Jumaat, 28 November 2014

BAB 16 (Tajuk?Biarlah Rahsia)


“Abang Raz, makanlah banyak-banyak. Sedap lauk yang katering ni masak.”
Dhia cuba mengambil perhatian Muhd Razree dengan menyenduk gulai kawah ke dalam pinggan lelaki itu. Tetapi sayang…Muhd Razree langsung tidak mahu menatap wajahnya apatah lagi mahu tersenyum.
“Abang Raz janganlah macam ni. Dhia susah hati sangat tengok Abang Raz tak bercakap satu perkataan pun. Dhia betul-betul tak tahu nak buat macam mana supaya Abang Raz bercakap dengan Dhia semula. ” Dhia cuba juga menarik perhatian Muhd Razree sekali lagi. Dia menopang dagu memandang Muhd Razree.
Muhd Razree menghentikan suapan. Dia bertemu pandang wajah Dhia. Garang matanya merenung wajah Dhia yang manis.
Dhia mengerling kearah lain sambil mengetap bibirnya. Takut dia melihat mata itu. Hilang senyumannya.
Best kan dapat berpeluk dengan Ray tadi. Sampai selendang kat kepala pun dah berpindah ke tempat lain.”sindir Muhd Razree dengan sinis. Apa yang terpendam dalam hatinya beberapa minit yang lepas terlepas jua dihadapan Dhia. Kali ini nadanya tidak lembut seperti selalu.
Dhia tersentak. Dia meraba kepalanya. Oh, baru dia ingat. Selendang itu ada pada Raymi Zikri. Huh, Raymi Zikri. Kalau kau tak peluk aku tadi, mesti aku tengah bahagia dengan Abang Raz sekarang ni. dengusnya.
“Ray yang peluk Dhia, okey? Dhia mana berani nak peluk-peluk lelaki yang bukan mahram ni. Dhia dah cuba nak larikan diri daripada dia tapi dia tetap juga nak peluk Dhia. Takkan sebab itu aje abang Raz marahkan Dhia? Kalau Abang Raz cemburu sebab itu, Dhia minta maaf banyak-banyak. Dhia janji lepas ni Dhia takkan rapat dengan dia lagi kalau itu yang Abang Raz mahukan.”
Muhd Razree naik angin. Segera dia bangun dari tempat duduknya. “Dhia ingat dengan perkataan maaf, Abang Raz akan lupakan kejadian tadi? Sorry, sayang. I’m really disappointed. Abang Raz tak dapat nak fikir apa-apa buat masa ini. Abang Raz nak balik dulu. Assalamualaikum.”
Dhia jadi terpinga-pinga. Salam yang diberikan Muhd Razree hanya mampu dijawab dalam hati. Tergamak Muhd Razree marahkannya didepan tetamu yang hadir.
            Jika Abang Raz kecewa dengan Dhia, Dhia lagi kecewa dengan Abang Raz…Desisnya dalam hati.
            Dhia bangun dari kerusi yang didudukinya dengan wajah mendung. Tidak ada maknanya dia duduk disini tanpa ditemani Muhd Razree. Lelaki itu sudah balik ke rumah. Baik dia naik atas dan berehat.
            “Assalamualaikum Cik Dhia…” Seorang gadis menyapanya. Dhia tersentak.
            “Waalaikumsalam…” Salam disambut dengan nada acuh tak acuh sahaja. Gadis mana pulak yang tiba-tiba bagi salam kat aku ni? Rasanya aku tak pernah jumpa dia pun sebelum ni. katanya dalam hati.
            “Saya memang Dhia. Tapi saya tak tahu nama awak siapa. Rasanya ini kali pertama kita jumpa kan?”
            “Erm… Saya Nur Salina, panggil Sally aje…Erm..makwe Abang Ray. Opss…makwe Raymi Zikri.” Salina tergelak sendiri. Badannya sengaja dilenggokkan.
            Penampilan Salina yang dirasakan lebih muda daripadanya itu diperhatikan dari atas hingga ke hujung baju kurung gadis itu dengan rasa jelik. Harap muka saja cantik tapi perangai hampeh! Kenapalah Ray pilih gadis sebegini jadi teman wanita?
            “Siapa ya Raymi Zikri? Saya tak pernah dengar pun nama tu.” Dhia mencebik. Dia pura-pura tidak kenal Raymi Zikri.
            Salina tergelak lagi. Cuma kali ini gelaknya lebih sinis. “Tak kenal konon. Tadi bukan main berpeluk sakan dengan boyfriend saya, itu kata tak kenal? Awak jangan ingat awak lebih tua daripada saya, saya boleh relakan tangan teman lelaki saya menyentuh awak. Saya takkan benarkan perkara itu berlaku!”
