“Abang
Ray! Penat-penat Dhia datang sini semata-mata nak jenguk Abang Ray, ini yang
Abang Ray bagi pada Dhia? Abang Ray kata Abang Ray sayangkan Dhia tapi kenapa
mesti Sally ada di antara kita? Menyesal Dhia masuk bilik ni. Menyesal!” marah
Dhia berapi. Kecewa benar Dhia pada Raymi Zikri. Kata cintakan dirinya tapi
mengapa Salina ada disini.
Sungguh, dia benar-benar kecewa dengan
sikap Raymi Zikri!
Salina tercengang. Raymi Zikri sayangkan
Dhia? Ini tak boleh jadi ni. Raymi Zikri kekasihnya dan dia akan pastikan Raymi
Zikri akan menjadi miliknya nanti.
“Sally…tolong bangunkan Abang Ray. Abang
Ray nak cakap dengan Kak Dhia sekejap.” ucap Raymi Zikri dengan mulut
terketar-ketar.
Salina akur. Kain yang berada ditangannya
diletakkan di atas meja kecil bersebelahan katil Raymi Zikri. Dengan sekuat
tenaga yang ada, Salina mengangkat tubuh Raymi Zikri yang masih tidak kebah
lagi demamnya.
“Tak payah! Tak ada gunanya kita bercakap
lagi. Memang bagus kita berpisah pun. Huh!”
Cemburu Dhia tidak dapat dibendung lagi.
Dengan rasa sakit hati, Dhia keluar dari bilik itu. Tanpa mereka berdua sedari,
air matanya pecah berderai.
“Dhia, Dhia!!”laung Raymi Zikri dengan suara
yang tersekat-sekat. Dikala ini, suaranya seperti tengelam timbul sahaja.
Hendak cakap pun seperti nak tak nak sahaja.
Salina memandang pemergian Dhia dengan
pandangan tidak puas hati. Oh, dalam diam Dhia ada hubungan dengan Raymi Zikri
rupanya. Patutlah Raymi Zikri tidak berjumpa dengannya dalam sehari dua ini.
Ada affair rupanya dengan Dhia.
Tapi tak mengapa. Salina tidak ambil hati
pun. Mereka sudah berpisah. Ada can
lah dia hendak mengambil hati Raymi Zikri. Tidak perlulah dia cemburukan Dhia
lagi. gelaknya dalam hati.
Di atas katil pula,
Raymi Zikri melahirkan rasa kesalnya kerana Puan Khadijah membawa Salina ke
sini. Entah apa motif neneknya membawa gadis itu bermalam di sini pun dia tidak
pasti.
Sejujurnya, dia tidak senang dengan
kehadiran Salina ke rumah ini. Bukan dia sengaja menyuruh Salina mengelap tubuh
badannya yang panas ini. Sudah berapa kali dia menyuruh Amira memanggil nenek
untuk menjaganya di sini namun tiada balasan daripada wanita berusia itu.
Rupa-rupanya ada sebab mengapa nenek
tidak naik ke atas menjaganya. Kata Amira, nenek ada urusan penting yang perlu
diselesaikan dengan Jamil di ruang tamu. Urusan apa yang penting sangat pun dia
tidak pasti.
Ikutkan jiwanya yang meruncing ini, ingin
sekali dia menyuruh Dhia menjaganya di bilik ini. Tetapi apa boleh buat, Dhia
sudah meninggalkannya gara-gara Salina berada di sini menjaganya.
Dhia, Abang Ray rindu... Dhia tak tahu…luahnya
dalam hati.
Dhia turun semula ke ruang
tamu dengan muka yang
muram. Dia nekad. Selepas ini jangan harap dia akan tengok muka Raymi Zikri
lagi. Nak bercakap pun dia tidak sudi! Huh, Cakap sayang, tapi suruh budak
gedik tu lap tubuh badan dia.
Eii…geramnya
aku!! tukas Dhia geram.
