri Abang Raz. Jadi Dhia mintak
tolong sangat-sangat pada Abang Ray…”
“Apa dia?” Raymi Zikri berdebar.
Dhia ternampak teksi berwarna merah putih dari
jauh. Ya, inilah masanya untuk aku melepaskan diri darinya. Katanya dalam hati.
“Sekejap ya, Abang Ray. Dhia nak berhentikan
teksi dulu. Teksi, teksi!!” laung Dhia. Tangannya berayun beberapa kali agar
teksi perasan kehadirannya disitu.
Raymi Zikri berpaling ke kiri. Nafasnya dihela
kuat. “Tak payahlah naik teksi, sayang. Biar Abang Ray drive. Senang kita bincang pasal hubungan kita.”
Ternyata kata-kata Raymi Zikri tidak diambil
peduli olehnya. Mujur teksi itu menuju ke arahnya. Jika tidak, terpaksalah dia
pergi ke tempat kerja bersama Raymi Zikri.
Apabila teksi menghampirinya, dia terus masuk
ke dalam. Raymi Zikri tercengang dengan perilaku Dhia.
“Dhia, kata nak cakap sesuatu dengan Abang Ray?
Kenapa cepat sangat nak pergi?” Debarannya semakin kencang. Entah mengapa dia
rasa Dhia mahu meninggalkan dia. Hatinya betul-betul tidak sedap.
“Encik, bagi saya dua minit ya. Dua minit aje.”
kata Dhia pada pemandu teksi itu dengan penuh pengharapan.
Pemandu teksi itu hanya mengangguk. Dhia
menarik nafas lega. Cepat-cepat Dhia membuka tingkap teksi dan bertentang mata
dengan Raymi Zikri yang nampak agak muram.
“Abang Ray…”
“Ya sayang…” Raymi Zikri pantas memegang tangan
Dhia dengan kejap namun sayang gadis itu mengelengkan kepalanya.
Tatkala Dhia menarik tangannya dari dipegang
Raymi Zikri, dia perasan tangan lelaki itu agak panas. Abang Ray demam ke? Dhia
mula risau.
“Seperti yang Dhia cakap tadi, cukuplah setakat
ini hubungan kita. Terimalah hakikat Dhia akan jadi kakak ipar Abang Ray.
Mungkin agak janggal perkataan ‘kakak ipar’ itu pada Abang Ray tetapi itulah
hakikat yang Abang Ray terpaksa tempuhi sekarang. Dhia doakan Abang Ray
berbahagia dengan Sally. Hurm…Selamat tinggal Abang Ray…” Bergetar suaranya di
ayat terakhir ucapannya. Biarlah dia bersedih untuk kali ini sahaja.
“Dhia tak boleh buat Abang Ray begini, sayang.
Abang Ray tak dapat terima ini.” Suaranya juga turut bergetar seperti Dhia.
Hampir sahaja dia menitiskan air mata.
Dhia tidak mempedulikan kata-kata Raymi Zikri. Terus
dia mengarahkan pemandu teksi itu bergerak. “Encik, kita pergi sekarang ya.”
paksanya.
Teksi sudah mula bergerak. Raymi Zikri jadi
tidak tentu arah. “Dhia, Dhia tak boleh buat Abang Ray begini. Dhia!!” jerit
Raymi Zikri lantang apabila teksi itu sudah mula bergerak meninggalkannya.
“Dhia!!”jerit Raymi Zikri sekali lagi. Kali ini
lebih kuat berbanding tadi.
Ternyata jeritannya tidak lama. Raymi Zikri
tiba-tiba jatuh pengsan di situ.
Puan Khadijah yang mencari-cari kelibat Raymi
Zikri dari rumah tadi tergamam melihat cucunya terbaring di atas jalan.
“Ya Allah, cucu aku!!” Tanpa mempedulikan kesihatannya,
Puan Khadijah bergegas lari mendapatkan Raymi Zikri yang sudah pengsan tidak
bergerak. Risaunya dia saat ini hanya Tuhan yang tahu.
Puan Khadijah memangku Raymi Zikri di atas
pahanya. Dahi Raymi Zikri diraba. Ya Allah, Ray demam ni. kata hatinya yang
resah.