            Dhia mengangkat kening. Nampaknya Salina telah menunjukkan perangainya yang sebenar. Memang gadis ini talam dua muka! Depan Raymi Zikri bolehlah dia mengedik dan bermanja tetapi dengan dia? Jangan harap ya!
            “Wah, dahsyat jugak cemburu kau ya Cik err… apa tadi? Sally…Hurm…nama penuh Salina, tapi mengedik nak panggil Sally. Mak ayah kau dah bagi nama yang baik untuk kau tapi kau ubah nama lain. Tak patut, tak patut.” Dhia mengubah nada suaranya kepala lebih keras dan sedikit kasar.
            “Biarlah! Aku punya nama aku punya sukalah nak ubah. Yang kau sibuk apahal?!” Salina mula menunjuk taringnya. Dia turut bercakap dengan nada kasar.
            Dhia mula menyinga. Gadis ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Dia harus mengingatkan Salina yang dia lebih tua daripada gadis itu! Tangannya mula diangkat tinggi. Mahu memberi pengajaran kepada Salina namun tidak semena-mena tangannya dipegang dari atas.
            Erk, Ray? Dhia menelan liur. Segera dia merentap tangannya dari pegangan Raymi Zikri. Lelaki ini memanglah. Suka sangat sentuh tanpa fikir halal dan haram! Lainlah kalau jadi suami. Nak pegang lama-lama pun tak mengapa.
            Raymi Zikri terasa hati. Sampai hati Dhia merentap tangannya. Baru dia hendak merasa memegang tangan Dhia yang lembut, Dhia sudah menolaknya. Hurm.
            “Abang Ray…Kak Dhia nak pukul Sally. Sally takut.” Rengek Salina. Tangannya laju memeluk lengan Raymi Zikri.
            Raymi Zikri tersentak. Cepat-cepat dia menolak tangan Salina. “Err…Sally. Tetamu ramai kat sini. Tak elok dia orang tengok.”
            Salina tetap berdegil. Dia tetap menarik lengan Raymi Zikri. “Sally nak pegang jugak tangan Abang Ray. Sally tak nak Kak Dhia tampar Sally.”rengek Salina lagi. Makin mengelegak darah Dhia mendengarnya.
            “Kau ni memang perempuan gedik ar. First time aku jumpa perempuan yang terlampau gedik macam kau ni. Memang padanlah kau orang bercinta. Sorang gedik sorang mengada-mengada.”kata Dhia dengan berterus-terang.
            Raymi Zikri mengecilkan mata. Tajam renungannya kepada Dhia. “Kau cakap aku mengada-ngada? Kau memang tak sayang mulut kau kan? Kau memang suka kalau aku…” Bergetar bibirnya mahu menghabiskan ayat terakhir.
            Salina membuat muka teruja. Dia melepaskan lengan Raymi Zikri Dia yakin pasti Raymi  Zikri mahu menampar mulut Dhia selepas ini. Huh, itulah. Cakap orang gedik dengan mengada-ngada lagi. Kan dah kena!
            Dhia disitu sedikit pun tidak berasa takut. “Kalau aku apa? Tampar? Huh, tamparlah! Aku tak takutlah.”
            “Aku tak cakap aku nak tampar tapi aku nak cium mulut kau!” Raymi Zikri menapak sedikit kehadapan.
Dhia membulatkan mata. Pantas dia mara sedikit ke belakang. Raymi Zikri memang seorang yang sukar dijangka seperti Puan Khadijah. Perkara yang jarang dibuat orang, perkara itulah yang lelaki itu akan buat.
            Salina sudah membeliakkan mata. Cium Dhia? Alamak, ini tak boleh jadi ini!
            “Abang Ray, jangan buat perkara yang bukan-bukan. Sudahlah, kita makan dulu. Sally dah lapar ni. Biarlah Kak Dhia nak cakap kita gedik ke mengada-ngada ke. Sally tak kesah pun. Kita makan dulu ya.” ajak Salina bersungguh-sungguh. Dia perlu tamatkan perbicaraan ini. Jika berlanjutan akan bertambah buruk.
            Raymi Zikri berbisik sekilas ke telinga Dhia. “Nasib baik Sally ada kat sini. Kalau tidak mulut kau akan jadi santapan aku malam ini.” Dhia menelan airliur.
            Mamat ni betul-betul kurang ajar! Tak senonoh langsung!!
            Dhia menghentak kakinya dengan kasar menuju ke biliknya. Tidak jadi dia hendak bermesra dengan tetamu yang hadir. Baik dia berehat dalam bilik lagi bagus!