“Dhia
sayang…kenapa muka muram ni? Ray ada cakap sesuatu yang tak memuaskan hati ke?”
kata Muhd Razree setelah Dhia duduk di hadapannya. Puan Khadijah dan Jamil yang
duduk bersamanya tadi sudah pergi perkarangan rumah untuk mengambil sesuatu.
“Tak
ada apa-apalah, Abang Raz. Dhia cuma pelik kenapa Salina ada kat bilik Ray
aje.”
“Dhia
cemburu ya Salina rapat dengan Ray?” usik Muhd Razree.
Dhia
pantas menidakkan walhal itulah perasaan yang dia alami sekarang. “Mana adalah!
Abang Raz ni mengarut aje. Kalau Salina tu rapat dengan Abang Raz barulah Dhia
cemburu.” Mulutnya dibuat muncung.
“Abang
Raz gurau ajelah. Dhia janganlah moody
sangat. Hilang seri pengantin nanti.”
“Habis
nak Dhia senyum macam ni? Lebar macam mulut teletubbies?” Dhia tarik mulutnya
hinga kedua-dua pipinya menaik.
Tiba-tiba
Muhd Razree ketawa terbahak-bahak. Senak perutnya melihat Dhia membuat mulut
begitu. Tetapi tetap nampak comel dimatanya.
“Lebar
lagi. Lebar sampai telinga.”
“Hesy,
mengarut aje Abang Raz ni.” Dhia bangun lalu dia menepuk manja paha Muhd
Razree. Tanpa diduga, Muhd Razree menarik tangan kanannya sehingga dia
terbaring di bahu lelaki itu.
“Abang!!”jerit
Dhia walaupun tidak begitu kuat. Jerit-jerit manja gitu.
Tidak
jauh dari situ, Raymi Zikri memerhatikan ‘drama’ tidak berbayar di antara Dhia
dan Muhd Razree. Setitik demi setitik air matanya jatuh melurut ke lantai.
Salina
yang berdiri di belakang Raymi Zikri tidak sangka lelaki itu mengalirkan air
mata secara tiba-tiba. Matanya terarah kepada pasangan sejoli yang duduk
bersama di sofa.
Adakah
sebab Dhia, Raymi Zikri menangis?
Tertanya-tanya
juga Salina dalam hati, apa motif sebenar Puan Khadijah membawanya ke sini?
Apakah kerana ingin membuat Dhia cemburu?
“Abang
Ray…mari Sally bawak Abang Ray masuk bilik. Abang Ray tak larat lagi ni.”
Salina cuba memujuk Raymi Zikri. Tangannya sudah bersedia memapah lelaki ini
masuk ke bilik.
Raymi
Zikri mengelengkan kepala. Dia tidak akan masuk ke bilik selagi Dhia tidak
masuk ke biliknya sendiri.
“Abang
Ray tak nak. Kalau Sally tak larat, Sally pergilah berehat. Biarkan Abang Ray
kat sini sorang-sorang.” perlahan sahaja nada suaranya. Dia lagi suka jika
Salina tiada disisinya. Lagi senang dia dapat melihat wajah Dhia dari dekat.
Sorang-sorang?
Salina merengus dalam hati. Jangan ingat Sally akan benarkan, Abang Ray berdiri
kat sini sorang-sorang. Jangan harap!
“Sally
tak kan berehat selagi Abang Ray tak tidur. Sally tahu Abang Ray tengok Dhia
kan? Abang Ray cemburu ya Dhia rapat dengan Abang Raz?”duga Salina. Dia perlu
tahu apa yang ada di dalam hati Raymi Zikri.
“Sally
jangan merepek boleh tak? Abang Raz dengar nanti mesti dia marah.” Berubah riak
wajah Raymi Zikri.
“Haa…kalau
tak cemburu kenapa tak reti duduk dalam bilik? Orang sakit sepatutnya berehat,
bukannya tengok orang tengah bercinta.” Geram Salina dengan sikap Raymi Zikri.
Dah bagi rehat, nak juga turun bawah. Apa yang best pun dia tak fahamlah.
