Rabu, 17 Disember 2014

BAB 18 (TAJUK? BIARLAH RAHSIA) - PART 2


“Abang Raz, Dhia nak keluar dulu…” Dhia mula berdiri, mahu meninggalkan Muhd Razree. Tidak sanggup rasanya dia duduk lama-lama disini bersama Muhd Razree. Salinan borang perkahwinan yang baru ditandatangani dipegang. Dia mahu membaca sepintas lalu borang perkahwinan itu diluar.
“Abang Raz nak ikut!” Ceria wajahnya bagai seorang pemenang yang memenangi cabutan bertuah!
“Jangan!! Abang Raz tak boleh keluar dari bilik ini. Abang Raz duduk aje dalam bilik ini. Lagipun doktor dah pesan Abang Raz kena banyak berehat.”sanggahnya.
Muhd Razree membuat mulut muncung. Terpaksalah dia akur dengan kata-kata Dhia.
“Baru Abang Raz nak tunjuk borang kahwin ini pada Ray dan nenek.” Dhia tersentap. Tunjuk borang kahwin pada Raymi Zikri? Memang masamlah muka lelaki itu sekejap lagi. Sudahlah Raymi Zikri tidak suka dia berkahwin dengan lelaki ini.
“Dhia keluarlah. Nanti jangan lupa cakap dengan Amira, Abang Raz nak air marigold feel fresh tau. Tekak Abang Raz hauslah.” adu Muhd Razree manja. Dengan Dhia sahaja dia mampu bereaksi manja. Dengan orang lain, wajahnya serius sahaja 24 jam.
Begitulah kuatnya penangan cintanya terhadap Dhia.
“Baiklah. Nanti Dhia cakap dengan dia. Hurm…Dhia keluar dulu ya, Abang Raz.”
“Senyumlah, sayang…Nak jadi isteri Abang Raz tak boleh masam-masam. Nanti cepat tua.”gurau Muhd Razree. Mahu menimbulkan suasana ceria diantara mereka.
Tetapi sayang, Dhia sedikit pun tidak tersenyum malah mukanya tetap masam mencuka.
“Dhia keluar dulu…” Hambar nadanya membalas. Dengan langkah longlai, Dhia keluar dari bilik Muhd Razree. Pintu ditutup rapat. Tombol pintu digenggam erat dengan bibir bergetar. Borang perkahwinan yang berada ditangan kirinya dikeronyok sehingga menjadi bergumpal.
“Dhia nak Abang Raz tahu Dhia tidak ikhlas dengan perkahwinan ini…” katanya sendiri. Betul-betul di hadapan pintu bilik lelaki itu.
Sewaktu Dhia tiba di ruang tamu, dia dikejutkan dengan suara Salina dari belakangnya. Mujur dia tidak cepat melatah. Cepat-cepat borang kahwin yang sudah ditandatanganinya tadi disorokkan ke belakang. Dia kalau boleh tidak mahu Raymi Zikri tahu tentang borang kahwin ini.
Sempat dia merenung anak mata Raymi Zikri sebelum dia melarikan pandangannya ke arah Salina.
"First time Sally tengok Cik Dhia letak tangan kat belakang. Baru lepas accident ke?" usik Salina. Matanya tertunak pada tangan yang tersorok di belakang Dhia. Seperti ada sesuatu yang cuba disorokkan gadis itu.
“Tak adalah. Saja nak letak tangan kat belakang. Takkan tak boleh kot?”Dhia membalas kata-kata Salina.
Raymi Zikri tidak puas hati. Seperti ada sesuatu yang Dhia cuba sorokkan darinya. "Dhia sorok apa tu, sayang? Boleh Ray tahu?" perlahan suaranya, menusuk ke jiwa Dhia.
Menyinga Salina dibuatnya apabila Raymi Zikri memanggilnya sayang. Ini tak boleh jadi ni. katanya dalam hati.
" Abang Ray, I'm your girlfriend, okey. Not her!"marah betul Salina saat ini. Baru tadi Raymi Zikri memperkenalkan dirinya sebagai teman wanita pada Puan Khadijah. Tiba-tiba bila Dhia ada didepan mereka berdua, terus berubah watak Raymi Zikri.
Tidak sangka Puan Khadijah yang memandangnya pelik semasa pertemuan pertama tadi sukakan dirinya. Makin bersemangat dia mahu menawan hati Raymi Zikri.
"Just keep your mouth shut Sally before I slap your face!" marah Raymi Zikri.
Salina terkedu. Menitis air matanya. Malu kerana dia dimarahi di depan orang yang menjadi pesaing utamanya.
"How could you, Abang Ray. How could you!!" Salina lari meninggalkan mereka berdua yang terpinga-pinga dengan karenah Salina yang kurang sopan itu. Ingatkan jumpa nenek tadi sikap Salina berubah serratus peratus. Ini tidak, makin mengada-ngada dia tengok.
Raymi kembali merenung wajah Dhia. "Boleh Abang Ray tahu sayang sorok apa?Tak nak kongsi dengan Abang Ray ke?"
Dhia teragak-agak. Nak bagi ke tak?
"Bagi ajelah. Sorok lama-lama pun nanti Abang Ray tahu jugak kan?" Raymi Zikri segera merampas 'sesuatu' dari belakang badan Dhia. Kertas rupanya. Dia mula meneliti isi kandungan kertas tersebut.
Terperanjat besar dia sekaligus menggigil tubuh badannya.
Dhia mula gelabah. Tidak tahu hendak buat apa lagi. Dia pasti selepas ini pasti Raymi Zikri akan mengamuk besar!
"Kalau sayang nak tengok Abang Ray mati awal, sila kahwin cepat ya." Raymi Zikri mencampak kertas tersebut kemudian dipijak lumat. Bertambah terkedu Dhia di situ.
            “Maafkan Dhia, Abang Ray. Jodoh kita tidak panjang untuk bersama. Our relationship is over.” Dhia mengambil semula borang kahwin tersebut dan berpaling ke belakang.
            Raymi Zikri tertunduk jatuh ke lantai.
“Dhia…belum sempat aku melakar rindu. Kau memusnahkan harapan kita. Baru semalam mimpi dicipta, kau meranapkan impian kita. Tidak! Tidak sekali-kali aku akan melepaskan kau, Dhia sayang.”
Pertama kali dalam hidupnya, dia memangis kerana seorang perempuan.
Dhia, aku cintakan kau. Cinta sangat-sangat.rintihnya beserta tangisan.


2 ulasan:

Unknown berkata...

Tak sabar!! Cepat2 sambung ya kak!!

Unknown berkata...

aduss fening ini kepala mana mau pilih...