Belum Dhia sempat menukar pakaian tidurnya, dia dikejutkan Puan Khadijah dengan berita Muhd Razree kemalangan di tepi jalan. Mengucap panjang dia mendengarnya. Menitik juga air matanya kerana terlalu sedih.
            Malam itu juga dia bersama-sama Puan Khadijah dan Jamil bergegas ke Hospital Serdang. Hatinya gundah gulana. Bagaimanalah keadaan Abang Raz ketika ini. Harapannya, janganlah Muhd Razree mengalami kecederaan parah. Dia tidak sanggup untuk melihat tubuh badan Muhd Razree diselaputi luka dan darah.
            Dhia yakin, kemalangan tersebut pasti ada kaitan dengan dirinya. Masakan tidak, selama ini Muhd Razree memandu dengan cermat tanpa sebarang kemalangan. Tidak pernah lelaki itu memotong kereta atau motorsikal selama mereka menjadi kekasih.
             “Abang…please wake up.”gamit Dhia setelah dia tiba disisi Muhd Razree yang masih tidak sedarkan diri. Air matanya mengalir tidak henti. Puan Khadijah dan Jamil disisinya hanya mendiamkan diri sahaja melihat keadaan Muhd Razree.
            “Abang…bangunlah. Dhia datang ni.” Dhia tidak berputus asa. Dia mengoncang badan Muhd Razree.
            Muhd Razree akhirnya membuka mata setelah mendengar suara kekasih hatinya. “Dhia…”suaranya tengelam timbul.
            Dhia teruja. “Syukur alhamdulilah Abang Raz dah bangun. Abang Raz jangan banyak cakap ya. Dhia ada kat sini temankan Abang Raz. Nenek dengan Jamil pun ada kat sini temankan Abang Raz.”
            “Dhia…Abang Raz sayang Dhia. Jangan tinggalkan Abang Raz.” ucap Muhd Razree penuh emosi. Tersentuh hati Dhia.
            “Abang Raz, Dhia pun sayang Abang Raz jugak. Dah ya. Jangan banyak cakap. Rehat dulu. Bila Abang Raz dah sihat, kita cakap banyak-banyak ya. Abang Raz nak luah cinta dan sayang pada Dhia sebanyak mana pun Dhia sanggup dengar.”
“Okey…” Setelah mendengar pengakuan Dhia, Muhd Razree terus melelapkan mata.
Dhia lega. Akhirnya mereka berbaik juga. Syukur alhamdulilah.
“Nenek, Dhia rasa Dhia nak bermalam kat sinilah. Nak jaga Abang Raz. Tak apa kan?”
Puan Khadijah mengangguk. “Hurm…elok jugak tu. Raz kat sini tak ada siapa nak jaga dia. Nenek pun tak boleh berlama kat sini. Banyak kerja nak kena settle kat rumah tu.”
“Nenek baliklah dulu. Berlama kat sini bukannya Raz pandang nenek pun. Dia pandang kamu aje.” Dhia terus ketawa kecil mendengar kata-kata Puan Khadijah.
“Ada-ada ajelah nenek ni. Oh ya, nenek nak balik ni, jangan bagi tahu Ray tau pasal Abang Raz kemalangan. Kalau boleh Dhia tak nak dia tahu. Biarlah kita-kita aje yang tahu pasal ni.” bisiknya perlahan.
“Hesy, apalah Dhia ni. Ray kan adik Raz. Mestilah dia kena tahu sekali.”
“Tapi, nek…” Aduh, kenapalah aku cakap pasal Ray tadi. Kalau tidak nenek dah keluar dari wad ni tadi.rintihnya dalam hati.
“Biarkan dia tahu. Dahlah, nenek balik dulu. Nanti nenek bawa baju kamu untuk hari esok. Kamu jaga diri tau.” Puan Khadijah menyentuh bahu kanan Dhia.
Dhia mengangguk lemah. Serasa tiada daya saat ini untuk meneruskan kata.
             Setengah jam selepas Puan Khadijah dan Jamil meninggalkan dia dan Muhd Razree disitu, Dhia mula berasa mengantuk. Mulutnya sudah berapa kali menguap.
            “Mana aku nak tidur ni? Hurm…” Dhia tercari-cari tempat mana yang sesuai untuk dia berbaring. Mahu tidur disebelah Abang Raz? Kau jangan buat hal Dhia. Ingat sikit had kau. bisik satu suara.
            Akhirnya Dhia membuat keputusan untuk tidur diatas kerusi yang tidak jauh dari katil Muhd Razree. Biarlah tak ada bantal dan selimut tebal sekalipun. Janji dia dapat tidur.
            Baru dia memejamkan mata. Ada pula yang menganggunya. Hai, siapa pulaklah yang call aku malam-malam buat ni? Dhia merungut.
            Dhia melihat skrin telefon bimbitnya. Nombor siapa pulak ni?
            “Hello…”
            “Dhia, kau keluar sekarang. Aku nak cakap sesuatu dengan kau.” Pantas talian dimatikan.
            Dhia berdiri tegak. Terkejut mendengar suara Raymi Zikri ditalian. Dia datang sini?
            Ya Allah, cepatnya nenek bagi tahu dia!!
            Dhia merenung wajah bersih Muhd Razree yang terpejam sebelum dia melangkah malas keluar dari wad itu.
            “Kau nak apa lagi ni?” Nampak sahaja raut wajah Raymi Zikri dihadapan mata, dia terus berpaling ke tepi.
“Masa kau datang tadi, kau ada pegang tangan Abang Raz tak?" Soalan pertama yang Raymi Zikri tanya kepada Dhia sebaik gadis itu keluar dari wad.
“Tak.”
“Abang Raz ada cium tangan kau tak?”
“Hurm...tak.” Mendatar sahaja jawapan Dhia.
“Abang Ray ada tenung muka kau tak?”
Langkahnya terhenti. Dia berpaling mengadap Raymi Zikri dengan raut wajah serius.
“Kau ni kenapa tanya soalan macam tu? Dah macam suami aku pulak.” cebiknya.
Raymi Zikri buat muncung itik. “Aku cemburu Dhia. Sanggup kau bergegas ke mari semata-mata nak tengok dia yang accident. Hurm...Lepas ni aku cadang nak accident lah. Biar kau jaga dan rawat aku kat rumah.” Tersengih-sengih mulutnya menjawab.
Are you out of mind?!” Terjengil mata Dhia apabila mendengar kenyataan Raymi Zikri.
“Demi kau, aku sanggup accident.”
“Kau jangan merepek boleh tak. Aku malaslah nak layan kau punya merepek malam-malam ni. Lagi bagus kau baliklah. Mata aku dah mengantuk sangat ni.”
“Kalau aku cakap serius, kau bukannya nak ambil kesah pun.”
Dhia tergelak sinis. “Serius? Bila masa kau serius Ray? Bagi aku setiap perkataan kau adalah merepek.”
“Kau nak cakap aku merepek, cakaplah. Tapi bagi aku, setiap kata-kata aku adalah serius dan aku tidak akan sekali-kali memungkiri janji dengan apa yang aku luahkan dari mulut aku.”
“Seriuslah sangat.”Dhia menyindir. “Kau cakaplah cepat. Aku tak dapat berlama ni. Mata aku dah tak tahan nak tutup ni.” Dhia memegang tombol pintu wad Muhd Razree. Dia berkira-kira untuk masuk ke dalam.
Raymi Zikri melutut dihadapan Dhia tanpa menghiraukan orang ramai disitu. “Sudikah kau menjadi isteri aku wahai Dhia?”
Dhia membulatkan mata. OMG!! Dia ni dah gila ke apa?!!

2 ulasan:

Nana Hanee berkata...

Yeay!! Kak sambung cepat2,, excited gilerr nk baca sambungan ni!! *First comment*

nur daeya berkata...

Insyallah akak akn smbung scpat yg mungkin.tunggu...hihi