“Jangan
kusutkan kepala Abang Ray, boleh tak? Sally memang suka kan Abang Ray bertambah
sakit?”jerkahnya.
Terdiam Salina dengan jerkahan itu.
“Dah. Pergi masuk bilik, berehat.
Tinggalkan Abang Ray kat sini sorang-sorang.”sambungnya lagi. Tawar hatinya
untuk terus bersama Salina disini. Buat menyakitkan hati sahaja.
“Abang Ray, jahat. Benci Abang Ray!”
Salina merajuk. Dia bergegas masuk ke bilik yang disediakan untuknya tidak jauh
dari ruang tamu. Masuk saja bilik, dia terus menghempaskan pintu, tanda geram dengan sikap lelaki itu.
Sikit-sikit nak merajuk, sikit-sikit nak
merajuk. Mengada-ngada betul! cebik Raymi Zikri dalam hati.
“Seronok bergurau senda,
Dhia? Boleh tumpang sekaki?"
Terdengar suara sinis seseorang menegur
dirinya, Dhia pantas mendongak. Melihat gerangan yang berada dihadapannya itu
membuatkan Dhia mengalihkan pandangan ke tempat lain.
“Kalau rasa tak malu, silakan.” Memang
tidak ada rasa langsung untuk menjawab setiap kata-kata Raymi Zikri. Baginya
setiap ayat yang terluah di bibir lelaki itu menyakitkan hatinya.
Raymi Zikri tajam merenung Dhia yang
tidak sedikit pun memandang kearahnya. Sedikit tersentuh hatinya dengan
penerimaan Dhia.
Muhd Razree mengerutkan dahi. Tidak
sangka Dhia akan berkata begitu dengan adiknya. Ada masalah ke mereka berdua
ini? soalnya dalam hati. Mahu ditanya pada salah seorang diantara mereka, takut
berlaku pertelingkahan pula.
“Adik abang macam mana? Dah kurang sikit
demamnya?” tanya Muhd Razree dengan suara yang lembut dan penuh prihatin.
Walaupun sebelum ini mereka berbalah kerana Dhia namun perbalahan tersebut
telah dilupakan. Raymi Zikri sudah mempunyai Salina. Jadi dia tidak perlu risau
lagi dengan hubungan Dhia dan adiknya itu.
“Tak adalah baik sangat, Abang Raz. Tapi
kalau orang 'tu' tolong tengokkan Ray sepanjang Ray demam ni insyallah boleh baik
cepat.” Jika Muhd Razree masih prihatinkan dirinya, itu petanda abangnya sudah
melupakan perkara yang melibatkan dia dan Dhia.
Dhia berpaling tajam ada Raymi Zikri. Dia
tahu orang itu merujuk keada dirinya.
Huh, demam pun masih ada hati nak suruh orang jagakan. Salina kan ada, suruhlah dia jaga! cemuhnya dalam diam.
Huh, demam pun masih ada hati nak suruh orang jagakan. Salina kan ada, suruhlah dia jaga! cemuhnya dalam diam.
“Ray maksudkan orang ‘tu’ Sally ke?” Muhd
Razree buat muka blur.
“Hmm...” Hanya itu yang Raymi Zikri mampu
jawab. Matanya sempat menjeling Dhia yang sedari tadi berwajah mendung.
“Cucu nenek...tak tidur lagi?” Puan Khadijah tegur Raymi
Zikri dari belakang sambil ditemani Jamil yang sedang memegang kotak sederhana
besar.
Masing-masing terkejut. Tidak sangka Puan
Khadijah akan muncul diantara mereka bersama Jamil.
“Tak boleh nak tidur, nek. Pening
kepala.” jawab Raymi Zikri lemah. Dahinya diurut bagi mengurangkan rasa
peningnya. Mahu menyuruh Dhia, abangnya ada disitu. Karang tak pasal-pasal
timbul pergaduhan pulak.
Dhia menoleh kearah Raymi Zikri. Sedikit
tersentuh hatinya apabila Raymi Zikri berkata begitu. Jika Salina tidak bersama
Raymi Zikri tadi, sudah lama tangannya mengurut dahi lelaki itu.
Puan Khadijah mempelawa Jamil duduk
disebelahnya. Kotak sederhana besar itu diletakkan di atas meja. Tangannya
melekap pada dahi cucunya. Masih panas.
“Kesian cucu nenek ni sakit. Meh sini
baring kat nenek.” Raymi Zikri mengangguk sebelum kepalanya mendarat di bahu
Puan Khadijah. Matanya terpejam.
“Kotak ni untuk apa, nek?” tanya Muhd
Razree sambil menyentuh kotak diatas meja. Mungkin ini yang nenek ambil kat
kereta kot. fikirnya.
“Jamil, tolong buka kotak tu…bagi kat
mereka semua yang ada kat sini.”arah Puan Khadijah. Sengaja dia rahsiakan apa
yang ada di dalam kotak tersebut.
Jamil akur. Kotak yang dibalut dengan cellophane tape dibuka. Setelah itu,
sebuah kad yang berwarna biru laut mula diedarkan kepada Dhia dan Muhd Razree.
Raymi Zikri terdengar pantas mencelikkan
mata. Kad yang dihulurkan padanya membuatkan dia sedikit terpegun. Lantas dia
membelek kad tersebut dengan perasaan berbaur.
Dengan segala hormatnya,
kami mempersilakan
Ybhg. Tan
Sri/Dato’/Datuk’/Datin/ Puan Sri/Tuan/Puan/Cik
……………………………………………………………….
Hadir Ke Majlis Cucu Kami
Nurul Haifa Nadhiya Bt Muhd
Dengan Pasangannya
Cucu Puan Khadijah
Pada Tarikh: 11 Januari
2015 bersamaan 20 Rabiulawal 1436 Hijrah
Berkerut
dahi Raymi Zikri tatkala dia meneliti ayat-ayat di atas. Cucu nenek adalah
Dhia? Memang ada sesuatu yang tak kena dalam kad kahwin ini namun dia tidak
luahkan.
Puan
Khadijah bermain mata dengan Jamil. Sempat lagi dia membuat tanda bagus pada
pembantu peribadinya itu. Moga-moga rancangan pertamanya untuk menyatukan Dhia
dan Raymi Zikri berjalan seperti yang dibincangkan mereka berdua sebelum ini.
“Nenek,
apasal nenek tulis nama Dhia sebagai cucu nenek kat dalam ni? Nama Raz tak ada
pun. Patutnya nama Raz yang tertulis kat atas sekali lepas tu baru Dhia. Nenek
dah salah tulis ni.” ujar Muhd Razree tidak puas hati setelah dia meneliti
kesemua ayat yang dipaparkan di dalam kad perkahwinan yang berwarna biru ini.
“Laa
ya ke? Nenek tak perasan lah pulak. Mari sini nenek tengok.” Puan Khadijah buat
muka tidak bersalah dengan mengambil kad kahwin itu. Sempat lagi dia mengenyit
mata pada Jamil. Pembantu peribadinya itu hanya tersenyum simpul.
Kad
perkahwinan itu diperhatikan semula. Dalam diam dia gembira kerana ayat yang
ditaip sama seperti apa yang diminta pada pihak pencetak semalam.
Sepatutnya
kad perkahwinan ini disiap dalam tiga hari. Tetapi dengan penambahan duit yang
diberikannya, pihak pencetak itu terus mencetak kad tersebut. Lagi cepat lagi
senang dia tunjukkan pada cucu-cucunya.
“Aahlah…salah.
Hurm, tapi Jamil dah edar pada tetamu semalam. Ini pun nenek suruh pencetak print extra.” ujarnya tanpa sedikit pun
rasa bersalah.
Dah
edar? Puan Khadijah ketawa dalam hati. Tak ada maknanya dia nak edar kad kahwin
ini. Sampul pun tak ada. Macam manalah nak edar
Rambut
Muhd Razree diraup-raup kasar sebelum dia berdiri tegak. “Patutnya nenek tanya
Raz dan Dhia dulu ayat apa yang perlu letak dalam kad kahwin ni. Tengok, dah
salah. Hesy!” Tiba-tiba Muhd Razree melampiaskan marahnya pada Puan Khadijah.
Dia benar-benar tidak puas hati dengan isi kandungan di dalam kad ini.
Dhia
sedikit tercengang dengan kemarahan yang ditunjukkan bakal suaminya itu. Dia
tak adalah marah sampai begitu sekali.
“Dahlah,
Raz nak masuk tidur. Dhia, jom masuk tidur. Hari dah malam sangat ni.” Dhia
terkebil-kebil apabila tangannya ditarik Muhd Razree.
“Abang
Raz…tak apalah. Dhia masuk kejap lagi.” teragak-agak Dhia menjawab.
‘ “Ala,
ikut ajelah. Bukannya Abang Raz bawak Dhia masuk bilik Abang Raz pun.” Sempat
lagi dia menjeling Puan Khadijah.
Raymi Zikri di sebelah Puan Khadijah hanya
mampu memandang kedua pasangan itu dengan perasaan cemburu yang mengunung
tinggi.
Puan Khadijah sedikit tidak terkesan
dengan kemarahan tersebut sebaliknya dia mengukirkan senyuman.
“Ray…”
Raymi Zikri tersentak apabila tangannya
disentuh Puan Khadijah. Kad yang dipegangnya diletakkan semula ke atas meja. “Hurm…ada
apa nek?” lemah sahaja suaranya.
“Nenek tahu Ray cemburu tengok Abang Raz
pegang tangan Dhia kan?”
“Taklah, nek. Mana ada.” Raymi Zikri
pantas mengelengkan kepala. Tidak mahu nenek tahu apa yang berselirat dalam
hatinya.
Puan Khadijah mengelus lembut rambut
cucunya. Hampir dua puluh enam tahun dia menjaga Raymi Zikri, sedikit pun kasih
sayangnya tidak lentur pada cucunya ini.
Dia ketawa kecil. “Nenek tahu, Ray. Nenek
pun pernah ada perasaan begitu masa nenek bercinta dengan atuk kamu dulu.
Hurm…Ray jangan bimbang ya sayang. Insyallah Dhia akan jadi milik kamu lepas ni.
Kamu jangan risau ya. Kad yang dah dicetak ni sebenarnya nenek sengaja tak nak
letak nama pengantin lelaki. Nenek nak tengok reaksi Abang Raz macam mana bila
dia tengok kad tu.”
Raymi Zikri teruja mendengarnya. “Betul
ni nek?”
Puan Khadijah angguk. “Betul…demi Ray
nenek akan buat apa saja. Asalkan cucu nenek bahagia. Nenek memang suka kalau
Dhia jadi isteri kamu. Kamu berdua memang secocok untuk digandingkan.”
“Abang Raz?” Serba-salah pula dirinya
apabila mengenangkan abang kandungnya yang nampak begitu teruja untuk menjadi
suami kepada Dhia.
“Abang Raz tu kita ketepikan dulu. Apa
yang penting sekarang, kebahagiaan Ray.”
Raymi Zikri memeluk Puan Khadijah dengan
erat. Fahamlah dia mengapa nenek
mencetak kad kahwin ini dan menunjukkan. “Terima kasih, nek. Ray tahu nenek
sayangkan Ray. Erm…tak sabar Ray nak tunggu hari tu. Hari bahagia Ray dan Dhia.”
Sempat lagi dia mengelamun.
Pelukan Raymi Zikri dibalas dengan senang
hati. Makin bersemangat dirinya menyatukan cucunya dan Dhia.
“Nenek pun tak sabar jugak…” Meleret
senyumannya.
4 ulasan:
Sayang nenek.....muahhhh2.... yeahaaa...3 hari lagi...
Tenkiu muchu3 eyaa....
Amboi kak mona syg...blum up kt fb lg akk dh bce...huargh...hahaha
Catat Ulasan