Digagahkan juga mengangkat tubuh Raymi Zikri
yang tidak bermaya itu walaupun pada hakikatnya dia bukanlah kuat seperti orang
lelaki. Tangan cucunya disandarkan dibahunya agar dia dapat menampung tubuh
badan Raymi Zikri.
Moga-moga Raymi Zikri akan sedar sekejap lagi,
aminnn…doanya dalam hati.
Kedatangan Dhia
disambut mesra oleh setiausaha
Muhd Razree di hadapan kaunter utama pejabat yang tersergam indah. Pada mulanya
dia agak kekok apabila berada di bangunan milik Puan Khadijah ini. Yalah, dia
bukannya kenal sesiapapun di sini. Namun dengan adanya setiausaha Muhd Razree,
Marina disampingnya, Dhia mula berjaya menyesuaikan diri di tempat ini.
Setelah Dhia masuk dan duduk di
kerusi milik Muhd Razree, setiausaha bakal suaminya itu menyerahkan satu folder
yang mengandungi sebut harga yang tertangguh selama Muhd Razree bercuti sakit. Closing
date sebut harga tersebut kebanyakannya tamat dalam masa tiga hari ini.
Mujur pengalamannya di syarikat lama
membolehkan dia handle sebut harga ini dengan tenang tanpa rasa
kelam-kabut dan tertekan.
Ketika dia bekerja di syarikat lama
dia banyak menerima sebut harga untuk cenderamata dan pakaian, kali ini dia perlu
mengira kos untuk diari dan kalendar.
“Boleh saya tahu siapa pembekal
kertas utama syarikat kita?” tanya Dhia serius. Dia perlu tahu pembekal utama
syarikat ini. Senanglah dia berhubung terus dengan pembekal tersebut.
Mariana tersenyum nipis. “Saya rasa
Cik Dhia pernah berjumpa dia. Namanya Encik Muhd Imran. Setakat ini syarikat Encik
Muhd Imran lah pengedar utama kertas di syarikat kita. Saya rasa Cik Dhia
pernah bertemu dengan dia dulu.”
Terbangun Dhia dari kerusi yang
didudukinya. Imran? Maknanya selepas ini dia kena hubungi Imran untuk sebut
harga yang banyak-banyak ini? Astagfirullahalazim… kenapa aku lupa dia pernah
datang sini!! Hampir dia luku kepalanya sendiri kerana lupa mereka pernah
bertemu di dalam bilik ini.
Keyakinan yang tinggi untuk
menghubungi pembekal kertas menurun tatkala nama Imran disebut. Macam mana ni?
Takkan nak suruh Mariana kot yang handle sebut harga ini? Mariana hanya
setiausaha yang membantu majikan sepertinya dan dia sebagai bos yang patut
berbincang dengan pembekal untuk mendapatkan harga yang murah.
Hai…susah, susah!
“Awak keluar dulu, Mariana. Nanti
kalau saya tak faham tentang sebut harga ini, saya panggil awak.” ucap Dhia
dengan wajah yang muram. Moodnya betul-betul merundum kali ini.
“Baik, Cik Dhia. Saya keluar dulu.”
Mariana akur. Dia menunduk sedikit kepalanya sebelum dia melangkah keluar dari
bilik majikannya.
Sebaik Mariana keluar dari bilik
ini, Dhia menghempaskan tubuhnya ke atas kerusi yang didudukinya tadi.
Imran…kenapa mesti syarikat kau yang
membekal kertas di syarikat ini, Kenapa?!!
Berjalan beriringan
bersama Dhia tanpa diganggu oleh Muhd Razree membuatkan Raymi Zikri terasa
berada diawang-awangan. Bahagia benar rasanya apabila berada di sisi gadis ini.
Alangkah gembiranya hidupnya jika Dhia menjadi miliknya yang mutlak.
“Dhia…boleh pandang Abang Ray
sekejap tak?” Ceria wajahnya memandang Dhia.
Dhia membalas pandangan Raymi Zikri
namun wajahnya tidak seceria lelaki disebelahnya ini.
“Hurm…to be honest, I want to be yours,
Dhia.” Raymi Zikri mula menuturkan ayat romantis. “Abang Ray sungguh-sungguh
ni.”
“No.” Itu sahaja balasan yang Dhia
berikan.
“I want you to be mine, Dhia.” Masih
tidak putus harap. Dia masih mencuba lagi.
“No.” Jawapan itu ternyata mengecewakan
Raymi Zikri.
Tidak berputus asa lagi, Raymi Zikri
memberanikan diri dengan melutut di atas jalan tar tanpa mempedulikan kot
hitamnya yang dihadiahkan oleh neneknya.
Raymi Zikri melamar Dhia dihadapan orang ramai
yang rata-ratanya sedang memandang kearah mereka berdua. Cuba mengambil hati
gadis itu yang ternyata tidak senang dengan perlakuannya.
“Seriously, I hate that we can't be
'us' because I think we were meant to be us. In front of many peoples in here, would
you marry me, Dhia sayang?” luahnya dengan suara yang agak kuat.
Biarlah orang yang ada di sekeliling mereka
tahu yang dia betul-betul jujur dan ikhlas mahu mengambil Dhia sebagai
isterinya. Ada juga dia terdengar tepukan gemuruh dari sekelilingnya. Makin
bersemangat Raymi Zikri untuk mengambil Dhia sebagai isterinya.
“The answer is still no, Abang Ray.
Selamat tinggal.” Dhia melangkah pergi meninggalkan Raymi Zikri keseorangan
disitu.
“Dhia...Dhia...!!” jeritannya bergema memanggil
nama Dhia namun gadis itu tetap tidak berpaling kearahnya. Dia bangkit kemudian
berlari mendapatkan Dhia yang semakin menjauh darinya. Terdengar suara-suara
sumbang mengkritik dirinya kerana tidak berjaya melamar Dhia.
“Dhia...Dhia...tunggu!!” Semakin nyaring
suaranya, semakin jauh Dhia meninggalkannya.
“Dhia!!” Sekali lagi Raymi Zikri melaung
memanggil nama Dhia. Kepalanya digeleng beberapa kali tanda tidak percaya.
“Ya Allah, Ray. Kamu ni kenapa?!” Puan Khadijah
menolak badan Raymi Zikri beberapa kali.
Raymi Zikri mencelikkan mata. Matanya terbuka
luas. Wajahnya dipaling ke kiri.
Nenek?
Laa...aku mimpi rupanya. Raymi Zikri meraup
wajahnya perlahan. Kecewa kerana lamaran untuk Dhia tadi hanyalah mimpi semata-mata.
“Apa nak jadi dengan kamu ni Ray? Sedihnya
nenek tengok keadaan kamu ni. Sampai nama Dhia pun disebut-sebut. Ish, ish,
ish..” marah Puan Khadijah.
“Nenek...Ray rasa tak terdaya sangat sekarang
ni.” katanya perlahan.
Sayu hati Puan Khadijah mendengar Raymi Zikri
berkata begitu. “Tolonglah bangun, Ray. Nenek tak suka tengok kamu macam ni.
Nenek rindu nak tengok Ray yang suka senyum. Bangunlah ya?” kata Puan Khadijah
dengan diiringi air mata. “Mata kamu tu nenek tengok dah bengkak sangat. Apa
yang menyebabkan kamu jadi teruk sangat ni, Ray? Dah lama kamu tak dapat demam
panas macam ni.” Bimbangnya dia pada cucunya yang seorang ini.
Air mata Raymi Zikri yang cuba ditahan akhirnya
jatuh menitis seperti Puan Khadijah. “Nenek,Ray mintak tolong sangat pada
nenek. Ini sajalah cara yang boleh buat Ray sihat walafiat semula.” Suaranya timbul
tengelam.
“Tolong apa, sayang? Kalau pertolongan yang Ray
mintak itu mampu membahagiakan hati Ray, nenek sanggup tunaikan.” Biarlah
kali ini dia tunaikan pemintaan Raymi Zikri, janji cucunya ini sihat dan boleh
bergurau senda dengannya.
Terketar-ketar mulut Raymi Zikri untuk
meneruskan kata. “Nenek tolong kembalikan Dhia dalam hidup Ray. Ray sayangkan
dia…”
Puan Khadijah termangu tanpa kata. Tidak
percaya itu yang Raymi Zikri perlukan darinya.
Mampukah dia menunaikan permintaan cucunya ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan